Sunday 27 February 2011

SEJARAH 'baru' TERCIPTA

Assalamualaikum,dan salam sejahtera kepada tuan-tuan,rakan-rakan dan sahabat-sahabat sekalian.Bersama kita merenung sejauh mana keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah,moga-moga kita tergolong dalam kalangan manusia yang beruntung,insyaAllah. Panjatkanlah sebanyaknya selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah S.A.W. di kala pagi dan petang,dikala manusia sibuk dengan kelalaian mereka,kita tampil menjadi insan yang benar-benar mencintai Rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah,kita bersyukur kerana masih lagi dikurniakan nikmat yang melimpah ruah dari segi makanan,pakaian dan tempat tinggal,semua nikmat tidaklah diberikan melainkan perlunya kita mensyukuri dengan sebenar-benar kesyukuran iaitu MELAKSANAKAN SEGALA PERINTAHNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA YANG DILARANG.

Sekadar perkongsian kelmarin,saya sempat menghadiri majlis 'persandingan' beberapa orang guru Maahad Ahmadi yang mana bekas guru yang pernah mengajar saya ketika di sekolah menengah dahulu.Majlis yang meriah,gilang gemilang dengan persembahan silat,nasyid,caklempong dan sebagainya.Moga Allah mengurniakan kebahagiaan kepada mereka.Tujuan saya hadir hanyalah sekadar meraikan majlis guru saya,yang pernah mencurah khidmat bakti kepada saya sepanjang saya di bangku sekolah.Namun sedikit kemusykilan saya berhubung majlis ini,iaitu saya melihat adanya karaoke yang tersedia untuk menghiburkan tetamu yang hadir.Oleh hal yang demikian,tercetus satu persoalan di benak fikiran saya,"mengapa dijemput DJ tersebut" dan "apa faedahnya DJ tersebut dengan majlis ini?"

Bukab niat ingin mengkritik ,cuma ingin mengajak sama-sama berfikir,sejauh mana kepentingannya dalam majlis sebegini.Bagi saya,tiadalah ada manfaatnya melainkan sengaja kita menyamakan taraf kita dengan orang yang yang jahil di luar sana.Hal ini kerana mereka,apabila tiba waktu perkahwinan,mereka akan memasang lagu-lagu yang lagho bersama muzik-muzik yang tak sepatutnya.Jadi apa beza kita dengan mereka,kita orang yang belajar agama,hukum hakam dan mereka yang di luar sana kebanyakannya orang 'awwam atau mereka yang tidak mendalami dalam bab permasalahan agama.Seandainya mereka menghadiri majlis persandingan ini,sudah tentu mereka akan menyangka bahawa dengan menjemput DJ ini adalah satu perkara yang 'terpuji'.

Saya dari benak hati saya,begitu membenci sekiranya ada selingan-selingan lagu-lagu lagho.dalam majlis sebegini.Seperti, 'cek mek molek,lombu patah tandok' (lebih kurang camtu bunyiknya).Bagi anda,apa ke jadahnya lagu sedemikian diperdengarkan kepada tetamu yang hadir?Adakah ianya akan mendatangkan keberkatan atau akan berkumpulnya para malaikat tujuh petala langit dan tujuh petala bumi?

Tuan-tuan dan sahabat-sahabat sekalian,

Jujur saya menyatakan bahawa di tempat tinggal saya Felda Jelai,dan saya yakin di mana-mana sahaja masyarakatnya amat menggemari perkara ini.Jadi bagaimana kita ingin menghapuskan pekara ini?tuan-tuan fikirlah sendiri mane yang terbaik.Saya dah tak mampu nak syarahkan perihal ini.Masing-masing ada aqal,boleh fikir dan renung.Kita memiliki ilmu,manfaatkanlah sebaiknya dan kepada pelajar Azhar,khususnya sahabat-sahabat ana(yang lain terpulang)merenung dan gunakanlah ilmu dengan sebaiknya.Orang sentiasa memandang dan menilai dan mungkin juga sentiasa mencari kesalahan yang kita buat.Maka jaga akhlak anda sebaiknya.

