Saturday 30 July 2011

Syaitan amat bencikan " PERSAUDARAAN"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

"BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHAN DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGAN, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG"

Para ikhwan wal akhawat yang dirahmati Allah sekalian,

Kehidupan di dunia ini, kadangkala amat sukar untuk kita redahi arusnya yang sering kali membadai jiwa-jiwa kita yang sering lalai ini. Rebah, tersungkur, adalah adat sebuah kehidupan. Beruntung bagi mereka yang bangkit, dan merugilah bagi mereka yang membiarkan dirinya dibawa arus. Sama-sama berdoa dengan berkat kemuliaan Rasulullah dan kesemua orang-orang yang soleh, agar Allah menjadikan kita orang yang kuat jiwa, kuat iman, kuat hati kita dalam menghabiskan sisa kehidupan kita di dunia. Kadang kala penulis merasakan, di akhir zaman ini, mati adalah lebih baik dan merupakan satu rahmat berbanding terus hidup di dalam sampah dosa. Zahirnya ulama', batinnya sufaha', juhala' wa al syayatin minal ins. Amat sukar untuk kita kawal diri kita, dalam tempoh remaja ini dalam ketaatan kepada Allah.

Maka, antara perkara yang paling diperlukan dalam menempuhi fatrah yang dahsyat ini ( waktu remaja) adalah tindakan yang bijak dalam memilih kawan. Kawan yang baik sangat penting dalam membantu memperbetulkan setiap tindak-tanduk kita. Tidak ada seorang pun dalam kalangan manusia yang tidak memerlukan kawan dalam hidup. Kawan sangat penting untuk membantu kita, menolong kita andai terdapat sebarang kesusahan. Jadi, pilihlah kawan yang selayaknya, yang boleh membimbing kita sama ada, secara nasihat, teguran mahupun tingkah laku.

Jalan-jalan di petrosains, KLCC. Poning tengok benda alah tu, tak dapek-dapek
nak susun. Ntah camno ntah..

Yang kek sobolah tu, bekas pengerusi KEMBAQ 
(huhu...bangga pakcik duk sebelah dia..kui.kui..kui)

Di Mesir, ketika ziarah makam.

Majlis ilmu di Yayasan Sofa.

Abdul Rahim belanja makan piza, sebab ulang tahun kelahiran dia yang ke-20 kot. 
Piza Master kat Mesir. Tafaddholu...

Berkayak di Pantai Kuala Linggi. Kayuh Rahim, " kiri, kanan, kiri, kanan !!!!!"

Para pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Demikianlah entri ringkas yang ingin penulis paparkan dalam entri kali ini. Moga dapat kita bina persaudaraan dan kekalkannnya, kerana syaitan amat bencikan " PERSAUDARAAN " .

Wallahu a'lam.

Wednesday 27 July 2011

Kucing adalah haiwan kegemaran ABU HURAIRAH,,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

"BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG"

Sidang pembaca yang dikasihi sekalian,

Alhamdulillah, hanya berbaki beberapa hari lagi untuk kita bertemu di dalam satu bulan, bulan yang paling diberkati, bulan yang Allah kurniakan padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu bulan Ramadhan. Bagi sebahagian negara, seperti negara Mesir, bulan Ramadhan adalah bulan yang paling dinanti-nantikan berbanding di negara Malysia, yang paling ternanti-nanti kehadiran Syawal berbanding Ramadhan. Sedangkan semua sedia maklum, hari raya Aidil Fitri hanyalah pada hari raya pertama sahaja, sebagai simbol kejayaan berpuasa selama 30 hari berturut-turut. Namun, itulah hakikat kehidupan dan adat di Malaysia, yang lebih mengutamakan syawal berbanding Ramadhan.

Hikayah penulis dalam entri kali ini, berhubung dengan manaqib ringkas seorang sahabat nabi yang mulia, iaitu Saidina Abu Hurairah R.A.H. Penulis cuba membawakan biodata ringkas mengenai kehidupan sahabat Rasulullah yang mulia ini, agar mudah dan cepat tersemai rasa rindu terhadap beliau. Penulis juga membawa manaqib ini, kerana disana ada satu sifat yang penulis juga sukai iaitu 'mengasihi kucing'..miow..miow..

