Thursday 8 April 2010

BURUNG-BURUNG YANG MEMAYUNGI JENAZAH SEORANG SUFI"DZUN NUN AL MISRI"

Ketika Dzun Nun Al Misri terbaring nazak,kawan-kawannya datang bertanya kepadanya,"Apa yang engkau inginkan?" Beliau menjawab "Aku ingin dapat mengenali Dia sebelum mati walaupun hanya sesaat." Lalu,Dzun Nun pun mengucapkan beberapa bait sya'ir:

KETAKUTAN MEMBUANGKU,
KERINDUAN MENANTIKU,
CINTA MEMPERDAYAKU,
ALLAH MEMBANGKiTKAN AKU KEMBALI.

Pada waktu berikutnya,Dzun Nun hilang kesedarannya. Dalam keadaan seperti itu,dia bermimpi melihat 70 orang sedang bertamu Nabi S.A.W.. Kemudian,mereka menyampaikan kepadanya apa yang dikatakan oleh nabi,iaitu"Kawan,Tuhan akan datang dan aku harus keluar menyambutnya."

Ketika meninggal dunia,terdapat tulisan hijau di pundak Dzun Nun al Misri,berbunyi,"Ini kawan tuhan.Ini tikaman Tuhan dengan pedang Tuhan".

Ketika mereka mengangkat peti jenazah untuk dimakamkan,matahari sedang terik-teriknya. Tiba-tiba datang burung burung dengan melebarkan sayap memayungi jenazah Dzun Nun sejak dari rumah ke pusara.Waktu jenazah siap,seorang mengumandangkan azan. Apabila sampai pada kalimat syahadat,Dzun Nun mengangkat jari telunjuk hingga keluar dari kafannya.

"Dia hidup lagi!"teriak orang ramai yang sedang menguruskan jenazah Dzun Nun itu.Mereka segera membuka kain kafannya. Telunjuknya tetap terangkat,tetapi Dzun Nun memang telah meninggal dunia. Lantas mereka berusaha menggenggamkan jari telunjuknya kembali,tetapi tidak berjaya.Wallahu a'lam.

TANDA-TANDA TIDAK DITERIMA AMALAN!

Abu al Laith al Samarqandi berkata: "Sesiapa yang melakukan empat perkara tetapi tidak bertambah baik,maka itu tanda tidak diterima amalannya. "

1. Sesiapa yang berjihad,kemudian dia kembali tapi tidak bertambah kebaikan,maka itu tanda tidak diterima oleh Allah.

2. Orang yang berpuasa Ramadhan kemudian bila habis Ramadhan,tidak bertambah kebaikan,maka itu tanda tidak diterima amalnya.

3. Orang yang menunaikan haji kemudian bila kembali,tidak bertambah amal baiknya,mak itu tanda tidak diterima amalnya.

4. Orang yang sakit sesudah sembuh maka tidak bertambah baik perbuatannya,mak itu tanda dosa-dosanya belum tertebus.

ADAKAH KITA BENAR -BENAR TAKUT TERHADAP ALLAH TAALA???

Sesungguhnya manusia sering melakukan kesalahan dan dosa di setiap detik ,waktu dan masa.Godaan syaitan yang sering bertali arus,menyebabkan ramai dalm kalangan manusia tersungkur di pertengahan jalan.Namun,tidak semua yang tersungkur,terdapat juga golongan manusia yang yang dipilih oleh Allah taala yang kuat iman mereka dalam menempuhi semua ujian ini.

Lantaran perasaan takut kepada Allah mmenyebabkan diri sering bermuhasabah kepada Allah dalam setiap tindakan yang telah dilakukan. Namun,persoalan yang timbul ialah adakh kita benar-benar takut kapada Allah?

Abu Laith al Samarqandi berkata:Tanda takut kepada Allah itu ada tujuh perkara:

1. Terbukti di lidahnya maka tertahan lidahnya daripada dusta,ghibah dan percakapan yang tidak penting,lalu digunakan untuk berzikir kepada Allah,membaca alquran dan mempelajari ilmu.

