Saturday 19 June 2010

BERSAMA PELAJAR STAM 2010

PROGRAM BERSAMA ADIK MAAHAD AHMADI

JAUH PERJALANAN,LUAS PENGALAMAN (SABAH, NEGERI DI BAWAH BAYU)

Chalet terapung.

Di Chalet Semporna Sabah.Kami menginap disini.Indahnya,boleh memancing dari atas katil je.Bukak tingkap,hulurkan pancing...dan..rehat....

Agak lucu sedikit..sbab tengok rumah kat atas laut tu ada ASTRO.

Aku sedang melihat keindahan Perairan Sabah.

Al Ustaz Zulkarnain B Itam.Pandangan yang jauh kehadapan...

Di atas jeti nelayan Kunak.Sebelah tu,Abdul Rauf. Tinggikan orangnya,haha....

Kalau nak diikutkan,tak nak beli makanan dalam kapal ni,harganya MASYAALLAH!!.Tapi itulah sejarah,kadang kala kita perlu berkorban untuk mencipta sejarah itu dalam hidup kita

Di lapangan terbang Tawau.Bergambar di sebelah seorang kawan yang bernama Mohd Rifdi B Ramlan.Bakal melanjutkan pelajaran ke Jordan.Berlatar belakangkan kapal terbang Air Asia.Indah juga keadaan ni ya

Di atas awan biru.Demikianlah tanda-tanda kekuasaan Allah buat mereka yang berakal.Awan tergantung tanpa bertiang. sebahagian orang berkata"biaselah tu awan terapung,apa nak dibanggakan sangat,itupun gayat!".Haha,itu bukan tanda dia tak berakal,tapi dia kurang sikit je...

"senyum seindah suria,yang membawa cahaya,kau tersenyum,aku tersenyum,kebahagiaan terbina" haha..teringat plak lagu ni. Jadi senyumlah,kerana senyum itu sedekah.Ana tengah duduk sebelah farid yaseer,tengah memikirkan satu persoalan "Bila la kapal ni nak terbang...?

Tangga untuk menaiki kapal.Jom!jalan sama.

Bahagian kipas kapal yang menerbangkan penumpang ke angkasa.Taajub,itulah ilham Allah kepada manusia yang mengadaptasikan hasil ciptaan Allah iaitu burung.Adakah kita bersyukur?

Pujian yang sentiasa ku fikirkan kesohihannya,entahlah??

Dunia ini begitu luas untuk dijelajahi.Namun itulah sebenarnya yang kita perlu lakukan,yakni mengembara untuk menambahkan lagi kekuatan dan keimanan kita terhadap tuhan yang MAHA PENCIPTA.

Antara,surat-surat yang diberikan oleh adik-adik TUN SAKARAN SABAH.Sengaja dibaca di atas kapal,untuk mewujudkan suasana yang lebih indah dan penuh romantis.Kadang kala,kita perlu mewujudkan suasana yang yang akan memberikan kita seribu satu kenangan indah dalam hidup ini.Kalau nak dikira,apalah sangat nilai komen di atas sehelai kertas kosong ini,namun bagi mereka yang mempunyai jiwa yang tulus,nilai komen ini tidak mampu untuk digantikan dengan sejuta emas sekalipun,apatah lagi ianya dibaca di atas awan biru.

Sedang menulis sesuatu,"Aku kini,dalam perjalanan pulang ke Semenanjung.Banyak pengalaman yang telah aku perolehi ketika disini.Pelajar yang agak miskin,namun semangat untuk belajar,kita??????"

Bersama Cikgu Mohd B. Aspari.

NOW!EVERYONE CAN FLY. Moto yang memberi sinar buat mereka yang tidak mampu untuk terbang di awan biru.

Wednesday 16 June 2010

EPISOD SYAITAN BERSEDIH

Si syaitan tanduk bercabang masih sugul mengenangkan nasibnya yang malang.

Dalam waktu yang sama,syaitan-syaitan yang lain sibuk menceritakan antara satu sama lain tentang usaha hasutan mereka yang membuahkan hasil.

Sedang syaitan tanduk bercabang termenung kesedihan,datang satu sapaan daripada arah belakang.

"Hoi!!!!!!!!!!!"

"Apocot!,ish kau ni,bagi la salam dulu,wat aku terkejut je"

"Aik? Semenjak bila kita belajar bagi salam ni?!!