1: Nama beliau adalah Abdul Rahman B. Sakhar Ad Dusi Al Yamani

2. Nama asal beliau sebelum memeluk islam ialah abd al syams ( penyembah matahari)

3. Dilahirkan di Dus, Yaman, 19 tahun sebelum Hijrah.

4.Beliau telah memeluk islam pada tahun ketujuh hijrah.

5. Beliau juga adalah salah seorang sahabat yang tinggal di Masjid Rasulullah atau lebih dikenali sebagai ahli sufah. Terdapat sebahagian pendapat yang menyatakan bahawa Tasawuf dari segi bahasa berasal dari 'sufah' yang merujuk kepada ahli sufah ini. Walaupun begitu, di sana masih terdapat pendapat-pendapat yang lain yang mendefinisikan maksud tasawuf dari segi bahasa kepada maksud yang lain.

6. Beliau diwafatkan oleh Allah pada tahun 59 hjrah, pada umur 78 tahun.

7. Beliau telah digelar oleh Rasulullah dengan gelaran ABU HURAIRAH, (bapa kucing) disebabkan beliau begitu menggemari kucing. Kebiasaan jubah arab mempunyai lengan yang besar, maka Abu Hurairah akan meletakkan kucing yang disukainya ke dalam lengan jubahnya.

ANTARA AKHLAK BELIAU YANG WAJAR DICONTOHI:

1. Tawaduk dan tekun beribadat.

2. Mementingkan kesederhanaan.

3. Mengasihi binatang.

4. Menghormati ibu bapa.

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Demikianlah biodata yang sangat ringkas, cuba penulis ketengahkan dalam entri kali ini. Biar ringkas, tapi kekal berabad lamanya di minda kita,,,,contohilah Abu Hurairah, walaupun kita hanya mencontohi kegemarannya iaitu gemar bermain dengan kucing. InsyaAllah, bermula dengan mencontohi kegemarannya, akan bercambah kepada mencontohi akhlaknya yang mulia hasil pentarbiyahan Rasulullah, pemimpin teragung sepanjang zaman.

Wallahu a'lam.

 min: afqaral 'abd ilaLLah al Ghani
Bait Bukhori, Hayyu Sabi'
Kaherah, Mesir.

11.15 malam

Tuesday 26 July 2011

Petikan akhbar: bertahun-tahun pujuk mak, nak masuk islam. Selamat bermuhasabah..

SENTUL:“Selepas 10 tahun saya masih tidak berputus asa memujuk ibu, akhirnya dia mengizinkan saya memeluk agama Islam,” kata Jaime Jamilah Abdullah, 33, menceritakan pengalaman dia bertukar agama lapan tahun lalu.
Menurut ibu kepada dua anak itu, dia tertarik dengan Islam kerana sering bercampur dengan pelajar Melayu sejak pada zaman persekolahan dan rakan-rakannya juga tidak pernah meminggirkannya.

“Saya selalu ikut rakan mendengar ceramah agama dan berjumpa ustaz atau ustazah jika mereka ada kemusykilan dalam agama. Dari situlah saya mula mempelajari Islam dan terikut-ikut dengan amalan mereka seperti solat dan berpuasa,” katanya.
Menurut Jaime, ibu bapanya tidak pernah memusuhinya walaupun kini mereka berlainan agama, cuma tindakannya jarang berada di rumah atau makan bersama menyebabkan timbul sedikit salah faham.

“Bapa saya tak kisah asalkan saya tahu jaga diri tapi ibu mudah terasa hati dengan saya hingga menimbulkan pergaduhan kecil. Jadi saya membuat keputusan berpindah.

“Bukan saya tidak menghormati atau melupakan mereka, tapi saya perlu mematuhi tuntutan Islam, sekali gus tidak menderhaka kepada ibu bapa,” katanya.

Katanya, selepas mendirikan rumah tangga, dia sering menghubungi ibu bapanya untuk bertanya khabar dan kini hubungan mereka kembali mesra.

“Syukur mereka sudah dapat menerima saya dan selalu juga bertanyakan khabar cucu mereka. Kini, saya gembira dan tenang mendalami Islam,” katanya yang ditemui dalam Program Ceramah Perdana anjuran Madrasah Salaiyah, di sini, kelmarin.
Dalam program itu, seramai 45 penerima terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin menerima sumbangan berupa beras dan wang tunai.

