Tuesday 31 January 2012

Maqolah ringkas : 5 BENTUK PERINGATAN MAULID NABI .

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "
 
 p/s: Maqam Sheikh Soleh Ja'fari. Darrasah, Kaherah , Mesir
 
            5  BENTUK PERINGATAN MAULID NABI .

1. Haflah ,
2. Kajian .
3. Renungan
4. Muzakarah
5. Pertandingan.

1. Pertama adalah Haflah atau ihtifal merupakan salah satu dari cara untuk memperingati Maulid nabi dan inilah yang umumnya di lakukan oleh masyarakat kita sama ada di Malaysia atau pun di Tanah Arab. Mereka akan berkumpul dan berjalan serta  berarak dengan membaca selawat dengan membawa sepanduk berslogan dan sebagainya. Di dalam kitab “ Al-Wafa Bil  Ahwal Mustafa” menyebutkan apabila nabi di lahirkan maka ramai di kalangan masyarakat arab bergembira dan merasa takjub , lalu mereka berkata ada apa ni ? lalu mereka menjawab ini lah bintang  Ahmad, ramai yahudi dan majusi merasa kagum .

2. Kedua adalah dengan bentuk kajian , yang lazimnya di lakukan oleh para intelektul dan para ilmuan untuk membicarakan keperibadian nabi seperti seminar , ceramah dan sebagainya samaada  di sekolah , di masjid mahupun  pejabat .

3. Ketiga Renungan , masyarakat kampung akan berkumpul dan membaca sirah nabi di masjid  atau di rumah  apa yang mashyur di sebut  sebagai “Berzanji” atau “Burdah” di sesetengah tempat .

4. Keempat adalah dengan Muzakarah  seperti Usrah di rumah mahupun di masjid  setiap orang akan menceritakan tentang sejarah nabi , dengan ringkas mengikut kemampuan masing-masing .Si bapa akan menceritakan kepada anaknya tentang kisah nabi dan sebagainnya , begitu juga si ibu akan menceritakan kisah nabi kepada anaknya.

5. Kelima, selain dari itu ada juga bentuk memperingati  maulid nabi dengan cara pertandingan atau uji bakat seperti bercerita , penulisan , sajak , syair dan sebagainya seperti mana yang berlaku di sekolah-sekolah, sebagai perangsang kepada anak-anak , dan ibu bapa agar sedar betapa pentingnya memperinagti maulid nabi 

Jadi adalah amat melucukan   dan sungguh aneh sekali  jikalau amalan seperti ini di anggap bidaah oleh segolongan manusia yang jahil serta jumud yang kononya tiada dalil berkenaan dengan  maulid nabi , sedangkan perkataan “Maulid” itu sendiri di sebut oleh nabi iaitu “ Hari ni adalah hari lahir ku”  cuma bentuk sahaja yang berbeza mengikut kesesuaian zaman dan makan ( tempat ) . seperti yang saya sebutkan di atas.

Semoga dengan keterangan ini jelaslah memperingati  “Maulid nabi”  adalah amalan yang baik dan di sukai .Sesungguhnya umat Islam di dunia ini tidak berkumpul melakukan kesesatan.

Waallahu ‘alam 

ilham_imdadiah
Bait bukhori, Madinah Nasr,
Hayyu Sabi', Kaherah
Republik Arab Mesir. 

Friday 27 January 2012

Ijazah Musalsal Bi Qiroati Suroh As Soff dan MAULID.

Alhamdulillah, rasa puji dan syukur ke hadrat Ilahi, yang masih lagi memberikan peluang dan kesempatan untuk makhluknya bergembira di atas kelahiran Rasulullah S.A.W. Para Ahbab juga melahirkan serta menzahirkan kegembiraan itu, dengan menyambut majlis itu bersama Syekhna As Syeikh Mahmud Said Mamduh di rumah beliau di Hayyu 'Asyir, Kaherah Mesir. Sungguh kegembiraan kita dalam menyambut kelahiran Nabi ini, bukanlah hanya tertakluk pada bulan kelahirannya saja, bahkan kita selayaknya bergembira di setiap hari, minggu, bulan dan tahun baginda dilahirkan. Oleh hal yang demikianlah, Syeikh Mahmud akan terus mengadakan Maulid ini setiap minggu di rumah beliau.

