Tuesday 31 August 2010

APABILA SOLAT BERPANTUN....

Apasal la engkau malas sembahyang,
Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada dari tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang......

Apasal la engkau malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu engkau tak boleh
luang....

Apasal la engkau malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang...

Kenapa la engkau malas sembahyang,
Main bola engkau sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang,
Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la engkau malas sembahyang,
Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang...

Apasal la engkau malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la engkau bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang
!!

RENUNGAN BAGI SEGALA MUSLIMAT

--------------------------------------------------------------------------------
Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan terbuka tujuh pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu yang ia sukainya dengan tampa hisab

Rasulullah SAW bersabda:
Wanita, apabila ia sembahayang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kerhormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.

Rasulullah SAW bersabda:
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

Rasulullah SAW bersabda:
Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

Rasulullah SAW bersabda:
Perempuan itu aurat maka apabila ia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia.

Rasulullah SAW bersabda:
Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga.

Rasulullah SAW bersabda:
Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkhawinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya(mas khawin).

Rasulullah SAW bersabda:
Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku di dalam syurga.

Rasulullah SAW bersabda:
Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya maka beristiferlah para malailat untuknya. ALLAH mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapuskan baginya seribu kejahatan.

Rasulullah SAW bersabda:
Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH (perang sabil).

Rasulullah SAW bersabda:
Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhramnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari Qiamat, tiada nur baginya

Rasulullah SAW bersabda:
Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang akan dia

[Luqman Hakim's HomePage] [Muslimat Solehah] [Luqman Hakim Islamic Page] [Islamic Resoruces]

Dimanakah Nilai Tudung Wanita?

Di sini Darul Nu'man ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

All Right Reserved Darul Nu'man © EMAG 1991

Friday 27 August 2010

Melaka wujud talian remaja hamil 06-2333333. RENUNGKAN!! KENAPA SAMPAI KERAJAAN PERLU WUJUDKAN TALIAN INI????

MELAKA 13 Ogos – Mengambil iktibar daripada gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi, kerajaan negeri mewujudkan talian khas bebas tol 06-2333333 bagi membantu remaja yang menghadapi masalah mengandungkan bayi luar nikah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Datuk Norpipah Abdol berkata, talian tersebut diwujudkan bagi membantu golongan tersebut mendapatkan khidmat nasihat mengenai masalah yang dihadapi.

Menurut beliau, remaja yang menghadapi masalah tersebut tidak perlu malu untuk menghubungi talian khas itu.
“Saya amat berharap remaja yang menghadapi masalah hamil luar nikah dan ingin melahirkan anak agar menghubungi talian bebas tol yang disediakan.
“Saya minta mereka tidak membuang bayi sebaliknya jika ada masalah, hubungi talian bebas tol yang disediakan. Segala maklumat remaja akan dirahsiakan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Hospital Melaka sini semalam selepas melawat bayi perempuan yang ditemui dalam tong sampah berhampiran sebuah kilang plastik di Ayer Keroh, dua hari lepas.

Mengulas lanjut, Norpipah berkata, kes buang bayi yang masih bertali pusat di sebuah kilang di Ayer Keroh kelmarin menunjukkan gejala tersebut masih terus berleluasa.
“Setakat ini, empat kes buang bayi berlaku di negeri ini. Walaupun angka tersebut adalah kecil berbanding negeri lain, kita perlu tangani segera gejala ini,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa yang mendapati anak mereka hamil luar nikah agar terus menghubungi talian tersebut untuk mendapatkan bantuan.

Mengenai bayi yang ditemui di sebuah kilang di Ayer Keroh, Norpipah berkata, bayi tersebut kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.
“Kita mungkin akan menyerahkan bayi ini kepada saudara mara mereka selepas berunding dengan pihak hospital dan ahli keluarga,’’ katanya

Thursday 26 August 2010

BAYI DITANAM LAGI.......

TANAH MERAH 25 Ogos - Misteri kemunculan sebuah kubur kanak-kanak secara tiba-tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Telaga Bijih, Batu Gajah di sini, sejak dua bulan lalu terjawab selepas ia digali semula hari ini.

Kerja-kerja menggali dilakukan oleh Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, pegawai Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu dan pegawai Majlis Agama Islam Kelantan.