"Eh ye tak ye,entahlah semenjak aku kecewa ni,fikiran aku pun dah tak betul."

"Ha takpe-takpe,skang kau luahkan apa yang berselirat di benak fikiran ko ni..."

BEGINI CERITANYA................

Seperti biasa,selepas selesai solat isyak,semua pelajar perlu bersegera bersiap untuk pergi prep.

Sedang Saufi khusyuk melaksanakan solat sunat.....

Hadir syaitan menganggu "Saufi!Saufi! cepat ,cepat sembahyang tu,kang kena marah nanti kalau lambat pergi prep."

Kekhusyukannya mula terganggu,

Namun,dihayati sedalam-dalamnya maksud surah Al fatihah dan surah yang sedang dibacakannya.....

"BISMILLAHIRRAHMA NIRRAHIM...."

Dengan pandangan mata tepat ke arah tempat sujud,hatinya menterjemah maksud kalam agung RABBUL JALIL itu dengan penuh penghayatan.

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"

Di samping menggambarkan kekuasaan dan kebesaran Allah yang tiada tolok bandingnya.

Si syaitan mula mengeluh: "Huiiiii,khusyuk betul Saufi ni sembahyang,tak boleh jadi ni!,takpe-takpe aku guna cara lain"

Syaitan datang menghampiri Saufi...

"Saufi-Saufi,kalau ko nak tau,kunci loker kau tu sebenarnya kat bawah katil ko je,bukannya hilang!"

Begitulah jerih -perih syaitan dalam melalaikan manusia ketika solat.Segala yang lupa,terus ingat.

Namun,dengan kekuatan iman yang telah lama tertanam dalam hati sanubari, Saufi tidak mudah goyah dengan godaan sedemikian rupa.

Itulah hasil yang diperoleh setelah di didik oleh ibu bapanya yang mengambil berat dengan sistem hidup Islam semenjak kecil,kini telah menghasilkan buah iman yang segar di dalam jiwa.

"ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH"

"ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH"

Doa terus dibacakan dengan penuh penghayatan.

Usaha syaitan kini gagal lagi,Namun syaitan tidak berputus asa,dia terus berusaha lagi...

Sedang Saufi bergerak keluar dari musolla,beliau mencari-cari selipar yang telah diletakkannya di atas rak musolla.

Rupanya seliparnya telah dicuri.....

Saufi sedikit mengeluh "MasyaAllah,semalam dah hilang!,hari ni hilang lagi. Mesti budak semalam yang curi "

Syaitan yang mendapati peluang baik untuk menghasut ini, datang menghampiri.

"Saufi!kalau kau jumpa budak tu,kau tumbuk je budak yang curi selipar ko tu.Ni bukan sekali selipar ko hilang,masuk kali ni dah 10 kali,kes ni berulang.Takpun kau maki hamun je budak tu"

Saufi yang pada mulanya terangsang nafsunya untuk marah,menyedari kesalahannya yang menyalahkan QADHO' DAN QADAR ALLAH.

Beliau terus beristighfar....

"ASTAGHFIRULLAH AL 'AZIM,mengapa aku perlu marah?apa hak aku untuk marah?Apa yang berlaku ini mungkin kaffarah (penebus) terhadap dosa yang aku pernah aku lakukan"

Ternyata syitan begitu hampa dengan jawapan yang keluar daripada mulut Saufi.

Namun si syaitan masih berusaha untuk mendapatkan peluang-peluang yang lain untuk menggoyahkan iman Saufi.

Kali ini,waktu prep menjadi sasaran.

Sedang Saufi berjalan di koridor makmal,beliau terdengar bisikan-bisikan pelajar muslimat yang memuji-muji 'kehandsoman' beliau.Setiap kelas yang dilalui,pasti ada bisikan suara yang memujinya....

"Hoi...!kawan-kawan,abang Saufi,abang Saufi lau...handsomenya die,kau rasa dia suka tak kat aku??

Kawannya yang sedikit 'alim menyampuk

"Eh ko ni,orang macam abang Saufi tu,tak layan perempuan gedik dan mengada macam ko.Kalau perempuan solehah macam aku ni,baru dia nak

"Eleh,mengaku solehah konon...!kau tu,sume laki kau sapu..lagi tak tau malu...."

