Sunday 26 February 2012

Jom menulis..!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "
 
 ( Gambar hiasan )
 
Sidang pembaca yang dirahmati Allah.

Suka penulis kongsikan dalam entri kali ini berkaitan dunia blog yang sering menjadi tumpuan kebanyakan pengguna internet yang mahir untuk menulis dan suka menjadikan biang penulisan sebagai medan dakwah mahupun sebagainya. Dewasa ini, kit melihat ramai  dalam kalangan sahabat kita yang mempunyai blog sendiri. Dengan pelbagai konsep, ada yang menjadikannya untuk menceritakan hal keluarga, kawan-kawan mahupun kenangan manis mereka. 'Ala kulli hal, itu semua bergantung kepada pemilik blog masing-masing untuk menjadikan blog mereka itu apa sahaja, selagi mana tidak menjurus ke arah perlakuan maksiat. Namun tidak kurang juga sahabat yang masih tertanya-tanya mengenai peranan sebenar penggunaan blog. Ada yang bertanya, ada yang berbangga dan sebagainya.

 Untuk pengetauhuan sahabat, blog adalah satu medium terbaik untuk mengasah penulisan kita dengan lebih baik. Disitulah segala buah fikiran yang ingin kita kongsikan boleh disampaikan kepada sesiapa sahaja yang membacanya.Khususnya perkara yang berkaitan dengan dakwah. Andai kita melihat kepada zaman serba moden ini, kemahiran tambahan amat diperlukan lebih-lebih lagi apabila ramai dalam kalangan para siswazah menganggur yang masih lagi belum mendapatkan kerja. Kemahiran tambahan itu, termasuklah dalam bidang pengucapan, penulisan, sukan dan sebgainya. Oleh hal yang demikian tidak menjadi satu masalah andai kita fokuskan kemahiran itu di dalam bidang penulisan. Secara jujurnya, penulis sendiri bukanlah ahli bahasa mahupun sebagaianya, akan tetapi sekurang-kurangnya kita dapat melatih untuk berdakwah kepada masyarakat dengan menggunakan bahasa tangan iaitu menulis.

Sekadar perkongsian, pada awal-awal pembabitan dalam bidang penulisan ini, memanglah tiada sebarang semangat untuk menaip, memikirkan idea, mengarang, seakan mengulang nostalgia SPM yang sudah lama ditinggalkan, akan tetapi kita membuka sudut pandang yang lebih luas. Andai kita di waktu itu tidak mempunyai sebarang idea mahupun semangat untuk menulis maka tidak ada salahnya andai kita berkongsi sebarang artikel yang terdapat di simpanan file kita mahupun apa sahaja artikel yang berlegar di ruang maya internet ini.Untuk pengetahuan, tidak semua posting yang terdapat di dalam blog adalah hasil karya buah fikiran pemilik blog itu sendiri, kerana pasti dan pasti pemilik blog itu akan menyalin sebarang artikel dakwah untuk diposkan didalam blog mereka. Selain ucapan awam, blog juga adalah satu medium yang terbaik untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat mahupun sahabat dalam mendekatkan diri mereka kepada ajaran islam. Jadi, terpulanglah kepada kita sama ada ingin menyalin mahupun menulis sendiri artikel sendiri dengan susunan hadis yang kita cari sendiri mahupun ayat-ayat quran yang berkaitan dengan tajuk yang ingin kita kongsikan.

Selain itu juga, jangan sempitkan pemikiran kita untuk menaip dengan jumlah perkataan yang panjang, cukup sekadar kemampuan kita untuk menulis sebarang idea yang timbul, dan kongsikan. Andai dikaji , kebanyakan daripada kita jarang meminati untuk membaca sebarang artikel yang panjang kerana mereka lebih gemar untuk membaca artikel yang pendek-pendek. Oleh hal yang demikian, tidak punya masalah andai sebarang penulisan itu ditulis dalam jumlah yang sedikit.

Moga mendapat sedikit input buat sidang pembaca sekalian. Berjuanglah untuk islam mengikut posisi yang kita mampu. Andai kita tidak mampu bercakap, maka bloglah jalan yang paling sesuai untuk menyampaikan suara kita. Andai sudah pandai bercakap untuk  berdakwah di khalayak ramai, tidak menjad kesalahan andai ditambah kemahiran itu dalam bidang penulisan. InsyaAllah.

Wallahu a'lam.

ilham_motivation,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir. 