Pengerusi Madrasah, Sheikh Abdul Rahman Sheikh Abdul Kadir berkata, program ceramah perdana itu adalah aktiviti tahunan madrasah itu yang didirikan sejak lebih 50 tahun lalu.

“Ini tanggungjawab kami untuk mengimarahkan madrasah ini dengan menganjurkan pelbagai aktiviti untuk kebaikan masyarakat sekeliling,” katanya.

Sunday 24 July 2011

Dedikasi buat Umi dan Abi..( ^_^ )

 Saat itu ku tempuh,

Bersama seribu kenangan,

Yang ingin ku gapai,

Bersama sejuta kegemilangan.

Saat itu ku bisa melihat,

Wajah-wajah itu,

Menangis kegembiraan,

Bersama seukir senyuman, kepuasan.

Saat  itu. Tiada seorang pun,

Yang bisa menetapkan saatnya,
 
Adakah saat itu akan ditempuh dengan gemilang,

Mahupun ditempuh dengan kelam.

Bersedialah dengan bekalan sebelum saat itu kau tempuh,

Kerana semestinya dan pasti, kau tidak bisa

“BERPATAH BALIK”

Moral of the poem:
1. Bahagiakanlah ibu bapa kita, selagi nyawa mereka dikandung badan. Andai mereka sudah tiada, ziarahilah kubur mereka dan sentiasalah mendoakan mereka.

ok..yang lain..kalian cari sendiri..assalamualaikum..
created by: ilham creative
Bait Bukhori, Hayyu sabi'
cairo, egypt.

 10.25 pagi.

Friday 22 July 2011

Puasa adalah "PERISAI"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.

       "Ramadhan Karim, Allahu Akram!!! ". Kata-kata itu seringkali diucapkan lantas sedikit sebanyak dapat
 memeriahkan keadaan. Namun dalam kemeriahan kita menyambut Ramadhan al-Mubarak, berpuasa menahan lapar dan dahaga, adakah kita terfikir tuntutan itu sahajakah sebenarnya yang perlu dilaksanakan?.

         Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda : "Ramai orang yang berpuasa tetapi sebahagian daripada puasa itu hanya lapar dan dahaga."

Sahabat-sahabat sekalian,

        Puasa yang dilakukan oleh nabi-nabi terdahulu, bukanlah menahan diri dari makan dan minum semata-mata tetapi hendaklah juga berpuasa dari apa-apa yang ditegah oleh syara'. Contohnya mulut bukan sahaja tidak makan dan minum tetapi juga tidak mengeluarkan kata-kata yang buruk, keji dan kotor.

"Puasa itu perisai, maka janganlah orang yang berpuasa itu bercakap kotor dan melakukan perbuatan jahil"

        Dalam perkara ini kita disuruh meninggalkan kata-kata yang tidak berfaedah dan jika kita dimaki atau diajak melakukan pergaduhan disarankan untuk menjawab "aku berpuasa".

       Begitu juga anggota-anggota yang lain seperti telinga, mata, hidung, tangan, kaki dan yang paling penting hati masing-masing turut memainkan peranan dan sama-sama turut berpuasa dari melakukan perkara-perkara yang bukan syari'e.

        Menjenguk kepada Sirah Nabawi apabila berada di dalam bulan Ramadhan, banyak kerja-kerja kebaikan seperti sedekah dan infaq dilakukan. Ibadah-ibadah kepada Allah seperti zikir, qiamullail, doa dan tadarus dilipat gandakan. Perkara-perkara sunat seperti bersahur, tarawih dan solat nafilah tidak pernah ditinggalkan. Ramadhan sentiasa dipenuhi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Maka penuhilah bulan ini dengan ibadah yang dapat meningkatkan taraf keimanan yang membawa keredhaan.

         Hinggalah di akhir Ramadhan , mereka dapat merasakan sesuatu kenikmatan rohani dan kelazatan spiritual yang tidak dapat digambarkan. Dalam keadaan berpuasa, mereka terus tekun dan ikhlas melakukan amalan. Akhirnya mereka menikmati "khashyah" iaitu takut, cinta, dan rindu kepada Allah. Itulah yang membuatkan mereka kian lapar tetapi kian mesra cintanya kepada Allah dan kian bergelora rindunya kepada Allah. Adakah kita juga turut merasakan sepertimana mereka rasakan?. Nah! buktikan, lakukan dari sekarang.

