Wednesday 15 September 2010

SEKOLAH HARAPAN BAGI PELAJAR HAMIL DIBUKA JUMAAT INI

MELAKA: Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri di Jasin akan dibuka bermula Jumaat ini untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, sekolah itu yang dikenali sebagai 'sekolah harapan', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).

Buat permulaan, katanya, sekolah itu yang turut menyediakan kemudahan tempat tinggal, akan dikendalikan oleh seorang penyelia dan tiga pengajar lain.

"Kita sudah lantik guru JAIM yang berpengalaman bagi mengajar di sekolah itu yang boleh memuatkan maksimum 40 pelajar," katanya kepada pemberita di kediamannya, Seri Bendahara, di sini hari ini.

Mohd Ali berkata, setakat ini, belum ada pelajar hamil yang menghubungi JAIM untuk memasuki sekolah itu dan bagi yang berminat boleh memohon dengan identiti mereka dirahsiakan.

"Kita berniat baik dengan menubuhkan sekolah ini bagi menbolehkan remaja yang terlanjur meneruskan persekolahan sehingga mereka bersalin dan tamat edah sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Beliau berkata, sukatan mata pelajaran yang diajar bergantung kepada tahap semasa persekolahan pelajar itu.-Bernama

TA'LIQ @ KESIMPULAN

Salam satu ummah,buat seluruh muslimin muslimat yang dirahmati Allah.Selawat dan saam buat kekasih Allah junjungan besar RASULULLAH S.A.W. para sahabat tabi'in dan seluruh hamba-hamba-NYA yang soleh.

Allah telah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud:"JANGANLAH ENGKAU MENDEKATI ZINA.....".Ayat ini jelas menunjukkan betapa besarnya dosa orang yang berzina hatta hukum,hududnya pun akan disebat sebanyak 100 kali.Adakah Allah itu zalim?sehingga ingin menghukum hambanya dengan sedemikian hukuman?Allahu Akbar,kita mohon perlindungan daripada Allah daripada terlintas fikiran yang sedemikian rupa.

Allah amat kasih terhadap hambanya,lebih daripada kasih seorang ibu terhadap anaknya.Hanya kita yang tidak menyedarinya.Berdasarkan berita yang ana paparkan,kita boleh berfikir mengapa kerajaan terpaksa bertindak sedemikian rupa.Kita hanya mampu mengkritik,namun kita juga perlu tahu bahawa kerajaan juga mempunyai sebab sekolah tersebut ditubuhkan.Masing-masing berhak mengeluarkan pandangan,namun janganlah sampai mewujudkan permusuhan sesama muslim.

Walau apapun,kita perlu tau,kerajaan sudah pasti tidak akan menubuhkan sekolah itu,sekiranya lelaki dan perempuan islam itu faham akan agamanya.Apatah lagi mereka yang beragama.Mereka yang beragama inilah,yang paling berhak memberi dorongan dan nasihat buat sahabat-sahabat yang lalai dalam kahidupan mereka.Masalah penubuhan ini takkan wujud,sekiranya tidak berlarutan mslh buang anak merata-rata,ada yang digogong anjing dan banyak lagi.

Contohnya,jangan mudah terpedaya dengan budaya memiliki pasangan.

InsyaAllah,mari bersama kita berganding bahu,memartabat islam dalam diri kita.

Monday 13 September 2010

LAMAN SEMBANG SOSIAL jerat gadis ke kancah ZINA.....

14.9.2010

KUALA LUMPUR: Laman sembang sosial yang popular untuk mencari rakan, menyalur maklumat dan tempat bersembang menerusi maya dikesan turut disalah guna segelintir lelaki sebagai alat menjerat gadis termasuk masih di bangku sekolah rendah terjebak dalam kancah perzinaan.

Lebih mengejutkan ada mangsa yang terjerat itu seawal usia 11 tahun selepas terperangkap dengan kata-kata manis menerusi laman terbabit.

Mendedahkan barah sosial yang menakutkan itu, seorang mangsa hanya mahu dikenali sebagai Elin, 13, berkata dia didedahkan dengan sembang Internet sejak dari kecil oleh keluarganya.

“Saya jadi obses bersembang di ruang maya hingga sanggup tidak turun makan. Balik sekolah terus menghadap komputer, berjam-jam pun tak menjadi masalah.