3 Rabi'ul Akhir 1433 H / 26 Februari 2012

Friday 24 February 2012

3 Watak. Nilailah...!

Satu kebakaran telah berlaku di sebuah kondominium. Marhani, Aimi dan Azra adalah antara penghuni yang sedang nyenyak tidur. Siren kecemasan berbunyi.

Marhani panik apabila mendengar siren kecemasan berbunyi. Dia bingkas bangundan terus menyelamatkan diri. Dia terfikir tentang dompet dan fail-fail penting yang di letakkan di dalam almari. Api telah merebak dan semakin marak. ‘Ah, lupakan sahaja. Nyawa lebih penting’, fikirnya. Ketika dia bergegas menuruni tangga kecemasan, dia terlihat seorang wanita mengandung yang kepayahan menuruni anak tangga tersebut, jadi Marhani pun memimpin wanita tersebut menyelamatkan diri.

Azra adalah seorang usahawanita yang mengusahakan ladang cendawan yang sedang meningkat maju. Fail-fail kontrak perniagaan yang bernilai jutaan ringgit yang disimpan di dalam almari. Begitu juga dengan kad kredit dan baju-baju. Api semakin menjulang tetapi dia masih memunggah barang-barangnya....

Aimi pula seorang tua yang menumpang di bilik anak saudaranya. Hari itu adalah hari pertama dia tiba di Kuala Lumpur dari kampung halaman. Dia keseorangan pada malam itu kerana anak saudaranya yang bertugas sebagai doktor mendapat ‘on call’. Ketika mendengar bunyi siren dia terpinga-pinga. Dia tahu itu adalah tanda bahaya lalu menuju ke tingkap dan dia terkejut melihat penghuni kondominium tersebut bertempiaran lari sambil menjerit ‘api! Api!’.’oh, kebakaran rupanya’. Dia cuba membuka pintu tetapi api semakin marak. Dia juga tidak ahu fungsi tangga kecemasan. Aimi dan Azra akhirnya terkorban dalam nahas kebakaran kondominium itu sementara Marhani pula berjaya menyelamatkan diri.

Segala penilaian adalah di tangan anda. Seelok-elok penilaian adalah bersangka baik dalam segala hal, walau zahirnya seakan buruk.

Wallahu a'lam.

ilham_motivation,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir. 

1 Rabi'ul Akhir 1433 H / 24 Februari 2012

Saturday 18 February 2012

The secret of secrets, Syeikh Abdul Qadir al Jaelani

    Suatu hari Shaikh Abdul Qadir al Jaelani dan beberapa murid-muridnya sedang dalam perjalanan di padang pasir dengan telanjang kaki. Saat itu bulan Ramadhan dan padang pasirnya panas. Beliau mengatakan:
Aku sangat haus dan luar biasa lelahnya. Murid-muridku berjalan di depanku. Tiba-tiba awan muncul di atas kami, seperti sebuah payung yang melindungi kami dari panasnya matahari. Di depankami muncul mata air yang memancar dan sebuah pohon kurma yang sarat dengan buah yang masak. Akhirnya datanglah sinar berbentuk bulat, lebih terang dari matahari dan berdiri berlawanan dengan arah matahari. Dia berkata, "Wahai para murid Abdul Qadir, aku adalah Tuhan kalian. Makan dan minumlah karena telah aku halalkan bagi kalian apa yang aku haramkan bagi orang lain!" Murid-muridku yang berada didepanku berlari ke arah mata air itu untuk meminumnya, dan kearah pohon kurma untuk dimakannya. Aku berteriak kepada mereka untuk berhenti, dan aku putar kepalaku ke arah suara itu dan berteriak, " Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk!"

Awan, sinar, mata air dan pohon kurma semuanya hilang. Syaitan berdiri dihadapan kami dalam rupanya yang paling buruk. Dia bertanya, "Bagaimana kamu tahu bahwa itu aku? Aku katakan pada syaitan yang terkutuk yang telah    dikeluarkan Allah dari rahmatNya bahwa firman Allah bukan dalam bentuk suara yang dapat didengar oleh telinga ataupun datang dari luar. Lebih lagi aku tahu bahwa hukum Allah tetap dan ditujukan kepada semua. Allah tidak    akan mengubahnya ataupun membuat yang haram menjadi halal bagi siapa yang dikasihiNya. 
 
