Monday 30 April 2012

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang  

" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "
 
Mungkin ibu lebih kerap menelefon u...tk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

ilham_nafi',
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir.

Sunday 29 April 2012

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN...

 Sidang pembaca yang dirahmati Allah,
 
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,
lalu dia bersabar dengan kerenah,
kesusahan dan kesenangan mereka,
nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a.,
dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,
nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

~~
Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
Daripada hadis-hadis di atas,
dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?
menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?
Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.
Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.
Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar,
tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka,
Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.
 
Sekadar perkongsian daripada blog orang lain. Sharing is caring..^_^
 
ilham_nafi',
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir.

Monday 23 April 2012

TUJUH KEMULIAAN

 ( Gambar hiasan - MAJLIS ILMU )

Berkata Imam Abu Al-Laith rahimahuLlah:
Sesiapa yg duduk menuntut ilmu drpd seorang yg alim, tetapi tidak mampu utk mengingati sedikitpun ilmu yg dipelajari, dia akan mendapat TUJUH KEMULIAAN:

1)  Pahala penuntut ilmu
2)  Terhindar dari dosa
3)  Turunnya rahmat ketika dia keluar dari rumah
4)  Apabila rahmat turun utk ahli majlis, dia akan mendapat bahagian juga
5)  Dicatat baginya pahala ketaatan sepanjang dia mendengar
6)  Apabila sempit hatinya kerana tidak memahami, kesedihannya akan menjadi sebab dia dekat dengan Allah   Taala sebagaimana didalam Hadis Qudsi:(( Aku berada bersama mereka yg bersedih keranaKu )) yang bermaksud "Akulah Penolong mereka".
7)  Dia akan melihat kemuliaan org alim dan kehinaan org fasik sehingga hatinya akan menjauhi kefasikan dan cenderung nalurinya kpd ilmu.
ilham_nafi',
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir. 

Monday 16 April 2012

Perkongsian Muhadoroh Habib Yusuf ( Akhir )

 Al Azhar, suatu masa dahulu.

Sidang pembaca Yang Dirahmati Allah,

Perjalanan seorang hamba dalam menuntut ilmu adalah salah satu kemuliaan yang besar di sisi Allah Taala. Sebagaimana disebut oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud " Sesiapa yang menempuh satu jalan, untuk mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga. " Jelas terang dan nyata bahawa Allah mengangkat darjat, seseorang yang pergi berjalan untuk menuntut ilmu dengan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga. 'Ala kulli hal, semuanya itu, tidak lain tidak bukan pembakar semangat agar lebih bersungguh-sungguh untuk pergi menambahkan ilmu pengetahuan dengan mengadap masyaikh. Hadis ini juga jelas menunjukkan kepada kita bahawa, kaedah untuk mendapatkan ilmu adalah dengan mencarinya bukan hanya menunggu dan terus menunggu.

Juga disebut di dalam Matan Zubad oleh Immam Ibnu Roslan, : "Sesiapa yang tidak mengetahui, hendaklah dia bertanya, dan sesiapa yang tidak mempunyai guru, hendaklah dia pergi mencarinya ". Inilah Manhaj zaman berzaman oleh para Ulama' Salafus soleh, iaitu memperolehi ilmu dengan bermusafir berbatu-batu jauhnya. Pelbagai kisah yang boleh kita dapati dalam menunjukkan permusafiran seseorang alim itu, dalam memperoleh ilmu. Sebagai contoh, Imamuna As Syafie, bermusafir ke Madinah untuk mengadap Imam Malik. Dan contoh yang paling dekat ialah, Syeikhna As Syeikh Mahmud Said yang telah bermusafir ke Mekah untuk mengadap masyaikh di sana. Maka, inilah manhaj yang perlu kita contohi dan teladani dalam meraih sesuatu ilmu.

Namun, manhaj ini semakin lama, semakin hilang di kalangan sebahagian penuntut ilmu yang semakin kelam dan malas dalam menuntut sesuatu ilmu. Sekarang ini, manhaj yang dipegang adalah dengan membaca majalah, mengadap tv dan sebagainya. Hal inilah yang menyebabkan kebobrokan manhaj sebenar ahli ilmu. Oleh itu penulis  menyarankan agar sidang pembaca sekalian dapat memahami manhaj dan seterusnya melaksanakannya di dalam kehidupan seharian kita.

