Saturday 23 June 2012

Ungkit masa silam!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
 
BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG
 
 Situasi 1:
Ahmad : ko kena ingat sikit, ko 2 bekas banduan, fikir dahulu sebelum buat apa-apa, jangan bagi masyarakat hina ko

Mohd : tapi tu kan masa silam aku, tak payah laa ungkit lagi..

Ahmad : aku just nak bagi peringatan je, saling ingat mengingati

moral : terkadang masa silam adalah sesuatu yang agak sensitif, bukan boleh main sebut sahaja.. orang yang mengalaminya mungkin menghadapi fobia atau sedaya upaya untuk melupakannya, jadi timbang tara sebelum mengungkit sesuatu.

Situasi 2 :

Aminah : weh maimon, ko nak tahu tak, timah dulu tak pakai tudung, aku ada gambar dia, nak tengok?

Maimon : ehh, ada kew? boleh jugak, boleh share dalam fb..

Timah : Astaghfirullah, tolonglah jangan ungkit kisah lama, aku dah bertaubat, tolonglah delete benda tu semua, aku xsuka..

moral : terkadang masa silam adalah sesuatu yang peribadi dan aib. Kita yang mengetahui aib orang, jagalah ia dengan baik

p/s : KADANG KALA ORANG YANG SUKA MENGUNGKIT MASA SILAM ORANG LAIN ADALAH MANUSIA YANG SUKA MENCARI SALAH ORANG LAIN, KENAPA DALAM BERIBU KEBAIKAN 1 KEBURUKAN ITU JUGA YANG DISEBUT-SEBUT.. orang yang benar-benar berani adalah orang yang memperbaiki kesilapan masa silam, dan orang yang paling memahami adalah orang yang menjaga aib orang lain.. :)

Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda,

"Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).
 
.:: copypaste version ::.
 
ilham_nafi' ,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir.

Wednesday 13 June 2012

Berita ‘Gembira’ Buat Pembunuh

 Oleh : Syaikh Muhammad Abu Al-Huda Al-Ya`qubi

Kami telah menerima berita tragis tentang penyembelihan umat yang dilakukan oleh tentera-tentera Asad di Hula. Lebih dari 100 orang yang tidak bersalah telah dibunuh setelah mereka disembelih, dikerat-kerat, dipotong-potong dan dicederakan dengan cara yang mengerikan yag melibatkan kanak-kanak, wanita dan warga emas yang tidak bersalah.

Dalam pada kami mengutuk jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini, kami juga menyatakan bahawa kesedihan dan kekecewaan yang melanda akibat dari kekejaman yang mengerikan ini tidak dapat diungkapkan oleh mana-mana bahasa dan perkataan. Justeru kami mengajak semua pihak yang punya hati dan perasaan agar mengutuk jenayah berat ini melalui apa sahaja cara seperti siri ceramah dan penjelasan, demonstrasi dan sebagainya.

Sebagai mewakili tentera pembebasan Syria, para demonstran, pejuang-pejuang, para ulama yang bertaqwa dan ahli sufi yang berjuang, kami mengisytiharkan bahawa kami akan membalas kejahatan mereka dengan sepenuh kekuatan yang bakal menggegarkan pemerintahan regim. Kebangkitan rakyat akan berterusan serta tindakan-tindakan kami selepas ini akan lebih tegas dan keras berbanding laungan lisan. Maka berilah khabar gembira kepada para pembunuh tersebut dengan kematian yang bakal mereka hadapi.

Namun kami tegaskan juga bahawa kami tidak akan membalas dendam terhadap wanita dan kanak-kanak mereka, kerana itu bukanlah cara kami. Tetapi kami akan menghalakan serangan terus ke arah regim serta menjejaki maklumat setiap individu penjenayah yang telah terbukti terbabit dalam siri kekejaman agar ia mendapat hukuman. Justeru kami menyeru kepada setiap bapa yang mahu menuntut bela atas kematian anaknya serta mengutuk kekejaman musuh, atau mereka yang masih punya rasa cemburu terhadap maruah dan kemuliaan umat yang diinjak-injak, marilah menyertai gerakan menyelamatkan negara dan rakyat dari kejahatan tentera-tentera penjenayah.

