Tuesday, 24 November 2015

Ke Spain kite!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Sudah lama tidak berkarya mahupun berkongsi di laman blog ini. Dah xde semangat sangat orang kata, hehe. 

Apa khabar sahabat2 semua? Semoga senantiasa berada di bawah lindungan rahmat dan kekuasaan Allah. Doakan saya juga agar sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.

Just ingin berkongsi, insyaAllah Awal Januari tahun depan akan ke Spanyol untuk kali ke ketiga. Kali ini dengan tambahan itinerary iaitu, Barcelona, Sevilla, Toledo dan Madrid. Semoga semuanya berjalan lancar.

kepada kawan2 yang berminat boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut, hehe

ohh yaa, gambar di atas tu ketika berada di Madrid. Sedang bershopping di Puerta del sol.

Ok, jumpa lagi.

Saturday, 12 September 2015

PAKEJ ANDALUSIA + GIBRALTAR, JAN / FEB 2016

MALAGA, CORDOBA, GRANADA + GIBRALTAR

€ 480 EURO

Day 1
 Arrival & Malaga
Picasso Museum + Costa Del Sol
Shopping

Day 2
Gibraltar atau Jabal Tariq (Great Britain)
Europa Point (Masjid & Lands End Europe)  & Shopping di Main Street!!

Day 3
Cordoba (Mezquita & Medina Az Zahrra)
Medinah Az Zahra - Pusat Pentadbiran Khalifah Terletak di luar Bandar Cordoba

Day 4
Al Hambra di Granada "Andalus Kecil"
Banjaran SIERRA NEVADA (SNOW)

Day 5
Aeroporto Malaga

Included: Pengangkutan, Penginapan, Sarapan & Makan Malam, Pemandu Pelancong
Excluded: Semua Entrance Fee & Tiket Penerbangan
Hubungi kami untuk tempahan. Terima kasih

+60137065609

Monday, 6 April 2015

Catatan hidup

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "

"Gambar di Sierra nevada, Granada"

Wah, dah lama blog ni tak dikemas kini! mood nak update pun dah hilang, itu yg menjadikan blog ini sunyi sepi tanpa sebarang info/ilmu/maklumat/cerita dan banyak lagi. Kebiasaannya saya banyak kongsikan bahan2 ilmiah, sebab ianya lebih mendatangkan mnfaat kpd kawan-kawan di luar yang berkemungkinan berziarah ke rumah maya saya ni, huhu

Entri kali nak share pengalaman saya ke tempat bersejarah iaitu Andalusia, Spain. Ramai dah pun yg dah ziarah tempat ni, awak je yang gayat sebab baru jejakkan kaki kat sini, hehe. Jadi disebabkan kegayatan tulah saya nak abadikan dalam blog ni. Alhamdulillah, dah dua kali saya ke Spain ini. First, pada november 2014 dan yang kedua pada januari 2015. Perjalanan yang pertama melingkupi daerah Malaga, Cordoba, Granada, Toledo, Madrid, Barcelona dan Gibraltar. Kemudian untuk trip yang kedua mencakupi Sevilla dan Ronda. 

Pengalaman pertama saya agak sedikit mencabar disebabkan perjalanan saya bermula drd Madrid, sedangkan saya perlu berada di Malaga terus utk memulakan trip. Jadi, perlulah saya fly ke Madrid terlebih dahulu sebelum menaiki train ke Malaga. Perjalanan ke Madrid dari cairo, saya dah x berapa ingat tempoh masanya, hihi, yang penting perlu turun di Barajas Airport, Madrid. Cabaran bermula kat sini, sebab awak tu orang jolai, mano lah nak tau tompek nak keluar dr airport kek madrid ni, jadi ea, hontam sajo..semuo jalan saya poi..tambahan pula ditahan di imegresen madrid. Mungkin nmpak muka mcm terrorist kot, huhu

Apapun, Alhmdllh jumpa. Mengikut kajian internet, untuk menaiki train kita perlu menaiki bas atau train menuju ke Atocha Railway Station. Atocha ini adlah stesen pertengahan untuk ke seluruh daerah di Spain ni. Apapun saya pilih bas untuk ke sana, Untuk kesana perlu menaiki bas berwarna kuning dengan tambang sebanyak 5 euro. Kalau ikutkan duit mesia, dalam 20 hinggit jgk laa..