Cuba kita kaji,sama-sama kita nilai, masalah-masalah sebegini jarang ditegur,dikritik yang ternyata bid'ah dholalahnya,sebab tak pernah nabi bersanding menayangkan isterinya kepada sahabat.Apatah lagi dengan lagu-lagu yang lagi bid'ah dholalahnya yang langsung tiada seruan mengajak kebaikan.Tetapi kalau bab selawat tafrijiyyah ke,yang pernah mencetuskan kontroversi tu,selawat shifa' ke,wah.....bukan main lagi mereka mengkritik.Sesat dan sebagainya
Mereka pun keluarkanlah segala hujah-hujah yang pernah dipelajari dan dihafal dulu.Nah..!apa maksud semua ini.?Mengapa yang ternyata bid'ah tak ditegur akan tetapi perkara-perkara yang ternyata baik dan terpuji(seperti selawat shifa')yang telah lama diamalkan oleh para ulama' tersohor,dikritik ade unsur syirik dan sebagainya.Anda nilailah sendiri.....

Kesimpulannya,sya berpesan kepada mana-mana sahabat atau tuan-tuan yang ingin menjemput saya ke majlis-majlis sebegini,seeloknya jangan wujudkan DJ tu,lagu-lagu itu semua tinggalkan.Jangan sampai kecik hati sok,kalau bila dah dijemput tapi tak datang.Saya tak peduli dengan kecik hati itu semua,bila hak Rasulullah orang perlekehkan tiada usaha yang lebih bagus melainkan perangi saja orang tersebut.Rasulullah bermati-matian pertahankan islam,sampai dilempar najis,berdarah-darah ,kita senang-senang membelakangkan sunnahnya. Setiap kali lepas solat, Rasulullah tak pernah lupa untuk mendoakan umatnya,tapi kita heboh nak halang orang selawat.Manusia jenis apapun saya tak tahu...Baiklah tuan-tuan,semakin panjang saya menulis,semakin sakit hati saya memikirkan perkara .Cukuplah sekadar ini sahaja,moga Allah mengampunkan saya seandainya usaha saya ini dicemari dengan hawa nafsu.Wallahu a'lam.

Saturday 19 February 2011

SALAM PERTEMUAN

Assalamualaikum,dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat adik-adik yang masih berkesempatan untuk menjenguk ke dalam blog ini.Moga-moga kalian sentiasa mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah,dengan sebenar-benar taqwa dengan harapan Allah menerima amalan kita..InsyaAllah.Pada kali ini,sengaja saya menulis entri ini,sekadar mengisi kelapangan saya yang telah berada Malaysia.Setakat ini,saya masih lagi menunggu arahan ataupun perintah daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk membenarkan saya dan sahabat al Azhar yang lain untuk pulang kembali ke Mesir.

Sejujurnya saya begitu merindui bumi barakah tersebut,walaupun saya baru sahaja pulang ke Malaysia.Apapun yang pulang tetap akan pulang,walaupun masih ada yang mengambil keputusan untuk menetap di Mesir.Kepulangan ke Malaysia ini,hanyalah sekadar untuk mengisi kekosongan rumah yang semakin sunyi dan juga berkhidmat serba sedikit kepada orang kampung dengan memberi sedikit ceramah kepada mereka perihal Rasulullah S.A.W.Dan kepulangan ke Malaysia ini juga,saya sempat menziarahi Sekolah lama,Maahad Ahmadi Gemencheh.Banyak perubahan walaupun selama 6 bulan baru ditinggalkan.Apapun saya mendoakan agar Maahad Ahmadi terus cemerlang daripada segi syakhsiah dan akhlak serta akademiknya.

Di sini juga,saya teringat akan usrah lama saya iaitu Usrah Ruhul Jadid yang saya ikuti Tamrinnya 2 tahun yang lepas.Namun apakan daya,jiwa saya tidak berapa serasi dengan kehadiran usrah ini yang dibentuk atau di bawah kelolaan guru saya Ustaz Fuad Othman.Walaupun pelbagai latihan dan pendedahan sepanjang Tamrin ini,ternyata saya tidak berminat untuk meneruskannya.Kepada sahabat -sahabat usrah yang terdiri daripada ikhwah dan akhawat,saya telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menyertai usrah ini,dengan sebab-sebab yang tersendiri yang mana tidak perlulah saya nyatakan di sini.Kepada abang-abang dan akak -akak lama yang terlibat dalam Tamrin tersebut,saya berharap antum semua menghormati keputusan saya dan tidak perlulah dihebahkan kepada umum dengan cemuhan ataupun kritikan yang menghina.Saya mempunyai hujah saya,dan antum mempunyai hujah antum,maka harapan saya moga kita saling menghormati dalam hal ini.