“Seronok ada ramai kawan sebab di rumah selalu sunyi. Masa itu pun saya ada lebih 2,000 kawan di ruangan Friendster itu yang kebanyakan tak pernah jumpa bersemuka pun.

“Dalam ramai-ramai, ada juga beberapa lelaki cuba mengurat dengan MENGHANTAR AYAT-AYAT CINTA dan saya akui seronok,” kata anak sulung daripada tiga beradik itu.

Menurutnya, tanpa disedari kekerapan bersembang dengan imaginasi yang membuai itu menyebabkan perasaan mahu berjumpa lelaki terbabit membuak-buak.

Pertemuan demi pertemuan selepas itu daripada BERMULANYA AKSI RINGAN-RINGAN hinggalah terjadinya perbuatan sumbang yang akhirnya menyebabkan Elin terjebak dengan kehidupan liar.

Seorang mangsa lain, hanya mahu dikenali sebagai Maimun, 16, berkata dia tidak menyangka pergaulan bebas di ruang maya turut dijadikan tempat merancang aktiviti maksiat dengan rakan sealiran.

“Kami bebas meluahkan apa saja tanpa sekatan. Malah saya turut ‘join’ (masuk) dalam kumpulan gadis lain yang menubuhkan kelab sayang balak (teman lelaki).

“Bersembang dengan mereka lebih baik daripada memikirkan masalah keluarga. Saya duduk dengan emak selepas ayah ceraikan emak.

“Emak kerap bawa balik lelaki dan dia juga minum arak. SAYA FIKIR,KALAU EMAK BOLEH BUAT MACAM TU, maknanya saya pun boleh melakukan perkara yang sama. Malah, kali pertama saya masuk ke disko ialah bersama emak,” katanya.

Disebabkan itu Maimun menyatakan dia mula berjinak-jinak dengan laman sembang sosial sebagai satu cara melepaskan tekanan, di samping mencari rakan.

Kali pertama dia terperangkap dalam aktiviti seks bebas menerusi laman sosial ialah dengan kenalan lelaki berusia 22 tahun, manakala Maimun ketika itu masih belajar dalam TINGKATAN 2 atau 14 TAHUN.

Apapun, Elin dan Maimun yang kini dalam proses pemulihan di Rumah Iman Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim) berharap masih ada sinar kepada mereka untuk bertaubat

Cuma apa yang ditakutkan mereka ialah bagaimana mahu menghadapi dugaan sebaik saja keluar daripada rumah pemulihan itu kelak, lebih-lebih lagi menerima tiga ancaman moden terbesar dalam hidup mereka sebelum ini iaitu komputer, telefon bimbit dan televisyen.

Pengerusi Sidim, Hanafi Abdul Malek berkata sesuatu perlu dilakukan dalam kes zina berkaitan dengan laman sembang sosial yang nampaknya disalahguna untuk menggalakkan aktiviti seumpamanya.

TA'LIQ n KESIMPULAN.

Sahabat sekalian,khususnya muslimat dan para akhawat yang dirahmati Allah sekalian.Kalian adalah pendokong rijalul muslimin dalam menguatkan dan menyokong mereka dalam usaha dakwah.Tanpa kalian,maka akan terhentilah dakwah dan kepimpinan yang sememangnya didokong oleh kaum rijal.

Dalam kes ini,sungguh menyedihkan dan seluruh umat islam.Sesungguhnya Allah sesekali tidak akan rugi dengan amalan atau maksiat yang kita lakukan.Namun kita perlu tau,bahawa azab Allah itu amatlah pedih dan tak terjangkau dek akal fikiran.Tidak salah kita menggunakan semua laman itu,namun kita perlu menjaga adab-adab dan menggunakannya dengan tujuan yang betul,sesungguhnya kita ini mempunyai akal untuk berfikir kerana kita ini bukanlah binatang yang berekor atau berbulu.

Ketahuilah,sehina-hina anjing itu,kiat tetep boleh menyucikannya dengan 'samak'.Akan tetapi dosa yang terpalit di dalam hati itu,tiada siapa tahu bila ia akan terhapus,melainkan Allah.Jadi adakah kita boleh hidup dengan bersenag -lenang? C

Sebagai contoh,ramai dalam kalangan akhawat bergelandangan dalam laman facebook.Jawapan kita "Silakan...".Akan tetapi,jaga adab,tidak meletakkan gambar sama ada kita yang memasukkan,atau pun orang lain.Tidak menceritakan kelebihan diri sendiri, demikian tarikh lahir,sekian sifat-sifatnya.