Ia dilakukan kira-kira pukul 11 pagi berikutan satu laporan dibuat penduduk di Balai Polis Batu Gajah, kelmarin yang curiga dengan kubur tersebut.

Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Abdul Aziz Mahmud berkata, setelah menggali kira-kira satu meter, satu rangka bayi berukuran kira-kira 70 sentimeter ditemui dalam keadaan berbalut kain putih.

"Rangka bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, hasil bedah siasat dijalankan, mayat bayi itu telah ditanam di tanah perkuburan tersebut sejak tiga bulan lalu.

"Keadaan rangka bayi itu dalam keadaan sempurna tanpa kesan kecederaan namun jantina masih belum dikenal pasti," katanya.

Friday 20 August 2010

PENDUDUK GEMPAR JUMPA 'JANIN'

BUTTERWORTH 19 Ogos - Penduduk Kampung Bagan Dalam di sini semalam gempar berikutan penemuan bungkusan kain batik didakwa mengandungi janin yang ditanam oleh pasangan remaja di halaman sebuah rumah di kampung tersebut, baru-baru ini.

Sepasukan anggota polis tiba di kawasan tersebut kira-kira pukul 2.50 petang selepas menerima maklumat daripada orang ramai sebelum melakukan kerja-kerja menggali menggunakan cangkul selama hampir sejam.

Polis kemudiannya menemui kain batik dengan kesan tompokan serta gumpalan darah yang dimasukkan ke dalam sebuah plastik sebelum dipercayai ditanam di halaman sebuah rumah di kampung tersebut.

Utusan Malaysia difahamkan, pada mulanya polis yang menerima maklumat awam bertindak menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang tinggal bersama seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di rumah itu.

Berikutan penahanan itu, polis berjaya menemui kawasan bungkusan tersebut ditanam selepas ditunjukkan oleh lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, belum ada sebarang pengesahan sama ada gumpalan darah yang ditemui adalah janin atau sebaliknya.

Polis kemudiannya membawa remaja perempuan itu ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

"Kita harap semua pihak tidak membuat spekulasi kerana belum ada apa-apa pengesahan. Kita masih siasat," katanya.

Tuesday 17 August 2010

BAYI DIBUANG LAGI?????

Bayi perempuan ditinggalkan depan rumah

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Kempen-kempen kesedaran sudah dilakukan banyak pihak malah kerajaan mengumumkan akan bertindak lebih tegas terhadap pesalah buang bayi tetapi ia belum cukup untuk menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Terbaru, seorang bayi perempuan yang masih hidup dipercayai baru dilahirkan beberapa hari lalu ditinggalkan di atas meja di hadapan sebuah rumah di Bukit Minyak di sini pada Ahad lalu.

Bayi seberat 1.4 kilogram itu ditemui kira-kira pukul 11 malam dengan keadaan berbalut kain lampin oleh sepasang suami isteri yang baru pulang menunaikan solat sunat tarawih di surau berhampiran.

Pasangan itu yang sudah 10 tahun berumahtangga dan belum dikurniakan anak mengambil keputusan untuk mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat sebelum dinasihatkan seorang rakan untuk menyerahkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd. Lah berkata, pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu menjaga bayi tersebut selama dua hari sebelum membawanya ke balai polis kira-kira pukul 10 pagi ini.

"Berdasarkan keterangan daripada pasangan ini, bayi ini ditemui di hadapan rumah mereka tetapi tidak terus membawanya ke balai kerana berhasrat untuk menjadikannya anak angkat.

"Tapi atas nasihat rakan-rakan, mereka membawanya ke balai untuk tindakan selanjutnya oleh pihak berkuasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azman memberitahu, bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan lanjut dan dia kini disahkan dalam keadaan sihat.

Kes itu kata beliau, disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan polis SPT di talian 04-5306402 atau balai-balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," ujarnya.

Sunday 15 August 2010

SYAITAN DIIKAT?

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

ALHAMDULILLAH, Ramadan tiba lagi yang mempunyai pelbagai kelebihan di mana antara kelebihan tersebut al-Quran diturunkan seperti nas (al-Baqarah: 185) yang bermaksud: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Ibn al-Jauzi berkata: Ada tiga pendapat:

• Diturunkan sekali gus, iaitu pada malam Qadar ke Bait al-'Izzah dari langit dunia seperti kata Ibn Abbas.