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Kemudian, penulis ingin menyambung entri terakhir dalam siri Muhadoroh Habib Yusuf. Beliau menambah, Sesungguhnya hendaklah engkau menjaga lidahmu, di dihadapan ulama' dan engkau hendaklah menjaga hatimu di hadapan Auliya'. Sesungguhnya para ulama' itu adalah golongan yang sangat dimuliakn Allah Taala, lantaran kemuliaan ilmu disisi Allah. Sesungguhnya terdapat dua pintu yang boleh melayakkan seseorang itu bergelar wali ataupun mencapai peringkat wali, iaitu pintu ilmu dan pintu zikir. Makanya, seelok-eloknya kita mempersiapkan diri kita dengan bekalan ilmu yang mencukupi sebelum kita mengadap seseorang guru itu. Pernah diceritakan oleh Syeikhna As Syeikh Mahmud Said Mamduh, ketika mana di dalam pengajian Syeikh Yasin Fadani. Seperti biasa, anak murid akan membacakan kitab dihadapan gurunya dan yang lain akan mendengar. Andai gugur satu baris, atau terdapat kesilapan dalam satu baris, maka syeikh Yasin akan terus memandang dengan pandangan yang sangat tajam ke atas Muqri' tersebut. Juga murid yang lain, akan memandang kepada muqri tersebut. Hal itu merupakan satu aib, yang memang tidak patut dilaksanakan oleh seseorang ahli ilmu di hadapan gurunya.

Seterusnya, Habib Yusuf menambah dengan menjelaskan satu ayat daripada surah Al Fatihah yang bermaksud " Engkau sahajalah Tuhan yang aku sembah dan kepada Engkau sahajalah aku memohon pertolongan " Kebanyakan daripada golongan manusia yang bersembahyang,tidak khusyu' ketika bersolat. Hal ini kerana, dalam waktu dia menyatakan hanya Allah sahaja yang layak disembah, akan tetapi di fikirannya, memikirkan hal-hal keduniaan, seakan-seakan mempermainkan ayat bahawa hanya Allah yang layak disembah. Andai kita fokus dan khusyu' sudah pasti dengan penuh kerendahan kita menyatakan bahawa Allah sahaja yang layak disembah tanpa memikirkan hal-hal lain, yang langsung tidak berkaitan di dalam solat kita. Selain itu, kita perlu mengetahui bahawa dengan menjauhi dosa kecil, itu bermakna kita menjauhi dosa besar, dan menjauhi dosa besar bermakna kita menjauhi kekufuran. Maka, kunci untuk jauh daripada kekufuran adalah dengan menjauhi dosa kecil. Moga Allah mempermudahkan kita, dan segala urusan kita di dunia, agar di bawah rahmat dan kasih daripada Allah Taala.

Demikianlah huraian ringkas yang ingin penulis kongsikan berddasarkan Muhadoroh Habib Yusuf. Di sana, terdapat tambahan dan talkhis daripada penulis endiri, sekadar untuk memahamkan sidang pembaca sekalian, Andai terdapat di sana kekurangan mahupun kesilapan, penulis dengan berlapang dada menerima segala kritikan membina bagai memastikan penulisan ini menjadi lebih baik. Wallahu a'lam.

ilham_nafi',
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir. 

28 Jamadil Awwal 1433

Thursday 12 April 2012

Perkongsian Muhadoroh Habib Yusuf ( 2 )

 Maulid Akbar Yayasan Sofa di Masjid Besi
 
Kita menyambung kembali siri Muhadoroh bersama Al Fadhil Syeikh Yusuf Al Hasani Hafizahullah Taala, dalam ruang penulisan penailham ini. Perjuangan seorang sufi memang tidak dapat kita nafikan rentetan pelbagai peristiwa yang tercatat di dalam sejarah yang menunjukkan bahawa pergerakan sufi banyak terlibat dalam menentang penjajahan barat terutamanya dengan jihad kerana Allah Taala. Namun, dewasa ini sufi mahupun tasawwuf dilihat sebagai satu pergerakan yang menjurus ke arah kemunduran lantaran orang melihat bahawa tasawwuf seakan tiada apa-apa sumbangan di dalam perjuangan islam. Hal inilah yang menjadi masalah mereka yang tidak memahami tasawwuf. Namun, secara jujurnya bagi penulis sendiri juga belum menguasai cabang-cabang tasawwuf secara khusus, namun cukuplah dapat kita fahami perihal perjuangan tasawwuf itu sendiri berdasarkan kisah-kisah yang telah tercatat di buku-buku mahupun kitab sejarah. 