Tunggu punya tunggu, sampai jugak bas warna kuning. Apelagi, saya pun naik. Di sepanjang perjlanan ke stesen ketapi, nampaklah pelbagai pemandangan kotaraya madrid yang digilai ramai untuk sampai ni. Sebab apa nak tau?! sebab cristiano ronaldo main kat real madrid. hmm, x best langsung dia pnya sebab..

Akhirnya sampai ke atocha railway station ni. Setelah mengambil sedikit pemandangan kat stesen ni, terus sya beli tiket train ke malaga. Harganya dalam 70 euro jugak, sama dengan RM 280 hengget gak tu. Duit euro ni memang mahal cket. 

Kemudian, terus saya menaiki train dan bermulalah perjalanan ke malaga. Ok, sampai disini dulu lah ye, sebab naik train x boleh nak pos, pening kepala saya nak taip, hihi..bye bye, jumpa di malaga nantiii!!!

Saturday, 17 August 2013

Pembersihan sawang, di bulan Syawal.

" Assalamualaikum sahabat dan adik-adik sekalian. Semoga Syawal kali ini, adalah Syawal yang terindah dalam kehidupan kita. Setelah mana, dengan jayanya kita menyempurnakan puasa Ramadhan berserta ibadah-ibadah yang lain, harapnya kita semua dapat kembali kepada fitrah asal kita yag suci daripada dosa. 
 
Alhamdulillah, kali ini saya diberi nikmat kerajinan untuk kembali menghidupkan laman penailham ini, setelah sekian lama menyepi. :p . Seperti yang sedia maklum, tahun ini, sudah berapa ramai dalam kalangan sahabat-sahabat mahupun junior2, yang telah melangsungkan perkahwinan. Semoga Allah merahmati setiap pasangan dengan kebahagiaan yg tak berpenghujung.
 
Sungguh kita sedia maklum bahawa setiap pernikahan itu, membawa erti yang amat besar dalam meniti kehidupan baru, kerna itulah pasangan yang akan bersama kita ke akhir hayat. Tanggungjawab yang amat besar perlulah siap sedia dipikul oleh setiap suami dalam menjadi nakhoda rumahtangga masing-masing. 
 
Hensem mahupun cantik, bukanlah isu utama, akan tetapi kebahagiaan dan keharmonian yang ingin dikecapi itulah menjadi perkara pokok yang paling utama untuk diperoleh. Sekian saja entri kali ini. Ringkas sungguh nampaknye, tapi x mengapalah. Sekadar memberi nyawa pada laman ini yang menagih tenaga-tenaga tambahan untuk dihidupkan. :) "
 
Wallahua'lam

Saturday, 13 April 2013

Nota daripada ibu

Assalamualaikum wbt.

" Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Semoga kita semua sentiasa berada di bawah payungan rahmat Allah Subhanahu wa Taala. Kepada adik beradik yang berada di Malaysia, semoga ceria selalu. Saya disini sentiasa mendoakan kesejahteraan anda semua, khususnya mak dan abah yang tidak putus-putus memberikan kata semangat dan motivasi untuk terus berjaya. Teringat kata-kata emak yang berbunyi '"...doktor, engineer semua tu mak tak kisah, kerana mak ada anak yang sudah cukup cemerlang dan mak bangga dengan anak-anak mak yang mempunyai pendidikan agama yang tinggi, dengan melalui ilmu agama itu, kamu sentiasa mendoakan mak, boleh menguruskan mak dan abah, bila kami tiada nanti, boleh terus menyedekahkan seberapa banyak pahala selepas mak abah xde, dapat menjaga nama baik keluarga......"

Kita semua punya ayah dan ibu, mungkin juga ada dalam kalangan kita yang sudah ketiadaan mereka. Semoga kita sentiasa mendoakan mereka dimana sahaja kita berada. Sedikit nota ringkas untuk entri kali ini. Semoga mendapat manfaat, Wallahu a'lam "

Monday, 11 March 2013

Celoteh lobai....