2. Menjaga perutnya sehingga tidak makan kecuali yang halal dan menurut kadar hajatnya.

3. Memperhatikan penglihatannya sehingga tida melihat yang haram dan melihat dunia ini kecuali sekadar untuk peringatan.

4. Menjaga tangannya sehingga tidak menghulurkan kepada yang haram,hanya digunakan untuk ta'at kepad Allah S.W.T semata -mata.

5. Menjaga kedua kakinya sehingga tidak digunakan kepada maksiat.

6. Menjaga hatinya sehingga membersihkannya daripada hasad dengki,iri hati dan diganti dengan rasa cinta sesama muslim.

7. Menjaga ta'atnya supaya benar-benar tulus ikhlas kepada Allah S.W.T. dan selamat daripada riya' dan nifaq. Maka apabila dia telah melaksanakan semua itu,dia termasuk dalam kalangan orang orang yang dijamin Allah.

Oleh hal yang demikian ,marilah sama-sama kita merenung dan bermuhasabah adakah lafaz "takut"yang kita sering sebut benar-benar ikhlas terhadap Allah taala?Adakah cukup syarat kiat benar-benar takut kepada Allah? Wallahu a'lam.

NASIHAT BERGUNA DARIPADA SYAQIQ AL -BALKHI

Syaqiq al Balkhi berkata: "Saya telah menyimpulkan daripada empat ribu hadith kepada empat ratus. Daripa empat ratus kepada empat puluh dan daripada empat puluh kapada empat hadith mafhumnya:

1.JANGAN MENGIKAT HATIMU KEPADA WANITA,SEBAB HARI INI UNTUKMU DAN HARI ESOK UNTUK ORANG LAIN,DAN BILA KAMU TA'AT PADANYA,MAKA AKAN MEMASUKKANMU KE DALAM NERAKA.

2.JANGAN MENGIKAT HATIMU PADA HARTA SEBAB HARTA ITU PINJAMAN. HARI INI HAK MU DAN HARI ESOK HAK ORANG LAIN,MAKA JANGAN MENYUSAHKAN DIRIMU UNTUK KESENANGAN ORANG LAIN,MAKA KESENANGAN UNTUK ORANG LAIN DAN TANGGUNGAN DOSANYA KAMU TANGGUNG SENDIRI.DAN JIKA HATIMU TERIKAT PADA HARTA,KAMU AKAN BAKHIL TIDAK MENGELUARKAN KEWAJIBAN HAK ALLAH S.W.T.,DAN TAKUT MISKIN SERTA MENURUT KEPADA BISIKAN SYAITAN.

3.TINGGALKAN APA YANG RAGU-RAGU DI DALAM HATIMU SEBAB HATI SEORANG MU'MIN BERGONCANG DI DALAM SYUBHAT DAN LARI DARIPADA HARAM DAN TENANG DI DALAM HALAL.

4.JANGAN BERBUAT SESUATU SEHINGGA BENAR-BENAR MENGERTI BAGAIMANA MENJAWAB BILA DITANYA OLEH ALLAH S.W.T. KELAK"

Wednesday 7 April 2010

RAHSIA "KARAMAH"

PENTAKRIFAN KARAMAH

Karamah ialah perkara yang dizahirkan oleh Allah S.W.T. ke atas wali wali-Nya. Ia sebagai satu tanda kebenaran ke atas sesiapa yang dizahirkan kepadanya.Sekiranya tiada kebenaran maka penzahirannya tidak harus. Begitulah yang disebut oleh al Qusyairi di dalam Rislahnya. Kebiasaannya,karamah ini berlaku di luar pengetahuan empunya diri dan sebab itulah ia berbeza dengan mukjizat. Kebanyakannya daripada ahli hakikat berpendapat,wali boleh menzahirkan karamah tetapi tidak sepenuhnya.

