Monday 31 May 2010

DUNIA SEMAKIN TUA!

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah ,marilah sama-sama kita 'post mortem"iman kita hari ini,adakah masih berada di takuk yang lama?ataupun telah berubah kepada yang lebih baik?. Oleh itu marilah sama-sama kita menghitung diri kita moga kita tergolong dalam kalangan orang yang dirahmati oleh Allah Taala.

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan para sahabat,mengenai satu khutbah yang telah disampaikan oleh seorang Imam di sebuah tempat yang terletak di Felda Jelai 4,Gemas Negeri Sembilan.Saya begitu termangu mendengar khutbah yang telah disampaikan. Khutbah yang disampaikan berkisar tentang keaalpaan ibu bapa dalam memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak.Khutbah yang dimulakan dengan mimbar mengajak hadirin ,agar bertaqwa kepada Allah dengan melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala.

Kemudian,khutbah diteruskan dengan penyataan mengenai kajian yang telah dibuat oleh para penyelidik yang menyatakan sejumlah 95% remaja di Amerika Syarikat,telah melakukan hubungan seks.Hal ini disusuli pula dengan kajian yang telah dilaksanakan di Mlaysia yg yatakan,dari 80 orang remaja yang dikaji,seramai 60 orang telah mengaku sudah menjalin hubungan seks. KHutbah diteruskan,dengan menyatakan bahawa tanpa didikan yang sempurna daripada ibu bapa merupakan antara faktor terbesar yang menjadi punca masalah ini kian meruncing.

Seterusnya,mimbar mengajak para hadirin yang kebanyakannya terdiri daripada ibu bapa agar sama-sama meningkatkan himmah dalam memberikan didikan yang sempurna kapada anak-anak.Mimbar juga mengajak para hadirin agar lebih banyak meluangkan masa bersama anak-anak.Bukannya menjadi seperti 'haruan makan anak" yang merosakkan maruah dan masa depan anak sendiri disebabkan kerakusan hawa nafsu yang bergelora.Khutbah akhirnya di akhiri dengan bacaan doa.

Demikianlah serba-sedikit yang boleh saya kongsikan bersama mgnai khutbah yang telah disampaikan. Sesungguhnya iman kita bertambah dan berkurang,kerana kita bukanlah dalam kalangan para anbiya'.Kita mampu mendidik nafsu kita dengan baik jika kita sering mengamalkan latihan rohani seperti membaca Al Quran,berpuasa dan sebagainya.Inilah nilai yang perlu kita terapkan dalam kehidupan seharian kita .Tutuplah ruang-ruang kepada nafsu untuk mengajak diri kita ke arah kemaksiatan.Sesungguhnya dunia semakin tua,semakin banyak bangunan pencakar langit dibina,masjid pula dibina sebagi tempat pelancongan,ulamak dihina,pengaruh liberal dalam media massa seperti 'tasbih cinta' dan banyak lagi telah semakin berleluasa.Tidak mustahil untuk kita nyatakan bahawa Dajjal telah keluar dari belenggu yang mengikatnya.

Sekian,bertemu lagi dalam artikel yang akan datang ingatlah pesanan "ALLAH TIDAK MEMANDANG AMALAN YANG BANYAK TETAPI AMALAN YANG IKHLAS,SEDANGKAN IKHLAS ITU RAHSIA ALLAH"

Thursday 27 May 2010

MADAH BUATMU YANG BERNAMA WANITA

Secantik mana seorang wanita,
Ketahuilah,ia cuma hiasan dunia,
Dan hiasan yang tercantik itu adalah wanita solehah,
Yang membaluti tubuhnya dengan sempurna,
Yang menghiasi dirinya dengan sederhana,
Yang mengisi jiwanya dengan pengabdian,
Yang melengkapkan dirinya dengan amal soleh,
Agar teman hidupnya tidak dijamah api neraka,
Ia lah hiasan termahal tanpa harga,
Maruah dirinya tidak terjual,suci terpelihara,
Dijadikan tuhan dari rusuk kiri Adam,
Yang layak menduduki singgahsana Cuma,
Wanita yang benar-benar solehah,
Yang sebelum mulanya pertemuan,
Lidah terpelihara agar tidak terjerumus,
Yang tidak membatasi syariat Tuhan,
Memelihara diri daripada dibakar api,
Yang tahu dahsytnya api jahannam itu,
Yang memelihara pandangan dan pendengaran,
Yang memelihara dan memulihara adab dan akhlak,
Setianya dia dari tauladan Khadijah,
Gigihnya dia umpama Aisyah,
Tabahnya dia umpama Fatimah,
Relanya dia bak Sumaiyah,
Lautan harta bukan ukuran,
Ilmu menjadi kehendak,
Akhlak tidak terbeli,
Cintanya kepada Allah membara,
Membakar dan menerangi pelosok dunia,
Hidup yang penuh kebaktian,
Menjadi penghilang haus dahaga,
Demkianlah wanita solehah,Menjadi rebutan suami soleh.