• Diturunkan al-Quran dengan kefarduan puasa seperti riwayat daripada Mujahid dan al-Dahhaq.

• Permulaan al-Quran dengan turunnya kepada Nabi Muhammad SAW pada bulan Ramadan seperti pendapat Ibn Ishak dan Abu Sulaiman al-Dimasyqi.

Berkenaan dengan hadis syaitan ditambat, penerangannya seperti berikut:
Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fath al-Bari 4/132 tidak menyebut sebarang komentar ketika dikemukakan hadis ini.
Dalam Faidh al-Bari 'ala Sahih al-Bukhari oleh Sheikh Anwar al-Kashmiri 3/327 menyebut: Di sisi riwayat Tirmidzi iaitu yang dirantai ialah jin yang ganas. Justeru, tidak lazim bahawa dirantai keseluruhannya.

Begitu juga sebab berlakunya maksiat bukan hanya terbatas dengan godaan syaitan semata-mata, tetapi di sana ada sebab yang lain seperti pengaruh hawa nafsu yang juga antara sebesar-besar musuh manusia. Apa yang dapat diperhatikan sedikitnya maksiat dan banyaknya ketaatan dilakukan pada bulan Ramadan ini tanpa syak.

Dengan sebab itu, Saidina Uthman r.a memberi nilai tambah daripada segi amalan dua kali ganda berbanding bulan lain. Lihat juga penjelasan yang dikemukakan oleh al-Tahawi.
Ibn Hajar al-Haitami dalam Ittihafu Ahlu al-Islam bi Khususiyat al-Siyam menyebut: "Diambil daripada hadis ini bahawa pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup mengikut hakikatnya. Ini untuk menggambarkan kepada malaikat dan lainnya berkenaan bulan Ramadan dan pahalanya".

Ikatan dan belenggu syaitan pula termasuk hakikat demikian pada kebanyakan masa atau secara majaz kinayah daripada menahan perbuatan jahat dan tipu daya kepada manusia. Hal ini ada kebenarannya.

Dalam Ahkam al-Siyam, oleh Dr. Muhammad Uqlah menyebut: "Iaitu maksud tambatan atau ikatan ialah kurang godaan dan menyakiti mereka".

Semoga kita mengambil semangat Ramadan ini yang memberi 1,001 macam kebaikan untuk menambahkan lagi amalan ketaatan sehingga kita mendapat rahmat, keampunan dan dimerdekakan daripada api neraka Allah SWT. Amin

BUANG BAYI SEMAKIN KRONIK

Oleh SHOLINA OSMAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Pihak universiti disaran supaya mengadakan kajian secara menyeluruh berhubung dengan gejala pembuangan bayi di negara ini yang semakin kronik.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjelaskan kajian itu tidak perlu mengambil masa yang lama supaya segala fakta ini dapat digunakan untuk mencari jalan penyelesaiannya secepat mungkin.

''Saya berharap kajian itu nanti mengambil kira segenap aspek termasuk psikologi dan perlakuan sosial yang didapati begitu menyumbang kepada gejala ini,'' katanya pada sidang media di kediamannya di Langgak Duta di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Kabinet yang mengarahkan individu terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di mana jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Sebelum itu, Rosmah menerima panggilan telefon daripada Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengetuai Konvoi 67 anggota pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan untuk Palestin yang kini berada di Hospital al-Quds, Gaza.

Bagaimanapun Rosmah menekankan hukuman berat sebenarnya masih belum tentu dapat menjamin gejala buang bayi itu boleh dikawal.
''Semua ini berbalik kepada didikan yang telah kita warisi dari nenek moyang terdahulu yang begitu menekankan nilai-nilai murni di dalam jiwa setiap anak-anak,'' katanya.

Rosmah berkata, hanya nilai-nilai murni sahaja dapat mengekang anak-anak daripada terlibat dalam sebarang gejala sosial.
''Ibu bapa seharusnya menyempurnakan tanggungjawab untuk menanamkan sifat-sifat ini dan bukannya menyerahkan kepada pihak lain seperti sekolah,'' katanya.

