Thursday 29 December 2011

KHASIAT HERBA RADIX : Biar mahal sedikit, kerna suatu hari nanti anda akan menyesal berjuta lebih mahal dari itu, untuk mengubati.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "

Sidang pembaca yan dirahmati Allah sekalian,

Dalam entri kali ini, penulis ingin mengajak sidang pembaca untuk kita menyelami khasiat kopi radix yang dihasilkan HPA marketing. Ajakan berbaur promosi ini bukanlah, ingin melebihkan produk ini daripada produk-produk yang lain, akan tetapi ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang telah mengamalkan kopi radix ini semenjak 2 tahun yang lepas. Selain itu juga, sebagai tanda kita memboikot barangan yahudi adalah dengan memasyhurkan dan membantu produk melayu yang sedia ada seperti HPA dan lain-lain. Kita tidak akan mampu untuk memboikot barangan mereka sekaligus, namun sekurang-kurangnya kita memboikot, sedikit demi sedikit. Sebagaimana yang sedia ma'ruf, agenda yahudi bahawa " mereka tidak mahu memurtadkan orang Islam terus, akan tetapi mereka hanya ingin menjauhkan kita daripada Islam sedikit demi sedikit ' antaranya melalui makanan. Maka kita juga menggunakan cara itu, dengan memboikot sedikit demi sedikit.

Antara khasiat yang jelas dikesan ialah, ianya melancarkan sistem perkumuhan. Sebagaimana yang sedia maklum bahawa, tubuh yang sihat ialah tubuh yang ' qadha hajat ' pada setiap hari pada waktu pagi. Itulah antara tanda tubuh anda sihat sejahtera. Kepada yang berumur, ianya akan meningkatkan tenaga dalam bekerja, dan itulah halnya berlaku kepada ibu dan bapa penulis semenjak mengamalkan kopi radix. Kalau dulu, pergi saja ke kebun, maka tidak sampai 2 jam sudah pulang disebabkan keletihan. Akan tetapi setelah mengamalkan kopi radix, ternyata kudrat untuk bekerja itu meningkat. Alhamdulillah.

Untuk pengetahuan sidang pembaca sekalian, pengamalan herba ini bukanlah pengawal dan penyembuh secara spontan. Herba memerlukan masa dan pengamalan kerana ianya mengawal dan membantu untuk jangka hayat yang akan datang. Oleh itu penulis menyeru agar sama-sama menyokong produk melayu tambahan lagi dengan khasiat-khasiat yang terbukti berkesan. 'Search' pengedar yang terdekat di internet untuk menjadi ahli atau untuk mendapatkan produk ini. Daftarlah keahlian anda, untuk mendapatkan barang tersebut dengan lebih murah. Biar mahal sedikit, kerna suatu hari nanti anda akan menyesal berjuta lebih mahal dari itu, untuk mengubati.

Oleh hal yang demikian, penulis menyenaraikan secara khusus khasiat kopi radix buat bacaan sidang pembaca sekalian. Baca, fikir, dan bertindak,,,

Khasiat Kopi Radix :
Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan
yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan
kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix
akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan
melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang
banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat
menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika
diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix
akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang
menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi
aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat
serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu
kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga
ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu
tubuh akan kembali stabil.

Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix
merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan
di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada
Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang
sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak
setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan
radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang
menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan
dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut.
Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan
keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita
yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium
untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Pesakit Kencing Manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang
bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan
gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk
merawat hipertensi.

Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika
disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian
yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus
putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon
jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih
daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN) untuk tenaga dan
kesuburan
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK) untuk masalah persendian
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF) untuk pengimbangan angin
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT) untuk menghilangkan keracunan
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF) untuk merawat sistem penghadaman
6. Halban (IMUNITI) untuk menjaga stamina tubuh
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK) untuk memperbanyakkan susu ibu

Komposisi: (15 paket bagi kotak kecil, 32 paket bagi kotak jumbo, 20
paket bagi kopi papan) Kelebihan Kopi Radix adalah pada campuran 7 jenis herba seperti:

1. Tongkat Ali

Akar Tongkat ali dapat menurunkan demam panas, demam kuning
atau keracunan di hati, melegakan sakit-sakit tulang dan sendi, gatalgatal
badan, batuk kering (TB), kencing manis dan juga meningkatkan
tenaga batin.