Mendengar ini, syaitan berusaha menggodanya lagi dengan memujinya, "Wahai Abdul Qadir," katanya, "aku telah membodohi tujuh puluh nabi dengan tipuan ini. Pengetahuanmu begitu luar dan kebijakanmu lebih besar daripada    nabi-nabi itu!" Kemudian menunjuk kepada murid-muridku dia melanjutkan, " Hanya sekian banyak orang-orang bodoh saja yang menjadi pengikutmu. Seluruh dunia harusnya mengikutimu, karena kamu sebaik seorang nabi."

Aku mengatakan, " Aku berlindung darimu kepada Tuhanku yang Maha mendengar dan Maha mengetahui. Karena bukanlah pengetahuanku ataupun kebijakanku yang menyelematkan aku darimu, tetapi hanya dengan rahmat dari Tuhanku." 

Wallahu a'lam.

ilham_sufi,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir. 
 
26 Rabi'ul Awwal 1433 H.

Thursday 16 February 2012

GELARAN SAIDINA KETIKA BERIBADAH, AZAN & IQAMAH

Ulama' berselisih pendapat dalam menentukan hukum menggunakan gelaran saidina kepada Nabi Muhammad Sallahu 'alaihi wa Sallam ketika beribadah seperti ketika solat, azan dan lain-lain.

Telah tercatit didalam kitab-kitab feqh tentang pendapat yang mengatakan sunat hukumnya menggelar Nabi Muhammad Sallahu 'alaihi wa Sallam dengan gelaran Saidina, di antaranya ialah:

IMAM HANAFI

Sheikh Muhammad Ala-ud-din Haskafi didalam kitabnya Darul Mukhtar menyatakan: "Sunat (menggelar Nabi dengan gelaran) Saidina kerana menambahkan pengkhabaran tersebut merupakan salah satu daripada bentuk akhlak yang mulia maka menyebutnya adalah lebih baik daripada meninggalkannya sepertimana yang dikatakan oleh Imam Ramli dan Imam Al- Syafie. Adapun hadis yang menyatakan: "Janganlah kamu menggelar ku dengan gelaran said" adalah satu pembohongan." 1

IMAM MALIKI

1. Imam Al-Nafrowi telah berkata:
"Sesungguhnya perkara tersebut (saidina) merupakan sebahagian daripada adab, dan menjaga adab lebih baik daripada mengikut arahan"

2. Syeikh Al-Hitob telah berkata: "Ibnu Maflah Al-Hanbali telah berkata tentang perkara tersebut, dan dia telah menghikayatkan sebuah riwayat daripada Syeikh Izudin bin Abdul Salam telah berkata sesungguhnya menyebut saidina di dalam solat terdapat khilaf, sama ada perlu mengikut arahan yang ada di dalam hadis ataupun menjaga adab yang mulia. Maka aku berpendapat, dan ianya dilakukan oleh diriku, aku lakukannya di dalam solat dan dalam ibadah-ibadah yang lain dengan mendatangkan lafaz saidina. Wallahua'alam"

IMAM SYAFIE

1. Telah berkata Al-Syafie Al-Soghir Al-A'lamah Syamsudin Al-Ramli: " Lebih Afdol(baik) Mendatangkan gelaran saidina sepertimana yang dikatakan oleh Ibnu Zohirah" beliau menyambung: "Ini adalah disebabkan meletakkan gelaran saidina menambahkan khabar(berita) terhadap hakikat (Nabi sebagai penghulu), maka disebut gelaran saidina adalah lebih baik daripada ditinggalkan gelaran tersebut . Ada pun hadis yang mengatakan:

" Janganlah gelarku dengan gelaran saidina"
Adalah hadis yang batil."

2. Telah berkata Imam Syaukani: " Telah diriwayatkan daripada Imam Ibnu Abdul Salam dia telah menjadikan perkara ini satu perbincangan di dalam bab adab.

Dan dia dia mengatakan melalui jalan adab adalah lebih disukai daripada mengikut (arahan zohir hadis) dan dia menguatkan kenyataannya dengan sebuah mafhum hadis:

"Saidina Abu Bakar r.a ketika mana dia disuruh oleh Rasulullah untuk tetap pada tempatnya dia tidak mengikut arahan tersebut seraya berkata: "Tidaklah anak kepada Abu Kohafah mendahului Rasulullah Sallahu 'alaihi wa Sallam.

