Saturday 8 December 2012

Wasiat As Syeikh Abdus Salam Ibnu Masyis kepada As Syeikh Abul Hasan As Syazuli

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "

p/s: Dimanakah diri anda di dalam dunia tasawwuf?

1.       “ Wahai Ali, Allah itu Allah dan manusia itu manusia. Bersihkanlah lidahmu daripada mengingati dengan berkata-kata tentang mereka dan hatimu daripada condong kepada hati mereka. Hendaklah engkau memelihara anggota-anggota badanmu ( aljawarih )

2.       “Tunaikanlah perkara-perkara yang telah difardukan. Dengan itu sempurnalah pemeliharaan Allah di sisimu. Janganlah engkau memperingatkan mereka melainkan apa yang telah diwajibkan Allah ke atasmu, dengan itu sempurnalah warakmu…”

3.       Katakanlah “ Ya Allah, selamatkanlah daku daripada teringat kepada mereka dan daripada kecondongan hati kepada mereka serta jauhkanlah aku daripada kejahatan-kejahatan mereka. Dan kayakanlah aku dengan kebaikanMu daripada kebaikan mereka. Bimbingilah aku dengan kekhususan di kalangan mereka. Sesungguhnya Engkau adala Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu”

4.       “Larilah engkau daripada kebaikan manusia melebihi larimu daripada kejahatan mereka. Sesungguhnya kejahatan mereka itu membahayakan jasmanimu, sedangkan kebaikan mereka itu membahayakan hatimu. Bahaya jasmani itu lebih ringan daripada bahaya hati. Kebaikan mereka kepada engkau, jika engkau menyenanginya, menyebabkan engkau mengharap kepada mereka. Sesungguhnya, musuh yang menyebabkan engkau lebih dekat kepada Allah, adalah lebih baik daripada seorang kawan yang menyebabkan engkau terputus daripada Allah”

Coretan hati yang terkilan…Walaupun tidak dapat menziarahimu,,,. Ana uhibbukum fillah. Semoga Allah membangkitkanmu ( Al Imam Syazuli ) di tempat yang terpuji. BIHAQQIN NABI WA BISIRRIL FATIHAH..

ilham_original

Thursday 6 December 2012

10 Muwasofat Tarbiyah

p/s: with fikri kamarudin ^_^

Semoga kita semua berusaha kearah memenuhi 10 muwasofat Tarbiyah yang digariskan oleh Al-Masyur Syahid Imam Hasan Al-Banna.

1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
· Dakwah merupakan tanggungjawab yang berat dan tugas ini perlukan badan yang sihat dan kuat.
· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
· Pesanan Al-Banna: Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan da'ie iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

3.Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
· Pesan Al-Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
· Walaupun kaya, perlu bekerja.
· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
· Menjauhi riba dalam semua lapangan.
· Menyimpan untuk waktu kesempitan.
· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran.
· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
· Sentiasa muraqabah dengan Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
· Perlu belajar untuk membetulkan amalan dan mengetahui halal dan haram.
· Tidak melampau atau berkurang (wasotiyah).

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
· Da'ie mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
· Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
· Da'ie adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada da'ie.

Semoga memberi manfaat pada kita semua selaku umat Islam yang meneruskan perjuangan Baginda.

· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.

· Da'ie merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Pesanan Syekh Yusuff Al-Qordowi : "Islam tak kan tertegak dengan kata-kata"

posted by: fikri kamarudin

Tuesday 4 December 2012

Maksiat, taubat, maksiat, taubat,,,APAKAH???

 Ramai dalam kalangan kita yang sering dihantui dosa-dosa yang seringkali diulangi tanpa henti. Setelah melakukan maksiat, rasa diri itu sangat bersalah, lantas memohon taubat kepada Allah. Kalau kita perhatikan, ianya seakan-akan satu bentuk olokan terhadap Allah. Kita seolah-olah memperolok-olokkan Allah Taala, dengan anggapan bahawa walau banyak manapun maksiat yang dilakukan pasti Allah akan mengampunkannya, kerana Allah bersifat AR RAHIM. Wal’yazu billah. Semoga Allah melindungi kita daripada perkara tersebut.