(sempat bergaduh lagi tu)

Syaitan datang lagi "Hoi Saufi! takkan ko tak dengar kot,semua perempuan menggilai-gilai kehenseman ko. Kau tak nak ambil 'satu' ke buat awek,ko petik jari je sume datang"

Pada mulanya Saufi sedikit bangga dengan kelebihan yang dimilikinya.

Namun,dengan segera di beristighfar "ASTAGHFIRULLAH AL 'AZIM,segala apa yang ada di muka bumi ini adalah milik Allah.Ketampanan ini adalah kurniaan Allah,suati hari nanti akan kedut dan keriput dimamah usia dan juga satu hari nanti akan hancur luluh dimakan ulat"

Saufi meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan bisikan-bisikan pelajar tersebut.

Ternyata usaha syaitan gagal lagi..

Si syaitan tanduk bercabang mula bimbang dengan satu demi satu usahanya gagal.

"Sambil mengesatkan air mata,dengan sebak ceritanya terhenti....."

"Alah ko ni,jangan la sedih,syaitan yang sejati tak boleh sedih ,semangat kena kuat..
(sempat bagi motivasi)takpe-takpe aku faham,nanti kau dah 'cool' kau sambung balik eee cerita ko...."

Si syaitan pun pergi meninggalkan syaitan tanduk bercabang.

"Senang je ,dia cakap,dia tak rasa apa yang aku rasa..isk..isk..isk Turun pangkat la aku,apa aku nak cakap kat anak bini aku?..isk..isk..isk.."

EPISOD DA'IE TAK SIAP

"ana memang tak suka tengok budak perempuan Maahad ni,kat Maahad bertudung labuh,tapi kat luar masyaAllah,dengan tudung pendeknya dengan 'couplenya' ngan macam-macam lagi,ini ke umat islam"

Semua tunduk khusyuk mendengar,maklumlah orang berpangkat kat sekolah.Tiada seorang pun yang berani mengangkat muka.

Sedang memeberi tazkirah........

Syaitan datang berbisik "Wah ko tengok tu,budak-budak sume khusyuk dengar ko tzkirah,hebat la ko ni,kalau kau tazkirah je sume insaf,huiiii hebat tu"

Riyak dan 'ujub mula disemai oleh syaitan laknatullah di dalam hati sanubari.

Hati berbisik "Boleh tahan jugak aku tazkirah ni,lamalah sikit"

Dalam khusyuk memberi peringatan 'ujub' dan yang memberi keinsafan sementara ini,diselitkan juga dengan jenaka-jenaka Raja Syaitan ynag begitu menggelikan hati dan seluruh anggota jiwa dan raga.

"Adik-adik,kita sekarang ni,suka melaqob-laqob (memberi gelaran)yang tidak sepatutnya, penyulah,linggamlah yang paling teruk sekali buntut kuali pun ada,tu tak masuk Halimah jongang lagi tu....."

Kesannya,adik-adik muslimin muslimat semua tergelak belaka,dek lawak si Da'ie ni.

Syaitan berkata dalam dirinya "Ini peluang baik,sume dah tergelak...ha...ha..

Si Syaitan menghampiri si Da'ie: "Huiiiii,ni lagi hebat ni,siap boleh buat lawak lagi tu,budak perempuan yang kat atas tu mesti ramai yang minat kat kau,dah la pandai tazkirah,pandai buat lawak pulak tu...hui ex-calibur btul ko ni....

Dalam sehalus kuman,halus lagi godaan syaitan yang sedaya upaya menyesatkan manusia dalam berdakwah pun ada jalan yang boleh dimasukinya.

Hati mula berasa bangga dengan keupayan dan kehebatan diri.Sudah merasakan diri layak dipuji.

Hati berbisik "Sabrina yang kat atas tu,mesti tergelak dengar tazkirah aku..iiii sukanya aku.

Allahu Akbar.......betapa hati itu raja di dalam jiwa..Baik hati,baiklah yang lai.Rosak hati,rosaklah yang lain.

Sedang asyik memberi tazkirah,AJK musolla memberi isyarat waktu maghrib telah masuk

"Bang-bang dah nak azan ni...."

"ok2"

Seperti biasa tazkirah di akhiri dengan tasbih kaffarah dan surah al 'asr.

Ketika azan dikumandangka.......