Air mata mengalir dan perasaan hancur remuk ketika menyaksikan peristiwa sadis ini semasa makan, minum dan berehat santai. Bukanlah kami sedih atas kematian, kerana yang mati tetap mati. Dan mati itu past datang. Malah mereka yang mati syahid sedang berseronok di taman-taman syurga. Tetapi kami sedih dan kecewa kepada pihak-pihak yang bergembira dengan musibah ini, mendokong regim yang zalim dan berdiam diri dengan kejelekan yang berlaku.

Benarlah kata-kata syair :
Tiada guna dan kebaikan bagi seseorang yang hidup
Tetapi ia tidak berfungsi dan memberi manfaat kepada orang lain
 
.:: copypaste version ::.
 
ilham_nafi' ,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir.

Tuesday 12 June 2012

KEMATIAN TAKKAN MEMBUNGKUS DOSA DOSA KITA

Berapa banyak yang membuka mata dari lenanya.. Hidup seolah-olah tidak akan bertemu dengan kematian.. Menabur cinta pada duniawi yang akan lenyap tiada abadi...

Jangan mengira bahwa kematian akan membungkus segala-galanya bersama jasad yang tertanam dalam tanah..

Tapi Sebaliknya.. kematianlah yang akan membongkar segala-galanya... Tanggunglah segala apa yang kita lakukan selama ini..

Gambaran-gambaran tentang hari pembalasan sudah seringkali kita dengar, tapi lumrahnya manusia..Tersedar tapi akhirnya lupa..

Wahai orang yang sedang bersenang senang dengan dunia.. siap atau tidak siap.. Jauh atau dekat.. Kematian bisa saja mengancam sesaat lagi...

Tidakkah kau mengetahui bahwa kau akan segera meninggalkan duniamu.. dan duniamu pula akan meninggalkanmu..?

Bersegeralah mulai untuk perubahan diri dari sifat dan watak syaithani dan haiwani.. menjadi insan Islami..

Berubahlah dari kefasikan dan kekafiran menjadi keimanan..
Berubahlah dari kemunafikan menjadi istiqamah..
Berubahlah dari keraguan menjadi keyakinan..
Berubahlah dari kesombongan menjadi ketawadhu’an..
Berubahlah dari rakus menjadi rasa syukur dan sederhana..
Berubahlah dari pemarah dan pendendam menjadi kasih sayang dan memaafkan..
Berubahlah dari kelicikan dan penyelewengan menjadi kejujuran dan keadilan,..
Berubahlah dari kedustaan menjadi kebenaran..

Apakah kita lupa atau berpura-pura lupa dengan perjalanan panjang tersebut.. bahkan malah memilih dunia dengan segala perangkapnya..
Kemewahan..kecantikan..kekayaan..kedudukan yang semua nilainya disisi Allah Swt tak lebih dari sehelai sayap nyamuk..!

- Wahai yang tertipu oleh dunia…..!!

Kerjakanlah apa yang telah diperintahkan-Nya.. dan berusaha sehabis mampu untuk menjauhi larangan-Nya...

- Wahai yang selalu berangan-angan panjang..!!

Berusahalah untuk memelihara ketundukan..tawadhu’ dan syukur atas nikmat-Nya yang akan mengajakmu menuju pintu ketenangan dan kebahagiaan...

- Wahai yang sedang lengah dari ketaatan kepada Rabb-nya..!!

Berhiaslah dengan amal soleh dan keindahan akhlaqul karimah...

- Wahai yang sedang berpaling dari Allah Swt…!!

Semuanya akan mempertanggung jawabkan amalannya sendiri-sendiri..maka beramal-lah..!

- Wahai yang nafsunya selalu menolak nasihat..

Renungkanlah sesaat..Sedarkan fikiran yang masih berfungsi ini untuk segera melakukan perubahan.. Kerana inilah waktu bagi kita untuk berubah sebelum menjadi mayat..

.:: copypaste version ::.
 
ilham_nafi' ,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir.

Monday 11 June 2012

SENARAI TUGAS SYAITAN

IBLIS dan syaitan adalah musuh nyata manusia. Kedua-duanya termasuk kaum jin yang dijadikan daripada api sangat panas dan tergolong dalam spesies makhluk ghaib, iaitu tidak kelihatan dengan mata kasar manusia.