Malah katanya, ibu bapa perlu berbincang dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya nilai-nilai murni yang cuba dibentuk terhadap anak- anak ini mencapai matlamatnya.

Saturday 14 August 2010

BAGAIMANA MEMILIH KAWAN?

Kawan atau sahabat merupakan pihak kedua terpenting selepas ibu dan ayah.Mereka lah,tempat rujukan atau tempat untuk meluahkan segala masalah yang dihadapi.Hal ini menunjukkan kawan memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan akhlak seseorang.Akan tetapi adakah kawan yang dipilih itu,benar-benar boleh membawa kita ke arah jalan yang betul?atau dengan kawan yang kita ada itu menyebabkan kita lebih banyak bermaksiat terhadap Allah?

Oleh hal yang demikian,betapa pentingnya kawan dalam hidup seseorang itu.Sekiranya kita ingin mengetahui akhlak seseorang itu,maka lihatlah dengan siapa dia berkawan.Memilih kawan yang betul amat penting dalam menjalani kehidupan.Dengan akhlaknya yang baik,boleh mendorong kita untuk mencontohi akhlaknya.Kita juga tidak akan cenderung untuk melakukan sebaarang kejahatan apabila bersamanya.

Kadang kala apabila kita berkawan dengan kawan yang tidak betul,kita akan lebih cenderung untuk melaukan kejahatan yang dilakukannya.Contohnya,kita berkawan dengan kawan yang suka bercouple,maka secara tidak langsung kita juga akan terdorong untuk memiliki pasangan.Ia seperti suatu kebiasaan,iaitu setiap orang mesti ada pasangan,sehingga yang tiada pasangan pula yang merasa segan kerana tiada pasangan.

Itulah bahayanya,jika silap memilih kawan.Kawan juga yang boleh mentebabkan kita membelakangkan ibu dan ayah yang telah menjaga kita sekian lama.Namun,tidak kita nafikan juga ada ibu bapa yang lebih mementingkan kerja berbanding anak-anak,namun kita anggaplah itu semua ujian dalam menguatkan jati diri.Allah sama sekali tidak pernah menzalimi hambanyA,hanya kita yang menzalimi diri kita sendiri.

Maka,ambillah peluang di dalam bulan Ramadhan ini untuk membersihkan jiwa.Ramadhan kareem.

BUMI MESIR PERLUKAN MUJAHADAH TINGGI

Setiap hari kita sering berazam untuk merubah segala perbuatan buruk yang sering mencemari amalan kita khususnya di dalam bulan Ramadhan ini.Namun,kebiasaannya kita gagal untuk merealisasikan azam kita,lantaran pengaruh kuat daripada sahabat-sahabat,abang-abang yang lebih lama.Perkara ini menjadi salah satu igauan buat adik-adik baru yang baru sampai,yang mungkin menanam keazaman untuk mengubah tabiat lama,dan ingin membina hidup yang baru di bumi Anbiya’ ini.

Jadi para sahabat sekalian,mari kita sama-sama merenung kembali bagaimana susah payahnya kita sebelum kita menjejakkan kaki di bumi Mesir ini.Dengan pelbagai urusan,dengan temuduganya dan banyak lagi perkara yang berkaitan yang perlu diuruskan.Di samping itu,usaha ibubapa yang bertungkus-lumus dalam memastikan urusan kita berjalan lancer.Mereka sering mengingatkan kita,agar belajar bersungguh-sungguh dengan memanfaatkan seluruh masa untuk menimba ilmu sebanyak-banyaknya di kesempatan berada di bumi Mesir.

Pesanan mereka ini,lebih menjurus kepada arahan iaitu kita boleh mengatakan seseorang anak itu derhaka sekiranya ingkar terhadap arahan ibu bapa mereka.Nah..!adakah kita ingin menjadi anak yang derhaka? Memang benar banyak cabaran yang perlu dihadapi,seperti lebih cenderung untuk tidur,pengaruh abang-abang lama tetapi itu bukan alasan kukuh untuk kita mengubah tabiat buruk kita.