"ALLAHU AKBARULLAHU AKBAR......!"

Seraya itu,syaitan lari semahu-mahunya sambil terkentut-kentut agar tidak kedengaran seruan azan agung ini di telinganya.

Seusai azan selesai dikumandangkan,syaitan kembali semula...

Kedengaran beberapa abang senior bertempik

"bangun!bangun! sembahyang sunat"

Semua adik-adik akur dengan arahan.

Syaitan pun datang "ko sembahyang sunat tu,biar lama sikit,ko kan tazkirah tadi,baru nampak yang ko ni alim.Selendang tu kasi bukak sikit,baru nampak macam syeikh....

(dah riyak camtu bukan SYEIKH tapi SYEIII...TAN,ko tau)

Setelah selesai mengerjakan solat sunat,semua pelajar khusyuk berzikir,menanti iqamat.

"Biar aku jadi Imam,budak -budak ni baca bukannya betul,yang abang-abang pun lebih kurang je bacaannya.....

Syaitan yang melihat gelagat si Dai'e ini tersenyum dan tergelak tanda gembira.

Sedang tersenyum,si syaitan terlihat salah seorang rakan sepasukannya sedang duduk dalam keadaan yang sedih dan menyedihkan syaitan yang melihatnya...

Si syaitan datang menghampiri...

"Wahai rakanku si tanduk bercabang,nape ko sedih-sedih semacam je aku tengok"

"Pegilah lah kau...aku tengah tenangkan hati aku yang sedang gundah gulana ni"

"Nape ni,aku tak faham la,cuba cerita sikit kat aku,agar aku lebih mengerti......"

"Tak pelah,aku tengah sedih ni,nanti aku dah 'cool' aku cite kat kau.."

"Kalau camtu,aku tak bisa menolaknya,oklah wa cau dulu,lu jangan lupa cerita kat gua.. gua nak pergi kacau Dai'e tak siap tu sembahyang kejap...

Makin sedih si syaita tanduk bercabang mendengar kata-kata si syaitan yang berjaya mneggoda sedikit-demi sedikit SI dai'e tak siap tu,agak-agaknya nape syaitan tu sedihya????

Friday 11 June 2010

WAHAI PUTERIKU.......

Puteriku Tercinta!Aku seorang yang telah berusia hampir lima puluh tahun.Hilang sudah masa remaja,impian dan khayalan.Aku telah mengunjungi banyak negeri,dan berjumpa banyak orang.

Aku juga telah merasakan pahit getirnya dunia.Oleh kerana itu dengarkan nasihat-nasihat yang benar lagi jelas,berdasarkan pengalamanku,yang mana engkau mungkin belum pernah mendengarnya daripada orang lain.

PUTERIKU...
Dengarlah bicara hatiku...

Benar bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa,tetapi bila engkau tidak setuju,lelaki itu tidak akan berani,dan andai kata buka lantaran lemah gemalaimu,lelaki tidak akan bertambah parah.Wanitalah yang membuka pintu,seolah kau katakan kepada pencuri itu:"Silakan masuk,silakan....Apabila ia telah mencuri,engkau berteriak:Pencuri!Tolong..!tolong...saya telah dcuri.

Demi Allah,dalam khayalan seorang pemuda tak melihat gadis kecuali gadis itu tidak memakai pakaiannya.

Demi Allah begitulah,jangan engkau mudah percaya apa yang dikatakan lelaki,mereka tidak akan melihat gadis kecuali dengan akhlak dan budi bahasanya,Ia akan berbicara,kepada mu sebagai seorang sahabat.Demi Allah ,dia telah berbohong!

Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu,kehalusaan budi bahasa dan perhatian,semua tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan.Setelah itu apa yang terjadi?

Kalian berdua sesaat berada dalam kenikmatan,kemudian engkau ditinggalkan,dan engkau selamanya tetap merasakan penderitaan akibat kenikmatan itu.Pemuda tersebut akan mencari mangsa lain untuk diterkam kehormatannya dan engkaulah yang akan menanggung beban kehamilan.Jiwamu menangis,kening mu tercoreng,selama itu hidupmu tetap berkubang dakam kehinaan dan keaiban,masyarakat tidak akan mengampunimu.

PUTERIKU...