Begitu juga keengganan Saidina Ali r.a untuk dibuang gelaran Nabi di dalam perjanjian Hudaibiyah setelah Rasulullah menyuruh perkara tersebut, dan dia berkata:

"Aku tidak akan buang nama kau selama-lamanya, dan kedua-dua hadis tersebut adalah sohih maka Rasulullah Sallahu 'alaihi wa Sallam telah taqrir (tidak menyatakan suruhan atau larangan) di dalam kedua-dua hadis tersebut tentang keengganan mematuhi suruhan kerana ingin menjaga adab ( kepada nabi). 5*

Konklusi Perbincangan

Daripada perbincangan diatas kita mengetahui, terdapat ramai ulama' yang menggalakkan digunakan gelaran "saidina" sebelum nama Baginda Saidina Sallahu 'alaihi wa Sallam; sama ada di dalam solat, azan atau di dalam ibadah-ibadah yang lain di antara fuqaha' yang membenarkan perkara tersebut ialah :

Mazhab Syafie:
Imam Ibnu Salam, Al-Ramli, Al-Qalyubi, Al-Syarqawi

Mazhab Hanafi:
Imam Al-Haskafi, Ibnu A'bidin

Mazhab Maliki:
Imam Al-Nafrowi, Syeikh Al-Khitab

Mazhab Hambali:
Imam Ibnu Maflah

Sungguhpun begitu, tidak ada khilaf keharusan meletakkan gelaran Saidina sebelum nama Baginda Sallahu 'alaihi wa Sallam di luar solat. Ianya adalah Ijma' maka tidak diambil kita pandangan-pandangan yang batil yang bertentangan dengan Ijma'.

Pendapat batil tersebut telah ditolak dengan pelbagai dalil. Maka seharusnya kita memilih pendapat yang membenarkan gelaran tersebut supaya kita sentiasa menjaga adab terhadap junjungan besar Saidina Muhammad Sallahu 'alaihi wa Sallam.

Wallahua'lam.

Rujukan:

1- Al-Darul Mukhtar 1/513 (Al-Haskafi)

2- Al-Bayan 262 (Dr. Ali Juma'h)

3- Mawahibul Jalil 1/21(Al-Hitob)

4- Tuhfatul Muhtaj 2/86 (Al-Ramli)

5- Nailul Autor 2/337-338 (Al-Syaukani)

Andai aku disisi-MU

Lirik lagu Andai aku disisi-Mu oleh Hafiz Hamidun. Sebuah lirik yang mempunyai menarik untuk kita ambil istifadah ( pengajaran ) daripadanya. Selaku hamba abdi kepada Allah Yang Maha Esa, selayaknya kita untuk tunduk di atas segala arahan yang diberikan oleh Allah Taala, melalui pensyariatan yang telah Allah tetapkan kepada kita. Andai kita merenung, apakah sebenarnya ta'rifan sebenar HAMBA ABDI, sudah pasti kita akan mendapati bahawa, sewajibnya dia taat di atas segala arahan yang diberikan kerana stausnya adalah hamba.
 
Sekadar perkongsian ringkas. Moga dapt mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.
 
Pada-Mu saja
Aku mengadu
Resah gelora
Yang menghempas kalbu
Terasa berat
Namun apa daya ku luahkan
Walau sarat terasa malu pada-Mu

Akulah insan
Yang berjuta dosa
Tiada mengenang
Erti kesalahan
Berkali-kali
Terus masih terulang segala kesilapan
Meski ku tahu pedihnya..

c/o
Masihku disini terantai nubari
Detik nadi bagaikan terhenti
Andai aku di sisi rahmat-Mu
Berhakkah ku ulang masa lalu

Wallahu a'lam.

ilham_original,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir.

Wednesday 15 February 2012

' SELAMATKAN AQIDAH UMAT '

 Lirik lagu di bawah adalah hasil karya Isman dari kumpulan Hijjaz bersempena satu perhimpunan yang telah dianjurkan oleh sekumpulan NGO. Walaupun disana kita melihat bahawa nasyid kadang kala dilihat sebagai salah satu medium yang salah dalam berdakwah disebabkan muzik dan lebih kepada untuk melonjakkan populariti penasyid itu sendiri. Namun, majoriti rakyat Malaysia amat meminati genre nasyid ini, sebagai salah satu hiburan keagamaan yang baik, dan ianya juga dianggap sebagai medium dakwah yang terbaik dalam mengajak anak muda dan juga masyarakat ke arah cintakan agama Islam. 
 