Berita di atas,jelas menunjukkan keburukan laman-laman maya ini.Kita ada akal,guna.Kita ada telinga,dengar.Kita ada ilmu,amal.....Baiklah sahabat,ana bukan mendesak,tetapi mengajak.Ana juga insan sepeti kalian,tidak kurang dan tidak lebih.Sama-sama kita menguatkan mujahadah dan kekuatan amalan seharian kita.Ana bersedia menerima sebarang kritikan atau teguran.Sebarang teguran ,sila hantarkan kepada email:ilham_krew@yahoo.com

Moga usaha ini dipandang Allah Taala.

Saturday 11 September 2010

Bapa kemaruk wanita.TELITI BERITA INI!

10.9.2010

KUALA LUMPUR: Lantaran tidak tahan dengan sikap bapanya yang kerap bertukar isteri, seorang remaja mengambil nekad memusnahkan dirinya dengan mengambil dadah jenis syabu.

Remaja dikenali sebagai Zack, 19, tertekan dengan cara hidup ayahnya yang sering berkahwin dengan wanita dari negara jiran. “Yang terbaru saya mengetahui ayah mengahwini wanita dari Laos dan meninggalkan ibu keseorangan. Sayu hati ini apabila melihat ibu merintih supaya tidak ditinggalkan, tetapi ayah yang begitu kemaruk untuk beristeri muda langsung tidak peduli semua itu,” katanya ketika ditemui di sebuah pusat pemulihan di ibu negara di sini, semalam.

Zack juga dikenali sebagai pelajar pintar di sekolahnya itu mengambil keputusan mencuba dadah jenis syabu kerana begitu terpengaruh dengan desakan rakan.

“Saya kerap menceritakan mengenai masalah keluarga yang dialami dan begitu tertekan dengan hidup ini, malah pernah beberapa kali cuba membunuh diri, nasib baik ada rakan yang sudi membantu dan menghalang,” katanya.

Namun, ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari, rakan yang membantu Zack juga sebenarnya bertujuan mahu memusnahkan dirinya saja.

“Rupanya niat mereka membantu adalah untuk membinasakan saya apabila disuruh mencuba sejenis dadah yang mampu menyelesaikan segala masalah di dunia ini. Saya yang pada mulanya tidak percaya, cuba juga akhirnya...dan ternyata memang best dan layan hingga saya tidak dapat lagi hidup tanpanya,” katanya.

Bermula pada detik itu, Zack menjadi hamba dadah dan terpaksa melakukan jenayah untuk membeli barang terlarang itu.

“Ayah dan ibu terus tidak mempedulikan saya selepas mengetahui saya terjebak dengan najis dadah. Dan bermula pada detik itu, kami terus terputus hubungan terutama dengan ayah.

“Saya akui, sering menjadi pelajar harapan di sekolah lantaran mendapat keputusan cemerlang, namun akibat tekanan keluarga saya sanggup memusnahkan diri sendiri,” katanya.

Zack yang kini sudah insaf berharap hubungannya dengan keluarga dapat dipulihkan segera. Kini Zack yang menghuni di sebuah pusat pemulihan di ibu negara secara sukarela selama enam bulan untuk membentuk diri menjadi insan lebih berguna.

Hidayah lihat 'ibu' solat

KUALA LUMPUR: Tertarik dengan cara umat Islam mengerjakan solat, seorang gadis Jerman terbuka hati memeluk Islam walaupun pada mulanya perubahan itu ditentang bapa yang beragama Kristian.

Nur Yana Petersen, 24, dari Hamburg, Jerman tertarik dengan Islam selepas melihat ibu angkatnya menunaikan solat ketika mengikuti program pertukaran pelajar peringkat antarabangsa, AFS Antarabudaya Malaysia (AFS) pada 2003.

“Pada mulanya, saya bertanya ibu angkat pelbagai soalan mengenai cara hidup Islam seperti solat dan puasa. Entah kenapa, semakin mendapat jawapan, saya semakin tertarik mengenali Islam.

“Sebaik pulang ke Jerman setahun kemudian, saya mula mendekati rakan beragama Islam dari Turki dan Bosnia untuk bertanyakan lebih lanjut berkaitan agama ini sehingga bertambah yakin kebenaran Islam,” katanya yang ditemui di kediaman ibu angkatnya, Fauziah Mohd Thani untuk menyambut Ramadan di sini, baru-baru ini.