Wednesday 26 May 2010

KISAH MALAIKAT JIBRIL,KERBAU,KELAWAR DAN CACING

Assalamualaikum,ahlan wasahlan kepada para sahabat yang sempat berkunjung di dalam blog ini.Ana bukanlah orang yang paling berhak untuk menyampaikan ilmu,namun tiada salahnya untuk kita kongsi bersama. Kali ini ana ingin membawa sebuah kisah yang berlaku di antara malaikat Jibril,kerbau ,kelawar dan cacing.Mari bersama kita hayati......

Pada suatu hari,Allah memerintahkan malaikatJibril untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau.Ia menanyakan pada si kerbau apakah ia senang telah diciptakan Allah sebagai seekor kerbau.Malaikat Jibril segera pergi menemui si kerbau

Pada waktu siang yang panas itu,si kerbau sedang berendam di sungai.Malaikat Jibril mendatanginya kemudian bertanya kepada kerbau:Wahai kerbau adakah kamu senang telah dijadikan Allah sebagai seekor kerbau? Si kerbau menjawab:Saya bersyukur kepada ALLAH yang telah menjadikan saya seekor kerbau,daripada saya dijadikannya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri.Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril segera pergi menemui kelawar.

Malaikat Jibril mendatangi seekor kelawar yang sedang tidur bergantungan di dalam satu gua.Kemudian bertanya kepada si kelawar:"Wahai kelawar apakah kamu senang di jadikan Allah sebagai seekor kelawar? Si kelawar menjawab:Saya bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan saya sebagai seekor kelawar daripada saya dijadikannya sebagai seekor cacing.Tubuhnya kecil,tinggal di dalam tanah,berjalannya sahaja menggunakan perutnya,jawab si kelawar.Mendengar jawapan itu,malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril bertanya kapada si cacing:"Wahai cacing,adakah kamu senang dijadikan Allah sebagia seekor cacing?Si cacing menjawab:Saya bersyukur kepada ALLAH yang telah menjadikan saya seekor cacing,daripada dijadikannya sebagai seorang manusia.Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh,ketika mereka mati akan diseksa oleh ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA.

Oleh hal yang demikian,kisah ini menyatakan orang yang melakukan maksiat,taraf mereka lebih rendah daripada binatang.Kisah ini mengingatkan kita dengan sepotong ayat Quran yang bermaksud"MEREKA SEPERTI BINATANG TERNAKAN,BAHKAN LEBIH SESAT LAGI". Pintu taubat masih terbuka luas buat mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan,Sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan penyayang.Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan istighfar dan selawat moga-moga kita dirahmati Allah ta'ala. Wallahu a'lam.

KANAK KANAK YANG TAKUT API NERAKA

Pada waktu ini mari sama-sama kita bermuhasabah ,dengan sebuah kisah yang sungguh memberi kesan buat jiwa yang bersih dari dosa dan noda.Mari bersama kita renungkan.

Dalam satu riwayat menyatakan bahawa:Ada seorang lelaki tua sedang berjalan -jalan di tepi sungai.Masa dia berjalan-jalan di tepi sungai,dia terpandang kepada seorang anak kecil yang sedang mengambil wudhuk sambil menangis.Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis,dia pun bertanya:Wahai anak kecil mengapa kamu menangis?Anak itu berkata:Wahai pakcik saya telah membaca ayat alQuran hingga sampai kepada ayat yang bermaksud"JAGALAH DIRIMU DAN KELURGA MU DARIPADA API NERAKA".Saya menangis kerana saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.

Berkata orang tua itu:Wahai anak,janganlah kamu takut,sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.
Berkata anak kecil itu:Wahai pakcik,pakcik adalah orang yang berakal,tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api,yang pertama sekali yang mereka letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu,kemudian baharu mereka letakkan ranting yang besar.Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang yang dewasa.

Orang tua berkata sambil menangis:Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti????

Bagaimana???Bagaimana keadaan diri kita yang semakin hari,semakin dipenuhi dosa dan noda?Dalam keadaan mata yang tidak lekang daripada menonoton televisyen,serta disajikan cerita-cerita yang melalaikan,adakh kita yakin akan bertemu Allah dalam keaadan yang beriman? Saya mengajak diri saya dan juga anda agar sama-sama merenung dan menghitung diri serta mari bersama-sama mengangkat ISLAM YANG SEBENAR DALAM DIRI KITA. Wallahu a'lam.

