Friday 30 March 2012

Tutup aurat, SATU TUNTUTAN.

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 

" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "
 
 ' bersedia untuk BERHIJRAH!, miaow, miaow,,!! '
 
Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat. 

ilham_nafi',
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir. 

8 Jamadil Awwal 1433

Saturday 24 March 2012

Peranan Isteri

 ( Gambar Hiasan )
 
Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai A...kauntan di sebuah Bank.

Kaunselor :
Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor :
Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor :
Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor :
Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor :
Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor :
Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor :
Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!
Hargailah seorang isteri.mahupun yang bakal memiliki seorang isteri. Kerana pengorbanannya tidak terkira...: 
 
ilham_nafi',
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir. 

1 Jamadil Awwal 1433
 
Friday 23 March 2012

"Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasyr : 9)

Seseorang telah datang menemui Rasulullah S.A.W dan telah menceritakan kepada baginda tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu baginda tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri baginda mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat, "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku ?"

Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah S.A.W, saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah S.A.W. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita."
Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidak akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya."
Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang.

Berikutan dengan peristiwa itu, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)

ilham_nafi',
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir. 

30 Rabi'ul Akhir 1433

Saturday 17 March 2012

"tolaklah (kejahatan yg ditujukan kepada kamu itu) dengan cara yg lebik baik" (surah fushilat:34)

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

kisah contoh
(cicit rasulullah s.a.w)
... Imam Ali zainal Abidin al-hussain al-sajjad a.s
Pada suatu hari beliau memasuki masjid dgn tenang lalu bersolat berdoa dan beribadah..ketika beliau keluar beliau terserempak dengan seorg lelaki yg tidak senang dengan beliau, lantas lelaki itu terus berkata dihadapan org ramai.
 " Adakah engkau org yg digelar sebagai zainal abidin(perhiasan org bribadah)? Imam Ali mnjawab "Ya"
 Lelaki itu terus membalas, dgn berkata "Engkau ni syainal abidin (kotoran org beribadah)"
dan menyambung dengan berkata engkau fasiq engkau jahat"
lelaki itu terus melontar kata-kata kotor dan keji kepada beliau..
Org sekeliling mula naik marah dengan lelaki tersebut..
 Lantas Imam Ali berkata : " Biarkan dia habiskan kata-katanya"
Setelah selesai kata kata kotor yg panjang lebar itu..Imam Ali senyum dan terus berjumpa dgn lelaki tadi lalu berkata..
"Wahai anak, apa yg kau katakan tadi itu ada pada ku,dan apa yg kau tidak tahu itu lebih byk lagi,adakah kau punyai apa2 hajat yg bisa aku tunaikan agar aku boleh membalas nasihatmu itu?"

Berkata seseorang : " Imam Ali, kenapa kau boleh berbuat baik lagi dengan dia?"

Lelaki tadi terus menangis lantas berkata
"Aku bersaksi bahawa kau adalah dari keturunan Rasulullah, maafkanlah aku wahai imam, sesungguhnya ada sekumpulan manusia telah menghasut aku dengan harta, mereka berkata "Jika kau dapat membuat Imam Ali bin al-Husain marah dan dia memaki kau semula,kami bg kau 1000dinar!"

Maka Imam Ali tersenyum lagi lalu berkata.."Kau kata begitu kerana hendakkan 1000dinar?"

Lelaki itu menjawab "Ya"

Imam Ali berkata, "Kalau kau minta kpd kami, kami akan berikan kepada kau 1000dinar tnpa kau mmbuat apa-apa sperti itu,"

Imam Ali pun berkata kpd pengiringnya, "Keluarkan 1000dinar, berikan kepada lelaki ini"

-dari video habib Ali Jufry-
ilham_nafi',
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir. 

25 Rabi'ul Akhir 1433

Tuesday 13 March 2012

What about us?

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdirrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1.    bertaubat

2.    menyesali dosa yang dilakukan

3.    tidak tergila-gilakan dunia

4.    tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5.    tinggalkan sifat berbangga

6.    tinggalkan sifat khianat dan menipu

7.    meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
 
ilham_nafi',
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir. 

20 Rabi'ul Akhir 1433

Sunday 11 March 2012

Moga dapat dihafal dan diamalkan, BARAKALLAH.

۩إفتتاح العمل۩
بسم الله الرحمن الرحيم

اَََلَّلهُمَّ إِنِّي أُقَدِّمُ إِلَيْكَ بَيْنَ يَدَيْ كُلِّ نَفَسٍ وَلَمْحَةٍ وَطَرْفَةٍ يَطْرِفُ بِهَا أَهْلُ السَّمَوَاتِ وَ أَهْلُ الْأَرْضِ ,وَكُلِّ شَيْءٍٍ هُوَ فِي عِلْمِكَ كَائِنٌ أَوْ قَدْ كَان , أُقَدِّمُ إِلَيْكَ بَيْنَ يَدَيْ ذَلِكَ كُلِّهْ:

لاإِلَهَ إِلاَّ الله مُحَمَّدُ الرَّسُولُ الله, فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله. (×٣)