Nur Yana kemudian kembali ke Malaysia dan cuba berpuasa di rumah Fauziah.

“Selepas yakin menemui jalan kebenaran, saya pulang ke Jerman dan mengucap dua kalimah syahadah di sebuah surau di Hamburg sehari sebelum Aidilfitri pada 2006.

“Saya memaklumkan ibu yang menerima pegangan baru saya asalkan saya gembira, cuma bapa bimbang kerana disogok laporan media yang mengaitkan Islam dengan keganasan,” katanya.

Katanya, dia perlahan-lahan menjelaskan kepada keluarganya mengenai Islam dan tidak keterlaluan menunjukkan perubahan diri.

“Apabila saya tidak tergesa-gesa, mereka boleh menerima, contohnya buat permulaan solat secara sembunyi. Pasti berbeza jika saya memakai hijab sehari selepas memeluk Islam,” katanya.

Katanya, kini ibu bapa dan rakan menerima cara hidup barunya.

“Alhamdulillah, mereka memahami, malah berusaha memastikan saya selesa, misalnya jika sukar mendapat daging atau ayam halal, ibu memasak ikan untuk saya.

“Rakan yang menjemput saya menghadiri majlis juga menyediakan jus, kerana biasanya mereka menyediakan minuman beralkohol,” katanya.

Katanya, ada kalanya sukar beribadat di negara asal.

“Bagaimanapun, jiwa saya tenang kerana saya percaya apa yang berlaku sama ada baik atau buruk sudah ditentukan Allah,” katanya.

Banjir air mata: Wanita Pakistan jaga adab

8.9.2010.

SIFAT pemalu yang cukup ketara di kalangan wanita Pakistan amat menarik perhatian saya serta puluhan sukarelawan lain sejak menjejakkan kaki di bumi asing ini pada 3 September lalu.

Bagi saya, mereka berpegang teguh kepada ajaran agama selain pengaruh budaya tempatan dalam segi batas pergaulan.

Ini dapat dilihat di seluruh kem dan pekan di seluruh Pakistan di mana pakaian serta kerenah golongan ini cukup unik untuk dikongsikan.

Mereka (wanita) hanya akan keluar ke pekan atau bandar untuk melakukan perkara penting saja, itupun diiringi mahram. Jumlah wanita yang dilihat berlegar-legar di tempat tumpuan seperti di pusat beli-belah di kebanyakan tempat di Malaysia boleh dikira dengan jari.

Yang bekerja pula, hanya ke pejabat tepat pada masanya sebelum pulang ke rumah selepas selesai bekerja.

Malah, semua wanita yang berada di kem penempatan mangsa banjir hanya akan berunding dengan golongan wanita demi menjaga batas pergaulan mereka.

Mereka tidak akan memberikan tindak balas kepada perbualan atau pertanyaan yang diajukan lelaki terutamanya orang tidak dikenali. Memang keadaan itu menyukarkan petugas media menemubual mereka namun kami tetap menghormati budaya mereka.

Pakaian bersesuaian yang tidak menjolok mata selain perbatasan pergaulan antara golongan lelaki mampu menjaga keutuhan institusi kekeluargaan daripada runtuh angkara gejala sosial. Rumusannya, wanita Pakistan mengambil pendekatan mudah dalam pergaulan iaitu hanya bercakap bila perlu dengan kaum lelaki. Ini uniknya Pakistan. - Mohd Firdaus Ibrahim

Kerang atas darah babi

7.9.2010

KUALA LUMPUR: Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.

Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.

Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.

Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.

“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.

“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.

Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging.

Mayat bayi ditemui dalam sungai di Taiping

IPOH: Kemeriahan menyambut Aidilfitri di Kampung Jambu, Taiping tergugat dengan penemuan mayat bayi yang hampir reput di sebatang sungai di kampung itu hari ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah berkata, mayat bayi yang belum diketahui jantina itu ditemui orang awam pada jam 10 pagi.

"Siasatan awal polis mendapati mayat bayi itu dibuang ke dalam sungai berkenaan sejak tiga hari lalu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan pihaknya kini giat mengesan ibu bapa bayi berkenaan.

"Kami juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping menerusi talian 05-8291222 untuk membantu siasatan," katanya.