Kebobrokan nilai akhlak remaja amat membimbangkan lantaran pelbagai dorongan yang mengajak mereka ke arah keruntuhan akhlak seperti rakan-rakan, ibu bapa, media dan sebagainya. Namun, kita sering melihat bahawa golongan ini sering dihina dan ditohmah oleh sesetengah pihak yang langsung tidak menilai dengan lebih terperinci perihal bab musabab punca mereka terjebak ke lembah kehinaan. Oleh hal yang demikian, dalam mentarbiyah dan mendidik mereka agar dapat mendekatkan diri mereka kembali ke arah cintakan agama tidak lain tidak bukan seperti dengan pendekatan nasyid, program realiti keagamaan dan sebagainya. 
 
Marilah bersama kita berdoa, agar diperelokkan urusan umat Islam dengan kemuliaan Rasulullah S.A.W. Sekadar perkongsian, bersama hayati maksud lagu nayid di bawah, moga mendapat manfaat dan pengajaran sambil berhibur.
 
Ayuh kita bersama
Satu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat di cabar
Marilah kita pertahankannya

Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya
Teguh bersama
Dengan keizinan Allah Yang Maha Esa

Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup
Keimanan yang utuh
Tidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasut
Musuh-musuh agama

Mantap Aqidah
Kukuh Agama
Perkasa Ummah
Teguh Negara
Bersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudara

Marilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah

Wallahu a'lam.

ilham_original,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir.

Saturday 11 February 2012

' MABRUK '

Sekadar ucapan ' MABRUK ' kepada pasangan ( akak kepada sahabat sepersekolahan ) yang baru sahaja melangsungkan pernikahan di Tanah Air Mesir ini. Sungguh Allah memuliakan pasangan itu dengan keberkatan bumi Mesir, dengan para Ahli Bait, para ulama', para Auliya' dan juga orang-orang yang soleh, moga-moga Allah mencurahkan rahmat dan kasihnya buat pasangan itu dengan kemuliaan kekasih- Nya iaitu Rasulullah S.A.W dan seluruh orang-orang yang soleh. Ameen.
 
قَالَ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ ِلاَ رْبَعٍ لِمَا لِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَا لِهَا
وَلِدِيْنِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Telah bersabda Rasulullah s.a.w.
"Perempuan itu dinikahi kerana empat, kerana kecantikannya
atau kerana keturunannya, atau kerana hartanya atau kerana
agamanya. Tetapi pilihlah yang beragama, agar selamatlah dirimu.
Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim  

 Para sahabat yang dirahmati Allah,

Saya bukanlah 'arif dalam berbicara perihal isu ini, lantaran diri yang masih lagi mentah dalam menilai dan mengkaji isu ini. Namun cukuplah semua garis panduan yang telah digariskan oleh Rasulullah kepada kita dalam memilih pasangan hidup yang solehah dan beragama. Saya amat terkesan dengan pesanan seorang Syeikh iaitu Kiyai Haji Ahmad Jumhuri, rentetan pesanan beliau yang amat bermakna di tempat yang paling barakah iaitu di bekas tapak rumah Sayyidah Khadijah, Mekah Al Mukarramah 1432 H. Beliau berpesan ' Apabila kamu semua sudah menjadi bapa, maka carikanlah anak perempuanmu akan pasangannya. Jangan biarkan dia ( anak perempuan ) memilih calonnya sendiri.' Maka, di waktu itu, saya dan para sahabat tersenyum sesama sendiri, lantaran nasihat yang diberikan itu seolah-olah menunjukkan kami ini adalah golongan bapa-bapa yang sudah berkeluarga. Sabuah nasihat yang melangkaui usia sebenar kami yang rata-ratanya 20 ke 23 tahun sahaja. 

Walau apapun, nasihat itu sebenarnya amat berguna dan bermanfaat pada saya pada masa akan datang dan kepada para ibu dan ayah yang sudah dikurniakan zuriat dan juga kepada sidang pembaca sekalian. Dewasa ini, kita sering melihat ramai dalam kalangan remaja yang bercinta sesama mereka sehingga banyak membawa kepada lembah kemaksiatan dan dosa. Hal ini adalah salah satu bala yang melanda remaja Islam di Malaysia khususnya. Demikianlah antara punca yang menyebabkan banyaknya galakan dan saranan agar nikah awal, supaya pelbagai gejala sosial banyak dapat diselesaikan seperti sumbang mahram, pembuangan bayi dan sebagainya. Maka, kita sebgai saudara sesama Islam dapat sama-sama berdoa agar Allah dapat mengembalikan keizzahan Islam, melalui keterampilan remaja yang mantap dari sudut sahsiah dan akhlak.