-Menanti Ramadhan di bumi barakah, Mesir.

-Mohon doa daripada sahabat-sahabat, ataupun siapa sahaja yang mengenali diri ini, agar selamat musafir penulis ke Mekah. InsyaAllah 25 Ramadhan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah, untuk melaksanakan ibadah umrah dan menyambut hari raya dengan Rasulullah S.A.W. Moga dipermudahkan..

Min : Afqaral 'abd
'imarah n9, hayyu sabi',
cairo, egypt.

Tuesday 19 July 2011

Flashback....

"BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG"

      InsyaAllah, dalam entri kali ini, penulis ingin mengajak sidang pembaca sekalian, untuk sama-sama kita merenung kembali mengenai erti sebenar kehidupan kita di muka bumi ini. Kadang kala, kita merasakan bahawa dunia ini adalah syurga yang menyebabkan kita merasa untuk hidup selama-lamanya, dengan erti kata lain "TIDAK AKAN MATI"

      Peringkat kehidupan manusia yang bermula daripada alam rahim, kemudian keluar ke alam dunia, kemudian masuk balik ke alam barzakh....dan dibangkitkan kembali ketika sangkakala ditiup malaikat Israfil..
itulah dia "HARI KIAMAT". Apa yang ingin difokuskan disini, sejauh manakah perjalanan hidup kita didunia, mampu memepertahankan kita di kala kedahsyatan tatkala "HARI KEBANGKITAN" tiba...? Satu keadaan yang langsung tidak mampu digambarkan oleh kemampuan aqal yang terbatas...Sebuah kedahsyatan yang berlaku sedahsyat-dahsyatnya...

     Dengan sedikit gambaran yang boleh kita gambarkan...apabila langit-langit jatuh berguguran...bumi menghemburkan seluruh isi-isinya....si ibu lupa akan kandungannya tatkala sedang sarat dengan kandungannya... (  Ya Allah, permudahkanlah urusan kami...kami hambamu yang lemah...bebaskanlah kami dari azab seksa-Mu..Ameen, Ya Allah)

Sidang pembaca sekalian,

     Batu nisan yang saya paparkan di atas, bukanlah gambar batu nisan yang saya copy dari mana-mana website yang menjalar di dalam internet, akan tetapi itu adalah gambar batu nisan yang saya tangkap sendiri ketika menziarahi kubur datuk saya di Klang baru-baru ini. Kesempatan berada di Malaysia, cuba penulis manfaatkan sebaiknya dengan perkara yang sungguh memberikan manfaat dan impak yang besar dalam diri penulis. Antaranya, menziarahi datuk penulis yang langsung tidak pernah ditatap wajahnya hatta di alam mimpi.

    Beliau adalah antara idola penulis, walaupun beliau telah meninggal dunia sebelum penulis lahir ke dunia lagi. Teknik pentarbiyahan yang cukup mantap dalam mendidik anak-anak dalam menjadikan Islam adalah teras dalam kehidupan. Semua ini terungkai dan penulis sedari semenjak penulis berada di darjah satu ketika di sekolah rendah. Sungguh hebat teknik pengajaran Al Quran oleh ibu penulis sendiri, apabila ketika penulis masih di darjah satu, telah khatam bacaan Al Quran 30 juzuk. Apabila diselidik, cara penerapan Al Quran tersebut, telah diwarisi oleh datuk penulis yang sangat penulis sayang dan rindu iaitu Hj Sayed B. Haji Abdul Razak.

     Kemudian, penulis masih ingat lagi bagaimana ibu penulis sering menyuruh penulis untuk membaca buku feqah mahupun tauhid, tikamana penulis meronta-ronta untuk keluar bermain dengan kawan-kawan. Boleh keluar, dengan syarat baca buku feqah dulu..!! kalau tak duduk rumah. Kadangkala sampai menangis-nangis, sebab kena baca 30 minit. Setiap petang cuti sepatutnya keluar pukul 5, tapi bila dah kena cantas 30 minit, tinggal 30 minit lagi, sebab mak dah suruh masuk rumah pukul 6... jd..nangislah kuat-kuat..tapi bila nangis..kena cubit sampai biru-biru...but that is the Good education to train a child..i like it... .