Cita -cita wanita tertinggi adalah perkahwinan.Wanita,bagaimana tinggi pun status sosial kekayaan,populariti dan prestasinya sesuatu yang sangat diinginkannya adalah menjadi isteri yang baik serta ibu kepada rumah tangga yang terhormat.

Tak ada seorangpun yang mahu menikahi pelacr,sekalipun ia lelaki hidung belang,apabila akan menikah tidak akan memilih wanita rosak,kan tetapi ia akan memilih wanita yang baik kerana ia tidak rela bila suri rumah tangganya dan ibu kepada putera putrinya adalah seorang wanita yang tidak baik.

Sesungguhnya krisis perkahwinan terjadi disebabkan kelalaian kaum wanita!Krisis perkahwinan terjadi disebabkan perbuatan wanita-wanita perosak,sehingga para pemuda tidak mahu isteri.Akibatnya ramai para gadis yang sudah berusia tidak mendapat suami.Mengapa wanita-wanita yang baik belum sedar?Mengapa kalian tidak berusaha membenteras malapetaka ini?

Kalianlah yang lebih patut dan lebh mampu daripada kaum lelaki untuk melakukan usaha itu kerana kalian lebih mengerti bahasa wanita.Dan kalianlah lebih tahu cara menyedarkan mereka.

Dan oleh kerana yang menjadi korban kerosakan ini adalah kalian,para wanita mulia dan beragama,maka hendaklah kalian mengajak wanita lain agar bertaqwa kepada Allah.Bila mereka enggan,peringatkanlah mereka akan akibat yang buruk dri perzinaan seperti berjangkitnya suatu enyait.

Bila mereka masih membangkang maka beritahukan akan kenyataan yang ada:Kalina adalah gadis-gadis remaja puteri yang cantik,oleh kerana itu akan ramai pemuda mendatangi kalian dan berebut di sekitar kalian,tetapi adakah kecantiakn itu akan kekal?Semua makhluk di dunia ini tidak ada yang kekal.Bagaimana kelanjutannya,bila kalian sudah menjadi nenek dengan pinggang bengkok dan wajah keriput?Pada waktu itu siapakah yang akan memperhatikan ?Siapa yang akan simpati?

Bersambung......................

PUTERIKU........

Kami tidak minta kalian untuk berubah secara drastik mengembalikan wanita kini menjadi keperibadian muslimah yang sebenar,akan tetapi kembalilah ke jalan yang benar setapak demi setapak sebagaimana kalian menerima kerosakan sedikit demi sedikit.

Perbaikan tersebut tidak dapat di atasi hanya dalam waktu sehari atau dalam waktu yang singkat,melainkan dengan kembali ke jalan yang benar dari jalan yang semula kita lewati menuju keburukan walaupun jalan itu sekarang telah jauh,tidak menjadi soal,orang yang tidak mahu menempuh jalan yang panjang yang hanya satu-satunya ini,tidak akan pernah sampai.Kita mulai dengan membanteras pergaulan bebas,(kalaupun)seorang wanita menutup aurat tida bererti dia boleh bergaul dengan lelaki yang bukan mahramnya dengan bebas dengan menjabat tangan kawan lelaki sekolah,berbincang,berjalan seiring,belajar bersama.

Jangan lupa bahawa Allah menjadikannya sebagai wanita dan kawannya sebagai lelaki,satu dengan lain dapat terangsang.Baik wanita,lelaki,atau seluruh penduduk dunia tidak akan mampu mengubah ciptaan Allah,menyamakan dua jenis atau menghapus rangsangan seks dari dalam jiwa mereka.

Mereka yang menggembar-geuburkan kebebasan dan pergaulan bebas atas dasar kemajuan adalah pembohong,dilihat pada dua sebab:

1.Kerana mereka lakukannya untuk kepuasan diri mereka,memberikan kenikmatan melihat anggota badan yang terbuka dan kenikmatan-kenikmatan lain yang mereka bayangkan,Akan tetapi mereka tidak berani berterus-terang,oleh kerana itu mereka berselindung di sebalik kemajuan,modenisasi,hak asasi dan pelbagai lagi ungkapan lain.