Tuesday 7 September 2010

(bukan gambar sebenar)

TASEK GELUGOR 7 Sept. - Ketika umat Islam semakin hampir menyambut Syawal dan kes-kes pembuangan bayi pula semakin reda, berlaku pula kes pembuangan insan yang tidak berdosa itu hari ini.

Kali ini berlaku di Pekan Kampung Selamat di sini yang disedari seorang suri rumah, Norhaidah Abu Hamad, 42, semasa hendak membuang sampah, pukul 8.30 pagi.

Norhaidah berkata, dia terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dalam keadaan berbalut kain serta dibungkus dengan plastik.

Katanya, ketika kejadian, dia menunggang motosikal bersama seorang anaknya, Nordiana Khalidan, 21, yang memegang bungkusan sampah untuk dibuang.

"Namun setibanya di tong sampah di tepi jalan itu, saya terkejut mendengar tangisan seorang bayi.

"Saya lalu memeriksa sekitarnya dan terkejut melihat 'sesuatu' bergerak-gerak di dalam satu bungkusan plastik.

"Apabila dibuka, didapati seorang bayi lelaki masih bernyawa serta dibalut dengan kain," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanya, bayi berkenaan yang masih berdarah dan bertali pusat dibawa pulang lalu dimandi, dibersihkan serta diberi susu.

Menurutnya, setelah memastikan keadaan bayi berkenaan selamat, dia terus memaklumkan penemuan tersebut di Pondok Polis Kampung Selamat.

"Mujurlah bayi itu ditemui lebih awal kerana jika lambat, si kecil ini mungkin menjadi makanan anjing yang berkeliaran," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, bayi berkenaan yang masih belum dikenal pasti bangsa dan keturunannya diserahkan ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan.

"Berdasarkan pemeriksaan doktor, bayi tersebut yang dilahirkan normal dan cukup sifat disahkan sihat dan stabil.

"Bayi itu kemudian dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan bayi berkenaan agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 04-5762222 bagi membantu siasatan.

Thursday 2 September 2010

GEREJA GAY PERTAMA

KUALA LUMPUR - Seorang paderi di Malaysia, Ouyang Wen Fang mengumumkan bahawa dia sedang menubuhkan gereja gay pertama di negara ini.

Paderi berusia 40 tahun itu turut tidak mengendahkan amaran keras kerajaan supaya menghentikan rancangannya kerana bimbang ia akan menggalakkan gaya hidup homoseks di negara ini.

Amalan tersebut masih dikategorikan sebagai jenayah di Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam manakala pelakunya berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Namun, gereja gay yang diasaskan bersama oleh paderi itu telah beroperasi secara senyap di sini sejak tiga tahun lalu dengan dikunjungi kumpulan penganut Kristian gay untuk beribadat pada hari Ahad dan mengkaji kitab Injil.

"Kami sedang berusaha untuk menggalakkan lebih ramai orang supaya menyertai gereja ini, kami mahu penganut Kristian gay tampil dan hidup tanpa berpura-pura," katanya.

Ouyang mendirikan rumah tangga selama sembilan tahun sebelum membuat pengakuan terbuka bahawa dia seorang homoseks pada 2006.

Gadis dinoda dalam bilik pusat karaoke.ZINA...SALAH SIAPA?

2010/08/30 MELAKA: Akibat terlalu mudah mempercayai ajakan lelaki baru dikenali di sebuah pusat karaoke di Hentian Bas Pulau Sebang, Alor Gajah, dekat sini, seorang pelajar sekolah dari Tampin, Negeri Sembilan sanggup ponteng untuk bertemu lelaki itu, Isnin lalu.

Bagaimanapun, pertemuan itu berakhir apabila mangsa dirogol suspek dalam sebuah bilik pusat karaoke berkenaan.

Difahamkan, mangsa dikatakan ada berkunjung ke pusat karaoke berkenaan bersama teman lelakinya sehari sebelum kejadian.

Dia kemudian dihubungi seorang lelaki, rakan kepada seorang pekerja lelaki pusat karaoke itu yang mengajaknya datang ke situ.

Mangsa kemudian datang untuk bertemu lelaki terbabit bersama rakan wanitanya, namun ketika kejadian rakannya itu berada di bilik lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, polis berjaya menahan dua lelaki 20-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. kerana merogol,” katanya

Bala umat akhir zaman.Mayat perut terburai ditemui.