Malam tadi juga, seperti biasa Majlis Maulid dan Pembacaan kitab Hadis yang telah disusun oleh As Syeikh Abdullah Siddiq Al Ghumari yang berjudul Samirus Solihin. Syeikh juga  telah mengijazahkan para ahbab dengan Musalsal Bi Qiroati Suroh As Soff yang beliau terima daripada Syeikhnya iaitu Syeikh Yasin Fadani Rahimahullah Taala..

p/s: Syeikh membaca Suroh As Soff sambil didengari para Ahbab
Di kesempatan ini, penulis menyeru para sahabat ikhwah terutamanya, dapat meluangkan sedikit masa untuk kita bersama-sama menempatkan diri kita di dalam majlis yang penuh barakah ini.

p/s: Kepada para sahabat. Dengan ini Al Faqir menjemput kesemuanya untuk hadir ke Majlis Maulid di rumah Syeikh Mamud. Kesian pakcik tengok Abg Tariq tersomput-somput menalipon soghang-soghang, sampai habih kredit ea. Dio, esei x rugi apo pun, suko ati la nak dtg ko x, tapi dek disobabkan nak berkongsi kegembiraan, apo bak kato fatimah syarha tu ' Sebarkan cintamu ' lebih kurang cmtulah bunyik ea, tu yg betungkus lumus tu. Tapi xpolah, esei mewakili dio yo, mano yg nak dtg silo an, tiap ari jumaat pas maghrib. Jangan risau ado makan free. Solosai Maulid, turun bawah makan reramai. Mengeratkan ukhuwah. Apikkan yang koba bid'ah tu. Kot dah ponek, sonyap la tu. Jangan lupo tau..xdo nak ulang duo tigo kali do,,semuo dah bertingkat-tingkat belajar..hehe. Yang kek ateh tu, gambar sei malam td..sajo ambik sobab teringat nak buwek pesanan ringkas ni..nak sonyum pun dah x mampu..ish3..sei tunggu jumaat dopan..Assalamualaikum....

Wallahu a'lam.

ilham_imdadiah
Bait bukhori, Madinah Nasr,
Hayyu Sabi', Kaherah
Republik Arab Mesir. 
8.45 pagi / 28 JAN 2012

Thursday 26 January 2012

3-3-33 ( 3 Rabi'ul Awwal 1433 H)

p/s: Inilah tapak asal Masjid Bendera . Pimpinan tentera oleh Rasulullah
sendiri, yang berhenti seketika sebelum Fathu Makkah.
Syeikh Ahmad Jumhur ( berkerusi roda) banyak menunjukkan tempat-tempat asal yang bersejarah yang banyak dihancurkan dan dilenyapkan oleh kerajaan wahabi .
Moga dipanjangkan umur beliau, BIJAHIN NABI WA BISIRRIL FATIHAH..
 
Masih berbaki 9 hari lagi menjelang Hari Kelahiran Junjungan Besar Rasulullah S.A.W. Sirah perjuangannya masih tersimpan rapi di sudut hati penulis yang merasakan amat bergembira dengan ketibaan ulangtahun Kelahiran Yang Mulia ini. Penulis juga merasakan bahawa sidang pembaca juga turut merasa gembira dengan ketibaan Bulan Rabi'ul Awwal ini, dengan memperbanyakkan selawat dan salam khusus untuknya. Tambahan pula dengan ketibaan Sayyidul Ayyam iaitu hari Jumaat yang barakah ini, sama-samalah kita memaksimakan selawat dan salam kita. 
 
Sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh Muhammad Ismail Zain Al Yamani dalam ziarah ikhwan baru-baru ini, menyatakan agar memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Hal ini kerana selawat kita akan terus sampai ke hadrat Rasulullah berbanding pada hari yang lain, yang mana selawat itu akan diwasilahkan oleh malaikat untuk membentangkannya di hadapan Rasulullah.
 
Sungguh segala karamah bertemu nabi itu adalah satu perkara yang amat membanggakan kita andai dikurniakan-Nya nikmat itu. Namun seelok-eloknya tidaklah perlu diceritakan kepada masyarakat umum melainkan orang-orang yang soleh serta orang kita percayai. Walaupun peratus kesohihan bertemu nabi itu tinggi, disebabkan yang menceritakan itu adalah orang yang terkenal dengan kewarakan, namun cukuplah sekadar untuk menjaga hati manusia-manusia yang masih belum dikurniakan nikmat itu. Sebagaimana yang pernah disebutkan oleh Syeikh Yusri Al Hasani, andai kita dikurniakan segala mimpi yang baik, cukuplah sekadar simpanan kita agar tidak menimbulkan kecemburuan di hati muslimin yang lain.