Wahai sahabat-sahabat sekalian, itu bukanlah satu bentuk kita memperolokkan Allah, dengan syarat kita tidak mempunyai niat tersebut. Maksiat yang sering berulang, adalah salah satu bentuk ujian Allah terhadap kita. Begitulah yang telah dijelaskan oleh Al Habib Ali Al Jufri, dalam menerangkan hal maksiat yang berulang-ulang ini. Beliau menambah lagi bahawa, syaitan tidak pernah berhenti dan berputus asa dalam menyesatkan manusia, maka apakah kita sebagaimana manusia ingin berputus asa dalam mendapatkan syurga Allah?  Oleh itu sahabat, andainya kita pernah dihantui dengan dosa maksiat yang berulang-ulang, maka percayalah ianya adalah satu bentuk ujian Allah kepada kita .

Rasa bersalah dan ingin bertaubat itu adalah satu cahaya yang Allah campakkan dalam hati seseorang manusia itu dan satu anugerah yang menunjukkan Allah masih menyayangi hambanya. Namun, setelah kita bertaubat, semestinya kita menetapkan satu azam dan tindakan susulan dalam menjauhkan diri kita darpada mengulangi maksiat itu daripada kembali berulang. Azamkan dalam diri, AKU TIDAK AKAN LAGI MELAKUKAN MAKSIAT ITU. InsyaAllah dengan taufiq daripada Allah, disebabkan keihklasan azam kita itu akan menyebabkan maksiat itu semakin jauh daripada kita. Sesungguhnya syaitan itu, selaknat makhluk yang mencuba sedaya upaya untuk mengheret seberapa ramai manusia untuk bersamanya di neraka nanti.  Maka, sewajibnya kita sebagai semulia mahkluk untuk berusaha sedaya upaya untuk menjauhkan diri kita daripada mengikut jejak langkah mahkluk laknat itu, sehabis daya.

Bersamalah kita menundukkan diri kita dihadapan Allah dan sentiasa berdoa, agar Allah sentiasa mengurniakan taufiqnya dan berdoa BIHAQQIN NABI WA BISIRRIL FATIHAH..

Ilham_original

Sunday 18 November 2012

Teruskan berdoa..!

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Palestin sekali lagi berdarah dengan serangan-serangan  tidak berperikemanusiaan dari Yahudi Laknatullah. Saudara seislam kita disana, sentiasa menghadapi ancaman bahkan berapa ramai yang telah syahid dan tercedera. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sedih, hiba dan terluka hati kita apabila melihat jasad-jasad yang bergelimpangan, rentung terbakar hasil ledakan bom. Maka, kita selaku umat islam, sewajibnya melahirkan rasa belas dan sentiasa 'menembakkan' doa-doa yang bisa menghancurkan rejim zionis laknatullah.

Perjuangan Briged Al Qassam dalam membela negara yang tertindas sangat membuahkan hasil, hasil berita-berita yang kita dapat saksikan dan ketahui daripada pelbagai laman sesawang seperti fb, youtube dan sebagainya. Semoga Allah menguatkan jentera ini, dalam terus menjadi benteng-benteng yang mantap buat Palestin. 

Itu perjuangan mereka disana, bagaimana pula perjuangan kita disini? ANDA LEBIH CAKNA DALAM ISU INI..!

Pagi tadi, sekembalinya daripada kuliah, kelihatan di jalan utama kuliah, ada perhimpunan kecil yang terdiri daripada pelajar-pelajar Azhar, dalam menyatakan sokongan dan melaungkan kata-kata semangat terhadap isu yang berlaku di Palestin sekarang. Semangat muzoharot yang mana, pernah menggulingkan manusia kuku besi pada satu masa dahulu iaitu husni mubarak. Semoga hal itu menjadi saksi bahawa umat islam, amat peka dengan saudara seislam di tempat lain. Teruskan berdoa..

ilham_original

Wednesday 14 November 2012

Celoteh ringkas Awal Muharam.. ^_^

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah Taala kerana masih lagi memanjangkan umur kita sehingga ke hari ini. Tanpa kita duga, telah tibanya tahun baru bagi kita umat islam iaitu 1434 hijrah. Semoga diri kita mempunyai azam dan kekuatn yang padu dalam menghadapi baki hayat yang akan dilalui. 