2. Mata Pelanduk
Akar Mata pelanduk dapat merawat otot atau ligament yang terseliuh,
sakit dada, cirit-birit, sakit tekak, keracunan, pembengkakan testis,
demam dan juga batuk-batuk.

3. Teja Lawang
Akar Teja Lewang digunakan juga untuk menurunkan demam,
melegakan asma, batuk, lumbago, menambah tenaga, dan juga baik
untuk ibu selepas bersalin.

4. Tebu Gajah

Akarnya bersifat antidote yang dapat mengebahkan demam,
mengubati sakit telinga, membuang angin dalam badan dan juga
sebagai ubat tenaga batin.

5. Mengkudu hutan
Akar Mengkudu hutan dapat merawat sakit kepala, buasir, sakit
jantung, darah tinggi, sebagai Pelawas, memberikan tidur yang
berkualiti dan juga dapat menghaluskan kulit.

6. Larak hutan
Akarnya dapat dijadikan ubat selepas bersalin, mengelakkan meroyan,
dapat membuangkan angin dan juga sebagai tonik.

7. Halban
Akar Halban pula dapat dijadikan ramuan selepas bersalin, sakit
badan, awet muda, antioksidan dan dapat melegakan batuk.

Khasiat utamanya ;
Blood circulation tonic (Tonic & Peredaran Darah,Ramuan
selepas bersalin,Afrodisiak (ransangan seks),Detoxifikasi
(Membuang racun dalam tubuh),Anti Hipertensi (Menurunkan
darah tinggi), Anti Piretik (Menurunkan panas dalam adan),
Mengatasi diare, Antidot (anti racun),Demam kuning (Masalah
hati), Sakit tulang (Arthritis), Gatal badan (Keracunan), Batuk
kering, Kencing manis, Maag, Keputihan, Gusi berdarah, Penyakit
kelamin, Antiseptik untuk luka dalam, Menghilangkan ketagihan
merokok, Demam, menambah tenaga, selepas bersalin, asma,
batuk, Penetral kafein, penawar demam, antidot (penawar
racun), mengobati sakit telinga, membuang angin dalam badan,
ubat tenaga batin, Merawat otot, merawat sakit dada, diare, sakit
tenggorokan, keracunan, pembengkakan testis, demam, batuk,
asam urat, Merawat sakit kepala, pelawas, wasir, jantung, darah
tinggi, tidur yang berkualiti, menghaluskan kulit. Herba ini
mengandung bahan aktif Morindin & Xeronin yang memberikan
kesan positif pada sel sehingga menimbulkan rasa ceria, Ramuan
selepas bersalin, sakit badan, awet muda, antioksidan,
batuk, Ubat selepas bersalin, Buang angin, Tonik.
 
Wallahu a'lam, 
 
ilham an nafi'
Istana Bukhori, Seksyen 7,
Bandar Kaherah, Mesir.

Wednesday 28 December 2011

RISALAH KHAS IMTIHAN : KETUA EXCO PENDIDIKAN N9, KAHERAH MESIR

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Bersempena fatrah imtihan yang hampir tiba, penulis mengucapkan selamat berusaha khusus kepada teman-teman dan sahabat handai di Al Azhar ini. Tidak kira yang gagal mahupun yang berjaya naik tahun, semoga dapat mempertingkat himmah serta memperkasa ilmu yang bakal dimanfaatkan untuk diri sendiri dan Malaysia kelak. 

Di kesempatan ini juga penulis ingin menukilkan ucapan daripada Ketua Exco Pendidikan Majlis Tertinggi Pengurusan Negeri Sembilan iaitu saudara Ali Hussini Bin Yahya, khusus buat seluruh pelajar Negeri Sembilan di bumi Mesir ini. Semoga kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada ucapan beliau. Selamat berusaha dan yakin boleh.