Sahabat-sahabat,kita adalah kita. Sekiranya kita yang membuat keputusan itu,maka tiada siapa yang boleh mengubahnya.Sekiranya kita membuat keputusan untuk memperbaiki ahklak kita,maka tiada siapa yang boleh mengubah keputusan itu,melainkan diri kita sendiri.Tak tahan ujian???Kalau kita ingin Berjaya pasti ada ujian yang akan menyusul.Kalau kita nak Berjaya dalam SPM,pasti ada ujian SPM,kalau tidak manakan kita Berjaya dalam SPM.

Sahabat…marilah sama-sama kita mengorak langkah,mengumpul tenaga,meredah ombak nafsu,moga-moga kita Berjaya di dalam sulaman ahklak yang menghiasi diri.Wallahu ‘alam.

Friday 13 August 2010

MAYAT BAYI DALAM KUMBAHAN NAJIS. Couple puncanya!!!!

Mayat seorang bayi perempuan yang ditemui dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej kediaman di Bandar Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan, semalam.
________________________________________

TANAH MERAH 12 Ogos – Ketika Kabinet hari ini mengarahkan individu terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu membunuh atau cubaan membunuh, satu lagi mayat bayi ditemui dibuang di sini hari ini.
Tanpa perikemanusiaan serta menghormati kedatangan Ramadan, bayi perempuan yang masih bertali pusat itu ditemui di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di Bandar Bukit Bunga.
Mayat bayi malang yang dipercayai dibuang sejak seminggu lalu itu ditemui kira-kira pukul 5 petang oleh seorang murid, Mohd. Arif Ibrahim, 8, ketika sedang bermain berhampiran kawasan tersebut.
Mohd. Arif ketika ditemui hari ini berkata, bau busuk dari lubang najis itu menyebabkan dia dan tiga lagi rakannya berasa curiga lalu segera menyiasat puncanya.
“Semasa bermain kami terhidu bau busuk lalu saya pergi tengok dan nampak macam mayat bayi sebelum panggil rakan lain.
“Saya pun panggil rakan lain dan bila tengok betul-betul memang sah ia mayat bayi yang sedang tertiarap,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Sepasukan anggota polis termasuk Unit Forensik tiba di tempat itu kira-kira pukul 7 petang dan mengambil masa selama 45 minit untuk mengeluarkan mayat bayi itu sebelum dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim ketika dihubungi hari mengesahkan penemuan bayi itu.

Thursday 12 August 2010

UKHUWAH BERSATU DI BUMI ANBIYA'

Ketentuan Allah mengatasi segalanya.Kadang kala kita sering menyalahkan Allah di atas segala musibah yang dtimpakan kapada kita,jarang sekali kita bersyukur dan bermuhasabah di atas segala musibah itu.Kerana kita sering lupa bahawa kita adalah umpama perantau yang hanya mencari bekal untuk dibawa ke suatu destinasi yang kekal abadi.Namun persoalannya,bagaimana kita ingin mencari'bekal' dengan menggunakan teknik dan cara yang berkesan agar kita tidak gagal di kemudian hari?

Hidup di dunia ini,kita tidak boleh lari daripada sebarang ujian dan dugaan.Itulah perkara yang akan menaikkan serta meninggikan darjat seseorang.Di waktu kita lemah,maka sahabat-sahabat memainkan peranan yang amat penting untuk menaikkan kembali semangat kita untuk terus hidup.Itulah pentingnya mencari sahabat dan mewujudkan ukhuwah yang sejati.

Aku bersyukur pada Allah,kerana telah mempertemukan dan mempersatukan aku dan juga kerabatku di bumi yang diberkati ini.Tidak pernah terlintas di benak fikiran,bahawa penyatuan ini akan berlaku dalam keadaan yang penuh dengan kerahmatan daripada Allah Taala.Setelah berjauhan hampir 3 tahun,akhirnya aku sampai disini untuk sama-sama menyahut seruan jihad mencari keredhoan Allah bersama-sama abang dan kakak yang tercinta.

Mahfuzah Bt Saidina Abu Bakar dan Mohd Khoir B.Saidina Abu Bakar.Dua orang insan yang menjadi role model yang terdekat dalam hidupku dalam melayari bahtera jihad di jalan Allah.Seorang di dalam bidang Syari'ah dan seorang lagi dalam bidang Lughah,maka aku sebagai anak terakhir mengambil keputusan untuk berkecimpung di dalam bidang Usuluddin.Satu penggabungan yang agak baik dalam mewujudkan perbincangan terhadap sesuatu masalah yang ingin dibincangkan.