Di mesir, jadual hidup masih lagi berjalan seperti biasa. Bermula dikala pagi hari dengan waktu subuh yang agak awal, diiringi dengan musim sejuk yang bakal menjengah. Memang betul-betul menguji kekuatan diri untuk solat subuh berjemaah khususnya ^_^.... Moga terus diberikan kekuatan dalam melalui kehidupan ini, insyaAllah.

Masih lagi teringat serba sedikit perjalanan hidup ketika pulang bercuti di Malaysia. Bergelumang dalam arena berprogram di bawah sebuah consultant kecil yang bernama IFHAM ENTERPRISE. Agak menyeronokkan dalam mengisi masa terluang. Kalau diikutkan, pulang bercuti diwaktu itu, adalah satu tindakan yang tidak bijak, kerana meninggalkan talaqqi ilmu di bumi Mesir. Namun, disebabkan tahap kenakalan yang agak tinggi, tetap dengan pendirian untuk pulang bertemu keluarga, ^_^..

Berbalik kepada program, sejarah asal penubuhan IFHAM ENTERPRISE tidak lain tidak bukan untuk membina tapak awal apabila tamat sesi pembelajaran di Al Azhar, apabila setibanya di Malaysia nanti. Niat di hati, ingin membina sedikit ranglkaian yang memudahkan segala urusan nanti. Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan itu disamping bantuan daripada guru saya iaitu Ustaz Zulqarnain Ibnu Itam.

InsyaAllah, ini adalah permulaan awal sebelum membina rangkaian yang lebih besar. Klu kita lihat kepada penjenamaan, apabila disebut ENTERPRISE, kebiasaannya yang terlintas di fikiran ialah, kedai runcit mungkin atau yang sewaktu dengannya. Jadi, sebab itulah saya mengharapkan doa daripada sahabat-sahabat sekalian agar saya dapat membina satu lagi 'language empire' yang bernama IFHAM GLOBAL SDN BHD insyaAllah. Setakat ini, saya lihat sambutan daripada sekolah-sekolah amat memberangsangkan kerana mereka amat dahagakan sesuatu yang baru dan lebih-lebih lagi persembahan dalam menyampaikan ilmu itu sangat menarik. Oleh itu saya melihat itu adalah satu peluang yang amat baik, untuk saya bergerak dalam memenuhi kehendak mereka, selagi mana saya mampu. Lebih-lebih lagi jenama IFHAM itu sendiri adalah sangat istimewa lagi bermakna dalam hidup saya, bahkan pembakar semangat saya agar terus menyala sehingga ke akhir hayat ^_^ ..

Demikianlah sedikit celoteh dari saya, sekadar mengisi kesunyian laman blog ini. Da'watuku lana.. ^_^

ilham_original

Friday 9 November 2012

Khasiat unggul BUAH DELIMA

Sidang pembaca Yang Dirahmati Allah sekalian,

Alhamdulillah, saya  sudah berada di bumi Mesir, untuk meneruskan baki 3 tahun lagi, dalam menghabiskan kuliah dalam bidang Usuludin ini. Semoga kalian semua dapat dan sentiasa mendoakan saya, agar dapat mencapai Ijazah ini, serta menambahkan serba sedikit ilmu daripada para masyaikh yang berada di Mesir ini. Begitu juga kepada para sahabat seperjuangan yang lain, moga mujahadah antum sekalian yang telah dicurahkan di bumi Mesir ini, dengan pelbagai ijazah dan sanad itu, dapat dimanfaatkan dengan sewajarnya, seandainya antum berniat seratus peratus untuk mengikut jejak langkah mereka iaitu para Ulama' dalam menyebarkan dakwah melalui jalan ilmu. Saya bersedia menjadi khadam antum semua, sebagai pembantu ataupun istilah mudahnya, kuli, dalam melicinkan perjalanan dakwah antum setibanya di Malaysia nanti. 