Petikan ucapan beliau adalah seperti di bawah : 

"  ini adalah untuk mereka2 yg akan exam,xkesah la kt mano2..
den tau lagu ni kau dah bosan dengar,
xyah dongar,baco yo..
jika "kata-kata itu lebih tajam dari pedang"
maka "kata-kata itu juga lebih membakar(semangat) dari api"
...
Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

selamat meneruskan usaha...!
wAllahul musta'aan..

 Demikianlah ucapan ringkas, padat dan mutakhir yang amat MEMBAKAR !!!, jiwa dan raga manusia.

Wallahu a'lam.
 
ilham an nafi'
Istana Bukhori, Seksyen 7,
Bandar Kaherah, Mesir.
1.30 ptg / 28 DIS 2011

Tuesday 27 December 2011

Carilah Redha Tuhan,,nescaya Allah berikanmu segalanya,,

ketenangan setelah menziarahi Ahli Bait Rasulillah dan para Auliya di Kaherah, Mesir,

Carilah Redha Tuhan

Carilah redha tuhan ,kita tidak akan kecewa

Carilah redha tuhan ,kita akan tenang

Janganlah cari redha manusia ,kita akan kecewa

Suka manusia kepada kita bukan berpanjangan

Adakalanya dia suka kepada kita ,sukanya pura-pura

Suatu hari nanti akan nyata juga

Adakalanya redhanya kepada kita di waktu kita senang

Setelah kita susah ,kita dibuang dan ditendang

Janganlah membuat sesuatu kerana keredhaan manusia

Kerana manusia ramai yang tidak mengenang jasa

Buatlah sesuatu untuk keredhaan Tuhan

Manusia suka atau benci tak usah dipedulikan

Yang penting kita buat itu Tuhan suka

Yang penting usaha kita itu tuhan redha

Dengan manusia tak usah ambil kira

Manusia hendak puji atau manusia hendak caci

Itu soal dia

Yang penting apa kata Tuhan

Keredhaan Tuhan itu penting

Redha-nya adalah balasan

Balasan-nya adalah berkekalan

Carilah keredhaan Tuhan, hati senang.

Nilai Seorang Wanita

Harga dan nilai seorang wnita lebih-lebih wanita muda

Adalah sifat malu dan akhlak dirinya

Bukan kecantikan dan kepandaian

Pakaiannya, sopannya, pandai menjaga maruah dirinya

Jika pakaiannya tidak sopan, maruah tidak dijaga

Lelaki hidung belang, mata keranjang memang suka

Tapi dia tetap tidak dipercaya

Lelaki yang soleh tidak akan menjadikannya isterinya

Kecuali lelaki yang macam dia

Tapi biasanya susah hendak kekal di dalam perkahwinannya

Selalu sahaja bercerai, sekalipun cantik mukanya

Adakalanya masih muda lagi suaminya sudah dua, tiga

Kalaupun kekal kerana hendak menjaga wibawa dirinya

Rumah tangga macam neraka

Duduk di rumah amat terseksa

Anak-anak porak- peranda

Masyarakat benci, orang tidak percaya

Di mana-mana sahaja orang akan bercakap dan berkata

Mengumpat dan menghina.

Wallahu a'lam,,

ilham an nafi'
Istana Bukhori, Seksyen 7,
Bandar Kaherah, Mesir.

10.47 mlm / terjaga dari buaian mimpi =)

Tingkatkan MUJAHADAH kita. PRO EVOLUTION SPIRIT ( PES 2012 )

Sidang pembaca yang dirahmati Allah,
 
Alhamdulillah, jutaan kesyukuran ke Hadrat Ilahi, yang telah mengurniakan pelbagai nikmat yang tidak ternilai harganya disisi manusia. Sama-samalah kita merenung akan segala azab dan balasan buruk yang akan ditimpakan ke atas diri kita, andai melakukan maksiat. Maksiat itu memang "manis " tika di dunia, kerna itulah manusia sentiasa tenggelam dalam kemanisannya. Manusia yang sering melakukan maksiat, samalah perumpamaannya  dengan orang yang ingin menjadikan maksiat itu sebagai kawannya. Mari kita bayangkan maksiat itu adalah satu lembaga manusia yang hitam legam, busuk bak bangkai dan najis manusia dan binatang, muka yang bernanah-nanah, kuku panjang yang dipenuhi daki-daki hitam, dan sifat-sifat lain yang sunguh menjijikkan. Inilah hakikat maksiat. Adakah manusia yang hidup di dunia ini, ingin berkawan dengan makhluk sedemikian rupa? 