Antara tugas syaitan ialah:

1. Menghasut manusia untuk melakukan kejahatan. Sebab itu Allah mengingati manusia supaya berwaspada dengan hasutan terbabit.

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara yang keji, dan menyuruh kamu berkata dusta terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui.” (al-Baqarah:168-169)

2. Menakut-nakutkan manusia. Syaitan juga bekerja menakutkan dan membimbangkan manusia, terutama berdepan persoalan rezeki, dengan hidup miskin dan susah.

“Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedangkan Allah menjanjikan kamu keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:268)

3. Menyesatkan manusia. “Tidakkah engkau melihat orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya ingkar kepada taghut itu. Dan syaitan hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.” (an-Nisa’:60)

4. Menimbulkan permusuhan sesama manusia. Cara syaitan ialah menimbulkan syak wasangka, hasad dengki dan kebencian. “Sesungguhnya syaitan itu berkehendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan arak dan judi…” (al-Maidah:91)

5. Melalaikan dan menghalang manusia daripada mengingati Allah. “…dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti?” (al-Maidah: 91)

6. Mencari calon penghuni neraka. “Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagimu, maka jadikanlah dia musuh; sebenarnya dia hanya menyeru golongannya supaya menjadi penduduk Neraka.” (Fathir:6)

7. Berusaha merayu manusia supaya mencintai dan memujanya. “Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu!” (Yasin: 60)

8. Disebabkan tidak senang dengan ketenangan manusia, syaitan mengada-adakan pelbagai onar, termasuk membisikkan sesuatu ke telinga dan hati manusia.

“Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. Dari kalangan jin dan manusia.” (an-Nas: 4-6)

.:: copypaste version ::.
 
ilham_nafi' ,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir.

Saturday 9 June 2012

7 Jenis Muka Mayat Di dalam Kubur

1-Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2-Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan di tempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kita tidak pernah menutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan.

3-Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu bapa.

4-Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5-Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6-Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7-Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh ,,

.:: copypaste version ::.
 
ilham_nafi' ,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir.

Thursday 7 June 2012

Kisah Pengajaran Yang Akan Membuatkan Anda Berfikir

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.

Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...

Si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.

2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita..

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.

Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.

Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu.

Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..Sama2 lah kita muhasabah diri msing2 sblum trlambat..

p/s : Jadi adakah anda masih merasakan bahawa dunia ini tempat untuk bermain dan bersenda gurau?

.:: copypaste version ::.
 
ilham_nafi' ,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir.

Wednesday 6 June 2012

18 SEBAB JIN MERASUK MANUSIA

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan JIN untuk dipikat.

Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani berkata, “ Dalam setiap tubuh manusia ada JIN dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka..”

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka menjadi perhatian makhluk JIN..

“JIN sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat..” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan JIN di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Ahmad Dasuki, JIN tidak akan datang mengganggu seseorang itu melainkan ia sudah terpikat kepadanya..
“Bila sudah berkenan, JIN akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya..” tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, JIN memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dihampiri dan dipikat..
“Manusia yang sudah lupa dan jauh dari Allah SWT dan Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan dengan sebab itu dia mudah dipengaruhi oleh makhluk JIN..” katanya.

Manurut Ustaz Ahmad Dasuki lagi, JIN menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta serta dipelawa oleh manusia itu sendiri (samada secara sedar atau tidak). Lebih malang lagi, manusia itu sendiri berminat menggunakan khidmat JIN sebagai ‘pembantu’nya untuk melakukan kerja2 jahat dan khianat kepada orang lain..

Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani menyatakan 18 sebab JIN merasuk manusia iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah SWT
2. Terdapat alat muzik atau peralatan yang melalaikan di dalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca ‘Basmallah’ (Bismillahir rahman nirrahim)
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolekan
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir/bomoh/pawang..
17. JIN suka dan jatuh cinta kepada manusia
18. Suka membaca buku2 cerita hantu dan buku berunsur sihir, mantera2..

Beliau juga memberikan beberapa tanda seseorang itu telah dirasuk JIN, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah gelisah tidak tentu pasal..