Dalam entri kali ini, sekadar perkongsian info yang bermanfaat buat sahabat-sahabat sekalian, perihal khasiat dan manfaat daripada pengamalan buah delima dalam kehidupan seharian. Alhamdulillah, di Mesir, buah delima mudah didapati dan harganya juga murah, maka amatlah sesuai untuk diamalkan khususnya sahabat0-sahabat di Mesir. Sedikit tambahan juga, buah dellima ini juga, amat membantu dalam melicinkan kulit. Jadi, dengan mengamalkan buah ini, maka tak perlulah untuk kita memakai apa jenis produk kecantikan wajah yang ada di pasaran yang ternyata mengandungi pelbagai jenis bahan kimia yang kita sendiri tidak mengetahui sejauh mana keselamatan pemggunaannya. Selamat membaca :)

Kelebihan Jus Delima Asli (Pomepure 100% Pure Press Natural)
Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan Penyakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Lemah Tenaga Batin, Melambatkan Penuaan, Kanser Prostat, Kanser Payudara, Kanser Usus dan Leukimia.

Antara khasiat-khasiat lain yang menunjukkan kebaikan Jus Delima Asli 100% “Pomepure” bebas daripada campuran bahan pengawet.

Delima Mengurangkan Berat Badan
Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan, Ini akan memberikan badan anda mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisma badan menginkat. Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.

Delima Memberi dan Merangsang Tenaga batin
Jus Delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Hasil kajian terkini mendapati segelas jus delima sehari berpotensi seperti pil viagra yang membantu dalam fungsi syahwat lelaki. “Jika anda rasa teman hidup anda tidak cukup bertenaga di bilik tidur, ini adalah jawapan kepada segala kebimbangan; berikan teman anda minuman jus delima” kata penyelidik

Delima Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis
Jus Delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur arteries). “Dalam Jus Delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

Delima Melindungi Otak Bayi dan Ibu Mengandung
Meminum Jus Delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus Delima juga mengandungi ‘ptassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung apda waktu malam. Jus Delima dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. Doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asi folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi.

Delima Melawan Kanser Payudara
Kajian Penyelidik mendapati Jus Delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostate serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.

Delima Melawan Penyakit Jantung
Jus Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi ;flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksdian yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

Delima Mengurangkan Batuk dan Asthma
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi apda buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolestrol
Jus Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurukna kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.

Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah
Jus Delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

ilham_original

Wednesday 7 November 2012

Kisah Masyitah, wanita KENTAL.

Masyithoh adalah seorang perempuan mukminah mempunyai 5 anak. Pada suatu ketika dia menyisir rambut putrinya firaun, tak sengaja sisirnya terjatuh, seketika itu dia teriak Allahu akbar. Putri firaun berkata: Allah adalah bapakku. Masyithoh berkata: Allah adalah Dzat yang telah menciptakanmu, menciptakanku dan menciptakan bapakmu. Putri firaun menghadap bapaknya (firaun) dan menceritakan hal ihwal Masyithoh. Maka firaun memanggil Masyithoh dan anak-anaknya untuk menghadap. 

Firaun menyuruh para pembantunya untuk menyalakan api dan merebus minyak didalam panci yang besar sampai mendidih. Firaun berkata kepada Masyithoh: siapa tuhanmu? Maka Masyithoh menjawab: tuhanku adalah Dzat yang telah menciptakanmu, menciptakanku dan menciptakan seluruh manusia. Firaun mengulang-ulang pertanyaannya, akan tetapi dijawab dengan jawaban yang serupa. Firaun menyuruh algojo untuk menyeret anaknya Masyithoh yang paling besar untuk 
dilemparkan ke dalam minyak yang mendidih. Firaun berkata kepada Masyithoh: kalau kamu tidak beriman kepadaku maka akan aku lemparkan anakmu ke dalam minyak. Masyithoh menjawab dengan jawaban yang serupa. Maka anaknya dilemparkan ke dalam minyak yang mendidih, sedangkan ibu dan saudara-saudarnya melihat peristiwa ini sambil menangis. Kemudian firaun mengulangi pertanyaan serupa, akan tetapi dijawab dengan jawaban yang serupa pula. Sehingga anaknya Masyithoh dilemparkan ke dalam minyak satu persatu. Diapun akhirnya dilemparkan ke dalam minyak karena tidak mau beriman kepada firaun.

Begitulah kisah Masyithoh seorang yang teguh mempertahankan imannya yang mengorbankan diri dan anak-anaknya di jalan Allah, karena dia tahu bahwa apa yang ada di sisi Allah lebih baik daripada dunia seisinya.