Walau apapun, tidak menjadi masalah untuk diceritakan jua kerana Allah telah berfirman bahawa " adapun dengan nikmat Allah  itu, ceritalah' . Asal niat menceritakan, bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk ataupun riak, moga dilindungi-Nya dari penyakit hati tersebut. Syeikh Kiyai Ahmad Jumhur sendiri pernah menceritakan perihal berjumpa nabi. Namun, beliau menceritakan kepada ikhwan dengan harapan ikhwan juga dapat merasai nikmat itu. Beliau berpesan andai ingin bertemu nabi, cukuplah kamu melazimkan lidahmu dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah sebanyak 11 kali setiap kali selesai solat fardu. Beliau mengatakan ini adalah hasil pengamalan beliau, yang mana dengan pengamalan ini, nikmat bertemu nabi itu beliau perolehi. Dalam hal ini, tidaklah ada dalil khusus yang boleh penulis bawakan sama ada daripada Quran mahupun sunnah kerana ini adalah pemgamalan beliau sendiri yang terbukti mujarrab. Syeikh Ahmad Jumhur juga mengijazahkan amalan tersebut kepada para ikhwan agar lebih mendekatkankan lagi kemujarroban amalan itu sehingga dapat bertemu nabi.

Maka, para sahabat yang ingin berazam bertemu nabi, boleh mengamalkan selawat itu, moga-moga anda dapat merasai nikmat itu, yang mana akan menyebabkan anda tidak lagi terkejut atau cemburu andai disana terdapat kisah daripada mana-mana manusia yang mendakwa bertemu nabi. 

Wallahu a'lam.

ilham_imdadiah
Bait bukhori, Madinah Nasr,
Hayyu Sabi', Kaherah
Republik Arab Mesir. 
8.55 pagi / 27 JAN 2012

Wednesday 25 January 2012

Ditinggi MAQOM kepada martabat wali, dengan hanya menghidupkan Maulid Nabi.

p/s: tapak asal Perkampungan Bani Hashim. Disinilah mereka dipulau
oleh orang quraisy, sehinggakan mereka terpaksa memakan daun-daun untuk hidup.

Sebuah kisah yang ingin penulis kongsikan bersama sahabat dalam menceritakan perihal kemuliaaan bagi mereka yang memuliakan dan bergembira di atas kelahiran Rasulullah S.A.W.

Di dalam kitab I'anah Tolibin ada menceritakan perihal seorang lelaki yang tidak elok perangainya di kala zaman pemerintahan khalifah Harun Ar Rasyid. Disebabkan keburukan perangainya, maka penduduk Basrah ketika itu memandang keji terhadapnya,

Namun, apabila tibanya sahaja bulan Rabi'ul Awwal, lelaki itu akan membersihkan pakainnya dan memakai wangi-wangian dan memakai pakaian yang cantik-cantik. Lelaki itu juga mengadakan kenduri khusus untuk sambutan maulid serta meminta orang untuk membacakan maulid di dalam kendurinya.

Pada setiap tahun, apabila tiba sahaja bulan Rabi'ul Awwal, lelaki itu akan mengadakan Maulid sehingga akhir hayatnya. Setelah dia meninggal dunia, maka penduduk Basrah mendengar satu suara yang berkata : " Wahai penduduk Basrah, pergi dan saksikanlah jenazah seorang wali dalam kalangan wali-wali Allah. Sesungguhnya dia adalah seorang yang mulia disisiku " Maka penduduk Basrah pergi menghadiri jenazahnya dan menguruskan pengkebumiannya.

Kisah di atas, adalah hanya secebis kisah daripada kisah-kisah yang banyak yang ingin penulis kongsikan. Sungguh Madad ( pertolongan ) kepad Allah dengan kemuliaan Rasulullah itu, adalah satu rahmat yang teragung buat umat Rasulullah S.A.W. Andai kita renung dan perhatikan, sudah pasti kita tidak mampu menyaingi ibadah para sahabat, para Tabi'in, Tabi' Tabi'in dan orang-orang yang soleh. Jadi, dalam hemah pemikiran logik kita, dimanakah kita dalam pandangan ( kias) Allah? Dalam fitnah akhir zaman yang membadai, dalam keadaan tasbih, tahmid dan takbir yang tidak menentu, dalam ibadah qiamullail yang hanya setahun sekali, dalam keadaan solat fardhu pun, kita gagal melaksanakan dengan baik, agak-agak kita dengan semua amalan kita yang tak seberapa ini , adakah Allah akan memandang kita? LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.

Akan tetapi Allah maha Pemurah dan Maha Pengasih terhadap seluruh makhluknya. Allah utuskan insan termulia iaitu Rasulullah S.A.W. sebagai rahmat untuk sekalian alam. Apabila bercerita mengenai rahmat, sudah pasti ianya adalah lafaz umum yang termasuk di dalamnya rahmat dalam kehidupan, rahmat ketika di padang mahsyar, rahmat di timbangan mizan dan segala-galanya bisa menjadi rahmat andai Rasulullah adalah wasilahnya. Maka, bagaimana ingin mendapatkan pandangan Allah? Dapatkan dahulu pandangan Rasulullah . Kemudian bagaimana  ingin mendapatkan pandangan Rasulullah? 