Lagu Maher Zain. Mabruk...Sekadar perkongsian.

Today smiles all around
Both of you shinning with facing so bright
These memories will always remain
Deep in your hearts brightening the darkest night
We always pray your everyday
Will be blessed with joy
May all your dreams come true

Look now, happiness is all around
Your love has brightened up the night sky
Your loved ones are gathered here just to say
Oh .. Congratulation !!

Ya Allah tu mehruban do tera noor do dil yahan hay manzoor rasullullah ke
sunnat hay ummr bhar bamaney khuda key ya hayn

We always pray your everyday
Will be blessed with joy
May all your dream come true

mabrook x3 congratulations to you
mabrook x3 congratulations to you
mabrook x3 congratulations to you
mabrook x3 congratulations to you

mabrook x3 congratulations to you

Yeeaah
Look now, happiness is all around [all around]

Wednesday 8 February 2012

Kisah pendek yang agak menyentuh hati.

Seorang doktor masuk ke hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas dipanggil untuk pembedahan segera. Dia menjawab panggilan secepat mungkin, ditukar pakaiannya dan pergi terus ke wad pembedahan.
Beliau mendapati bapa kepada anak lelaki yang akan di bedah ada di dalam dewan menunggu doktor tersebut. Apabila melihat dia, si ayah menjerit:
"Mengapa anda mengambil masa yang lama untuk datang? Adakah anda tahu bahawa kehidupan anak saya dalam bahaya? adakah anda tidak mempunyai rasa tanggungjawab? "

Doktor tersenyum dan berkata:
"Saya minta maaf, saya tidak berada di hospital dan saya telah datang secepat yang boleh selepas menerima panggilan itu ... ... Dan sekarang, saya ingin anda bertenang supaya saya dapat melakukan kerja saya"

"Bertenang?! Bagaimana jika anak anda berada di dalam bilik ini sekarang, anda akan bertenang? Jika anak anda sendiri mati sekarang apa yang anda akan lakukan? "Kata bapa tersebut dalam keadaan marah

Doktor tersenyum lagi dan berkata: "Saya akan cuba sehabis baik " ajal dan maut adalah di tangan Allah ". Doktor tidak dapat memanjangkan nyawa. Pergi dan berdoa untuk anak anda, kami akan melakukan yang terbaik dengan rahmat Tuhan "

"Memberikan nasihat apabila kita tidak khuatir begitu mudah" merungut bapa.

Pembedahan mengambil masa beberapa jam...dan selepas doktor itu keluar gembira, "Alhamdulillah! Anak anda diselamatkan! "

Dan tanpa menunggu jawapan bapa tersebut dia terus keluar dengan tergesa-gesa. "Jika anda mempunyai apa-apa soalan, sila tanya jururawat!"

"Mengapa dia yang sombong takbur? Dia tidak boleh menunggu beberapa minit supaya saya bertanya tentang keadaan anak saya  " komen bapa kepada jururawat setelah melihat doktor itu pergi meninggalkannya termanggu-manggu .

Jururawat itu menjawab, sambil air mata berlinangan di mukanya: "Anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya, dia berada di tanah perkuburan apabila kami memanggilnya untuk pembedahan anak anda. Dan kini dia telah berjaya menyelamatkan hidup anak anda, dia sanggup tinggalkan tanggungjawab dia untuk menyelesaikan pengebumian anaknya. "

p/s: Inilah sebuah kisah sekadar renungan dan perkongsian buat sahabat-sahabat dan sidang pembaca sekalian. Di sana terdapat pelbagai hikmah dan pengajaran yang boleh kita dapati dan yang boleh kita ambil sebagai kayu ukur dalam tindak-tanduk seharian kita. Seharusnya kita sebagai manusia yang dikurniakan aqal, dapat memikirkan dengan sebaiknya sebelum kita melontarkan sebarang andaian, yang mungkin saja andaian buruk kita itu benar akan tetapi ianya tetap ditegah di dalam agama. 
 
Wallahu a'lam.

ilham_transit ( R & R ),
imarah wilayah 9,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir.

Monday 6 February 2012

Teringat akan USTAZAH KHAIRAH.