.:: copypaste version ::.

ilham_original

Tuesday 9 October 2012

Mufti Haji Muhammad Arsyad Al Banjari

Salah satu putra Mufti Haji Muhammad As’ad putra Syarifah putri Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari adalah Muhammad Arsyad yang dikenal dengan sebutan Mufti Lamak. Ia termasuk cicit Syeikh Muhammad Arsyad yang mewarisi ilmu-ilmu datuknya dan ayahnya dan menghimpun antara syriat dan hakikat.

Muhammad Arsyad belajar di Tanah suci Mekkah beberapa tahun lamanya, diantara guru-gurunya adalah:
- Asy-Syeikh Ahmad ad-Dimyiati (Mufti Syafi’iyyah)
- Asy-Syeikh Yusuf
- Asy-Syeikh ar-Rahbini

Ketika ia tiba dari menuntut ilmu di kota sumbernya ia kemudian diangkat oleh Sultan Banjar menjadi Mufti di kerajaan Banjar. Selain sebagai ulama ia juga dikenal sebagai seorang pahlawan, seorang ulama yang berani menegakkan yang hak dan memberantas yang batil, kasih sayang terhadap sesamanya, lemah lembut dalam berbicara, pemurah, adil terhadap yang benar dank eras terhadap orang yang berbuat salah, sehingga kasihlah semua lapisan masyarakat dan para pejabat.

Ia selalu menegakkan dan menjalankan faham Ahlus Sunah wal Jamaah dan menegakkan prinsip ‘Menyerukan untuk berbuat kebaikan dan mencegah terjadinya kemungkaran’.
Disamping jabatannya sebagai mufti di Kerajaan Banjar, ia juga mengajar di dalam bidang berbagai ilmu agama, diantara muridnya adalah Sultan Adam al-Watsiq Billah.

Mufti Haji Muhammad Arsyad, pernah menikah dengan beberapa orang perempuan, yaitu:
- Tilamah, di muara sungai pamintangan, namun tak mendapatkan keturunan.
- Kemudian ia menikah lagi di sungai karias dengan seorang perempuan cantik yang bernama Tuan Inur (saudara Anang Ja’far ayahnya H. Muhammad Thayyib, Lok Bangkal, seorang berilmu lagi mulia), juga tidak memperoleh keturunan.
- Kemudian ia menikah lagi di Balimau, kandangan dengan Tuan Rahimah, juga tidak memperoleh keturunan.
- Kemudian ia menikah di Martapura dengan ummu Salamah binti Mufti H. Ahmad, dari istri putri seorang ulama besar inilah ia mendapat tujuh orang anak, tiga orang putra dan empat orang putri, diantaranya:
  1. Hafsah
  2. Haji Utsman, seorang yang berilmu lagi mulia
  3. Khadijah
  4. Sa’idah
  5. KH. Muhammad Hasyiem
  6. Shafura (istri Datu Landak)
  7. H. Abdul Muthalib
Mufti haji Muhammad Arsyad memiliki sifat-sifat kemuliaan, seperti pemurah, pengasih, lemah lembut, sabar dan seorang ulama yang wara’ sehingga ia selalu dikasihi oleh saudara-saudaranya, terutama adiknya yang bernama Haji Sa’duddin, Kubah Taniran, Kandangan. Sejak wafatnya Mufti Haji Muhammad Arsyad sang adikpun jarang sekali pulang ke Martapura, karena ia merasa benar-benar kehilangan atas kepergian kakak tercintanya.

Pada masa pemerintahan Sultan Abdur Rahman bin sultan Adam, yang memerintah sekitar tahun 1857-1859 M atau sekitar tahun 1274-1276 H. Mufti Muhammad Arsyad yang juga disebut Tuan Mufti Lamak bercita-cita akan pergi ke tanah suci mekkahuntuk menunaikan ibadah haji, sebelum ia pergi maka lebih dahulu ia mengunjungi kakak tertuanya, yakni H. Abu Thalhah, seorang yang sangat berilmu, yang ketika itu masih menetap di Pagatan, sebagai perwujudan sifat-sifatnya yang selalu menghormati dan memuliakan saudara tuanya dan rasa kasih sayangnya terhadap kakak dan sesamany. Namun, setibanya ia di Pagatan, ia mendapat sakit yang membawanya sampai meninggal dunia dan akhirnya di makamkan di Pagatan, Kota Baru.