Bangkai kucing,,lalu di tepinya sahaja,,sungguh memualkan, bangkai manusia?

Muntah manusia, nanah kudis buta , silalah jilat, kerana rasanya sungguh manis,,
Pergilah ke bilik mayat, ambil pisau dan potong telinga. Setelah potong, ambil nanah dan sapukan di telinga, dan makan, sedap,,? 

(Surah al-Hujurat, ayat 12)

Demikianlah gambaran maksiat. Sama-samlah kita menghitung dosa, sebelum dihitung oleh Allah. Syurga itu mustahil untuk dicapai, andai amal hanyalah seciput cuma. Haraplah redho Allah bi madadi Rasulillah. Sama-sama juga kita perbanyakkan selawat dan salam buat Junjungan besar Rasulullah S.A.W. Inilah masanya untuk kita meningkatkan semangat kita dalam mencari Radho Allah. Jadikanlah 1433 Hijrah, mahupun 2012 sebagai pemula baru untuk  meningkatkan himmah, insyaAllah. Sekadar kayu ukur renungan, sama-sama kita hayati, beberapa kalam dibawah, agar dapat kita sentiasa merenung dan terus merenung sebelum kita ditenung oleh orang lain.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang  yang  telah  mati  hatinya adalah orang yangdiberi petunjuk
melalui  ayat-ayat  Qur'an,  Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa
tidak ada apa2  kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang  yang  dunggu  kepala  otaknya  adalah  orang yang tidak mahu
lakukan  ibadat   tapi   menyangka   bahawa  Tuhan tidak  akan
menyiksanya!  dengan kelalaiannya itu dan sering  merasa tenang dengan  kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang  yang  kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya
ketika ia di  dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang  yang  lemah  adalah  orang  yang  melihat  akan kemaksiatan
di depan  matanya  tidak  sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya 
akan kemungkaran  itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang  yang  bakhil  lagi  kedekut  adalah  orang yang berat
lidahnya untuk  membaca selawat keatas junjungan
Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang  yang  buta  adalah  orang  yang tidak mahu membaca dan
meneliti akan  kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu
mengambil pelajaran  daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang  yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan
pengajaran yang baik  namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang  yang  sibuk  adalah  orang  yang  tidak  mengambil  berat
akan waktu  solatnya  seolah-olah  ia mempunyai kerajaan seperti
kerajaan Nabi Sulaiman  a.s.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang   yang  menangis  airmata  mutiara  adalah  orang-orang  yang
sedang  bersendiri   lalu   mengingat   akan  kebesaran  Tuhan  dan
menyesal akan  dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Wallahu a'lam,,

ilham an nafi'
Istana Bukhori, Seksyen 7,
Bandar Kaherah, Mesir.

27 DIS 2011 / 1.30 PTG

Saturday 17 December 2011

" Pakaian TERAKHIR "

                  Dalam sebuah hadith daripada Sayyidah Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.
Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"

Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk emmandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.

Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."
Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."
 
Wallahu a'lam.
 
ilham an nafi'
Istana Bukhori, Seksyen 7,
Bandar Kaherah, Mesir.

Sabtu / 9.35 malam

Thursday 15 December 2011

Masih adakah insan sepertinya,,,?

Buka mata hati, lapangkan minda, terus muhasabah hingga ke akhir hayat

BARAKALLAHU LANA WA LAKUM.

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah.
Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut.

Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini." Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah. Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku.

"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.

"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu ini." kata si pencuri berterus-terang.

"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.

"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." Jawab si pencuri.

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.

Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini.

Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu."

Wallahu a'lam.

ilham an nafi'
Istana Bukhori, Seksyen 7,
Bandar Kaherah, Mesir.

