Monday 6 August 2012

OH NEGARAKU...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "

Sedih Al-Faqir melihat suasana di KL, banyak tempat - tempat maksiat seperti disco dan rumah-rumah pelacuran masih berleluasa bergiat di tanah air kita.. yang paling menyedihkan ialah orang islam bangsa melayu yg aku cintai melanggang pelacur -pelacur di situ..lebih-lebih lagi ada jugak anak muda dari negeri hamba cintai kelantan tanah rendah sekebun bunga darul na'im terjebak dengan gejala tersebut... kusut fikiran ku memikir kan perkara ini... Kenapa pihak jabatan ugama seperti JAWI atau JAIS tak buat serbuan di sana .. hanya yg masuk di dalam 999 tv3 ialah serbuan yg di buat di rumah pelacuran yg tak berlesen seperti puchong dan cheras.. tp di KL sendiri diam dari seribu serbuan... ALLOH 2 salah siapa kah ini ya ALLOH?? keraja'an?? keluarga atau diri sendiri?? 

Al-Faqir teringatkan kesah As-syahid Imam Hasan Al-Banna Al-Husofi rohimahuLLOH berdakwah di tempat seprti itu sehingga sejarah merakamkan pelacur jatuh cinta terhadap beliau, Begitu juga dengan Syaikh Hisham Al-Kabbani Al-Nasyabandi QoddasaLLOHusirrohu berdakwah di tepat seperti itu sehingga ramai yg berbai'ah dengan beliau utk kembali ke jalan yg benar, Begitu juga Maulana Yusof rohmatuLLOH adik beradik Maulana Zakaria Jema'ah Tabligh pernah sampai di tempat seperti itu di amerika syarikat dan terus menangis di hadapan manusia -manusia yg berbuat maksiat kpd ALLOH itu, lalu hairan mereka dgn kelakuan Maulana tersebut serta bertanya "kenapa anda menangis wahai orang tua ??" lalu jawab Maulana Yusof : Ma'afkan aku wahai ummat Sayyiduna Muhammad s.a.w, kami yg bersalah di akhirat kelak kerana kelambatan kami sampai di tempat kamu" ALLOH2 , Maulana Yusof tidak sedikit pun menyalahkan org lain ATAU orang di situ ,lalu taqdir ALLOH ta'ala seluruh manusia yg berada di tempat itu masuk islam dan kembali kepada ugama ALLOH... atau kisah2 dakwah seperti yg di ceritakan oleh Syaikhuna 
Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki di dalam video inihttp://www.youtube.com/watch?v=LbLXF8Gd0sI ...

ya ALLOH ya LATIFUN bi'ibadihi, Di manakah Al-faqir di dalam medan Dakwah ini??!!! adakah hanya sekadar menyampaikan tazkirah atau kuliah di masjid sahaja??... Ya ALLOH, hina diri hamba mu ini yg tidak mampu menurut jejak langkah para da'i yg betul- betul ikhlas kepada Mu ya ALLOH.. "ya ALLOH ya ROBBi, selamatkan lah hamba mu ini dari kemaksiatan tersebut dan pertambahkanlah iman di hati hamba ini supaya bisa menuruti jejak dakwah para da'i MU yg betul-betul ikhlas kepada MU ya ALLOH .. perkuatkanlah iman ku seperti As-syahid Imam Hasan Al-Banna Al-Husofi,Syaikh Hisham Al-Kabbani Al-Nasyabandi, Maulana Yusof dan para da'i yg lain yg betul2 hebat imannya sehingga berani melangkah ketempat seperti itu dengan tujuan mengajak ummat JADDINA SAYYIDUNA MUHAMMAD S.A.W kembali kejalan yg di redhoi oleh MU ya ALLOH demi menggembirakan hati JADDINA SAYYIDUNA WA QUDWATUNA MUHAMMAD S.A.W yg kami tahu baginda tidak akan tidur dimalam hari melainkan akan memikir kan kami, ummatnya yg tidak tahu di untung , sesungguhnya hamba MU ini teramat lemah dan tiada kekuatan , LAHAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH "

ilham_ramadhan @ edisi kisah sahabat

Bersolatlah di kala waktu DHUHA

Surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, ditinggalkan dan dibenci. Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Allah SWT telah membenci dan meninggalkan baginda SAW.