Alhamdulillah,tikamana saya hadir ke Maahad Ahmadi,sempat juga berqiamullail dengan adik-adik Maahad dan memberi serba sedikit kalam kepada mereka dengan harapan agar mereka lebih bersemangat untuk menyambung pelajaran di Al Azhar ,Mesir.Hal ini kerana saya melihat,tiada tempat yang paling afdhol dalam menuntut ilmu melainkan Al aZHAR aL Syarif.Di situlah qiblat ilmu,buat pencinta majlis talaqqi bersama para masyaikh.Berada di majlis mereka merupakan satu kemuliaan yang amat besar disisi ahli ilmu.Hidupnya majlis ijazah sanad musalsal,dan itulah satu kemuliaan apabila kita dapat menerima ijazah-ijazah tersebut.Namun,ana lebih mengkhususkan lelaki sahaja,kerana wanita lebih bagus sekiranya mereka menyambung di dalam negeri sahaja.Lebih mudah bersama keluarga,lebih terjaga,dan tidak menjadi masalah kepada keluarga untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka.

Berbicara mengenai majlis ilmu ini,saya masih teringat di kalamana saya menghadiri Majlis Kemuncak Sambutan Mauli Ar Rasul di Masjid Wilayah anjuran Yayasan Sofa,Negeri Sembilan di bawah pengasa Sheikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al Maliki sungguh saya merasa ketenangan yang tidak terkata sewaktu bacaan Maulid Ad Daiba'ie dialunkan.Seperti diri ini nyaman diselubungi cahaya rahmat Allah Taala yang tak mampu ana gambarkan melainkan ahli zauq sahaja yang memahaminya.Inilah yang menjadi tariq(jalan) saya dalam berdakwah.Saya lebih suka menggunakan pendekatan para masyaikh dan ulama' dalam menyampaikan dakwah.Suka berada dalam majlis mereka,berkumpul bersama mereka dan makan bersama mereka.

Dan saya masih teringat sewaktu saya makan bersama Sheikh Yusuf Bakhur Al Hasani,beliau suka bergurau dengan kami sehingga saya merasa beliau adalah ayah saya,yang sangat saya rindui untuk berjumpa dengannya.Moga Allah memanjangkan umur beliau dan memberkati kehidupan beliau.

Jadi sekarang ini,saya mengambil jalan untuk berceramah di kampung saya,khusus dalam memperkenalkan Rasulullah kepada masyarakat,menghidupkan qasidah,puji-pujian terhadapnya,moga-moga bercambah kasih sayang mereka kepada Rasulullah.Sesungguhnya apabila kita mengasihi seseorang,maka sering kita teringat akan dirinya dan teringin sangat melihat wajahnya serta menyimpan sesuatu yang berkaitan dengannya sama ada bunga mawar dan sebagainya, tidak kira cinta manusia atau cinta Rasulullah..kerana itulah fitrah insan yang berkasih.Maka buat diri ini begitu mengharapkan ingin bertemu dengannya(Rasulullah) secara jaga,moga dimakbulkan oleh Allah. Ameen

Akhirnya,mari perbanyakkan selawat terhadap junjungan besar Rasulullah S.A.W. di setiap detik kita,moga Rasulullah berkenan untuk memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak.Dan saya memohon maaf kepada sahabat-sahabat atau adik-adik sekiranya ada sebarang kesalahan dan kesilapan dari diri saya.Untuk makluman sahabat,tidaklah saya meletakkan sebarang benda di dalam blog ini,sama ada gambar atau tazkirah,melainkan saya merasakan perkara itu semua itu penting dalam melaksanakan serta membantu dakwah saya dan kehidupan saya sebagai seorang pendakwah.Moga Allah membantu perjalanan mujahadah saya dalam menjadikan ulama' sebagai teras kejayaan ummah.Wallahu a'lam.

Wednesday 2 February 2011

Bersempena MAULID AR RASUL.

Assalamualaikum,

Kepada semua para netters sekalian.
Di sini saya ingin berkongsi sedikit kisah tentang
cinta luhur yang dicontohkan Allah swt melalui
kehidupan Rasul-Nya. Luangkanlah masa utk membacanya...

Pagi itu, meskipun langit telah mulai menguning,
burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu,
Rasulullah dengan suara yang terbatas memberikan
khutbah 'wahai umatku' kita semua ada dalam kekuasaan
Allah dan cinta kasihnya.Maka taatilah dan bertaqwalah
kepadanya.Kuwariskan dua hal pada kalian, sunnah dan
al-quran. Barangsiapa mencintai sunnahku, bererti
mencintaiku, akan bersama-sama masuk syurga bersama ku'.