    Bukan nak menjual cerita, kerana sekarang ni ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak sehingga guru yang mengajar di sekolah pun langsung tidak dibenarkan menyentuh walau sehelai bulu roma si murid...kesannya..bersepah di akhbar-akhbar...just read it...dan masalah juga bila ibu dan bapa lebih mementingkan akademik daripada agama.. hanya menumpukan kejayaan dan kecemerlangan sijil semata-mata..

Sidang pembaca sekalian..
   
   Hargailah ibu bapa kita selagi mana mereka masih hidup. Sayangi mereka, dan taatilah segala arahan mereka selagi mana tidak menyuruh kepada kebatilan. Dan kepada yang sudah pergi, ziarahlah kubur mereka, mereka mendengar salam kita, mereka tahu kita datang. Hanya makhluk selain manusia saja yang mendengar jawapan salam dari mereka.  Sengaja penulis ceritakan kisah di atas, kerana semua wanita akan jadi ibu, dan semua lelaki akan jadi bapa...so, educate your son the best education. That's all.

Dari  : Khadim Ilmu wa to libuhu 

11.25 malam 
 'imarah n9, hayyu sabi'
 Kaherah , Mesir

Saturday 16 July 2011

best SHOT....!

nyenyaknya tido...

kucing ni tgh berehat sambil terjelir lidah.. tgk betul2..hmm

kucing nak borak gak...miow..miow..!

Arnab ni, penulis tangkap sedang penulis pulang dari kaherah. Saja tangkap, sebab comel (^_^)

Gambar

Imej di atas ialah kesan peninggalan kubu Israel di Semenanjung Sinai. Kubu ini dapat dimusnahkan melalui mimpi oleh para ulama'. Cara tersebut adalah dengan memancutkan air ke atas pasir seterusnya memusnahkan kubu israel yang dibina di bawah tanah. Sekiranya pembaca melihat gambar di atas dengan teliti, di sana terdapat saki baki bangunan yang berbentuk pentagon. Bekas kubu israel ini tidak jauh selepas kita melepasi terowong yang menembusi terusan suez .

Mode: release tension
11.00 malam

Friday 15 July 2011

Jalinan itu...

Jalinan uhkwah itu

Sentiasa dihiasi keriangan

Mengukir kenangan-kenangan indah

Yang bisa kekal berabad tahun lamanya

Pertemuan yang indah itu

Telah melahirkan bibit-bibit kemesraan

Mengerat dan mengikat jiwa-jiwa

Sesama insan

Perjuangan itu

Pastinya penuh dengan onak dan duri

Ada yang tersungkur

Ada yang terus maju ke hadapan

Berjuang dan terus berjuang,

Mencari erti sebenar kehidupan.

nota penulis: Just read, and you can get some........ ^_^

Monday 11 July 2011

Train our 'iman'

Awan itu ku rentas,

Lautan bukan lagi penghalang,

Burung-burung turut sama berhijrah,

Emigrasi ke sebuah destinasi,

Yang menjanjikan suatu kemanisan iman,

Yang tidak bisa ditimbang oleh mizan dunia.

Andai iman bisa diwarisi,

Sudah tentu iman itu sendiri meronta-ronta,

Menuntut haknya yang bukan harta warisan.

Dalam membina iman yang kukuh,

bukanlah semudah yang kau sangka,

kerna imanmu mudah tersungkur, walau dengan,

wangian wanita bukan mahram yang melintasimu...

PENGAJARAN

1. Segala perkara yang kita niatkan, insyaAllah akan dikabulkan mengikut kesungguhan kita untuk mendapatkannya.

2. Iman tidak akan sama sekali dapat diwarisi. Hebat mana pun si ayah, andai si anak sudah memilih jalan yang salah...bukan salah si ayah. Si ayah hanya membimbing dan menunjukkan jalan yang benar dan tanggungjawab itu telahpun dilaksanakan..maka sepatutnya si anak bijak memilih jalan yang perlu ditempuhinya..

3. Didiklah jiwa dan nafsu agar mengikut kehendak iman...satu pentarbiyahan yang sungguh susah, namun tidak mustahil...

nukilan: ilham_creative
1.10 pg
'imarah n9, hayyu sabi'
Kaherah, Mesir

Sunday 10 July 2011

Sekadar ayat............