Ada 2 cara. 
Yang pertama, Ibadah selawat yang maksima serta melaksanakan apa yang disuruh Allah dan meninggalkan segala larangannya. 

Yang kedua, sambungan sanad yang mensilsilahkan nama anda sampai kepada Rasulullah. Sambungan sanad ini hanya akan kita peroleh dengan suhbatul masyaikh. Maka, apabila anda sudah melaksanakan kesemuanya, insyaAllah nama anda akan terpahat di hati Rasulullah, yang mana dengan pahatan itu, akan menyebabkan Allah akan mengasihi kita, lantaran kita dikasihi oleh kekasih Allah iaitu Rasulullah.

Maka dalam hal ini, bab berjumpa Rasulullah bukanlah satu perkara yang sukar untuk diperoleh bagi manusia biasa. Bahkan kita bisa sahaja untuk bertemunya kapan saja. BIJAHIN NABI WA BISIRRIL FATIHAH..

p/s: Air Bi'ir Tuflah.
Menurut penerangan Syeikh Jumhur yang dinaqalkan dari Syeikhnya iaitu Syeikh Ismail Zain Al Yamani, Rasulullah pernah meludah ke dalam perigi itu sebanyak 2 kali ketika melalui telaga tersebut ketika pemukaan Kota Mekah. Berkat suhbah masyaikh ini, syeikh menghidangkan para ikhwan dengan kemuliaan air tersebut untuk diminum di rumahnya yang mulia di Utaibiah, Mekah Al Mukarramah 1432 H. Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud " Adapun dengan nikmat Allah itu, ceritalah..". Semoga dengan penyatuan air dari tubuh Rasulullah ini, menjadi syafaat untuk bersamanya di akhirat sana, ALLAH3! MADAD YA RASULALLAH. Moga dipanjangkan umur Syeikh Kiyai Haji Ahmad Jumhur, BIJAHIN NABI WA BISIRRIL FATIHAH..

p/s: ingin mengetahui lebih lanjut sila rujuk Kitab Mu'jam Ma'alimil Hijaz
dalam menceritakan perihal telaga Tuflah ini. 

Wallahu a'lam,

ilham_original
Bait bukhori, Madinah Nasr,
Hayyu Sabi', Kaherah
Republik Arab Mesir. 
8.10 pagi / 26 JAN 2012

Risalah insan yang terhina dalam mengingati INSAN TERMULIA

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Ilahi yang telah menyampaikan kita di satu bulan yang penuh berkat lagi bercahaya, yang menyaksikan lahirnya seorang manusia agung utusan dan rahmat buat sekalian Alam. Kelahiran yang memadamkan api sembahan majusi, kelahiran yang paling mudah yang pernah dirasai oleh ibu mengandung, itulah dia kelahiran Rasulullah S.A.W. 

p/s : Maktabah ( bangunan belakang ) . Disitulah Nabi dilahirkan .
Madad Ya Rasulallah.

Dalam entri kali ini, penulis tidak berniat untuk bercakap panjang lantaran anggapan penulis yang merasakan bahawa masyarakat kebanyakannya tidak menolak sambutan Maulid Ar Rasul. Selain itu juga penulis juga telah menyatakan dalam entri-entri sebelum ini dalam menyatakan dalil keharusan Menyambut Maulid Ar Rasul. Maka, penulis berharap sahabat-sahabat mahupun sidang pembaca sekalian dapat sama-sama membaca dan memahaminya serta terus menghidupkan bulan Rabi'ul Awwal ini dengan memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W.

Sungguh fitnah di Akhir zaman ini sangat membuas dengan pelbagai tohmahan dan cercaan segelintir pihak yang cuba menimbulkan kekecohan dengan mencela orang yang menyambut kelahiran Rasul ini. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Moga-moga kita terselamat daripada tergolong di dalam golongan itu. Di Malaysia, manusia semakin keliru, disebabkan golongan ini. Contohnya dalam menceritakan zikir yang bermaksud " Ya Allah, bukanlah aku ini layak untuk memasuki syurga Firdaus-Mu, dan aku tidak pula sanggup untuk memasuki neraka-Mu". Betapa celuparnya mulut si hina tersebut dengan menyatakan itu adalah zikir yang sesat lagi tahyul,,! LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH..!! Bahkan menambah kalamnya dengan nada mengejek,,'mereka nak duduk di tengah-tengah ( antara syurga dan neraka ) 

Sidang pembaca sekalian,

Isu ini adalah isu kecil yang cuba dihidupkan oleh kanak-kanak yang baru ingin mengenali huruf jawi. Soalan yang boleh diselesaikan budak PASTI, yang baru mendaftar untuk memasukinya. Baiklah, kalau kita perhatikan maksud zikir tersebut, langsung tidak menyimpang ke mana-mana maksud yang sesat. Penulis timbulkan satu persoalan, " Adakah wujud manusia yang yakin bahawa dia akan dimasukkan ke syurga? walaupun dia sudah beramal sekian tahun lamanya? ..Anda jawab sendiri persoalan ini. Sebagaimana kita ketahui, 'Ubudiah kita adalah khusus untuk mendapatkan REDHO ALLAH, adapun syurga itu adalah hal yang kedua. Syurga juga adalah makhluk seperti kita. Maka tidak menjadi isu pun, andai seseorang itu beramal bukan kerana syurga, kerana kita beramal kerana Allah. 