Khamis / 1.45 ptg

Tuesday 13 December 2011

Tasawwuf bukan sekadar kalam semata.

Sesungguhnya perjalanan manusia untuk mencapai keredhaan Allah, bukanlah suatu perkara yang mudah. Redha Allah menuntut seribu satu kesungguhan serta keikhlasan, semata-mata demi ZAT ALLAH yang MAHA ESA. Setiap amalan sama ada, solat, zikir, sedeqah, haji dan amalan yang lain, tidak sama sekali akan dilaksanakan kecuali demi ALLAH TAALA. Bukan kerana keindahan syurga menjadi pembakar semangat untuk beribadah, tetapi kerana keindahan ALLAH yang jauh lebih indah daripada syurga itu sendiri. Bukan kerana pedihnya azab neraka, menjadi penghalang perbuatan maksiat, akan tetapi cukup sekadar tidak mahu ALLAH memalingkan wajah-Nya, menjadi pembakar semangat untuk terus beribadah kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Telah berkata Murobbina, Habib Yusuf Al Hasani, ' syurga itu makhluk, maka untuk apakah kita beramal semata-mata untuk mendapatkan makhluk? '. Hal ini sama dengan keadaan kita, bersolat kerana makhluk. Jadi apakah nilaian kita bagi solat tersebut?. Akan tetapi, atas dasar pembakar semangat untuk terus beribadah, maka nikmat syurga menjadi wasilahnya, azab neraka menjadi wasilahnya, buat golongan awwam lagi hidup di zaman gejolak fitnah umat akhir zaman. Namun, dalam sisi kesufian, sudut pengamalan dan peribadatan itu bukan kerana syurga mahupun neraka, kerana Allah adalah 'GHAYAH'. Apabila kita dapat menarik pandangan Allah, maka nikmat pandangan Allah itu lebih besar dan lebih nikmat berbanding nikmat syurga itu sendiri.

Sekadar satu perkongsian kisah, mengenai hak kita dengan Allah Taala. Moga dicampakkan nur ke dalam hati, untuk memahami dan menyelami hikmahnya yang tersembunyi. Orang yang tidak merasa, tidak akan mengetahui.

Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mndapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut

"kenapa kamu pukul kucing yang lemah ini??"

Jawab lelaki tersebut,

"aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yang tersangat lemah & kesejukan, kemudian aku mengambilnya & memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku"

Kemudian berkatalah ahli sufi,

"Ini sebenarnya peringatan & tamsilan antara kita dengan Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah & dhaif, lalu Allah beri kita makan, pakaian dan segala-segalanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yang kita kecapi, kita derhaka kepadaNYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNya, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dgn azabNya."

Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkn dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana percubaan mendera kucingnya...............

Wallahu a'lam.

ilham an nafi'
Istana Bukhori, Seksyen 7,
Bandar Kaherah, Mesir.
Selasa / 11.20 pagi

Friday 9 December 2011

'sayu dan terkilan lihat orang kaki patah bersimen, berjemaah di masjid' -MASJID BUKHORI

Dengan Nama Allah Yang Maha Peurah Lagi Maha Penyayang.