Dingin pagi menerjah alam.Mencucuk-cucuk

tubuh sang pengembara.Terasa bagaikan

ratusan jarum peniti pantas mencucuk

sendi-sendi dan tulang.Sengal.Pedih.Impuls

saraf yang berfungsi pantas mengakses

persekitaran sekaligus menghasilkan respon

terhadap segala apa yang

dirasa.Hebat.Menakjubkan.Itulah kuasa Allah

Pemilik sekalian Alam.Serentak dengan itu sang

pengembara pantas mencapai sebarang unsur

yang mampu melindungi tubuh dek hembusan

pagi yang menerkam.Huh! sejuk! “mengapa

diciptakan angin pagi itu sejuk?mengapa?”

contoh soalan yang kadang kala tidak disedari

wujudnya unsur mempersoalkan ketetapan

tuhan. Jiwa yang gersang,sunyi,kosong tanpa

pengisian ilmu dan zikir.Ia meronta-ronta bak

seorang wanita yang kerasukan.Betapa

mudahnya syaitan menyusup masuk ke dalam

rongga-rongga,mengawal setiap inci tubuh

mangsanya.Halus sekali.Modus operandinya

mudah…ia tidak memusnahkan atau menawan

seluruh organ …Ia tidak perlu menawan

kaki, tangan , kepala dan organ-organ yang

lain..cukup sekadar merembeskan 1 ml cecair

liuran syaitan …meresap dengan pantas ke

dalam hati. Nah!!!,kau rasakan

penangannya,kau tidak punya apa-apa,jiwamu

kosong..kau tidak betah menghapuskan virus

itu………….hahaha.!!!

Friday 8 July 2011

"Seindah MAWAR berduri"

Pencarian tidak akan berakhir,

terus dan terus berjalan,

mencari sekuntum mawar berduri,

yang mekar di taman indah,

harum wangiannya, gemilang warnanya,

memikat sang rama-rama,

melepaskan lelah di atasnya.

Duri-duri yang mengelilinginya,

sering kali mengecewakan,

kumbang-kumbang hitam yang yang sering mencuba,

menghancurkan keindahan mawar.

Indah mawar itu bukan dari warnanya,

Cantik mawar itu bukan dari kelembutannya,

Keindahan mawar itu terletak pada 'duri' nya

Patah 'duri' mawar, punah segala keindahan mahupun harapan

Ia bak mahkota emas

buat sang raja yang banggakan kerajaannya

Inilah puisi buat dambaan

"seindah mawar berduri"

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih menghidupkan kita, walaupun berjuta bangkai dosa yang telah bertapak di jiwa-jiwa manusia. Sebusuk-busuk bauan yang terhasil, kesan dosa yang dilakukan, namun Allah , masih berkenan melimpahkan jutaan nikmat yang tidak mampu kita hitung satu-persatu banyaknya. Tidak ada imbalan yang diminta. Tidak rugi walau sezarah. Tidak untung walau sezarah. Memiliki kerajaan yang maha luas. Jauh di sudut aqal manusia untuk membayangkannya. Moga Allah sentiasa mengurniakan rahmatnya kepada kita, dengan kemuliaan Rasulullah S.A.W. Ameen....Ya Allah.

Sedikit muqaddimah sepertimana penulis coretkan di atas, adalah sekadar peringatan buat penulis. Segala apa yang tertulis, penulislah yang paling layak sedar, insaf seterusnya beramal dengan apa yang dikehendaki oleh-Nya. Tangan yang menaip menjadi saksi, mata yang melihat keyboard akan berkata-kata kelak, mendakwa sang penulis andai bertutur apa yang dia sendiri tidak melaksanakannnya.

Sidang pembaca sekalian,

Entri pada kali ini sekadar berkisar tentang sebuah puisi (boleh dikatakan puisi atau tidak, terpulang) yang penulis sendiri nukilkan, tikamana sedang rehat petang bersama teman-teman. Bukan jiwang, bukan hati ada taman (ada la sikit) cuma, sedikit rasa terkilan melihat sebahagian manusia yang pernah kita kenal, kita ajar, namun rendah nilai kualiti akhlaknya. Dimanakah silapnya????

Baiklah, sejarah atau puisi di atas terhasil begini................................