2010/08/30 PELABUHAN KLANG: Mayat seorang wanita dengan perut terburai dipercayai dibunuh ditemui di tempat pembuangan sampah di Jalan Sungai Cendong 12, Perindustrian Armada, Pulau Indah di sini, pagi semalam.

Mangsa dipercayai warga Indonesia berusia 30-an yang berpakaian lengkap itu dijumpai seorang pengawal keselamatan ketika melalui kawasan kejadian, kira-kira jam 7.30 pagi.

Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, sepasukan anggota polis dihantar ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada pengawal keselamatan terbabit.

Menurutnya, setiba di lokasi, anggotanya menemui mayat seorang wanita yang belum diketahui identitinya.

"Pemeriksaan awal pada mayat berkenaan mendapati terdapat beberapa kesan tikaman di pipi, tangan dan belakang badan manakala perutnya terburai.

"Mangsa dipercayai dibunuh menggunakan senjata tajam berdasarkan kesan pergelutan yang ditemui. Pihak kami turut menemui sarung pisau berdekatan mayat namun senjata yang digunakan tidak dijumpai," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohamad berkata, pihaknya percaya wanita terbabit dibunuh dengan kejam dan mati di tempat kejadian.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

RENUNGLAH .....WAHAI MUSLIMAT

Bak kata orang "bila dah sayang, semuanya indah belaka." Dengan perkataan lain, sesuatu yang indah itu tidak dapat diukur dengan satu alat pengukur, seperti kata orang alam ini indah, bergantung kepada rasa dan pandangan masing-masing, bergantung kepada rasa dan pandangan orang yang mengatakannya. Oleh itu sesuatu yang indah, ukurannya terletak kepada orang yang bersangkutan sahaja.

Jika seseorang itu tergoda dengan seorang perempuan dan merasakan bahawa perempuan itu amat cantik tetapi adalah mungkin orang lain tidak merasakan sedemikian. Oleh kerana itu pemuja kecantikan adalah fitnah dan memburunya akan membuka jalan-jalan fitnah yang lain.

Antara para penyair dan para solihin serta muttaqin mereka tidak sependapat dalam memandang dan menilai sesuatu objek yang indah, namun kedua-dua golongan ini bersependapat bahawa keindahan itu adalah sesuatu yang menarik dan disukai. Titis embun yang melekat pada bebungaan, oleh penyair, boleh jadi dianggap sesuatu hal yang indah yang diciptakan sedemikian rupa oleh kuasa langit. Manakala bagi para solihin dan muttaqin melihatnya sebagai airmata yang menangis kerana takutkan Allah.

Para penyair mungkin melihat dedaun yang meliuk-liuk ditiup angin sebagai manifestasi kerinduan dari seseorang yang dilamun cinta. Sementara di mata solihin dan muttaqin memandang akan hal itu sebagai bukti bahawa tumbuhan juga berzikir dan beribadat kepada Khaliqnya. Seperti inilah pandangan dan penilaian seseorang terhadap keindahan bergantung kepada hati orang yang melihat. Menikmati keindahan itupun bergantung penerimaan hati dan perasaan seseorang.

Kita akan membincangkan beberapa fitnah yang berkaitan dengan wanita. Pertamanya kita akan menumpukan perhatian kepada fitnah yang timbul dari keindahan. Berbicara soal keindahan sebenarnya kita tidak dapat menyangkal pengertian keindahan yang terdapat pada diri wanita dan daya tarikan yang ada pada mereka. Mari kita bandingkan pendapat Islam dengan pandangan para penyair tentang keindahan, kerana para penyair banyak mengubah syair tentang keindahan dan kebanyakkannya menyentuh tentang keindahan dan kecantikan wanita.

Ramai penyair yang tertarik dengan suara wanita, terkadang mereka tengggelam memuji dan memuja wanita. Tak payah pergi jauh… lihat sajalah lirik-lirik lagu yang banyak memuja dan memuji kecantikan seseorang wanita. Sedangkan Islam telah menegaskan kepada kita bahawa suara wanita itu adalah aurat yang mesti ditutup dengan diam, kerana suara mereka kunci hati lelaki yang dapat membuka pintu untuk berbagai fitnah.