Thursday 20 May 2010

PEMUTUS KELAZATAN

MAKA segala nikmat kelazatan hidup dalam dunia ini adalah palsu belaka,hanya untuk sementara waktu sahaja.Wahai....... bin/binti....ingatlah bahawa dari tanah kamu dijadikan,ke dalam tanah juga kamu dimasukkan,dan daripadanya juga kamu dikeluarkan.Tuhan menjadikan kamu untuk menunaikan amanah dan kewajipan,maka semasa kamu di dalam tanah menjadi mangsa dan makanan kepada ulat dan cacing yang berkeliaran sehingga berkecai-kecai dan hancur lebur bercerailah daging daripada badan.Pada akhirnya kamu akan dibangkitkan daripada tanah perkuburan dan dihidupkan semula,kemudian hadir di tempat perhimpunan.

Ingatlah! bahawa segala usaha dan amalan kamu di dunia akan diperiksa baik atau jahatnya.Tiada satu pun yang akan ketinggalan,semuanya akan diberi balasan yang setimpal dan berpadanan.

Saya bersumpah dengan nama Allah yang mempunyai kebesaran,dengan nama Rasul-rasul yang dimuliakan,di atas nama islam agama kesucian,bahawa inilah dia perjanjian Tuhan dan benarlah segala Rasul-rasul pilihan.

Wahai......bin/binti......mudah-mudahan Tuhan akan mengurniakan kasihan belas kepada kamu.Hendaklah kamu sedar bahawa segala nikmat dan kelazatan di dunia telah hilang daripada kamu.Oleh kerana kamu telah memasuki alam akhirat dan kamu akan tinggal di sini sehingga hari akhirat.

Wahai....bin/binti.... janganlah sekali-kali lupakan pengakuan dan perjanjian kita di alam dunia,iaitu sebutan syahadah. Oleh kerana dua malaikat akan datang memeriksa kamu maka janganlah kamu gentar dan takut kerana mereka juga adalah makhluk Allah seperti kamu juga.

Mereka akan bertanya kamu:Siapakah Tuhan yang kamu sembah?Apa i'tiqad dan kepercayaan kamu?Hidup dan matimu di atas agama apa?

Di masa itu katakanlah kepada mereka"Allah tuhan aku yang sebenarnya
". Apabila ditanya lagi,jawablah Allah Tuhan kau yang sebenar-benarnya. Pada kali yang ketiga dan kali yang akhir sekali mereka menyoal,hendaklah kamu jawab dengan lidah yang fasih. Janganlah kamu berasa cemas dan gentar kapada mereka"ALLAH TUHANKU",MUHAMMAD RASULULLAH NABIKU","ISLAM AGAMAKU","AL QURAN PEDOMAN DAN IKUTANKU",BAITULLAH KIBLATKU",SEKALIAN ORANG ISLAM SAUDARAKU",SAIDINA IBRAHIM BAPA PADA AGAMAKU",MANAKALA HIDUP DAN MATIKU DI ATAS UCAPAN:LAILAHAILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.

Wahai...bin/binti...ingatlah dan peganglah bersungguh-sungguh kenyataan dan pesanan buat selama-lamanya.Sekiranya ditanya kamu derihal Muhammad,maka hendaklah kamu jawab bahawasanya beliau pesuruh Allah dan utusannya yang telah menyampaikan kepada kami keterangan dan bukti-bukti daripada Allah yang mana kami telah beriman akan menurut ajarannya.

Wahai saudaraku!!!....
Bahawasanya mati itu benar,masuk ke dalam liang kubur itu benar,soalan mungkar nakir itu benar,dibangkitkan manusia untuk diperiksa amalannya itu benar,melalui titian siratul mustaqim itu benar,balasan nikmat syurga dan azab api neraka itu benar dan bahawasanya hari kiamat itu akan berlaku dengan tidak syak dan waham lagi.

Wahai saudaraku!!!....
Selamat tinggal saya ucapkan buat selama-lamanya.Kami serahkan kamu kepada Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.Mudah-mudahan dicucuri rahmat dan keampunan ke atas kamu.

Wahai Tuhan Yang Maha Besar!Wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa!Tuhan Yang Maha Penyayang!Kurniakanlah limpah rahmat-Mu ke atas hamba-Mu ini.Ampunilah dosa dan kesalahannya dan kesalahn kami.Wahai saudaraku,ingatlah pesanan saya bahawa Allah tuhan kita,Islam agama kita dan Muhammad Rasulullah nabi kita.

Mudah mudahan Tuhan memberi perlindungan kepada kamu,mengampun dosa dan kesalahan kamu serta menerima segala amalan kamu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...