Wednesday 22 June 2011

MENDEKATI MASJID SAYYIDI AHMAD BADAWI, DI TONTO MESIR.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

"BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG"

Alhamdulillah, fatrah imtihan masih belum berakhir dengan berbaki hampir 6 madah lagi. Moga Allah permudahkan. Entri pada kali ini, berkisar tentang sebuah masjid yang menempatkan makam seorang wali qutub yang bernama Sayyidi Ahmad Badawi. Lokasi makam beliau terletak di muhafazoh Tonto, Mesir. Perjalanan dari Kaherah, mengambil masa hampir 2 jam dengan menaiki tramco atau istilah mudahnya van.

Kebiasaan perjalanan penulis ke Tonto, penulis dan sahabat-sahabat akan menaiki Tramco bermula daripada perhentian di hayyu sabi' yang berdekatan dengan restoran arabiata (maaf, lupa ambik gambar) . Disini, kami akan menaiki tramco yang akan menuju ke 'abud atau ramsis. Pejalanan ke 'abud, akan dikenakan bayaran sebanyak 2 geneh rubu' dengan mengambil masa hampir satu jam. Kemudian, setelah sampai di 'abud, penulis akan terus mengambil tramco menuju ke Tonto, dengan jumlah bayaran sebanyak 8 geneh (tanya pelajar mesir ye, apa geneh tu) .
Kemudian , apabila sampai di Tonto tramco akan berhenti di sebuah tempat perhentian yang bernama "ma'rod". Melalui perhentian ini, penulis dan para sahabat akan terus menuju ke rumah ikhwan di Tonto iaitu ustaz hafizi, ustaz qusyairi ,ustaz jo, ustaz nazri di "saveber". Di sinilah tempat berehat sementara sekiranya berkunjung ke Tonto.

Gambar di atas adalah sebuah maktabah yang terletak di Tonto yang bernama maktabah qirbah. Maktabah ini, banyak menempatkan kiatb-kitab yang kebanyakannya tidak terdapat di Kaherah, seperti kitab-kitab karangan Sheikh Abdullah Siddiq Al Ghumari dan beberapa kitab yang lain.

Gambare di atas adalah gambar melalui pandangan hadapan dari pintu masuk ke dalam masjid.

Pagar besi, yang menutupi ruang luar tingkap masjid Sayyidi Ahmad Badawi.

Menara masjid Sayyidi Ahmad Badawi.

Itulah pintu masuk ke dalam ruang masjid Sayyidi Ahmad Badawi.

Seni bina yang menarik

Itu adalah qubah yang makam Sayyidi Ahmad Badawi. Di sebelah makam beliau, ditempatkan kesan tapak kaki Rasulullah yang mulia. Makam beliau sering dipenuhi dengan manusia yang ingin bertawassul dengan kemuliaan beliau yang tinggi di sisi Allah. Hadrah zikir sering dilangsungkan di sekitar Makam beliau. Sesiapa yang menziarahi mesir, maka sewajibnya untuk menziarahi makam beliau ini. Boleh dikira, tidak beradab bagi sesiapa yang tidak menziarahi beliau apabila berada di bumi Mesir.

Ramai orang arab yang berehat di halaman luar masjid.

Moga Allah memuliakan kita semua dengan kemuliaan Sayyidi Ahmad Badawi.

Wallahu a'lam.

Wednesday 15 June 2011

Ziarah Nabi Soleh dan Nabi Harun bersama Al Ust Fauzi..

Bukit di tengah-tengah di antara dua lembah itulah bukit Tur Sina tempat Nabi Musa berbicara dengan Allah Taala. Di situ juga menjadi tempat yang disinggahi oleh Rasulullah ketika malam Israk, dengan Rasulullah bersolat 2 rakaat di situ. Maka, Bukit Tur Sina adalah tempat yang barakah dengan kemuliaan yang telah penulis sebutkan. Penulis tidak berpeluang untuk mendaki bukit tersebut, ekoran kesuntukan masa. InsyaAllah , pada masa akan datang. Di puncak Tur Sina, kedapatan sebuah gereja yang dibina sebahagian penganut kristian. Tur Sina sering didaki oleh pelancong, kerana disebutkan pemandangan rembang matahari terbit adalah paling cantik melalui Tur Sina.

Makam Nabi Soleh rumah kecil berkubah di belakang sana. Ini adalah sekadar tugu kecil yang menunjukkan makam Nabi Soleh. Moga Allah memberkati kehidupan guru penulis Al Ust Fauzi...

Inilah 'wadi arba'ien' iaitu Lembah 40 orang wali. Mereka menjadikan bukit-bukit (bermula daripada bukit belakang penulis) sebagai tempat ber'uzlah dan beribadat kepada Allah. Terus daripada jalan ni, kita akan sampai ke perkampungan Nabi Shuib. Tempat yang paling subur dengan tumbuh-tumbuhan. Kuasa Allah Yang Maha Menghidupkan.

Keta'juban melihat kuasa Allah. Pemandangan yang indah..kawasan pergunungan. Gunung-gunung inilah yang menjadi saksi kehidupan Nabi Musa Alaihissalam di bumi Mesir.

Bersama Ust Fauzi, di hadapan Makam Nabi Harun. Lokasinya di atas bukit, menjadikan angin deras bertiup..terasa nyaman dan menyegarkan..

Segala Puji bagi Allah pemilik sekalian alam, Selawat dan Salam buat junjungan besar Rasulullah S.A.W. , para sahabat, muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian. "BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHAN DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGAN, MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG.

Alhamdulillah, syukur yang teramat sangat penulis panjatkan ke Hadrat Ilahi, kerana telah menyampaikan penulis ke salah seorang nabi-Nya iaitu Nabi Harun Alaihissalam dan Nabi Soleh Alaihissalam di semenanjung sinai baru-baru ini. Sungguh tidak disangka Allah memberikan nikmat untuk berada di hadapan seorang Nabi. Penulis berpesan buat sidang pembaca sekalian untuk meyakini bahawa mereka hidup di dalam kubur mereka dengan hakikat kehidupan yang hanya diketahui oleh Allah Taala sahaja. Mereka tidak mati, mereka tetap hidup. Mereka hanya berpindah dari satu alam menuju ke alam yang lain. Segala salam manusia yang menziarahi, pasti didengari oleh mereka.

Perjalanan penulis dan Ust Fauzi ke Semenanjung Sinai ini, bukan ingin mendaki bukit Tur Sina, akan tetapi dengan niat semata-mata untuk menziarahi Nabi Soleh dan Nabi Harun. Perjalanan pergi hampir memakan masa selama 7 jam, bersamaan kurang lebih 343 km, mohon keberkatan daripada Allah di setiap saat masa yang berjalan..Ameen Ya Allah..

Cuaca di Sinai masih dikira sejuk, disebabkan lokasi yang berbukit-bukit.

Ambil iktibar dan pengajaran...Wallahu a'lam.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...