Kalau kita perhatikan, Rabi'atul Adawiyah juga ada bermunajat perihal ini, yang bermaksud lebih kurang daripada mafhum zikir yang penulis nyatakan di atas. Hal ini kerana, ibadah itu khusus untuk mendapatkan redho Allah. Apabila sudah mendapat redho Allah, maka dimana lagi untuk diletakkan orang itu melainkan syurga. Inilah persoalan mudah yang cuba digembar-gemburkan atas dasar kejahilan tahap jingga, ataupun dengan istilah lain JAHAL MUROKKAB..Oleh hal yang demikian, sering penulis tekankan tentang kepentingan talaqqi sebagai sumber utama untuk mendapatkan ilmu. Kalau tidak, beginilah jadinya, manusia yang berpendidikan timur tengah pun akan tergugat pendiriannya dengan isu api mancis ini. Andai yang dah berpendidikan agama sudah tergugat, fikir-fikirkanlah yang langsung tiada asas dalam agama ini.

Demikianlah, serba sedikit maqolah ringkas sempena Ketibaan Bulan Bercahaya, Bulan Rabi'ul Awwal, Bulan kelahiran Rasulullah S.A.W. Moga Allah memberikan kita peluang untuk bertemu Nabi sama ada secara tidur mahupun jaga. Sebagaimana sabda Nabi " Sesiapa yang melihat aku di dalam tidur, akan melihatku secara jaga " Inilah hadis yang dimuatkan di dalam Kitab Syamail Muhammadiyyah karangan Imam Tirmizi. Namun seelok-eloknya, apabila kita dikurniakan nikmat itu, ceritalah kepada yang layak seperti Alim ulamak, kerna untuk mengelakkan fitnah daripada masyarakat. Sebagaimana kisah Syeikh Soleh Ja'fari, kisah beliau bertemu Nabi hanya tersebar selepas kewafatannya. Kisah itupun bukan diceritakan oleh beliau, akan tetapi diceritakan oleh khadam beliau. Bahkan maqomnya jauh lebih hebat, kerna bertemu Rasulullah secara jaga. ALLAH..ALLAH..ALLAH..MADAD YA RASULALLAH.

p/s: Kubah hijau. Itulah tempat jasad Rasulullah yang mulia dimakamkan.

Wallahu a'lam
 
ilham_krew
Bait bukhori, Madinah Nasr,
Hayyu Sabi', Kaherah
Republik Arab Mesir. 
8.45 mlm / 25 JAN 2012

Monday 23 January 2012

Kisah Sayyidah Fatimah dan Gilingan Gandum..MADAD YA RASULALLAH.

" Perjalanan yang masih panjang ini, moga diberkati dan direstui Allah dan Rasulnya 
sehingga tiba SAAT LAFAZ SAKINAH itu, bijahin NABI wa BI SIRRIL FATIHAH "

Suatu hari masuklah Rasulullah SAW menemui anandanya Fathimah az-zahra rha. Didapatinya anandanya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah SAW bertanya pada anandanya, "Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Allah SWT tidak menyebabkan matamu menangis". Fathimah rha. berkata, "Ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan ananda menangis". Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi anandanya. Fathimah rha. melanjutkan perkataannya, "Ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta Ali (suaminya) mencarikan ananda seorang jariah untuk menolong ananda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah". Mendengar perkataan anandanya ini maka bangunlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya "BISMILLAH HIRRAHMA NIRRAHIM". Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anandanya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.

Rasulullah SAW berkata kepada gilingan tersebut, "Berhentilah berputar dengan izin Allah SWT", maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah SWT yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "Ya Rasulullah SAW, demi Allah Tuhan yang telah menjadikan baginda dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah baginda menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT suatu ayat yang berbunyi : (Ertinya)

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan". 

p/s : Disinilah Sayyidah Fatimah dilahirkan.

Maka hamba takut, Ya Rasulullah kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka. Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu, "Bergembiralah karana engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah az-zahra di dalam syurga". Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.

Rasulullah SAW bersabda kepada anandanya, "Jika Allah SWT menghendaki wahai Fathimah, niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa derajat. Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu derajat.

Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit. Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang. Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat.

Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keridhaan suami terhadap isterinya. Jikalau suamimu tidak ridha denganmu tidaklah akan aku do'akan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahwa ridha suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT?. Ya Fathimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan Allah SWT akan mengkaruniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.

Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah SWT akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikaruniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah. Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "teruskanlah 'amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang". Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyak-kan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah SWT akan meringankan sakarotulmaut-nya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Shirat".
 
Wallahu a'lam.
 
ilham_krew
Bait bukhori, Madinah Nasr,
Hayyu Sabi', Kaherah
Republik Arab Mesir.

Friday 20 January 2012

Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."
Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

1

Thursday 19 January 2012

KUBUR sedang menunggu.....

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali: 

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang
dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan
selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal
soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan
Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka
banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",
supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya; 

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Saturday 14 January 2012

Ilham_Santai : Kisah Gembala dan pemuda

hik3 =)

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya. Datang seorang
pemuda lalu bertanya, "Baguslah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya
tanya beberapa
soalan?

"Oh, boleh saja" kata gembala itu.
Orang itu berkata, "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
"Yang mana, yang putih atau yang hitam?" tanya gembala.

"Yang putih."
"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari."
"Dan yang hitam?"
"Yang hitam pun sama."
"Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
"Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
"Yang putih."
"Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
"Dan yang hitam?"
"Yang hitam pun sama."
"Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"

"Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam
kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
"Dan yang hitam?"
"Yang hitam pun sama."

Orang yang bertanya menjadi geram lalu bertanya, "Kenapa engkau
membezakan biri-biri engkau yang putih dgn yg hitam setiap kali nak
jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"

Gembala itu menjawab, "Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri
yang putih itu adalah milik saya."

"Ooo, begitu," pahamlah si penanya tu, "...kalau yang hitam tu
pulak siapa punye?"

"Yang hitam pun SAMA," kata gembala itu. 

ilham_santai
Bait bukhori, Madinah Nasr,
Hayyu Sabi', Kaherah
Republik Arab Mesir.

.:: Menarik ! Kisah Si Pendayung dan Professor ::.

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang
lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua
yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan
yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat
kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit
air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia
menulis sesuatu di dalam buku.
Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.

Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pegnalamannya
dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."
"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah
pantai.

Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur
pendayung sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?
"Tanya Professor itu.

"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak
tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?
" Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak
berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?
" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."
Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu
menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia
kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari
usia kamu.
Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu
dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan
nada mengejek dan angkuh.
Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba
saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan
terbalik.
Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung
sampan itu bertanya,
"Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata
pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai

.

Morale of the Story:
Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin
kehidupan.
Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu
perkara-perkara penting dalam hidup.
Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya
dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak
ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang
diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada dir
i sendiri, untuk apakah
ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat Inspirasi:
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha
sempurna adalah kemenangan sempurna..
Wallahu a'lam
ilham_sharing
Bait bukhori, Madinah Nasr,
Hayyu Sabi', Kaherah
Republik Arab Mesir.

Friday 13 January 2012

Sambutan MAULID fi bait Syeikhna.

 ( latest picture )
Majlis Maulid dan Kitab Samirus Solihin oleh Syeikh Abdullah Siddiq Ghumari
13/1/2012

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu ( dengan sambutan Maulid )
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

ilhamcopy@hijjaz
Bait bukhori, Madinah Nasr,
Hayyu Sabi', Kaherah
Republik Arab Mesir.

Mulazamah SYEIKH MAHMUD SAID MAMDUH

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesempatan kepada hambanya untuk terus menambahkan bekal dan amalan di dunia ini. Nikmat umur yang diberikan tidak lebih hanya untuk memberikan peluang agar manusia dapat mempertingkatkan ibadah sekaligus memberi ruang untuk bertaubat daripada segala dosa. 

Alhamdulillah, dengan nikmat kesihatan yang Allah kurniakan kepada Syeikh Mahmud Said Mamduh, dapat kami para ahbabnya dalam berkumpul di dalam majlis ilmu beliau di rumahnya. Majlis ilmu serta Maulid ini, berlangsung setiap hari jumaat selepas solat Maghrib setiap minggu. Majlis ilmu dan Maulid ini juga disertai dengan Pengijazahan Musalsal melalui kitab yang telah disusun oleh syaikhu syaikhina iaitu As Syeikh Yasin Fadani.

Adapun pengajian harian oleh Syeikh, ditangguhkan buat sementara waktu berikutan, musim peperiksaan yang sedang berlangsung buat seluruh Azhariyyun di bumi Mesir ini. Kitab yang dibincangkan setiap hari ini ( kecuali  hari jumaat ) ialah kitab Minhaj At Tolibin, Bulughul Murom, dan sesi hafalan Matan Zubad ( matan fiqh As Syafie ) .