Teringat aku akan insan itu,
yang telah mendidikku sekian waktu,
dikala ku yang masih baru,
ingin mengenal ilmu-ilmu.

Wajahmu persis mirip seorang ibu,
ibu yang tak mengenal erti penat dan lesu,
dalam mentarbiyah anak-anakmu,
yang bakal mewarisi keilmuanmu.

Masihku ingat senda gurauan,
masih tersemat dalam ingatan,
sentuhan nasihat dan peringatan,
masih terngiang di kotak fikiran.
 
Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ustazahku yang mulia Ustazah Khairah Binti Haris. Amat sedih dikala terkenangkan segala memori indah seorang guru yang telah mengajar dan mendidik semenjak tingkatan 1 hingga tamat pengajian STAM. Namun, itulah ketetapan Ilahi, yang hidup akan pergi. Kematian itu hanyalah perpindahan ke Alam Barzakh. Moga Allah mempertemukan di akhirat sana. 

Saya, anda dan seluruh manusia akan meninggalkan dunia ini. Kita bukan diciptakan untuk hidup selamanya di dunia. Tempat hakiki kita adalah syurga. Namun Allah tetap memberikan pilihan, sama ada ingin memilih syurga ataupun neraka. Segala pilihan di tangan kita....

Wallahu a'lam

ilham_original
Bait bukhori, Madinah Nasr,
Hayyu Sabi', Kaherah
Republik Arab Mesir.

Friday 3 February 2012

Nasihat dan Pesanan Pak Meow..

" Apa khabar semua? Hari ni Pak Meow ingin berkongsi beberapa nasihat yang dapat Pak Meow coretkan buat anak-anak meow sekalian. Bukan Pak Meow ini ingin mengongkong, sekadar nasihat dari diri yang semakin lanjut ini. Ajal tidak menunggu, tidak dapat dicepatkan walau sesaat, juga tidak dapat dilambatkan walau sesaat, apabila tibanya ia, maka bercerailah ruh dari jasad. Bersempena bulan Rabi'ul Awwal ini juga, Pak Meow ingin mengucapkan salam Maulid Ar Rasul, kepada anak-anak sekalian. Andai tunggul kayu yang tak bergerak itu, menangis kerana cintakan Rasulullah apatah lagi kita. Ketahuilah bahawa tiada satupun makhluk di muka bumi ini, melainkan dia tahu bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh dan kekasih Allah.." Dengarkanlah.......

p/s : Kita adalah makhluk yang disayangi. Sebagaimana dikisahkan seorang wanita yang dimasukkan ke dalam neraka, disebabkan perbuatan jahatnya, yang telah mengurung kucing, sehingga mati kelaparan. Abu Hurairah juga digelar sebagai 'bapa kucing' oleh Rasulullah disebabkan beliau amat menyayangi kita. Pada waktu siang beliau meletakkan kucin-kucin nya di dalam lengan bajunya yang lebar, dan pada malam harinya beliau meletakkan kucing-kucingnya di atas pokok..Inilah kasih sayang Abu Hurairah kepada kita.

p/s :  Rancang masa depan kita dengan sebaiknya.

p/s: Jangan biarkan orang lain menzalimi diri anda.

p/s: Islam melarang penganutnya, bertelagah dan bergaduh sesama sendiri.

p/s: Janganlah menjadi kacang yang lupakan kulitnya.

p/s: Fokuslah dengan sasaran yang ingin dicapai. Jika tidak anda akan kerugian.

Wallahu a'lam

ilham_hirrah
Bait bukhori, Madinah Nasr,
Hayyu Sabi', Kaherah
Republik Arab Mesir.

Wednesday 1 February 2012

Suapan kasih dari seorang yang pengasih..YA RASULALLAH..

p/s : Maqam Sayyidi Ahmad Badawi. Khususon ila ruhihi AL FATIHAH

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Namun setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Saidina Abu Bakar R.H.berkunjung ke rumah anaknya Sayyidah Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Wahai Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?", Sayyidah Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Sayyidah Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Saidina Abu bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Saidina Abu bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Saidina Abu bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Saidina Abu bakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Saidina Abu bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Saidina Abu bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Saidina Abubakar r.a.
 
Wallahu a'lam

ilham_imdadiah
Bait bukhori, Madinah Nasr,
Hayyu Sabi', Kaherah
Republik Arab Mesir. 
 
8 Rabi'ul Awwal 1433 H

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...