Ada juga yang berkata: "Sesungguhnya seorang wali itu malu untuk menzahirkan karamahnya,samalah seperti malunya seorang wanita untuk menyatakan haidnya"

Ibn 'Ataillah al Sakandari berkata di dalam Hkam yang bermaksud:

TIDAK SEMUA ORANG TERPILIH MAMPU MEMBUANG SEMUA SIFAT KEMANUSIAANNYA. INI MENUNJUKKAN KEZUHUDAN MEREKA PADA KARAMAH YANG MANA IA ADALAH PERKARA YANG LUAR BIASA.BUKAN SEMUA YANG TERPILIH TELAH TERLEPAS DARIPADA HAWA NAFSU"

Ibn 'Ajibah berpendapat: "Karamah yang hakiki dianugerahkan ke atas orang yang beristiqamah pada agama dan telah mencapi kayakinan yang sempurna. Sementara itu,perkara luar biasa yang dimiliki oleh seseorang jika diiringi dengan istiqamah zahir dan batin,maka wajib kita memuliakan orang tersebutkerana padanya terdapat bukti kesempurnaan.Jika tidak diiringi dengan istiqamah,tidak perlulah kita berbuat demikian."

Sebagai bukti mengenai perkara ini,Syeikh Abu 'Abbas al Mursi berkata: " Bukanlah maksud orang yang terpilih itu,mereka boleh mengelilingi dunia dalam satu masa tetapi yang terpilih itu adalh mereka yang bertukar sifat dirinya ketika dia berada di sisi tuhannya.

Ibn Khaldun berpendapat di dalam kitab 'al Muqaddimah' "Sesiapa yang mengingkari karamah,itu adalah satu bentuk kesombongan.Manakala cerita cerita tentang keramtan seseorang itu berita mengenai alam ghaib serta cara mereka berurusan dengan alam adalah perkara benar,itu bukannya perkara mungkar. Sekiranya terdapat 'ulama yang cenderung mengingkarinya,maka mereka tidak berhak untuk berbuat demikian.

"HATI" MELALUI KACAMATA HIKMAH IBN 'ATAILLAH AL SAKANDARI

Ibn 'Ataillah al Sakandari berkata:

"TEMPAT TERBITNYA BERBAGAI NUR CAHAYA ILAHI ITU DALAM HATI MANUSIA DAN RAHSIA-RAHSIANYA"

Bintang ilmu,bulan ma'rifat dan matahari tauhid semuanya terbit dari hati.

Abu Hasan al Syazuli berkata: "Seandainya Allah S.W.T membuka pancaran nur seorang mu'min yang berbuat dosa,nescaya memenuhi antara langit dan bumi. Maka bagaimanakah dengan nur cahaya seorang mu'min yang taat?"

Abu al 'Abbas al Mursi berkata: "Seandai Allah S.W.T. membuka hakikat seorang wali,nescaya ia disembah orang,sebab dia bersifat dengan sifat-sifat Allah S.W.T.

Ibn 'Ataillah al Sakandari berkata di dalam hikmahnya:

"MERESAP RASA MANISNYA HAWA NAFSU DALAM HATI,MERUPAKAN PENYAKIT YANG SUKAR UNTUK DIUBATI(DISEMBUHKAN)"

Hati itu tempat iman,keyakinan dan ma'rifat,dan semua itu sebagai ubat. Tetapi apabila kecintaan kepada dunia dan syahwat telah menguasai atau memenuhi hati,maka tidak ada tempat untuk mengubatinya. Maka disitulah letaknya kesukaran untuk mengubatinya.,sehingga sukar untuk disembuhkannya.

Ibn 'Ataillah al Sakandari berkata:

"ADA KALANYA NUR ILAHI TURUN KEPADAMU,TETAPI DIDAPATI HATI MASIH PENUH DENGAN KEDUNIAAN ATAU HAWA NAFSU,MAKA IA KEMBALI KE TEMPAT A TURUN SEBELUMYA. KOSONGKAN HATIMU DARIPADA SEGALA SESUATU SELAIN ALLAH,NESCAYA ALLAH AKAN MEMENUHINYA DENGAN MA'RIFAH DAN RAHSIA-RAHSIA"

MENYELAMI PENDAPAT ULAMA MERUNGKAI DEFINISI "TAUBAT NASUHA"

APAKAH TAUBAT NASUHA?

Ibn Kathir telah berkata di dalam tafsirnya: "Ertinya ialah taubat yang benar dan tegas,yang dapt menghapuskan kesalahan-kesalahan lalu,menghuraikan kekusutan orang yang bertaubat,menghimpunkan dan menyucikan kekotoran yang dilakukan.