Assalamualaikum w.b.t.h.

Kaifa halukum jami'an? Semoga sentiasa berada di bawah payungan rahmat Allah Taala. Telah sekian lamanya blog ini tidak ber 'update' , kini tiba masanya untuk berceloteh di laman ini, hehe. 

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya secara jujurnya sudah semakin 'lazy' untuk mengarang sebarang artikel yg berunsurkan ilmiah. Mungkin disebabkan kekangan masa ataupun kepenatan seharian dalam menuntut ilmu, wallahu a'lam. Oleh hal yang demikian, kepada sahabat yang inginkan sumber bacaan ilmiah, bolehlah melayari laman-laman yang lain, iaitu laman blog yang sohih lagi dipercayai sandaran imu yg dibawa, dengan kata mudahnya, bersanad.

Kengkawan sekalian,

Sekarang ni, kuliah di Al Azhar dah mula 'syaghal', melihatkan imtihan fasa 2 masih berbaki 2 bulan sahaja lagi. Masing-masing dah sibuk masuk kelas, dan sebagainya. Kemudian, perjalanan kelas talaqqi tetap berjalan seperti biasa. 

Penutupnya, sampai sini jelah kengkawan ye, saya memang dah mampu nak taip dah, boghek boto ghaso ea,, ha, kan kua nismilan ea.. ngeh3.. Jadi doakanlah sei selalu yo, terutamanya, najah 'ala tul, tanpa sangkut. Kalau boleh tak nak lama2. Sebab, nanti nak balik mesia, dan menghabiskan seumur hidupku bersama orang tersayang, cewah ^_^

Tuesday, 29 January 2013

Harap yang terakhir jumpa Firaun, Ngeh3.

Assalamualaikum w.b.k.t.

Apa khabar sahabat-sahabat, mahupun adik-adik sekalian? Semoga sentiasa di bawah payungan rahmat daripada Allah Taala. Setelah sekian lama laman ini, kesunyian daripada sebarang entri, maka pada kali ini, saya ingin menyibukkannya kembali laman ini, dengan beberapa keping gambar, jaulah sekitar kaherah Mesir, baru-baru ini, khusus buat tatapan keluarga di Malaysia, khususnya ibu bapa, mahupun sanak saudara. Juga sebagai motivasi kepada adik-adik, agar terus lebih bersemangat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ngeh3.

1. Bersama rakan-rakan dari jordan. Rifdi didi dan bad.

2. Mengharapkan inilah ziarah kali terakhir ke kubur manusia laknat ini. :)

3. "Ayo makcik oi,,,,hehe "

4. Rifdi, acap, den, pupak.

5. Kepalo batu

6. Satu-satunya masjid, yang perlu dibayar untuk masuk ke dalamnya,, oh egypt!

7. Pemandangan dari Jabal Muqattam.

Wednesday, 16 January 2013

Coming soon, 24 to 26 January.

Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar sidang pembaca sekalian, semoga kalian semua berada di dalam payungan rahmat Allah Taala, Alhamdulillah, penulis telah selesai menghadapi imtihan fasa 1. Begitu juga rakan-rakan, kebanyakannya telah selesai menghadapi peperiksaan. Semoga Allah mengurniakan kejayaan dan kecemerlangan kepada seluruh sahabat, dengan berkat doa kalian semua, insyaAllah.
 
Buat masa ini, sudah semakin kurang bentuk-bentuk penulisan ilmiah yang saya cuba muatkan di laman blog ini. Kebanyakannya adalah perkongsian ilmiah yang saya ketengahkan melalui blog ini, yang saya copy daripada sumber-sumber yang lain. Walau apapun, niat saya hanya ingin berkongsi bahan ilmiah, sebagai salah satu langkah dalam memastikan medan dakwah secara 'kitabah' ini sentiasa berterusan, walaupun pemilik blog ini sudah pergi menemui Ilahi.
 
Semoga amal yang saya usahakan ini, mendapat pandangan dan rahmat daripada Allah Taala. 
 
Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, insyaAllah pada tarikh 24 hingga 26 januari, akan diadakan program bahasa arab bersama student medik tahun 1 kaherah. Seramai 35 orang peserta yang akan terlibat di dalam program ini. InsyaAllah program ini akan dijalankan di Rumah Negeri Sembilan Kaherah. Semoga program berjalan dengan lancar serta mendapat keberkatan daripada Allah Taala. InsyaAllah, program ini juga akan dihadiri oleh beberapa orang fasilitator baru yang cuba saya serapkan di dalam IFHAM, insyaAllah. kihkih. Antaranya ialah, Nurul Madiha, Izzati izzudin, effa fatiha, husna, dan atikah. Mereka adalah student medik tahun 1 kaherah. Semoga dengan kehadiran mereka, bakal melicinkan lagi perjalanan program nanti insyaAllah.
 
just information, tq.
 
Saturday, 8 December 2012

Wasiat As Syeikh Abdus Salam Ibnu Masyis kepada As Syeikh Abul Hasan As Syazuli

p/s: Dimanakah diri anda di dalam dunia tasawwuf?

1.       “ Wahai Ali, Allah itu Allah dan manusia itu manusia. Bersihkanlah lidahmu daripada mengingati dengan berkata-kata tentang mereka dan hatimu daripada condong kepada hati mereka. Hendaklah engkau memelihara anggota-anggota badanmu ( aljawarih )

2.       “Tunaikanlah perkara-perkara yang telah difardukan. Dengan itu sempurnalah pemeliharaan Allah di sisimu. Janganlah engkau memperingatkan mereka melainkan apa yang telah diwajibkan Allah ke atasmu, dengan itu sempurnalah warakmu…”

3.       Katakanlah “ Ya Allah, selamatkanlah daku daripada teringat kepada mereka dan daripada kecondongan hati kepada mereka serta jauhkanlah aku daripada kejahatan-kejahatan mereka. Dan kayakanlah aku dengan kebaikanMu daripada kebaikan mereka. Bimbingilah aku dengan kekhususan di kalangan mereka. Sesungguhnya Engkau adala Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu”

4.       “Larilah engkau daripada kebaikan manusia melebihi larimu daripada kejahatan mereka. Sesungguhnya kejahatan mereka itu membahayakan jasmanimu, sedangkan kebaikan mereka itu membahayakan hatimu. Bahaya jasmani itu lebih ringan daripada bahaya hati. Kebaikan mereka kepada engkau, jika engkau menyenanginya, menyebabkan engkau mengharap kepada mereka. Sesungguhnya, musuh yang menyebabkan engkau lebih dekat kepada Allah, adalah lebih baik daripada seorang kawan yang menyebabkan engkau terputus daripada Allah”

Coretan hati yang terkilan…Walaupun tidak dapat menziarahimu,,,. Ana uhibbukum fillah. Semoga Allah membangkitkanmu ( Al Imam Syazuli ) di tempat yang terpuji. BIHAQQIN NABI WA BISIRRIL FATIHAH..

ilham_original

Thursday, 6 December 2012

10 Muwasofat Tarbiyah

p/s: with fikri kamarudin ^_^

Semoga kita semua berusaha kearah memenuhi 10 muwasofat Tarbiyah yang digariskan oleh Al-Masyur Syahid Imam Hasan Al-Banna.

1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
· Dakwah merupakan tanggungjawab yang berat dan tugas ini perlukan badan yang sihat dan kuat.
· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
· Pesanan Al-Banna: Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan da'ie iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

3.Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
· Pesan Al-Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
· Walaupun kaya, perlu bekerja.
· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
· Menjauhi riba dalam semua lapangan.
· Menyimpan untuk waktu kesempitan.
· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran.
· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
· Sentiasa muraqabah dengan Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
· Perlu belajar untuk membetulkan amalan dan mengetahui halal dan haram.
· Tidak melampau atau berkurang (wasotiyah).

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
· Da'ie mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
· Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
· Da'ie adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada da'ie.

Semoga memberi manfaat pada kita semua selaku umat Islam yang meneruskan perjuangan Baginda.

· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.

· Da'ie merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Pesanan Syekh Yusuff Al-Qordowi : "Islam tak kan tertegak dengan kata-kata"

posted by: fikri kamarudin

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...