Thursday, 24 December 2009

"BERILMU TETAPI TIDAK BERADAB" dan "BERADAB TETAPI TIDAK BERILMU"

Selamat bertemu wahai saudara seislamku. Dalam ruangan ini saya ingin membicarakan mengenai suatu isu yang sangat penting untuk kita fikirkan bersama mengenai nilai ilmu dalam kehidupan seseorang muslim. Seperti mana yang kita ketahui,bahawa "ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah". Pepatah arab ini jelas menunjukkan kepada kita betapa tingginya kedudukan ilmu. Pepatah ini dikuatkan lagi dengan mutiara kata yang telah dinyatakan oleh Abu Darda'"Sekali celaka bagi mereka yang tidak tahu,akan tetapi tujuh kali celaka bagi mereka yang tahu tapi tidak mengamalkannya".

Saudara-saudaraku sekalian,

Perlu kita ambil perhatian bahawa,semakin tinggi ilmu seseorang itu,maka semakin hinalah dirinya dihadapan ALLAH.Mengapa hal ini berlaku? Hal ini kerana semakin banyak ilmu di dalam dada,maka banyaklah pengetahuan kia mengenai kebesaran ALLAH. Hal ini akan menjadikan kita lebih merendah diri dihadapan KHALIQ dan juga makhluk. Akan tetapi,cuba kita lihat betapa ramai oang yang berilmu tapi langsung tidak beradab. Mereka merasakan diri mereka lebih hebat berbanding orang lain.Mereka juga merasakan amalan mereka lebih hebat berbanding orang lain. Sebagai contoh,apabila selesai sahaja solat fardhu,ramai dalam kalangan golongan ini,keluar dari saf tanpa mahu berwirid dan berdoa bersama imam,padahal mereka tidak mempunyai sebarang kepentingan lain yang terpaksa dilakukan. Kebanyakan mereka yang keluar ini adalah dalam kalangan orang berilmu. Ada pula yang sibuk memegang tasbih di belakang,di waktu yang sama imam sedang memimpin majlis di hadapan.

Saudaraku yang budiman,

Mari kita renungkan,mengapa berlaku sedemikian rupa? Adakah mreka ingin menunjuk-menunjuk amalan mereka? atau mungkin mereka merasa diri mereka terlalu tinggi maqamnya sehingga tidak layak untuk besama-sama imam dan makmum yang lain dalam beramal? Wallahu a'lam. Hanya ALLAH sahaja yang tahu. Jadi suka saya mengajak saudara-saudaraku sekalian,jangan kita merasa bangga walau tinggi mana pun ilmu kita. Lebih baik kita menjadi orang "SEDIKIT ILMUNYA ,TETAPI MEMPUNYAI ADAB YANG TINGGI".

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...