۩صلوات العظيمية۩
بسم الله الرحمن الرحيم

اَللِّهُمَّ إِنِّي أَسْئَلُكَ بِنُورِ وَجْهِ اللهِ الْعَظِيمِ , الذِي مَلَأَ أَرْكَانَ عَرْشِ اللهِ الْعَظِيمِ, وَقَامَتْ بِهِ عَوَالِمُ اللهِ الْعَظِيمِ, أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مَوْلاَنَا مُحَمَّد ذِي الْقَدْرِ الْعَظِيمِ, وَعَلَى آلِ نَبِيِّ اللهِ الْعَظِيمِ, بِقَدْرِ عَظَمَةِ ذَاتِ اللهِ الْعَظِيمِ,
فِي كُلِّ لَمْحََةٍ وَنَفَسَ عَدَدَ مَا فِي عِلْمِ اللهِ الْعَظِيمِ,صَلاَةً دَائِمَةً بِدَوَامِ اللهِ الْعَظِيم, تَعْظِيمًا لِحَقِّكَ يَا مَوْلاَنَا يَا مُحَمَّد يَا ذَا الْخُلُقِ الْعَظِيمِ, وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ مِثْلَ ذَلِكْ, وَاجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَهُ كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوحِ وَالنَّفْسِ, ظَاهِرًا وَبَاطِنًًا, يَقَظَةً وَمَنَامَا  وَاجْعَلْهُ يَا رَبِّ رُوحًا لِذَاتِي مِنْ جَمِيعِ الْوُجُوهِ فِي الدُّنْيَا قَبْلَ الآخِرَةِ يَا عَظِيمِ.

۩إستغفار الكبير۩
بسم الله الرحمن الرحيم

     أَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيم, الذي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوم, غَفَّارُ الذُّنُوبِ ذَا الْجَلاَلِ وَإلاِكْرَام, وَأَتُوبُ إِلَيْهِ مِنْ جَمِيعِ الْمَعَاصِي كُلِّهَا وَالذُّنُوبِ وَالآثَام, وَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ أَذْنَبْتُهُ عَمْدًا وَخَطَأً ظَاهِرًا وَبَاطِنًا, قَوْلاً وَفِعْلاً, فِي جَمِيعِ حَرَكَاتِي وَسَكَنَاتِي وَخَطَرَاتِي وَأَنْفَاسِي كُلِّهَا, دَآئِمًا أَبَدًا سَرْمَدَا مِنَ الذَّنْبِ الَّذِي أَعْلَمْ, وَمِنَ الذَّنْبِ الذِي لاَ أَعْلَمْ, عَدَدَ مَا أَحَاطَ بِهِ الْعِلْمُ, وَأَحْصَاهُ الْكِتَاب, وَخَطَّهُ القَلَمْ, وَعَدَدَ مَا أَوْجَدَتْهُ الْقُدْرَة, وَ خَصَّصَتْهُ الإِرَادَة, وَمِدَادَ كَلِمَاتَِ الله, كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِ رَبِّنَا وَجَمَالِهِ وَكَمَالِهِ   وَكَمَا يُحِبُّ رَبُّنَا وَيَرْضَى.  
       
ilham_sufi,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir. 

18 Rabi'ul Akhir 1433

Saturday 10 March 2012

Oh Muslimah.

 ' muslimah perlu kuat, melawan musuh, cabaran, mehnah serta tribulasi yang mendatang :)'
 
Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkanNYA dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Nazrey Johani / Lirik Lagu muslimah.

Wallahu a'lam.

ilham_motivation,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir. 

16 Rabi'ul Akhir 1433 H 
 
Wednesday 7 March 2012

Bangunan dan Pemilik yang tidak binasa.

 ( Gambar hiasan )
 
Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu.
Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.

"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja.

"Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?"

"Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka.
"Segera katakan apakah itu." Desak raja.

"Syurga dan Allah pemiliknya," jawabnya tegas.

Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah, raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.

Wallahu a'lam.

ilham_motivation,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir. 

13 Rabi'ul Akhir 1433 H 

Monday 5 March 2012

Perjalanan takdir yang menakjubkan

 Semoga ' cahaya kesucian ' yang dipilih itu, menjadi pelengkap hidup yang paling bermakna dalam sinar hidup, pada suatu masa nanti. InsyaAllah.

Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di  rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka  diketuk oleh seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan  dilihatnya seorang lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa  terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. tetapi  sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya, "Wahai suamiku,  bolehkah aku memberikan makanan kepada pengemis ini?" Alangkah  sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami  yang dicintai yang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan  tutup kembali pintu!"

Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yang  menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak  peranda. Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku  perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi  dengan seorang pedagang di kota.  Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama  suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya  diketuk orang. Setelah di buka pintu ternyata tamu tak diundang  itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya. "Wahai suamiku  bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?" 
Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu." Setelah memberi  makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil  menangis.

Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana aku menyuruhmu  memberikan daging ayam kepada pengemis itu?" 
 
Wanita itu  menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku, aku sedih  dengan perjalan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia  adalah suamiku yang pertama dahulu." Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut, tetapi segera  ia pula bertanya "Dan tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi  suamimu ini? Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya...!"

Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama  kita, terutama yang kurang bernasib baik. Allah itu MAHA KUASA  DAN MAHA PEMBALAS.

Wallahu a'lam.

ilham_motivation,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir. 

11 Rabi'ul Akhir 1433 H 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...