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata
Rasulullah yg teduh menatap sahabatnya satu persatu.
Saidina Abu bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Saidina Umar
pula dadanya naik turun menahan nafas dan
tangisnya.Saidina Uthman menghela nafas panjang dan Saidina Ali
menundukkan kepalanya.Isyaratnya itu telah
datang,saatnya sudah tiba.

'Rasulullah akan meninggalkan kita semua' bisik hati
semua sahabat. kala itu manusia tercinta itu hampir
selesai menunaikan tugasnya didunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat tatkala Saidina Ali dan Saidina Fadhal
dengan segera menangkap Rasulullah yang lemah saat
turun dari mimbar.Saat itu seluruh sahabat yang hadir
disana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi tapi pintu rumah Rasulullah masih
tertutup sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring
lemah dengan keningnya berkeringat dan membasahi
pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang berseru
mengucapkan salam. 'bolehkah saya masuk ?' tanyanya.
tapi Sayyidah Fatimah tidak mengizinkannya masuk 'maaflah,
ayahku sedang demam' kata Sayyidah Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu.

Kemudian dia kembali menemani ayahnya yg ternyata
sudah membuka mata dan bertanya pada Sayyidah Fatimah 'siapakah
itu wahai anakku?' tak tahulah aku ayah, spt baru kali
ini aku melihatnya' tutur Sayyidah Fatimah lembut.

Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dgn pandangan yg
menggetarkan dimana setiap bahagian wajah puterinya
itu seolah hendak dikenang.'ketahuilah, dialah yg
menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yg
memisahkan pertemuan didunia.dialah malaikat maut'
kata Rasulullah lantas Sayyidah Fatimah pun meledakkan
tangisannya.

Malaikat maut datang menghampiri tapi Rasulullah
menanyakan kenapa Sayyidina Jibril tidak ikut menyertai.
kemudian dipanggilah Sayyidina Jibril yg sebelumnya sudah
bersiap diatas langit dunia menyambut ruh kekasih
Allah dan penghulu dunia ini.

'Wahai Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?'
tanya Rasulullah dgn suara yg amat lemah 'pintu-pintu
langit sudah terbuka, para malaikat telah menanti
ruhmu.semua syurga terbuka lebar menanti
kedatanganmu'kata jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuat Rasulullah
lega,matanya masih penuh kecemasan,'engkau tidak
senang mendengar khabar ini?'.tanya jibril
lagi.'khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku
kelak?'.

'jangan khuatir wahai Rasul Allah, aku pernah
mendengar Allah berfirman kepadaku 'kuharamkan syurga
bagi sesiapa sahaja, kecuali umat Muhammad telah
berada didalamnya' kata jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan
tugas.Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Tampak seluruh
tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya
menegang. 'jibril, betapa sakitnya sakratul maut ini'.
lirih Rasulullah mengaduh.

Sayyidah Fatimah terpejam.Sayyidina Ali yg disampingnya menunduk semakin
dalam dan jibril memalingkan mukanya. 'jijikkah kau
melihatku hingga kau palingkan wajahmu jibril ?'.tanya
Rasulullah kpd malaikat penghantar wahyu itu.'
siapakah yg tega melihat kekasih Allah direnggut ajal'
kata jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana
sakit yg tak tertahan lagi. Ya Allah, dahsyat nian
maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,
jangan pada umatku.'

Badan Rasulullah mulai dingin. kaki dan dadanya sudah
tidak bergerak lagi. bibirnya bergetar seakan hendak
membisikkan sesuatu. Sayyidina Ali segera mendekatkan telinganya.
'peliharalah solat dan santuni org-org lemah diantaramu'.

Diluar pintu, tangisan mulai terdengar bersahutan.
sahabat saling berpelukkan. Sayyidah Fatimah menutupkan tangan
di wajahnya dan Sayyidina Ali kembali mendekatkan telinganya ke
bibir Rasulullah yg mulai kebiruan.
'umatku,umatku,umatku.'

dan, pupuslah kembang hidup manusia mulia itu.
KINI, MAMPUKAH KITA MENCINTAINYA SEPERTI BAGINDA
MENCINTAI KITA ???

terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk
membaca artikel ini.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...