Aku masih teringat pesanan abangku sebelum setahun sebelum aku berangkat ke Mesir,beliau berpesan agar memantapkan pertuturan di dalam bahasa arab jika engkau ingin belajar disini.Mesir bukan tempat untuk melatih untuk bercakap,tetapi Mesir adalah tempat untuk menuntut ilmu sebnyak-banyaknya dan yang palng utama untuk mendapatkan keredhoaan.Kini aku sudah berada di Mesir,Alhamdulillah wlaupun aku bertutur tidak berapa baik,namun,,aku cuba untuk memepraktikkannya bersama abang-abang yang berada disini.Aku tak kisah..aku tahu uslub bahasa arabku teruk,namun aku menganggap,lebih teruk lagi orang yang belajar bertahun-tahun belajar bahasa arab,sepatah pun tak berani nak cakap..

Harapan kepada semua,agar sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diri ana.Wallahu a'lam.

ZIARAH MAKAM

Inilah dia mihrab,yang dikatakan tempat Imam Syafie mengadakan majlis ilmunya.Masjid merupakan tempat pertama Imam Syafi'e membina tapak untuk menyebarkan mazhab beliau.Pada awalnya,di masjid ini terdapat 70 halaqoh ilmu,namun setelah kedatangan Imam Syafi'e,halaqah yang banyak ini bercantum menjadi 3 halaqah sahaja.Perkara menggambarkan betapa hebatnya ilmu yang dimiliki oleh Imam Syafi'e.

Inilah Masjid 'Amru al 'As.Ketika beliau tiba di Mesir beliau telah mengasaskan masjid ini.Ini adalah tapak asal masih kekal sehingga ke hari ini.Masjid yang agak besar,namun akan dilimpahi dengan jumlah jema'aah yang ramai apabila tiba bulan Ramadhan.

Di hadapan makam Saiyyidina Husin r.a.h. cucunda Rasulullah yang dikasihi.Bertawassullah dengan kemuliaan beliau dan juga manusia yang dimuliakan oleh Allah,moga dipermudahkan segala urusan.

Inilah barang peninngalan Sheikh Soleh seperti serban,jubah,tongkat,tesbauh sebanyak 1000 biji dan banyak lagi.Bilik kecil ini betul-betul terletak di sebelah makam beliau.

Di hadapan makam Sheikh Soleh Ja'fari.Beliau merupakan Imam Masji Al Azhar selama 55 tahun.Beliu juga merupakan pengasas kepada Tariqat Ja'fariah yang masyhur di seluruh dunia.

Wednesday 11 August 2010

JAULAH KE TEMPAT BERSEJARAH DI KAHERAH,MESIR

Tempat ini dipanggil 'sphinyx' atau 'abu houl'.

Tampat ini dikenali sebagai 'panorama'.Terdapat tiga buah piramid disini.Angin bertiup agak kuat dan anda perlu menjaga mata anda untuk mengelakkan habuk pasir daripada masuk ke dalam mata anda.

Inilah dia bongkah segi empat yang menjadi bahan binaan piramid ini.Anda dapat melihat betapa besarnya bongkah ini.Biasanya kita hanya membaca dan kita akan berasa ta'jjub,akan tetapi anda akan lebih ta'jjub apabila anda sendiri sampai ke tempat ini.

Ukiran nama Allah pada pokok di hadapan masjid.Unik.....

Di kawasan ini,ditempatkan beberapa kapal dan juga bom-bom yang tidak aktif sebagai tatapan kepada pelawat.

Kami dafahamkan bahawa.patung ini adalah muka sebenar Sultan Salahuddin Al Ayubi.sejauh mana kebenarannya,wallahua'lam.Walau apapun kita perlu memepersiapkan diri kita untuk menjadi tentera Sultan Salahuddin di alaf baru ini.

Kalau anda perhatikan betul-betul pada ukiran yang berbentuk mihrab ini,ia lebih kurang sama dengan ukiran yang akan anda dapati pada mihrab Institut Tahfiz Quran Negeri Sembilan.Itulah dia ukiran yang dirintis daripada Masjid Sultan Nsiruddin yang terletak di dalam kubu Sultan Salahuddin ini.