Seperti mana yang kita lihat sekarang ini, kita sedang berada di satu platform transformasi dalam mengubah persepsi masyarakat berhubung dengan tasawwuf. Jelas di Malaysia khususnya, seorang tokoh ilmuan yang tidak asing lagi, iaitu As Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamuludin Al Maliki, yang berkelulusan Universiti Al Azhar. Beliaulah antara watak utama yang ingin memahamkan masyarkat perihal tasawwuf. Di samping bergelumang dengan zikir, namun pembangunan juga dititik beratkan dalam memastikan tasawwuf seiring dengan peredaran zaman. Penyusunan strategi dakwah yang mapan, dengan pembinaan Maahad As Sofa, Kolej As Sofa, dan bakal mencipta sejarah dengan pembinaan Al Azhar kedua, iaitu Universiti As Sofa. Andai kita meniliti dengan lebih jelas, beliau adalah seorang sufi yang mempunyai sejumlah yang ramai dalam kalangan masyaikh yang beliau mengambil ijazah dan menuntut ilmu secara khusus daripada mereka. Namun, beliau tidak sekali-kali melupakan da'wah, bahkan sangat menitik beratkan perihal da'wah kepada masyarakat.

Maka, dimanakah ruang untuk kita mengatakan bahawa sufi itu tidak haraki? Memang tidak dinafikan bahawa, terdapat sebahagian tariqat sufi, yang hanya mementingkan zikir, akan tetapi, adakah dengan wujudnya sedikit daripada gologan sufi yang sebegitu, kita ingin menyalahkan keseluruhan orang yang mempunyai tariqat sufi? Sudah pasti itu adalah kesimpulan yang silap. Maka, seelok-eloknya, berilah ruang kepada aqal dan fikiran dalam menimbang tara, sesuatu perkara dalam menghasilkan keputusan yang bijak ataupun penilain yang bijak dan sempurna.
 
Sidang pembaca yang dirahmati Allah,
 
Demikianlah sedikit muqaddimah ringkas yang cuba penulis gambarkan kepada sidang pembaca sekalian. Sebagaimana yang disebut oleh Syeikh Yusuf di dalam syarahnya, sesungguhnya kemerdekaan itu adalah apabila engkau beribadah itu bukanlah untuk dirimu, akan tetapi ibadahmu itu adalah khusus untuk Allah Taala. Segala ibadah yang melibatkan solat, puasa mahupun zakat, tidak lain tidak bukan untuk menunjukkan kita ini hamba-sehambanya kepada Tuhan yang agung iaitu Allah Taala. Hendaklah kita mengetahui bahawa semua ibadah itu, adalah bukan kerana untuk memperoleh syurga, juga bukan kerana takut akan api neraka. Hal ini kerana, andai kita beribadah kerana syurga, sudah pasti kita adalah hamba kepada syurga, dan andai kita beribadah kerana takut akan neraka, sudah pasati kita adalah hamba kepada neraka, Jadi dimanakah ruang untuk kita  beribadah kerana takutkan Allah?, andai ibadah kita kerana inginkan syurga dan takutka n api neraka?
 
Suka penulis tekankan disini, ketahuilah bahawa syurga mahupun neraka adalah makhluk. Memang tidak dinafikan, manusia memerlukan sesuatu gambaran ganjaran yang bakal diperolehi sebagai balasan atas setiap amal yang telah dilaksanakan. Namun, cukuplah andai ganjaran itu, sebagai pemancing nafsu untuk bersegera dalam berbuat kebaikan. Dan, tinggalkanlah keinginan beribadah kerana syurga, andai ibadah mu telah istiqamah, dengan memfokuskan kerana Allah semata. Kita adalah hamba. Andai dilihat daripada neraca seorang hamba dan seorang majkan ketika di dunia ini, dimanakah ruang untuk seorang hamba untuk mengharapkan sesuatu ataupun meminta sesuatu kepada majikannya, bahkan dia wajib mentaati segala suruhan majikannya itu tanpa sebarang bantahan mahupun harapan ganjaran daripada perkara yang disuruh itu. Maka hal itulah yang kita analogikan, dengan kita sebagai hamba dan Allah sebagai tuhan kita. Permintaan Allah mudah, ' laksanakan apa yang disuruh, dan tinggalkan apa yang dilarang'. So, Just do it. 
 