Allah SWT dengan bahasa lembut menyejukkan jiwa Nabi SAW, bahawa Dia tidak tinggal dan bencikan Nabi SAW. Bagi mereka yang merasakan diri disisihkan manusia, hakikatnya,Allah tidak biarkan mereka kesepian. Dia sentiasa bersama, lalu, Dia pujuk jiwa yang disisihkan itu dengan jaminan bahawa hari esok adalah cerah dan lebih baik dari hari ini.

Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu.

Terjemahan:
[1] Demi waktu dhuha,
[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.
[6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?
[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

ilham_ramadhan

Saturday 4 August 2012

Adik-adik juga para sahabat.

Adik-adik, sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Moga-moga kalian senantiasa berada di bawah payungan rahmat Allah. Setelah sekian lama saya tidak mengeluarkan sebarang artikel, maka dengan anugerah masa yang diberikan ini, sekadar sedikit sebanyak perkongsian bicara yang ingin saya kongsikan di layar media ini. Dengan harapan Allah mencurahkan keberkatan kepada kita, tambahan lagi dengan nikmat Ramadhan yang kita kecapi sekarang ini.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ' Semoga berjaya ' buat adik-adik yang bakal menghadapi fatrah peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi. Peperiksaan adalah satu medan yang memerlukan persediaan yang sewajarnya bagi memudahkan kita menjawab segala soalan yang diberikan. Oleh hal yang demikian, berilah tumpuan yang secukupnya, agar kita tidak menyesal setelah keputusannya keluar nanti. Selain itu, peliharalah adab-adab ketika kita belajar, dengan mengekalkan wudhu', menutup aurat dan sebagainya. Dengan penjagaan segala adab ini, maka Allah pasti akan menurunkan rahmatnya, juga para malaikat mendampingi di sepanjang kita belajar. Inilah yang ingin kita capai iaitu disamping kita ingin mencapat kejayaan duniawi, kita juga berjaya mencapai kejayaan ukhrawi. Moga-moga dapatlah kita mengamalkannya, insyaAllah.

Keduanya, saya ingin menggunakan ruang yang diberikan ini, untuk memohon maaf kepada sahabat-sahabat yang mungkin pernah terguris perasaan dengan saya. Secara jujurnya, saya sendiri tidak mengetahui, segala perilaku yang telah saya tunjukkan kepada kalian, harap dimaafkan segalanya. Kemudian, kepada para sahabat yang mungkin pernah diumpat, dicela, diperli, dihina, ataupun segala bentuk hinaan, juga saya menyusun sepuluh jari kemaafan kepada kalian, harap dimaafkan segalanya. Saya juga ingin mengingatkan kepada para sahabat yang mungkin saya terlupa akan segala hutang yang mungkin saya terpinjam atau sebagainya, agar dengan segera dan berterus terang untuk menuntutnya daripada saya, moga-moga saya terselamat daripada bebanan itu semua. Selain itu, kepada sahabat-sahabat yang mungkin tidak berpuas hati dengan segala bentuk tindakan saya yang mungkin tidak bijak, saya meminta maaf kerana tidak berjaya memuaskan hati kalian. Mungkin ianya adalah kelemahan yang perlu saya baiki pada masa akan datang. Moga sahabat-sahabat semua, sentiasa berada di dalam keberkatan Allah.

Ketiga, saya mengharapkan doa daripada adik-adk juga sahabat-sahabat sekalian, agar diberikan kejayaan ukhrawi juga duniawi. Semoga segala urusan saya dipermudahkan oleh Allah Taala. Salam Ramadhan Al Mubarak.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...