Itulah dia piramid yang menjadi salah satu keajaiban dunia.Tidak akan terjangkau dek akal untuk memikirkan bagaimana piramid dibina di dalam zaman kuno.Inilah dia peninggalan manusia yang dimurkai Allah iaitu Firaun atau boleh disebut sebagai tempat persemadian firaun di dalam piramid ini.Banyakkanlah beristighfar apabila berada di tempat-tempat sebegini.

Inilah plan kubu Sultan Salahuddin Al Ayubi.Merangkumi kawasan yang amat besar.Kita dapat melihat dengan jelas betapa hebatnya kubu ini apabila kita melawat tempat ini

Ini adalah pintu masuk MASJID AR RIFA'IE.Masjid ini terletak bersebelahan dengan masjid Sultan Hasan.Setipa kali hari jumaat,kedua-dua masjid ini akan dipenuhi oleh orang ramai.

Inilah pandangan atas dari Kubu Sultan Salahudin Al Ayubi.Kami difahamkan bahawa,Mesir dijadikan tempat persinggahan tentera Sultan Salahudin sebelum beliau ingin masuk ke Palestin.Kalau anda perasan,di belakang saya itu,ada sebuah masjid.Masjid itu bernama Masjid Sultan Hasan.Pada suatu ketika dahulu,di masjid ini berlangsungnya mejlis ilmu keempat empat mazhab,dan kita masih boleh melihat bengunannya dengan jelas yang terletak di dalam masjid ini.Di masjid ini juga,Mufti Mesir iaitu Dr Ali jum'ah akan menyampaikan khutbah jumaat.

Ketika berada di Kubu Sultan Salahuddin Al Ayubi.Qal'ah Sultan Salahuddin Al Ayubi atau lebih dikenali dengan benteng Sultan Salahuddin merupakan kawasan yang sangat luas.Benteng ini terletak bersebelahan Bukit Muqattam dan berhampiran dengan Medan Sayyidah Aisyah.Idea pembinaan kubu ini adalah hasil cetusan Sultan Nasi Salahudin Al Ayubi sendiri dan pembinaannya dilaksanakan pada tahun 1183M.Benteng ini terletak di tempat yang amat strategik iaitu pandangan dari kawasan kubu ini,boleh menampakkan hampir keseluruhan bandar Kaherah...Masya Allah..sungguh hebat....

Tuesday 10 August 2010

MENJEJAKKAN KAKI DI BUMI ANBIYA',MESIR AS SYARIF

Tempat makan kami mahasiswa baru dan lama.

Bangunan atau biasanya dipanggil 'imarah mengelilingi sekitar bangunan RNSK.

RUMAH ANAK NEGERI SEMBILAN KAHERAH, MESIR.

Inilah lapangan terbang Mesir.Disini abang-abang lama RNSK menyambut kedatangan kami.

Inilah kapal terbang Qatar Airways yang dinaiki dari KLIA terus ke Doha, Qatar

Transit di Doha,Qatar yang mengambil masa selama 8 jam juga salah satu perkara lumrah bagi sesiapa sahaja yang akan bertukar kapal terbang untuk sampai ke destinasi yang dituju.Kami sampai di Doha Qatar pada jam 5.22 pg bersamaan jam 8.00 pg waktu Malaysia.Keadaan di Doha yang agak berkabus iaitu selepas sahaja waktu subuh pada jam 3.30 pg.Setelah 8 jam menunggu,kami meneruskan perjalanan ke Mesir pada jam 1.55 ptg.Kemudian kami tiba di Lapangan Terbang Mesir pada jam 4.48 ptg.

Alahamdulillah.bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya sampai juga ke bumi Mesir.Perjalanan yang mengambil masa kurang lebih 8jam di udara ini,merupakan salah satu perjalanan yang paling menguji keimanan dan kesabaran serta kecekalan yang tinggi yang memerlukan muhasabah yang berpanjangan ,kerana bila-bila masa sahaja kapal yang dinaiki ini boleh terhempas sekiranya dikehendaki oleh Allah Taala.Walaupn kebanyakan orang merasa biasa denga menaiki penerbangan,namun itulah perkara yang kita perlu sedari.