2.Kerana merka bermakmum pada barat,bagaikan kiblat,seoalah-olah kebenaran adalah apa yang datang dari sana,dari paris,london,berlin,new york,yang berupa tari menari,pergaulan bebas di pusat-pusat pengajian,mendedah aurat di khalayak,di pantai dan di kolam renang.Kebatilan menurut mereka adalah apa yang datang dari Timur,sekolah-sekolah islam,masjid-masjid,walaupun berupa kehormatan,kemuliaan,kesucian dan keamanan.Kata mereka,pergaulan bebas itu dapat mengurangi nafsu berahi,mendidik watak dan dapat menekan libido seksual.Untuk menjawab ini saya limpahkan pada mereka yang telah mencuba pergaulan bebas di sekolah-sekolah,seperti Rusia yang tidak beragama,tidak pernah mendengar para ulama dan pendeta.Bukankah mereka telah meninggalkan percubaan ini setelah melihat bahawa hal ini amat rosak......

PUTERIKU........

Puteriku yang beriman dan beragama!Puteriku yang terhormat dan terpelihara,ketahuilah bahawa yang menjadi korban semua ini bukan orang lain terkecuali engkau.

Oleh kerana itu janganlah berikan diri kalian sebagai korban iblis,jangan dengan ucapan mereka yang merayu dengan pergaulan yang alasannya,hak asasi,modenisasi,emansipasi dan kehidupan kampus.Sungguh kebanyakan orang terkutuk ini tidak beristeri dan tidak beranak,mereka sama sekali tidak peduli dengan kalian selain untuk pemuas kelazatan sementara.Sedangkan saya adalah seorang ayah daripada empat orang gadis.Bila saya membela kalian,bererti saya membela puteri -puteriku sendiri.Saya ingin kalian bahagia seperti yang saya inginkan untuk puteri-puteriku,

Sesungghnya tidak ada yang mereka inginkan selain memperkosa kehormatan wanita.Kemuliaan yang tercela tidak akan kembali,begitu juga martabat yang hilang tidak akan dapat ditemui kembali,

Bila anak puteri jatuh,tak seorang pun di antara mereka mahu menyinsinkan lengan untuk membangunkan dari lembah kehinaan,yang engkau dapati mereka hanya merebut kecantikan si gadis,apabila telah berubah dan hilang,mereka pun lalu pergi persisnya seperti anjing meninggalkan bangkai yang tak tersisa daging sedikit pun.Inilah nasihatku padamu,puteriku.Inilah kebenaran.Selain ini jangan percaya.Sedarlah bahawa di tangan mulah,bukan di tangan kami kaum lelaki,kunci pintu perbaikan.Bila mahu perbaiki diri kalian,dengan demikian umat pun kan menjadi baik.

Thursday 10 June 2010

SHEIKH YUSUF AL BAKHUR AL HASANI

Masih terngiang-ngiang mutiara kata terakhir yang telah di sampaikan oleh Syeikh Yusuf Al Hasani kepada kami.Bersempena dengan kunjungan ke Malaysia,telah banyak menyemai benih-benih kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W. Aku bersyukur kepada Allah kerana dipertemukan dengan insan yang begitu rapat hubungannya dengan ALLAH,RABBUL JALIL.Sesungguhnya,tidak mampu untuk dilafazkan dengan kata-kata ketenangan yang malanda hati ini apabila berdampingan dengan beliau.

Kata-kata yang sunggguh mendalam,kasih sayang yang tiada tolok bandingnya terhadap anak-anak murid,memang tidak dinafikan seoang alim yang terunggul dan termasyhur di dunia.

Teringat satu kisah yang diceritakan oleh beliau,ketika mana beliau dilantik menjadi mufti Kanada,orang arab begitu berbangga dengan perlantikan tersebut kerana Syeikh merupakan orang arab.Maka,apabila perkara ini sampai ke pengetahuan Syeikh Yusuf,maka ia menimbulkn rasa kurang senang dalam diri Syeikh sendiri. Maka apabila Syeikh telah sampai ke Kanada,maka Syeikh mengumpulkan seluruh umat islam yang berada di situ dan menyampaikan sebuah ucapan.