Firman Allah Taala yang b
Saving...
ermaksud " sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar " . Berdasarkar firman Allah ini, dapat kita simpulkan bahawa solat adalah satu ibadah yang amat penting dalam kehidupan seorang insan. Namun, persoalan yang ingin kita timbulkan disini ialah, apakah yang dimaksudkan dengan solat yang mencegah perbuatan keji dan mungkar itu? Semua umat islam bersolat 5 waktu sehari semalam, akan tetapi mengapa masih lagi terdapat masalah-masalah sosial, penyakit-penyakit hati seperti mencela saudara seislam, mengutuk, dan pelbagai lagi masalah yang melanda umat Islam.
Jawapannya amat mudah dituturkan, tetapi tak ramai yang mampu melaksanakannya iaitu KHUSYU'. Sebagaimana manusia biasa, khusyu' adalah perkara yang paling sukar untuk diperolehi. Lebih-lebih lagi, kita sekarang sedang berada di tengah-tengah gejolak fitnah, musibah akhir zaman. Di zaman inilah, yang disebutkan Rasulullah, yang bermaksud " beruntunglah bagi orang-orang yang pelik ". Maka tidak salah andai kita simpulkan bahawa, orang yang mampu bersolat dengan khusyu' itupun, adalah termasuk dalam kalangan orang yang pelik. Namun Al Imam Al Ghazali, ada menitipkan kepada dalam memperolehi solat yang khusyu'. Sebagaimana yang beliau nukilkan di dalam kitabnya Bidayatul Hidayah , yang penulis ringkaskan dengan adaptasi ilham penulis sendiri, iaitu yang pertama, merasakan bahawa Allah  ( kekuasaan Allah yang terzahir di alam ) itu berada di hadapan kita , sekaligus merasa kita sedang diperhatikan dengan tajam. Yang Kedua, andai tidak mampu dijelmakan perasaan itu, bayangkan pula ada seorang alim sedang memperhatikan kita bersolat.

Sidang pembaca yang dirahmati Allah,
Cara yang kedua ini, andailah kita mampu untuk khusyu', maka di waktu itu celalah diri kita dengan kalam ' andailah dengan hanya pandangan makhluk yang lemah mampu aku khusyu dengannya, maka di manakah hak aku yang sebenarnya iaitu untuk khusyu' dengan pandangan Allah ?' . Renung-renungkan dan selamat beramal. Demikianlah muqaddimah ringkas penulis, dalam siri 'ilham an NAFI' ' yang penulis cuba ketengahkan dalam mengetuk pintu hati sanubari, dalam menyeru diri sendiri dan sidang pembaca, agar terselamat dari bencana akhir zaman yang semakin membuas ini.

Mari kita semak solat fardu kita. Di kategori mana agaknya kita berada. Selamat Menyemak...

1. Solat bila rasa nak solat sahaja ,kalau tidak tinggal.

2. Solat cukup lima waktu ,tetapi solat subuh selalunya subuh gajah (solat ketika matahri terbit )

3. Solat lima waktu tetapi solat subuh selalunya diqadha masa solat zohor.

4. Solat cukup lima waktu tetapi selalu lewat, contohnya solat zohor bila dah hampir sampai waktu asar, solat maghrib dah dekat waktu Isyak

5. Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja sahaja,hari minggu atau cuti umum,solat subuh tu diqadha (tak bangun le tu..)

6. Solat cukup lima waktu tetapi amat jarang atau pun tidak pernah solat sunat sebelum dan sesudah lima waktu.

7. Solat tak cukup lima waktu,tetapi solat sunat terawih di bulan puasa cukup pulak dikerjakan.

8. Solat cukup lima waktu tetapi selalunya di rumah ,amat jarang atau pun tidak pernah solat di masjid /
surau ( bagi lelaki )

9. Solat cukup lima waktu tetapi kurang berusaha menjaga khusyuknya sedar-sedar dah bagi salam..

10. Sentiasa berusaha solat di masjid / surau secara berjemaah termasuklah solat subuh.

11. Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sesudah dan sebelum solat fardhu.

12. Solat lima waktu tetapi bila demam atau sakit sikit sahaja, solat ditinggalkan, qadha bila dah
sihat.

13. Solat lima waktu tetapi bila musafir sahaja ( contoh bila balik kampung ) , solat ditinggalkan ,
qadha kemudian bila sampai rumah.