Mimpi berulang2 mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan JIN..
Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas dan berat untuk berzikir dan solat..

Selain itu, manusia dirasuk JIN sering merasa sakit kepala dan pada lain2 anggotan tubuhnya tetapi punca penyakit sukar dikesan oleh doktor..

Tanda-tanda ialah pening dan sakit kepala berpanjangan (terutama pada waktu senja), otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata yang menyuruh melakukan sesuatu yang pelik dan mungkin tidak masuk akal..
Wallahua'lam..

Keterangan gambar : senarai ayat-ayat ruqyah

.:: copypaste version ::.
 
ilham_nafi' ,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir.

Tuesday 5 June 2012

Lihat dan bandingkan dengan diri kita wahai saudaraku..

Terkadang kita beli roti makan tak habis, bila dah expired date baru menyesal tak makan..

Terkadang kita order makanan banyak-banyak masa makan dekat kedai makan, akhirnya tinggalkan dalam pinggan begitu sahaja..

Terkadang kita masak macam-macam kat rumah, kononnya nak makan, tapi akhirnya basi dan di buang begitu sahaja..

Terkadang bila kita pergi kenduri kendara, ambil makanan banyak sebab rasa berselera sangat, bila tak habis tinggal macam tu je..

Terkadang kita merungut bila mak cuma masak telur rebus je kat rumah, kita nak ayam panggang, ayam goreng, alahaiii lagi kesian orang yang makan dengan garam je..

Terkadang bila masak terlebih masin atau tawar, lebih rela buang daripada makan..

Terkadang kita makan banyak-banyak takut orang lain makan dan kita tak sempat..

Terkadang kita beli makanan banyak-banyak, lepas tue lupa nak makan..

p/s : bersyukurlah kerana sekurang-kurangkan anda masih mampu menyuap sesuatu ke dalam mulut hari ini tanpa perlu meminta-minta..

.:: copypaste version ::.
 
ilham_nafi' ,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir.

7 Azab yang Dilihat Pengali Kubur

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.” Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, “Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”

Jawab ahli ibadah tersebut “Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak ridha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.” Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.

Setelah anda membaca kisah ini. Sampaikan atau hantarkan kepada sahabat dan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan amalan baik yang sedikit ini diambil kira oleh Allah Taala di Akhirat kelak. Aamiin.

.:: copypaste version ::.
 
ilham_nafi' ,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir.

Sunday 3 June 2012

PENEMUAN SAINTIFIK DISEBALIK KHALWAT PASANGAN BUKAN MAHRAM

Larangan untuk tidak berkhalwat (berdua-duaan) antara seorang lelaki dan wanita yang bukan mahram selama ini dipatuhi seorang mukmin sebagai ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Tapi, jarang dari kita yang mengetahui sebab ilmiah disebalik perintah itu.

Kenapa hal tersebut dilarang dan dianggap berbahaya oleh syariat Islam? Bahagian tubuh kita yang mana yang ternyata berpengaruh terhadap keadaan khalwat itu?

Baru-baru ini, satu kajian membuktikan bahaya berkhalwat tersebut.

Para penyelidik di Universiti Valencia menegaskan bahawa seorang yang berkhalwat dengan wanita menjadi daya tarikan yang akan menyebabkan kenaikan sekresi hormon kortisol. Kortisol adalah hormon yang bertanggung jawab terjadinya stres dalam badan. Walaupun subjek kajian cuba untuk melakukan kajian atau hanya berfikir tentang wanita yang sendirian denganya hanya dalam sebuah simulasi kajian. Namun hal tersebut tidak mampu menghalang tubuh dari perembesan hormon tersebut.

“Cukuplah anda duduk selama lima minit dengan seorang wanita. Anda akan mempunyai perkadaran tinggi dalam peningkatan hormon tersebut,” inilah penemuan kajian saintifik baru-baru ini yang disiarkan di dalam Daily Telegraph!

Para saintis mengatakan bahawa hormon kortisol sangat penting bagi tubuh dan berguna untuk prestasi tubuh tetapi dengan syarat mampu meningkatkan perkadaran yang rendah, tetapi jika meningkat hormon dalam tubuh dan berulang terus proses tersebut, maka yang demikian boleh menyebabkan penyakit serius seperti penyakit jantung dan tekanan darah tinggi dan mengakibatkan diabetes dan penyakit lain yang mungkin meningkatkan nafsu seksual.

