Thursday 31 December 2009

" BAYI DIBUANG" siapakah yang wajar dipersalahkan?

Assalamualaikum,sidang pembaca yang budiman. Dalam zaman yang serba canggih ini ,kita sering digemparkan dengan pelbagai jenayah yang sering memenuhi di dada-dada akhbar dan juga di kaca tv yang tidak lekang daripada melaporkan isu-isu berkenaan. Namun,yang begitu menarik perhatian adalah mengenai jenayah pembuangan bayi yang ditemui di serata tempat. Bayi yang masih bertali pusat ini,sering menjadi mangsa oleh insan yang sudah keterlanjuran dalam kehidupan mereka. Kekejaman golongan ini dapat kita saksikan melalui penemuan-penemuan bayi yang masih bertali pusat,dan cukup sifatnya ini di tong-tong sampah,longkang,malahan yang terbaru di dalam lubang jamban. Bayi yang tidak berdosa ini juga kadang kala juga ditemui,dalam keadaan hancur kepalanya dan yang paling menyedihkan mayat bayi ini digonggong anjing.

Mengapa perkara ini berlaku?Di manakah nilai kemanusiaan dalam diri mereka? Namun,perkara yang perlu kita fikirkan disini, sipakah sebenarnya yang wajar dipersalahkan? Adakah si'ibu' kepada bayi tersebut?

Kita sering melontarkan tohmahan kepada golongan yang telah terlanjur ini dengan pelbagai tohmahan yang menyakitkan. Namun siapakah kita untuk melontarkan tohmahan tersebut? Adakah kita mengetahui takdir Allah ke atas diri kita? Adakah dengan amalan-amalan seharian kita,sudah mampu untuk menyelamatkan kita daripada takdir Allah yang berbentuk ujian untuk menguji hambanya?

Oleh itu,sahabat-sahabat sekalian. Orang yang paling wajar dipersalahkan adalah DIRI KITA SENDIRI!!!. Mengapa?? Hal ini kerana,kita sering menilai dan mencela kesalahan yang orang lain lakukan,sedangkan dalam diri kita,beribu kejelikan yang tidak kita muhasabahkan.Kita mengutuk,mengeji,mencela golongan-golongan ini di merata tempat.Kita mengutuk jenayah pembuangan bayi ini,sedangkan di waktu yang sama kita masih leka bercinta . Adakah kita tidak tahu bahawa dengan cinta terlarang inilah ZINA semakin berleluasa?Adakah kita tidak tahu bahawa dengan CINTALAH jenayah ini berlaku.Dengan CINTALAH, nyawa yang tidak berdosa menjadi mangsa!Dengan CINTALAH,manusia hilang nilai kemanusiaan!Dengan CINTALAH orang beragama hilang agamanya!

Nah!!!!!!! ,memang wajarlah orang yang layak dipersalahkan adalah diri kita.Muhasabah diri kita terlebih dahulu sebelum menilai manusia.Cinta di alam remaja merupakan satu trend yang tidak dapat dipisahkan.Tidak kira mereka yang belajar agama ataupun tidak,semua terperosok ke lembah cinta yang penuh dengan kepalsuan semata.

Wahai sidang pembaca sekalian,

Marilah kita bersama-sama memahami nilai cinta yang sebenar.Sampai bila kita ingin mengorbankan nyawa yang tidak berdosa,Renungkanlah............ADAKAH KITA TERMASUK DALAM KATEGORI CINTA TERLARANG INI?FIKIRKANLAH..........

Thursday 24 December 2009

"BERILMU TETAPI TIDAK BERADAB" dan "BERADAB TETAPI TIDAK BERILMU"

Selamat bertemu wahai saudara seislamku. Dalam ruangan ini saya ingin membicarakan mengenai suatu isu yang sangat penting untuk kita fikirkan bersama mengenai nilai ilmu dalam kehidupan seseorang muslim. Seperti mana yang kita ketahui,bahawa "ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah". Pepatah arab ini jelas menunjukkan kepada kita betapa tingginya kedudukan ilmu. Pepatah ini dikuatkan lagi dengan mutiara kata yang telah dinyatakan oleh Abu Darda'"Sekali celaka bagi mereka yang tidak tahu,akan tetapi tujuh kali celaka bagi mereka yang tahu tapi tidak mengamalkannya".

Saudara-saudaraku sekalian,

Perlu kita ambil perhatian bahawa,semakin tinggi ilmu seseorang itu,maka semakin hinalah dirinya dihadapan ALLAH.Mengapa hal ini berlaku? Hal ini kerana semakin banyak ilmu di dalam dada,maka banyaklah pengetahuan kia mengenai kebesaran ALLAH. Hal ini akan menjadikan kita lebih merendah diri dihadapan KHALIQ dan juga makhluk. Akan tetapi,cuba kita lihat betapa ramai oang yang berilmu tapi langsung tidak beradab. Mereka merasakan diri mereka lebih hebat berbanding orang lain.Mereka juga merasakan amalan mereka lebih hebat berbanding orang lain. Sebagai contoh,apabila selesai sahaja solat fardhu,ramai dalam kalangan golongan ini,keluar dari saf tanpa mahu berwirid dan berdoa bersama imam,padahal mereka tidak mempunyai sebarang kepentingan lain yang terpaksa dilakukan. Kebanyakan mereka yang keluar ini adalah dalam kalangan orang berilmu. Ada pula yang sibuk memegang tasbih di belakang,di waktu yang sama imam sedang memimpin majlis di hadapan.

Saudaraku yang budiman,

Mari kita renungkan,mengapa berlaku sedemikian rupa? Adakah mreka ingin menunjuk-menunjuk amalan mereka? atau mungkin mereka merasa diri mereka terlalu tinggi maqamnya sehingga tidak layak untuk besama-sama imam dan makmum yang lain dalam beramal? Wallahu a'lam. Hanya ALLAH sahaja yang tahu. Jadi suka saya mengajak saudara-saudaraku sekalian,jangan kita merasa bangga walau tinggi mana pun ilmu kita. Lebih baik kita menjadi orang "SEDIKIT ILMUNYA ,TETAPI MEMPUNYAI ADAB YANG TINGGI".

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...