Syeikh menyatakan bahawa umat islam itu adalah satu,dan saling bersaudara antara satu sama lain.Syeikh menyatakan lagi,bahawa tidak perlu berbangga dengan status 'arab' kerana islam tidak membezakan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.Kerana Syeikh menyatakan lagi,kalau mangenai kebanggaan,maka aku boleh saja berbangga dengan keturunanku yang sampai kepada Rasulillah S.A.W. dan banyak lagi.Namun,aku tidak berbangga kerana itu semua,kerana aku hanya berbangga dengan status aku sebagai seorang muslim.Maka beliau menyatakan kepada orang ramai yang hadir pada waktu itu,untuk meletakkan jawatan sebagai mufti Kanada. Selepas beliau berucap,orang ramai datang kepada beliau untuk memohon kemaafan. Maka,dengan itu syeikh menubuhkan satu persatuan yang bernama JAM'IYYATUL ISLAMIAH iaitu para ahlinya dilarang untuk berbangga dengan status bangsa masing-masing.Begitulah serba ringkas sebuah kisah yang telah diceritakan oleh syeikh.....

Aku sunguh teruja apabiala mendengar kisah tersebut,betapa seorang alim,yang begitu mulia maqamnya di sisi Allah menunjukkan nilai kerendahan dirinya di hadapan Allah TAALA.

Pad suatu pagi ,sedang kami duduk di ruang tamu,tiba-tiba syeikh Yusuf turun dari bilik beliau di tingkat atas,meminta pertolongan untuk melihat tiket pulang beliau ke kanada.beliau brkata,di waktu dia tidur,terlintas dalam dirinya untuk memeriksa kembali tiket yang telah diperolehi.Maka apabila diperiksa,terdapat kesalahan tarikh pada tiket itu.Maka beliau memanggil siapa yang telah membeitahu tarikh yang salah kepada beliau.Apa yang ingin disampaikan disini,Allah mempermudahkan segala urusan hamba pilihannya di muka bumi ini.MasyaAllah,satu-satunya karamat yang dapat kami saksikan dan kami dengar kisahnya dari mulut syeikh itu sendiri.

Pada hari terakhir,sebelum keberangkatan beliau pulang,beliau sempat menyampaikan beberapa wasiat terakhir kepada kami.Beliau menyatakan kepada kami bahawa,masa di dunia ini terlalu pendek untuk melakukan amal yang banyak.Beliau sempat menyatakan dan mengiktiraf kami sebagai anak muridnya,yang mana dengan bai'ah ini,harapnya dapat sama berpegangan tangan dengan syeikh sebagai syafaat daripada seorang guru.Beliau juga menyatakan janganlah beramal kerana sesuatu. Syurga itu makhluk,jadi mengapa kita perlu berbangga dengannya...Buat segala amal khusus kerana Allah Taala.

Beliau berkata lagi,jangan menyuruh orang bersolat,tetapi kamu tidak bersolat.Jangam menyuruh orang berpuasa tetapi kita tidak bepuasa.Kalam yang terakhir beliau menyatakan,

1.Jika Allah telah menetapkan rezekinya terhadap seorang hamba,maka tidak perlu risau. Tiada siapa yang boleh mengambil rezeki itu.

2. Ajal maut telah ditetapkan Allah,maka jangan kamu risau terhedap perkara itu.

3. Kita di dunia ini sebagai pelawat,maka ingatlah kau akan pergi meninggalkannya.

Itulah kata-kata terakhir,sebelum kami mengiringi beliau ke lapangan terbang.Di sana,suasana yang suram sungguh dirasai.Sebelum beliau pergi,kami bersalaman dan berpelukan dengan syeikh Yusuf buat kali yang terakhir.Pesanan beliau membuatkan kami merasa baliau sentiasa bersama kami.Kami mengharapkan dapat bertemu dengan beliau lagi. Kami mendoakan agar umurnya panjang dan diberkati Allah Taala.

Wallahu a'lam.

Monday 7 June 2010

Ulama'

MASJIDKU,PENAWARKU.

Beratnya kaki melangkah,jarak yang yang dekat ku rasakan berbatu jauhnya....

Sukarnya menolak kehendak nafsu,keinginan terhadap urusan lain mengatasi segalanya,

Ulitan mimpi menambahkan kenikmatan tidur,

Tanpa disedari,subuh semakin meninggalkan,

Adapun yang bernasib baik,sempat bersolat namun dengan hanya pakaian tidur,

Tidak diketahui,bersih atau pun tidak pakaian itu,

Adapun kalau ada majlis penting,dengan segera membersihkan diri,

Aku hairan,aku pelik.............................

Siapakah sebenarnya RAJA untuk segala raja?

dan siapakah aku di hadapan raja itu?

,

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...