Mulazamah dan suhbah ini sangat-sangat memberikan satu rasa mahabbah yang cukup mendalam dalam diri penulis khususnya. Sehinggakan diri ini merasakan tidak mahu mengadap masyaikh yang lain dalam menadah mutiara ilmu di bumi Mesir ini. Tempias keberkatan ini, adalah hasil usaha sahabat saya yang mampu bermuamalah dengan para masyaikh khususnya Syeikh Mahmud. Mulazamah dan suhbah ini juga, adalah hasil saranan Syeikh Muhammad Fuad yang disampaikan oleh sahabat saya ini, agar menjadikan Syeikh Mahmud sebagai sumber utama untuk menadah ilmu. 

Kesungguhan Syeikh Muhammad Fuad ini terzahir, hasil penyewaan sebuah syaqoh ( rumah ) di bawah rumah Syeikh Mahmud, sebagai salah satu tempat persinggahan Syeikh Fuad apabila berkunjung ke Mesir. Alhamdulillah, dengan berkat kurniaannya, rumah ini juga menjadi tempat munaqosyah serta muzakarah buat seluruh Ahbab Syeikh Mahmud selepas selesai sahaja pengajian. Hal ini adalah bertitik tolak daripada amanat Syeikh Mahmud sendiri, yang mengarahkan para ahbabnya agar membincangkan kembali segala syarahannya di dalam pengajian. Hasil daripada munaqosyah ini, sangat memberikan impak yang positif kerana kesemua ahbab dapat memahami dengan jelas segala syarahan Syeikh Mahmud yang diketuai oleh sahabat saya iaitu Tariq Jafri. 

Amanat Syeikh Mahmud ini, adalah berdasarkan pemerhatian beliau, apabila melihat para ahbab seakan tercengang mendengar syarahan syeikh. Munaqosyah ini berlalu di sekitar bab permasalahan fiqah. Kitab Minhaj Tolibin yang disusun oleh Imam Nawawi itu mepunyai lafaz-lafaz serta istilah yang perlu diperbincangkan agar seluruh ahbab dapat memahami maksud yang ingin disampaikan. Lebih-lebih lagi dalam membincangkan permasalahan haid, kebanyakan ahbab agak sukar untuk memahami dengan jelas. Namun, segala puji bagi Allah yang memudahkan urusan hambanya, permasalahan demi permasalahan berjaya dibincangkan dalam munaqosyah dan muzakarah itu.
 
Beliau juga sangat menitikberatkan kepada pemahaman walaupun sedikit. Itulah yang sering dilakukan oleh beliau di setiap pengajiannya. Kadang kala, hanya mengadap satu baris sahaja daripada kitab Minhaj Tolibin. Itulah penekanan yang diberikan oleh Syeikh Mahmud kepada ahbab agar mengambil berat dalam permasalahan fiqh. Beliau juga sering berkata, bahawa di Malaysia nanti kamu semua adalah bakal mufti yang bakal menjadi rujukan kepada orang-orang yang tidak memahami masalah-masalah ini.

Moga Allah memanjangkan umur masyaikh kami, khususnya Syeikh Mahmud Said Mamduh dan memanfaatkan kami dengan ilmunya dan seluruh orang-orang yang soleh.
 
ilham_original
Bait bukhori, Madinah Nasr,
Hayyu Sabi', Kaherah
Republik Arab Mesir.
 
Thursday 12 January 2012

HADAF TERAKHIR adalah Allah Taala.

Imam Syafie pernah bersyair yang bermaksud :

ahli keluarga nabi itu perisaiku,
 
mereka itu bagiku adalah satu wasilah,

aku mengharapkan dengan kemuliaan mereka, akan diserahkan nanti,

catatan amalanku dari tangan kanan.

Bersamalah kita mencari wasilah untuk menyampaikan kita kepada Allah Taala. Mencari wasilah, atau dengan kata lain iaitu bertawassul. Bertawassul bukan bermaksud kita berniat untuk menyembah Para Anbiya', Ahli Bait, dan seluruh orang yang Soleh, mereka ini hanyalah wasilah untuk kita memohon sesuatu hajat ke Hadrat Ilahi. Walau apapun, HADAF TERAKHIR adalah Allah Taala. DIA lah yang memakbulkan hajat dan segala  sifat-sifat kesempurnaan KHALIQ. 

Dalam urusan kita di dunia ini pun, dalam usaha untuk berjumpa Ketua negeri ( yang dipertuan besar n9 ) pun kita memerlukan pelbagai wasilah untuk menyampaikan sesuatu hajat contohnya. Bagaimana pula halnya, kita ingin menyampaikan sesuatu hajat kepada RABBUL QAHHAR,,?!
LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH...
 