Bentuk yang menyerupai alat proses hormon kajian tersebut berkata bahawa stres yang tinggi hanya berlaku ketika seorang lelaki berkhalwat dengan wanita asing (bukan mahram), dan stres tersebut akan terus meningkat pada masa wanitanya memiliki daya tarikan lebih besar! Tentu saja, ketika seorang lelaki bersama-sama dengan wanita yang merupakan saudaranya sendiri atau saudara dekat atau ibunya sendiri tidak akan berlaku kesan daripada hormon kortisol. Seperti halnya ketika lelaki duduk dengan seorang lelaki, hormon ini tidak naik. Tetapi hanya berlaku ketika bersendirian dengan seorang lelaki dan seorang wanita bukan mahram.

Para penyelidik mengatakan bahawa lelaki ketika ada perempuan asing disisinya, dirinya dapat membayangkan bagaimana membina hubungan dengannya (jika tidak emosional), dan dalam kajian lain, para saintis menekankan bahawa situasi ini (untuk melihat wanita dan berfikir tentang mereka) jika berulang, mereka berisiko untuk mengidap penyakit kronik dan masalah psikologi seperti kemurungan.

Nabi shallallahu 'alaihi wassalam mengharaman khalwat

Kita semua tahu hadis yang terkenal yang mengatakan: “Tidaknya ada orang yang seorang lelaki berkhlawat dengan wanita kecuali syaitan adalah yang ketiga, hadis ini menegaskan diharamkannya berkhalwat bagi seorang lelaki dengan wanita asing atau bukan mahramnya. Kerana itu Nabi saw melalui syariat ini menginginkan kita mengelakkan banyak penyakit sosial dan fizikal.

Ketika seorang beriman mampu mengelakkan diri dari melihat wanita (yang bukan mahram) dan mengelakkan diri dari berkhalwat dengan mereka, maka dia mampu mencegah penyebaran amoralitas dan dengan demikian melindungi masyarakat dari penyakit wabak dan masalah sosial, dan mencegah individu dari pelbagai penyakit.

Wallahu’alam

.:: copypaste version ::.
 
ilham_nafi' ,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir.

Friday 1 June 2012

Pesanan IMAM GHAZALI kepada anak perempuannya pada hari perkahwinannya:

ANAKKU!

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal. Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu..

Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya. Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.

Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya. Itu akan membuatkan dia berasa benci kepadamu.

Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan melupakan engkau.

Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu. Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya…Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum.

Janganlah membiarkan dia mendengar melainkan perkataan yang baik.

Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.

.:: copypaste version ::.
 
ilham_nafi' ,
Bait Bukhori,
Madinah Nasr, Hayyu Sabi',
Kaherah, Republik Arab Mesir.

SYRIA: Kita SEKUFU

Ramai yang bertanya apakah peranan yang boleh dimainkan oleh rakyat Malaysia terhadap kebangkitan umat Islam di Syria khususnya.

Antara peranan yang boleh dimainkan oleh kita ialah :

1) Prihatin terhadap isu-isu yang berlaku di Syria atau isu ummah secara keseluruhannya.

2) Sebarkan maklumat kepada masyarakat berkenaan kezaliman yang berlaku di Syria.

(Klik share setiap maklumat yang kami kongsikan dan share page ini kepada masyarakat yang lain)

3) Hulurkan bantuan kewangan kepada rakyat Syria yang memerlukan.

4) Teruskan berdoa agar mereka dibebaskan daripada pemerintah yang zalim rejim Basyar dan semoga Allah sentiasa memelihara rakyat Syria.

5) Jangan tertipu dengan berita-berita daripada kebanyakan media yang begitu mengelirukan.

6) Kenali dan peka terhadap sebarang anasir Syiah dan Zionis agar umat Islam di Malaysia tidak tertipu dan menerima nasib sebagaimana di Syria.

7) Merasakan Syria adalah sebahagian daripada tanah Umat Islam yang perlu dipertahankan. Ini kerana terdapat banyak hadis nabi yang menceritakan berkenaan bumi Syam.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...