Moga dapat mengambil iktibar dan manfaat, dan akan bersambung pada entri yang akan datang. Barakallahu fikum.

ilham_nafi',
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir. 

24 Jamadil Awwal 1433

Saturday 7 April 2012

Perkongsian ringkas Muhadoroh Habib Yusof (1)

Pertalian ilmu yang dihubungkan oleh seorang murid kepada syeikhnya adalah salah satu pelaburan masa yang amat menguntungkan apabila kita berdamping dengan masyaikh tersebut. Hal ini, menjadikan seseorang itu akan lebih mendekati gurunya, dengan sepenuh perhatian, dan gurunya itu akan sentiasa mengingatkan muridnya dengan ilmu dan amal. Inilah Murabbi sebenar yang menyebabkan murid itu, akan terdidikdengan ilmu dan amal yang bertepatan dengan apa yang disayariatkan oleh Allah serta yang diperintahkan oleh Rasulullah. Era menuntut ilmu dalam usia remaja , amatlah memberi manfaat yang besar kepada diri individu itu sendiri, masyarakat , keluarga, dan negara. Hal ini kerana, dengan daya otak dan aqal fikiran yang cerdas di waktu remaja, ianya mampu memberikan impak pengajaran kepada orang lain yang efektif setelah selesai tempoh pembelajaran nanti.

Hal inilah yang amat disarankan oleh Habib Yusuf Hafizahullah Taala, yang mengingatkan kepada para remja agar mementingkan akhlak dan tabiat yang mulia di sepanjang tempoh remaja ini, kerana ianya akan membawa impak mahupun kesan ketika tua mendatang. Ilmu yang dipelajari ini, menjadikan seseorang itu, tidak lebih dari memadamkan kejahilan yang bertapak di dalam diri. Kejahilan itulah yang menyebabkan umat semakin mundur dan semakin jauh daripada rahmat Allah Taala. Sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibnu Roslan di dalam Matan Zubad "Sesiapa yang tidak mengetahui, hendaklah dia bertanya, dan sesiapa yang tidak mempunyai guru, hendaklah dia  pergi mencarinya". Keratan bait ini, jelas menunjukkan  bahawa, apabila kita sedar yang kita ini berada di dalam kejahilan, hendaklah kita bertanya, agar segala ketidaktahuan mahupun ketidakfahaman itu hilang. Kemudian, apabila kita tidak mempunyai guru untuk dijadikan tempat untuk meraih ilmu hendaklah pergi dan berudaha untuk encarinya.

Dewasa ini, kaedah umat islam dalam memperoleh ilmu, telah banyak mencetuskan kehuruharaan , di mana mereka tidak lagi menjadikan guru dengan mengadap guru itu, sebagai kaedah menuntut ilmu, bahkan mereka hanya mendapatkannya melalui kaca tv, radio, majalah, internet dan sumber-sumber lain yang mempunyai maklumat perihal imu. Suka penulis nyatkan di sini, kesemuanya itu hanyalah wasilah, dan kebanyakan maklumat yang diperolehi lebih banyak silap daripada betulnya. Hal menjadi lebih parah, apabila terdapat sebahagian lagi, yang memandai-mandai alim, dengan membaca sendiri buku-buku agama seperti yang berkaitan dengan tauhid, fiqh dengan sendirinnya tanpa merujuk kepada guru. Sebagaimana disebut di dalam pengajian Syeikh Yusri, : "Berdua-duaan seseorang itu dengan bukunya  itu, lebih teruk dan lebih bahaya daripada seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan di tempat yang sunyi". Hal ini berlaku kerana, apabila seseorang itu hanya membaca, tanpa mengadap guru, dan apabila dia tersalah, sudah pasti bahawa kesesatan ilmu akan berlaku ke atas dirinya , juga berlaku terhadap orang yang merujuk kepadanya. Maka terjadilah istilah, sesat dan menyesatkan kan. Adapun yang  berdua-duaan, kesilapan itu hanya tertumpu kepada mereka berdua sahaja, tanpa melibatkan orang lain.