Menurut catatan H. Ismail Khatib, seorang yang berilmu dan mulia. Tuan Mufti Haji Muhamaad Arsyad, berpulang ke rahmatullah pada hari Sabtu tiga likur hari bulan Rabiul Awwal 1275 H. Di masa pemerintahan Sultan Abdur Rahman bin Sultan Adam, atau kira-kira 48 tahun setelah wafatnya Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari yang wafat 6 Syawwal 1227 H.

Makamnya telah dibuatkan kubah oleh Mufti Indragiri, Riau, Haji Abdur Rahman Shiddiq, sapat, selaku seorang cucu yang berbakti kepada sang kakak tercinta. Kemudian dipugar atau direnovasi kembali dan menjadi bangunan permanen oleh Pemerintah Daerah Tingkat II Kota Baru.(fy)

ilham_copypaste
felda jelai 4 (FJ4)

Friday 14 September 2012

Selamat Bersua Kembali

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "

Gambar selingan

sky bridge

take a rest

Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak yang dirahmati Allah sekalian,

Untuk pertamanya, saya ingin mengucapkan 'SELAMAT BERSUA KEMBALI' di dalam laman ilmu penailham. Setelah sekian lama menyepi, kali ini terdetik di hati saya untuk melakarkan serba sedikit coretan nasihat khusus kepada adik-adik mahupun abang-abang yang mengenali diri saya. 
Kadang-kala, sukar untuk kita menyatakan betapa indahnya sebuah persahabatan itu. Keindahan persahabatan bukanlah sesuatu yang boleh diungkapkan, kerana ianya perlulah dirasa dan dinikmati saat-saat terindah itu. Bergelak ketawa, bersenda gurau itu umpama warna-warni yang tercoret di dalam sesebuah lukisan. Terlalu indah. Namun, kadangkala persahabatan itu, mudah sahaja dihancurkan, mudah sahaja persaudaraan itu, dimusnahkan andai tidak diiringi dengan sifat toleransi, bertolak ansur, tidak berkira dan sebagainya. 

Dulu, dia adalah insan yang rapat, saling mengenali, tolong-menolong. Namun, sekarang dia umpama musuh, yang amat dibenci. Tidak tahu dimanakah puncanya. Ya Allah, seandainya permusuhan itu berpunca daripada sikap hamba-Mu yang lemah ini, maka perbaikilah diri hamba, agar menjadi insan yang sentiasa menghubungkan silaturrahim.

Saya amat bersyukur, kerana Allah telah menetapkan saya, di dalam manhaj ilmu turath yang telah membawa saya untuk mengenali ramai dalam kalangan masyaikh yang hebat dan faqih. Semua yang saya dapat pada hari ini, adalah hasil tunjuk ajar, bimbingan, dorongan, nasihat daripada seorang sahabat yang akan saya ingat sumbangannya kepada saya sampai bila-bila. Dialah yang membawa saya, kepada ramai masyaikh. Di sana, ada harapan yag beliau inginkan, namun tidak tahu apakah puncanya, diri ini seolah-olah merasakan 'aku bukanlah manusia yang diharapkan di dalam bidang itu'. Hal itu menyebabkan, saya berniat untuk menuntut ilmu turath di Bumi Kinanah itu, adalah semata-mata untuk diri saya, bakal isteri , keluarga dan kaum kerabat terdekat sahaja. Ya Allah, seandainya niat yang ku panjatkan itu salah, maka lorongkanlah ke arah niat yang betul. Engkau sahajalah Ya Allah, yang lebih Mengetahui.

Di kesempatan ini, saya ingin menyatakan bahawa, insyaAllah, laman penailham ini, akan diuruskan oleh seorang admin yang telah bersetuju untuk mengendalikan laman ini, agar sentiasa terbugar dengan haruman ilmu dan dakwah. Moga-moga kita dapat bersama-sama mengambil manfaat. Sebagai panduan untuk membezakan penulisan saya dan admin adalah, setiap penulisan saya, akan saya akhiri di akhirnya dengan ayat ilham_original. Semoga Allah merahmati kita semua, insyaAllah.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...