14. Solat sekali seminggu , solat Jumaat sahaja......dia pergi pun pasal kawan yg lain pergi

15. Solat bila ada masalah

16. Solat bila orang di sekeliling solat , kalau tidak buat tak tahu aje.

17. Solat sebulan sekali.

18. Solat setahun sekali, iaitu solat sunat hari raya aidil fitri.

19. Solat seumur hidup sekali , itupun disolat oleh orang bila dah meninggal.

20. Tak pernah solat langsung...sedar-sedar dah meninggal 

Solat fardhu lima waktu sehari semalam adalah kewajipan yang paling asasi dalam Islam. Di akhirat kelak pekara yang pertama sekali ditanya oleh Allah adalah solat. Jika sempurna >solatnya maka sempurnalah amalan-amalan yang lain. Tiada gunanya amalan-amalan puasa ,sedekah, zakat, haji dan lain-lain jika kita tidak menjaga solat kita. Apakah kita sanggup menerima risiko kegagalan tersebut di akhirat dan seksaan kubur yang di kenakan terhadap orang yang meninggalkan solat. Solat fardhu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan selagi masih <---- ramai yg dah tau bab nie.....tapi masih ungkal logik waras.Ianya tidak boleh di tinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ianya termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata.Oleh itu marilah kita menjaga solat kita dengan sungguh-sungguh.Solat yang terbaik ialah solat dimasjid/surau ( bagi lelaki ) secara berjemaah dengan menjaga kekusyhukannya , bacaannya serta rukunnya mengambil wudhu' secara sempurna. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk kita memperbaiki solat kita.

Wallahu a'lam.
ilham an nafi'
Istana Bukhori, Seksyen 7,
Bandar Kaherah, Mesir.

Sabtu / 8.50 pagi
 
Mari kita s

Thursday 8 December 2011

Antara Ratib Al Haddad dan Ma'thurat. " Adakah kerana zikir itu, mahupun kepentingan idola? "

Syeikh Idris Al Mandili di rumahnya yang mulia, Mekah Al Mukarramah
bersamaan dengan syawal 1432 hijrah

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud, " adapun dengan Allah itu, ceritalah " . Sanad yang penulis paparkan disini, bukanlah dengan niat untuk menunjuk-nunjuk atau ( 'ala sibilil isytihar ) , akan tetapi ingin menjelaskan kepada pembaca bahawa sanad itu adalah sebahagian daripada agama. Berkata Ibnu Al Mubarak " kalaulah tiada sanad, manusia itu akan berkata apa sahaja yang dikehendakinya ". Sanad yang yang penulis perolehi in juga, menunjukkan bahawa Ratib Al Haddad ini, memang terjaga keasliannya melalui sambungan perawinya daripada Imam Abdullah Alawi Al Haddad sehingga sampai kepada Al Faqir.

Kesemua ini tidak akan kita perolehi, melainkan suhbatul masyaikh iaitu TALAQQI . Namun dewasa ini, penulis amat terkilan dengan sebahagian daripada kita yang lebih mengenali Ma'thurat daripada Ratib ini. Tiada masalah disana, cuma janganlah memaksa Ma'thurat itu dijadikan bahan wajib di sekolah-sekolah sepertimana di Maahad Ahmadi. Setakat ini, secara jujurnya penulis belum pernah diijazahkan dengan sanad bacaan Ma'thurat. Para ulama' amilin hanya mengijazahkan antaranya Ratib Al Haddad. Andainya Ma'thurat adalah  di antara zikir yang diamalkan oleh mereka, sudah pasti Ma'thurat lah yang paling patut diijazahkan terlebih dahulu. 
Namun, itulah perjuangan politik kononnya. Mereka sibuk memperkenalkan pejuang khilafah mereka, sehingga manusia dah lupa ulama' - ulama' yang lain, tariqat-tariqat sufi yang lain, yang juga berjuang memepertahankan agama. Sehingga di sekolah pun, pelajar-pelajar diwajibkan membaca Ma'thurat. Kerana apa? kerana Ma'thurat dikarang oleh idola mereka iaitu Imam Hasan Al Banna. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.

سند الفقير إلى الله

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف المرسلين سيدنا محمد وعلى أله وصحبه أجمعين والتابعين لهم بإحسان إلى يوم الدين , أما بعد :
فقد أجزت : .......................................................
بقراءة راتب الحداد كما أجازني بذلك العالم العلامة شيخي  الشيخ السيد أبو علوي حامد بن علوي الكاف في بيته الشريف بمكة المكرمة الموافق 3 شوال 1432 , عن السيد محمد أمين كتبي , عن السيد حسين عيديد , عن السيد عيدروس ابن عمر الحبشى , عن السيد عبدالله بن الحسين بن طاهر , عن شيخه وأخيه الإمام طاهر بن الحسين , عى السيد عمرالسقاف , عن السيد حسن بن عبدالله , عن والده السيد عبدالله بن علوي الحداد صاحب الراتب – رضي الله عنه – وعنهم ونفعنا به وبهم أجمعين .