"NASUH" adlah ungkapan mubalaghah(bersangkutan) daripada kata "NASIH",seperti "SYAKUR" dan "SABUR" yang merupakan ungkapan mubalaghah daripada kata "SYAKIR" dan "SABIR". Kata "NASUHA" di dalam bahasa arab beerti "penyucian". Dikatakan "NASUH AL-'ASAL" beerti suci madu daripada sebarang campuran yang bermaksud madu suci."NASUH" di dalam taubat adalah umpama "NASUH" di dalam ibadat yang beerti bebas daripada sebarang kepalsuan,kekurangan adn kerosakan serta melaksanakannya sesempurna mungkin. "NASUH" adalh kata lawan bagi kepalsuan.

'Ulama salaf berbeza ungkapan dalam menjelaskan hakikat taubat nasuha,sehinggakan Imam Qurtubi menghitungnya sebanyak dua puluh tiga pendapat,tetapi rujukan yang sebenarnya adalh tetap satu. Mereka mengungkapkannya berdasarkan keadaan yang berbeza.

Ibnu Jarir,Ibn Kathir dan Ibn al Qayyim menyebutkan daripada 'Umar r,a,Ibn Mas'ud r.a,Ubai Ibn Ka'ab r.a :"Taubat nasuha ialah bertaubat daripada sesuatu dosa serta tidak kembali melakukannya sepertimana tidak kembalinya susu ke dalam kantungnya"

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Ibn Mas'ud r.a secara marfu',katanya"Taubat daripada dosa bermaksud bertaubat darinya dan tidak kembali melakukannya" (Namun sanadnya dha'if)(Ia adalah mauquf sepertimana yang dikatakan Ibn Kathir)

Al Hasan al Basri berkata: Ia beerti seseorang hamba yang menyesal terhadap kesilapan lalu dan berazam tidak mengulanginya."

Al Kalbi berkata: "Ia beerti beristighfar dengan lidah,menyesal dengan hati dan menahan dengan badan.

Sa'id Ibn al Musayyab berkata: "Taubat nasuha beerti kamu menasihati dengannya akan dirimu". Beliau menjadikannya penasihat kepada orang yang bertaubat.

Pendapat pertama menjadikannya sebagai makna maf'ul yang bermaksud orang yang bertaubat memurnikan taubatnya tanpa dicampuri dengan kepalsuan.

Muhammad Ibn Ka'ab al Qurazi: "Ia (taubat nasuha)mengandungi empat perkara:

1.Istighfar dengan lidah
2.Meniggalkan dengan anggota
3.Berazam tidak kembali melakukannya dengan penuh perasaan.
4.Menjauhkan diri dari teman teman yang buruk.

ADAKAH ALLAH ITU ZALIM TERHADAP HAMBANYA????

Manusia sering ditimpa dengan pelbagai musibah.Tidak kira yang kaya atau yang miskin,semuanya telah ditakdirkan oleh Allah untuk menempuhi ujiannya yang tersendiri.Oleh hal yang demikian bergantung kepada manusia itu sendiri,cara-cara untuk menghadapi ujian tersebut.Itulah hakikat yang perlu ditempuhi bagi mereka beriman.

Namun,kadang kala ujian yang terlalu berat menyebabkan segelintir manusia tidak mampu bersabar lantas menyalahkan Allah.Sebagai contoh,seseorang itu telah ditimpa penyakit yang tidak dapt diubati,maka mereka menyatakan Allah itu zalim dan juga sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah.Mari kita renungkan adakah Allah itu zalim???

Daripada Abu Zar al Ghifari daripada Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkannya daripada tuhannya,bahawasanya Alah berfirman:

"Hai hamba hambaku-Ku! Sesungguhnya Aku haramkan kezaliman ke atas diri-Ku dan Aku jadikan ia (perkara) yang diharamkan di antaramu. Maka janganlah kamu berbuat kezaliman.

"Hai hamba-hamba-Ku!Kamu semua sesat kecuali mereka yang telah aku beri hidayah kepadanya. Maka mintalah hidayah daripada-Ku dan Aku past memberi hidayah kepada itu kepadamu.