' aku mengharapkan dengan kemuliaan mereka, akan diselamatkan aku dari bencana besar '
 
' aku mengharapkan dengan kemuliaan mereka, akan diampunkan segala dosaku "
 
' aku mengharapkan dengan kemuliaan mereka, akan dilepaskan aku dari azab kubur '

' aku mengharapkan dengan kemuliaan mereka akan dihimpunkan aku bersama para Anbiya' '

Tuesday 10 January 2012

From Maahad to Al Azhar.

Sahabat-sahabat sekalian,
 
Pernahkah anda mendapat mesej daripadan kawan-kawan perempuan yang berbentuk kata-kata hikmah,hadis nabi dan banyak lagi tazkirah yang lain.Kalau kita berfikir dengan sedalam-dalamnya,adakah itu dinamakan ukhwah?Sejauh manakah nilai ukhwah tersebut? Memang tidak salah untuk berkongsi ilmu,namun adakah kita benar-benar yakin bahawa nasihat itu tidak diselangi hawa nafsu?. Kita adalah manusia yang sentiasa lalai dan alpa. Kita perlu banyak memohon perlindungan daripada Allah daripada fitnah syaitan yang halus ini.Lelaki diciptakan untuk wanita dan wanita diciptakan untuk lelaki, jadi di mannakah nilai ukhwahnya? melainkan dengan satu syarat iaitu perkahwinan. Jadi para sahabat yang membaca perenggan ringkas ini, agar sama-sama kita menghitung diri agar sentiasa di bawah payungan rahmat Allah Taala . Ana juga insan yang lemah yang masih mengharapkan keredhaan Allah.
 
" for my best friend, do the best in your examination. Ummah was waiting you in Malaysia !!!. I hope our wonderful journey in this life start from Maahad to Al Azhar is meaningful to us and ummah. And don't forget to invite me to your wedding :p, hihi =) "- Barakallah. 
 
 Abdul Aziz & Abdul Rahim. Jamuan hari lahir dengan Pizza Master
di Kaherah, Republik Arab Mesir.

Seusai solat sunat Aidilfitri 1432 H di Masjidil Haram, Makkah Al Mukarramah.
 
Menikmati teh di Ladang Kurma, Madinah Al Munawwarah.
 
KLCC
 
Majlis Maulid di Taman  TAR, Ampang, Kuala Lumpur.
 
Majlis Maulid Yayasan Sofa, Rembau, Negeri Sembilan.
 
Menaiki pesawat Air Asia dalam menyebarkan Mahabbah Cintakan Bahasa Al Quran di
Sabah Negeri di Bawah Bayu
( KEMBAQ )
 
Senawi 3 Ibnu Abbas, Maahad Ahmadi, Negeri Sembilan.
 
 Berkayak di Pantai Linggi, Melaka.

Wallahu a'lam.
 
ilham_original
Bait bukhori, Madinah Nasr,
Hayyu Sabi', Kaherah
Republik Arab Mesir.
 
”Untuk mendapatkan segelas air itu aku rela membayar dengan separuh kerajaanku'

Kisah Khalifah Harun ar Rasyid Dan Abu Nawas:

Abu Nawas:“Ya Amiral Mukminin, andaikan tuan di tengah padang pasir dan tidak air lagi, dan yang ada hanya segelas dihadapanmu ini,,sanggupkah tuan membayar separuh dari kerajaan tuan untuk segelas air ini?”

Setelah berfikr sejenak berkatalah Harun Arrasyid:”Untuk mendapatkan segelas air itu aku rela membayar dengan separuh kerajaanku,kerana tanpa air aku akan mati”.

Sekali lagi Abu Nawas bertanya : ” Ya Amiral Mukminin, selepas minum air itu,air itu tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh tuan(kencing),sehingga menimbulkan kesakitan dan mudarat kepada tuan, berapakah harga yanag akan tuan bayarkan untuk mengeluarkannya?”

Harun Arrasyid menjawab: “ jika hal itu terjadi, aku rela membayar apa sahaja termasuk separuh lagi kerajaanku kepada sesiapa yang dapat menyembuhkannya,supaya aku dapat membuang air itu(kencing) supaya aku lega”

Abu Nawas:Lihatlah,Kerajaan Besar yang amirul mukminin ada tidak lebih nilainya dari seteguk air dan sekali kencing sahaja.Apalah nilai kekayaan dunia berbanding nikmat yang tuhan berikan

[1]Abu Ali al-Hasan bin Hani al-Hakami. Lahir tahun 145 H (747 M ) di kota Ahvaz di Persia

Wallahu a'lam.

ilham_an Nafi'

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...