Makanya, marilah kita kembali kepada manhaj sebenar dalam mendapatlkan ilmu iaitu dengan mengadap masyaikh dan membacanya di hadapan mereka. Maka, sudah pasti mereka akn menegur, andai terdapat apa-apa kesalahan di dalam pemahaman kita terhadap buku yang kita bacakan kepadanya. Demkian, muqaddimah ringkas yang ingin penulis bawakan, sebelum menyambung entri yang sabelumnya, dalam menceritakan serba sedikit intipati yang diperolehi daripada muhadoroh 'ammah Syeihnka As Syeikh Habib Yusuf Muhyiddin Riq Bakhur Al Hasani Hafizahullah Taala. 

Beliau juga menambah, sebagaimana yang kita sedia maklum, mengenai hadis Jibrill tikamana Jibril datang menemui Rasulullah dalam menyatakan Islam, Iman dan Ihsan. Ternyata hal itu, merangkumi keseluruhan aspek dalam agama islam itu sendiri. Apabila jatuh salah satu daripadanya, maka jatuhlah kesempurnaan iman seseorang itu. Sesungguhnya islam itu adalah perkara yang melibatkan perbuatan ibadah seperti solat , puasa, zakat, haji dan sebagainya. manakala iman pula adalah , perkara yang melibatkan keimanan ataupun kepercayaan kita berkaitan dengan alam ghaib seperti malaikat, hari kiamat, syurga, neraka, arasy dan sebagainya, yang kita tidak ketahui hakikatnya, melainkan apa yang disampaikan oleh Rasululah S.A.W. Ihsan pula, dapat kita simpulkan disini, adalah Tasawwuf itu sendiri.

Sidang pembaca yang dirahmati Allah.

Tasawwuf mempunyai pelbagai ta'rif yang mencecah ribuan jumlah takrifannya. Namun, dapat kita simpulkan bahawa, tasawwuf itu adalah akhlak. Semakin bertambah akhlaknya, maka semakin sucilah hatinya. Perlu kita fahami, bahawa tasawwuf bukanlah terikat dengan zikir semata, namun zikir itu adalah pengikat kita dalam memastikan tindakan kita, berada di dalam keredhaan Allah Taala. Oleh hal yang demikian, kita perlu sedar, bahawa semua orang adalah seorang sufi, selagimana dia berakhlak dengan akhlak yang mulia, Hilang akhlak, hilanglah sufinya.  Jadi, tidaklah penulis ingin melebarkan syarahan buat kali ini, dan insyaAllah, akan disambung pada entri yang seterusnya. Wallahu a'lam. 

ilham_nafi',
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir. 

18 Jamadil Awwal 1433

Wednesday 4 April 2012

Perkongsian ringkas Muhadoroh Habib Yusof

Perjalanan menuju Allah Taala, adalah satu perjalanan yang sukar dan mencabar, kerana di sepanjang perjalanan, kita di iringi dengan nafsu yang sering bersama kita ke mana jua arah yang kita tuju. Nafsulah yang menyebabkan seseorang itu, banyak terpesong daripada jalan yang sebenar dalam menuju Allah. Ada yang tersungkur dibentes nafsu, namun berjaya untuk bangkit dan meneruskan perjalanan, dan tidak kurang juga yang terus tersungkur tanpa sebarang daya untuk bangkit. Hal inilah yang menjadi kerisauan bagi kita, andai kita tidak mampu untuk bangkit semula dalam menempuhi saki-baki perjalanan yang masih tersisa.

Oleh hal yang demikian, Allah mengutuskan seorang Nabi, bagi menunjukkan panduan dan arah yang benar dalam menempuhi perjalanan yang berliku ini. Namun , Rasulullah telah pun pergi meninggalkan kita. Maka siapakah lagi yang kita harapkan untuk membimbing kita.? Maka jawapannya sudah tentulah para 'ulama' .Sebagaimana disebut " Ulama itu pewaris nabi " . Daripada merekalah, kita dapat mengetahui bagaimana perjalanan hidup yang tepat dalam menempuhi kehidupan ini.