Monday 2 August 2010

USTAZ ZULKARNAIN (AYAHANDA),PENDIDIK TERBILANG

Ustaz Zulkarnain Bin Itam.Moga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya yang berpanjangan buat insan yang istimewa ini.Jadikanlah beliau orang yang sentiasa tabah dan cekal dalam menempuhi kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan.Ya Allah,kuatkanlah semangatnya dalam memperjuangkan bahasa kalam-Mu yang mulia.

Inilah antara hasil yang aku dapat tunjukkan apabila bersama beliau.Alhamdulillah aku mampu bertutur dalam bahasa arab di hadapan Guru Penolong Kanan SMKA TUN SAKARAN SABAH,guru-guru dan juga semua peserta kem bahasa arab ini.Namun aku masih lagi memerlukan tunjuk ajar selama-lamanya...

Inilah antara latihan yang telah beliau titipkan buat diriku.Apabila tiba majlis penutup setiap program KEMBAQ,aku dikehendaki menterjemah ucapan bahasa arab beliau.Pada mulanya,memang kekok,gagap,takut...namun alah bisa tegal biasa.Kini...InsyaAllah aku mampu menterjemah,walaupun aku yakin banyak kelemahannya.Doakanlah kecemerlangan buatku..........!

Bersama beliau umpama kami berada di maktab perguruan.Beliau banyak mengajar tentang teknik-teknik mengajar yang baik.Lihatlah gambar itu,beliau sedang memerhatikn cara aku mengajar,dan beliau akan memberikan komentar yang amat berguna apabila selesai mengajar.

Banyak kenangan suka dan duka sepanjang bersama beliau.Pelbagai nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan.Ada kala kami seperti kawan dan sahabat,dan ada waktu kami menjaga adab kami sebagai seorang anak murid.

Haha..inilah lembunya..!Huh..besar.

Aku dan ayahanda sedang berada di luar kandang lembu.Aku diarahkan oleh beliau untuk menterjemah kata-katanya yang ditutur di dalam bahasa arab.Inilah antara latihan yang telah beliau berikan kepada ku,dalam menguasai bahasa arab.Dari sini aku dapat mengetahui,bahawa kemahiran menterjemah itu berbeza dengan kemahiran untuk bertutur dalam bahasa arab.

KEMBAQ BERSAMA MAAHAD DAR AS SALAM,GONTOR INDONESIA

Inilah barisan fasilitator yang sering menjadi inspirasi kepada saya untuk terus memperjuangkan bahasa dalam diri dan juga orang lain.

Tidak kira siapa pun boleh menyertai program ini.Beruntunglah orang yang merebut peluang,dikala sahabat lain leka dalam dunia fantasi yang dicipta oled diri mereka sendiri.

Sedang mendengar kuliah..Ta'ajjub,laju dan fasih bertutur dalam bahasa arab.

Inilah dia berlakon sebagai seorang jaga yang jahat.Tapi dalam lakonan je,orang yang perlu dicontohi..seorang insan yang bernama Rauf bin Salleh.

Haha...terjatuh pulak!Ish..malu..malu...

Ha..tu dia "Abi!abi!...Ana 'murofiq' jiddan!". Dia memegang watak sebagai anak yang berjaya dalam pelajaran,dapat 20 A!huh..banyaknya..

Ini pertandingan Tamsiliah.Alhamdulillah ...menang!

Riadah (muslimat)

Di waktu riadhah.Telah diadakan pertandingan eksplorace.Ketika ini,telah di ajar satu kata semangat dengan gaya yang agak menakutkan "nahnu..!nahnu...! najtahid!!!najtahid!!Huh memang betul-betul ijtihad!!!

Muhadasah (muslimat)

Ketika sesi muhadasah.Ntah ape yang digelakkan.ish..jangan dibuat contoh.Belajarlah dengan fokus..dan buat segala sesuatu yang terbaik..

Inilah kumpulan saya.Waktu itu kami semua diberikan tugas untuk menceritakan pengalaman yang menarik yang telah kita alami dalam bahasa arab.Agak tergagap jugak waktu tu...tapi itu yang penting.Bak kata pepatah inggeris 'practise make perfect...'.

Aktiviti berkumpulan (Muslimat)

Cuba menjawab soalan walaupun tak pasti betul atau tidak..cuba..!!!

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...