Kerana sebab yang sama, Allah melarang perempuan melembutkan suara mereka di hadapan lelaki, sebab suara yang demikian akan mengundang reaksi yang tidak di hati lelaki yang mengidap penyakit. Yang dimaksudkan hati yang sakit ini bukanlah kerana urat-urat darah yang tidak berjalan lancar atau radang paru-paru yang selainnya daripada penyakit jasmani (fizikal), akan tetapi ia adalah hati yang dihuni oleh penyakit syahwat, yang apabila ada sedikit sebab sahaja ia pun bergelora dan terangsang ingin menerkam sahaja.

Kalau mata suka memandang kepada sesuatu yang indah dan molek, telinga suka mendengar suara atau bunyi-bunyi yang merdu dan manja serta sedap didengar. Buktinya lihat sahajalah bagaimana perhatian lelaki apabila mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi perempuan.

Ramai lelaki yang menghafal banyak senikata lagu tetapi tidak boleh menghafal bacaan sembahyang. Seorang penyair buta, Basyar bin Baroh bermadah, "Wahai teman, cinta bukan milik sebahagian orang, cinta bukan bagi orang yang celik sahaja. Tapi juga ia dimiliki oleh orang yang dapat mendengar kerana telinga lebih dahulu mencintai daripada mata."

Jadi fitnah yang ditimbulkan oleh suara itu tidak terbatas hanya pada suara penyanyi perempuan sahaja tetapi ianya juga boleh timbul daripada suara semua perempuan. Sehingga ketika di dalam solat pun wanita tidak boleh mengangkat suara sekiranya imam (imam lelaki) tersalah bacaannya tetapi disuruh menepuk tangan sahaja. Suara wanita itu ditakuti menganggu kekhusyukan orang lain.

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan fitnah suara wanita ini dengan sabdanya :
"Sesiapa yang duduk mendengar suara perempuan menyanyi, pada hari Kiamat kelak telinganya disumbat dengan ini (benda cair)."

Kerana biasanya lagu itu akan menggerakkan nafsu yang ada dalam hati seseorang dan ini akan menghalang seseorang itu daripada mengingati Allah dan bersembahyang. Kemudian membuatkan seseorang itu suka kepada perkara-perkara yang haram. Bersenda gurau dengan perempuan adalah satu sebab paling kuat untuk mendengar suara mereka, suara yang menjadi pesona luar biasa bagi lelaki.

Kerana tertariknya mereka kepada suara perempuan maka mereka memandangnya sebagai satu perkara yang harus dipuja. Apakah hal ini bukan fitnah namanya? Kebanyakan wanita setiap kali bercakap akan diikuti dengan senyuman. Ini adat mereka. Dengan cara begini barangkali mereka merasa harga diri mereka terjaga. Ini juga fitnah yang dahsyat.

Sekarang kita berpindah dari fitnah suara dan perkataan kepada fitnah mata dan pandangan, dari fitnah yang boleh bercakap kepada fitnah bisu. Adakalanya kebisuan itu lebih bermakna daripada ratusan kata-kata. Ada sesetengah perempuan gemar bercakap dengan lelaki, mereka tidak merasakan ianya satu kesalahan. Di samping bercakap dengan mulut, mereka juga bercakap dengan pandangan dan isyarat mata.

Ada juga wanita yang tidak gemar bercakap dengan lelaki, cukup dengan pandangan mata mereka sahaja. Rupa-rupanya kepandaian bercakap dengan mata ini adalah sifat yang dimiliki oleh semua perempuan. Tidak ada pengecualian antara mereka yang pemalu atau yang tidak. Hubungan antara mata dan hati adalah hubungan yang tidak dapat disembunyikan. Apa yang terdetik dalam hati akan kelihatan di mata.

Di dalam Al Quran telah digambarkan bahawa selamanya hati dengan mata mempunyai hubungan rapat. Allah mengatakan bahawa setiap yang tersembunyi di relung hati dan yang terkandung pada mata adalah jelas dengan ilmuNya. Firman Allah yang bermaksud :
"Allah mengetahui pengkhianatan mata dan apa yang terselindung di dalam hati."

Yang menjadi fitnah itu bukanlah kerana mata perempuan itu indah dan mempesonakan sahaja, bukan pula perempuan itu mempunyai bulu mata yang panjang dan alis yang lentik sehingga mudah menerobos ke dalam tanpa izin, bukan pula kerana anak mata hitam berkilat atau kerana kebiru-biruan.