Dalam entri kali ini, suka penulis kongsikan bersama sahabat-sahabat dan sidang pembaca sekalian, perihal satu ceramah yang telah disampaikan oleh Habib Yusuf Bakhur Al Hasani, dalam satu majlis muhadoroh 'ammah di rumah kelantan, Republik Arab Mesir, kelmarin. Tokoh sufi unggul yang masih diberikan kesempatan oleh Allah kepada umat yang amat dahagakan pentarbiyahan jiwa melalui lisan beliau. Sesungguhnya hati-hati yang bersih lantaran zikir yang berterusan, adalah satu sumber cahaya yang bersinar , yang berjalan di muka bumi. Tidaklah akan diketahui cahaya itu, melainkan orang yang punya cahaya juga. 

Setiap manusia telah Allah campakkan cahaya di hati-hati hambanya. Namun, sejauh mana kekuatan cahaya itu bergantung kepada sejauh mana ketaatan yang dilakukan dan kemaksiatan yang dilakuan. Seandainya maksiat melebihi taat, sudah pasti semakin malaplah cahaya itu. Di antara perkara yang boleh dikongsikan daripada ceramah beliau ialah, tasawwuf  adalah satu perkara yang mudah iaitu dengan melaksanakan segala syariat yang telah Allah wajibkan kepada kita. Dari sudut aqidah, ibadah dan akhlak. Oleh yang demikian, beliau menjelaskan penjelasan yang cukup mudah bagi memahami tasawuf. bagi kita penuntut yang masih belajar. 

Tambah beliau lagi, sepanjang fatrah remaja ini, jadikanlah setiap amalan itu dalam keadaan ketaatan terhadap Allah, kerana semua yang kita lakukan ketika remaja akan memberi kesan ketika tua nanti. Ilmu yang dipelajari juga hendaklah dimanfaatkan dengan cara melaksanakan segala yang dipelajari. Ilmu itu bukan dituntut untuk sekadar menambah pengetahuan, akan tetapi perlulah dipratikkan. Sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibnu Roslan di dalam Matan Zubad, " Maka orang yang berilmu yang tidak mengamalkan ilmunya, akan diazab terlebih dahulu daripada penyembah berhala"
 
Sesungguhnya di akhirat nanti, Allah tidak akan bertanyakan tentang apa yang kita belajar , akan tetapi Allah akan bertanyakan tentang apa yang telah kita amalkan daripada apa yang telah kita pelajari. Justeru itu, kita perlu mempuyai matlamat daripada apa yang kita lakukan ketika di dunia ini. Dengan adanya matlamat, barulah kita mempunyai perancangan untuk mencapai matlamat itu. Sekiranya tiada tujuan, dalam tindakan seharian kita, sudah pasti tiada perancangan. oleh itu apakah gunanya kita hidup? Jadi perkara itulah, yang dapat kita simpulkan disebalik pengamalan ilmu. Maka tujuan kita belajar adalah untuk mengamalkannya, itu sahaja.

Beliau menambah lagi,  dalam perjalanan ilmu ini juga, sudah pasti kita akan menyampaikan kepada orang. Sebagaimana disebut : " Berbicaralah kepada manusia mengikut kadar pemahaman aqal mereka sahaja. " Seandainya kita bercakap melebihi kadar pemahaman mereka, maka itu bermaksud kita sudah menzalimi mereka. Atau boleh juga disebut, kita tidak adil. Apakah maksud adil? Adil bermaksud, meletakkan sesuatu pada tempatnya. Lawan adil ialah zalim. Makanya, berlaku adillah bagi mereka yang rendah mentaliti pemikirannya dalam memahami sesuatu perkara dengan menyampaikan sekadar mampunya sahaja. 

Inilah penjelasan ringkas yang cuba penulis kongsikan kepada sidang pembaca sekalian. Ini hanyalah sedikit, yang ingin dikongsikan, adapun yang lainnya akan penulis muatkan dalam entri yang akan datang. Moga sahabat dapat mengambil iktibar dan pengajaran seterusnya mengamalkan segala yang dipelajari. Wallahu a'lam.
 
ilham_nafi',
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir. 

14 Jamadil Awwal 1433

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...