(scene 1)

Faizal adalah seorang kawan yang sangat rajin. Tidak pernah, walau sekali ketinggalan kuliah di Al Azhar. Minatkan hukum-hakam, maka tak hairanlah kalau beliau ambil jurusan syariah. Mudah didekati,,,dan suka bergurau. Dia sering bersama teman rapatnya yang bernama Aaron Di suatu petang, sedang beliau khusyu' melayari facebook, tiba-tiba...

faizal: woi..! woi..! sini jap, ada gambar panas

Aaron: apehal ko ni..! tetibe kecoh.. biase sudah

faizal: ee eleh, yang ko tibe emosi ni apehal lak...ni ko tgk.. ape dah jd ngan bekas anak murid ko

Aaron: Eh..! yeke..ok2 i'm coming..Ya Allah apo fi'il budak ni dah buwek ni...marin dulu pijak somut pun tak mati..

faizal: tu la pasal, ni sumo ko punye pasal. tah apo tarbiah ko bg kek budak tu.. tgk skang..

Aaron: weh..weh..! mulut tu insuran ckit. Ko jgn nak salahkan aku pulak. Aku buat ape yang aku mampu..yang lobih tu...mak ayah dio la yang kono ihtimam.. Ko ni kang..! ade yang arwah tak pasal-pasal ni kang..

faizal: k3, rilek la ron, aku gurau je..ko ni nape? emosi tak tentu pasal ari ni? aku pun terkilan jgk tgk budak-budak ni. Kot ye pun ade aweks ke, ade pakwe ke, just don't put in facebook, right? tak yah nak sebar-sebarkan a'ib. Lagi satu, suka letak gambar-gambar, kalu laki ok lagi, ni masalahnye pompuan. Sekolah agama pulak tu...!.. ape nak jd ni ron...??

Aaron: Maap la jai, aku tension ckit ari ni. Aku setuju sume yg ko ckp tu. Aku tak salahkan diorang. Setiap orang ada persaan, untuk diperhatikan, untuk mengasihi dan dikasihi, tapi tak ramai yang mampu kawal perasaan tu dgn baik. Masalah timbul bila persaan tu tak dikawal dgn sebaiknya. Pompuan itu adalah fitnah.

Jai: apo ko mengarut ni ron, bilo pulak dio fitnah ko..?

Aaron: Bukan dio fitnah aku..maksudnya.. setiap lelaki pasti akan tertipu dengan segala apa yang dimilikinya. kecantikan wajah, lerekan mata, senyuman lebih-lebih lagi air mata. wuuu, boleh cair bair ko jai...Tu yang aku tak nak tu...

faizal: ooowh..camtu. Betullah ron. Harap diorang sedarlah ye. Ko plak, camne dgn harapan ko dgn mawar berduri yg prnah ko mesej kt fb tu..?

Aaron: InsyaAllah . eh..eh ke situ plak..hmm... perjalanan masih pnjang jai. Ilmu aku utamakan dulu. Dah selesai nanti, aku tngklah. Kalau masih ada, aku petik. Kalau sudah dipetik, aku doakan jelah kebahgiaannya.

faizal: fuiyooo..! ron. tak pernah ko bermadah pujangga cam ni. InsyaAllah ron, aku sentiasa doakan yang terbaik utk ko. Sbb ko lah satu-satunya kawan terbaik aku sepanjang hayat....sehidup semati aku tetap dgn ko ron...

Aaron: Terima kasih banyak-banyak jai..(sebak..sambil menitiskan air mata)

faizal: Eh..nape ko nangis ni ron..? sudah ron, kesat air mata kau, sblm aku lak nangis. Seganas aku pun, hati aku ni...ni..ni..(sambil memegang dada) penuh dengan taman-taman indah..ko tau..

Aaron. Ok2, jai. Ko ni memang la. Ade je gurau kau ni..

faizal: ok la ron, aku nak kuar jap la, pg suk mekah jap. ko ade pape nak tempah tak?

Aaron: hmm..belikan aku susu juhayna je lah. Dah lame tak minum suu.

faizal: ok2, aku pg dulu. Assalamualaikum.

Aaron: Waalaikumsalam.

Setelah faizal berlalu pergi, Aaron segera mencapai sebatang pen dan melakar satu puisi indah yang bertajuk "seindah mawar berduri"

Sidang pembaca sekalian,

Demikianlah sedikit gambaran yang penulis boleh sampaikan melalui cerita di atas. Bukan menyalahkan, tetapi sedikit rasa terkilan.

Ambil iktibar dan pengajaran, bertemu lagi...

Assalamualaikum...

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...