Yang sebenarnya fitnah itu adalah kemampuan wanita itu menggunakan matanya dalam menyatakan keinginan hatinya, melontarkan pandangan yang lembut, seolah-olah ia mengajak dan memanggil lelaki. Agar tidak terpengaruh oleh kecantikan dan pesona mata perempuan. Islam menyuruh supaya jangan memandang mereka dengan arahan supaya kaum muslimin dan muslimat agar menundukkan pandangan mereka.

Kerana memandang sesuatu yang menarik hati akan mudah jatuh cinta kepadanya. Demikian juga kaum wanita diperintah agar tidak memandang kaum lelaki dan mengelakkan diri daripada dipandang oleh lelaki. Oleh kerana itu, dia sendiri merupakan fitnah yang berganda. Pertamanya, kecantikannya akan menggoda hati lelaki dan yang kedua, pandangan matanya mengisyaratkan apa yang diingini hatinya.

Perempuan juga memiliki kuasa sakti yang menggoncang perasaan lelaki dengan hanya melepaskan pandangan ke arah lelaki. Dengan matanya perempuan boleh menundukkan lelaki dan jatuh cinta kepadanya. Tidak ada hati lelaki yang tidak luluh apabila perempuan memandangnya dengan mata yang bercahaya penuh kerinduan atau dengan mata yang digenangi air mata. Sepasang mata perempuan adalah fitnah.

Adakalanya ia menggunakan dengan pandangan yang lembut dan jernih, adakalanya dengan lelehan air mata. Dengan kedua-dua cara ini mereka boleh mencapai hasrat mereka. Kata orang fitnah yang timbul dari mata dan suara sama-sama merbahaya kerana perempuan tahu mereka memiliki kedua-dua senjata ini. Mereka kadang-kadang memakainya tidak kepada yang disuruh iaitu suami mereka, tetapi menggunakanya untuk lelaki lain.

Oleh itu Islam melarang mereka memandang benda-benda haram seperti wanita memandang lelaki ajnabi dan juga sebaliknya kerana pandangan itu lamanya cuma satu atau dua saat tetapi kesannya kekal di dalam hati sepanjang hayat.

Salah satu yang menarik perhatian lelaki pada diri seorang perempuan ialah dandanan rambutnya. Perempuan tahu akan hal ini. Oleh kerana itu perempuan berusaha menyisir dan membentuk rambut mereka supaya menjadi lebih menarik minat dan perhatian kaum lelaki. Selalunya wanita itu berhias adalah bertujuan untuk mempamerkan kecantikannya terutamanya kepada lain jantina dan ia merasa megah apabila dipuji oleh kaum lain daripada jantina akan kecantikannya itu.

Apabila suara wanita yang lembut dan intonasi yang sedap didengar mampu menggetarkan hati lelaki, mata yang dicelak dapat menundukkan hati lelaki maka rambut yang cantik dapat menawan mata lelaki... TAPI AWAS!!! Semua ini membebankan kerana terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menjaganya.

Sesungguhnya tempat operasi kecantikan, salun-salun itu tidak sesuai untuk masyarakat Islam kerana dari tempat inilah boleh dijadikan sebab kepada kerosakan akhlak kerana ia bukanlah budaya kita melainkan dari Barat jua datangnya.

Oleh sebab itu Islam mewajibkan kaum wanita memakai hijab… menutup aurat. Dengan menutup aurat maka kaum wanita akan terpelihara daripada dosa dan noda serta fitnah, juga ia meletakkan wanita pada tempat yang selamat dari penglihatan kaum lelaki yang ada penyakit di dalam hatinya.

1400 tahun yang lalu Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
"Ada dua golongan yang bakal menghuni neraka di mana belum pernah aku melihatnya, iaitu golongan yang memiliki cambuk seperti ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya dan wanita yang berpakaian tetapi telanjang, memereng-merengkan kepalanya seperti bonggol unta. Mereka ini tidak masuk syurga, tidak mencium bau syurga dan sesungguhnya bau syurga itu boleh dicium dari jarak yang sangat jauh."

Sesungguhnya kita sebagai wanita muslimah yang menpunyai agama dan maruah diri, janganlah kita melakukan sesuatu untuk memuaskan nafsu semata-mata, tetapi ingatlah bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara sedang yang kekal hanyalah Allah dan kehidupan yang kekal adalah kehidupan akhirat yang mana telah dijanjikan oleh Allah SWT kenikmatan syurga yang tiada tolok bandingnya bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Insya Allah.
Wallahu ta'la a'lam.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...