أملاه العبد الفقير إلى رحمة
الله اللطيف الألطف
عبد العزيز بن سيدنا أبو بكر الجلاوى

Ratib Al-Haddad
Ratib Al-Haddad ini mengambil nama sempena nama penyusunnya, iaitu Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal. Daripada doa-doa dan zikir-zikir karangan beliau, Ratib Al-Haddad lah yang paling terkenal dan masyhur. Ratib yang bergelar Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah (bersamaan 26 Mei 1661).
Ratib ini disusun bagi menunaikan permintaan salah seorang murid beliau, ‘Amir dari keluarga Bani Sa’d yang tinggal di sebuah kampung di Shibam, Hadhramaut. Tujuan ‘Amir membuat permintaan tersebut ialah bagi mengadakan suatu wirid dan zikir untuk amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri daripada ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu. 

Pertama kalinya Ratib ini dibaca ialah di kampung ‘Amir sendiri, iaitu di kota Shibam setelah mendapat izin dan ijazah daripada Al-Imam Abdullah Al-Haddad sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di Masjid Al-Imam Al-Haddad di Al-Hawi, Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan tahun 1661 Masehi. Pada kebiasaannya ratib ini dibaca berjamaah bersama doa dan nafalnya, setelah solat Isya’. Pada bulan Ramadhan ia dibaca sebelum solat Isya’ bagi mengelakkan kesempitan waktu untuk menunaikan solat Tarawih. Mengikut Imam Al-Haddad di kawasan-kawasan di mana Ratib al-Haddad ini diamalkan, dengan izin Allah kawasan-kawasan tersebut selamat dipertahankan daripada pengaruh sesat tersebut. 

Apabila Imam Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad pun mula dibaca di Makkah dan Madinah. Sehingga hari ini Ratib berkenaan dibaca setiap malam di Bab al-Safa di Makkah dan Bab al-Rahmah di Madinah. Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi pernah menyatakan bahawa sesiapa yang membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman dengan terus membaca “ La ilaha illallah” hingga seratus kali (walaupun pada kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia mungkin dikurniakan dengan pengalaman yang di luar dugaannya.
Beberapa kebezaan boleh didapati di dalam beberapa cetakan ratib Haddad ini terutama selepas Fatihah yang terakhir. Beberapa doa ditambah oleh pembacanya. Al Marhum Al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad memberi ijazah untuk membaca Ratib ini dan menyarankannya dibaca pada masa–masa yang lain daripada yang tersebut di atas juga di masa keperluan dan kesulitan. Mudah-mudahan sesiapa yang membaca ratib ini diselamatkan Allah daripada bahaya dan kesusahan. Ameen. 

Ketahuilah bahawa setiap ayat, doa, dan nama Allah yang disebutkan di dalam ratib ini telah dipetik daripada Al-Quran dan hadith Rasulullah S.A.W.  Terjemahan yang dibuat di dalam ratib ini, adalah secara ringkas. Bilangan bacaan setiap doa dibuat sebanyak tiga kali, kerana ia adalah bilangan ganjil (witir). Ini ialah berdasarkan saranan Imam Al-Haddad sendiri. Beliau menyusun zikir-zikir yang pendek yang dibaca berulang kali, dan dengan itu memudahkan pembacanya. Zikir yang pendek ini, jika dibuat selalu secara istiqamah, adalah lebih baik daripada zikir panjang yang dibuat secara berkala atau cuai. Ratib ini berbeza daripada ratib-ratib yang lain susunan Imam Al-Haddad kerana ratib Al-Haddad ini disusun untuk dibaca lazimnya oleh kumpulan atau jamaah. Semoga usaha kami ini diberkati Allah. 

Wallahu a'lam.

ilham_sufi
Istana Bukhori, Seksyen 7,
Bandar Kaherah, Mesir.

Hari Jumaat / 7.45 pagi

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...