"Hai hamba hamba-Ku! Kamu semua lapar kecuali kecuali mereka yang telah Aku beri makan kepadanya. Maka mintalah makanan daripada-Ku dan Aku memberi makanan itu kepadamu.

"Hai hamba hamba-Ku! Kamu semua telanjang kecuali siapa yang Aku pakaikannya. Maka mintalah pakaian daripada-Ku dan Aku pasti memakaikannnya kepadamu.

"Hai hamba hamba-Ku! Kamu semua bersalah siang dan malam maka Aku mengampunkan segala dosa. Oleh it mintalah keampunan kepada-Ku dan Aku pasti mengampunimu.

"Hai hamba hamba-Ku! Sesungguhnya kamu tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepada-Ku,Maka kamu hendaklah mendatangkan kemudaratan itu kepada-Ku dan kamu tidak dapat memberikan manfaat kepada-Ku, Maka kamu hendaklah mendatangkan manfaat itu kepada-Ku.

"Hai hamba hamba-Ku Kalau sekiranya orang orang terdahulu dan terkemudian daripadamu dan kamu daripada jenis manusia dan jin,adalah semuanya setakut takut hati kepada Allah sepert takutnya hati seorang lelaki daripada kamu;nescaya yang demikian itu tidak menambahkan sedikitpun kerajaan-Ku.

Sudah jelas lagi bersuluh,Allah itu tidak zalim terhadap hambanya. Sesungguhnya manusia sendirilah yamg zalim terhadap diri mereka sendiri. Kita perlu mengetahui bahawa,ujian itu bertujuan untuk meingkatkan keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah .Ia menjadi satu bukti bahawa Allah mencintai dan menyayangi hambanya.

MENYINGKAP TIRAI KEHIDUPAN ABU AL 'ABBAS AL MURSI

Ahmad bin 'Umar al Mursi,Abu al 'Abbas,Syihabuddin. Lahir di Andalus, Negeri Mursiah pada tahun 616H. Dikatakan keturunannya bersambung dengan golongan Ansar. Ayahnya seorang peniaga.Ini memudahkannya untuk mendidik anaknya belajar ilmu. Pada tahun 640H,beliau beserta keluarganya pergi ke kota Mekah melalui kapal laut. Ditaqdirkan berlaku ombak besar yang menyebabkan ibu dan ayahnya mati syahid. Sedangkan beliau dan saudaranya terdampar di pantai Tunisia. Seorang faqih dan sufi daripada keluarga Iskandariah. Men8inggal dunia pada tahun 686H/1287M di kota Iskandariah. Antara karamahnya sebagaimana yang dinyatakan oleh Yusuf Al Nabhali, Syeikh 'Abbas pernah berkata:"Selama 40 tahun aku tidak dihijabkan oleh Rasulullah s.a.w. Sebaliknya kalau aku dihijabkan walaupun sekelup mata,aku menganggap diriku bukan daripada kalangan orang islam."

Ulasan:

Beliau merupakan seorang guru yang telah banyak membimbing al Syeikh IBN 'ATAILLAH al Sakandari dalam mengenal Allah Taala.Seorang tokoh tasawwuf yang mengabdikan seluruh kehidupan terhadap Allah Taala.

BIOGRAFI IBNU 'ATAILLAH AL SAKANDARI

NAMA

Ibnu 'Ajibah menyatakan nama penuh beliau ialah Abu al-Fadhl Ibn Muhammad Ibn Abd Karim Ibn Abd Rahman Ibn Abdullah Ibn Hammad Ibn 'Isa Ibn al Husain Ibn 'Ataillah.

KELAHIRAN

Menurut al Taftazani,setelah membentangkan teori tarikh kelahiran al Syeikh Ibn 'Ataillah al Sakandari,beliau menyatakan,tarikh yang dianggap sesuai bagi kelahirannya ialah sekitar tahun 685H.

GURU GURUNYA

1.Al Syeikh al Abraquhi iaitu al Syeikh Syihabuddin Abu Al Ma'ani Ahmad Ibn Ishaq Ibn Muhammad Ibn al Mu'ayyad (701H). Gurunya ini merupakan tokoh ulama' Mesir yang meniggal dunia di Mekah semasa mengerjakan haji pada tahun 701H ketika berusia 87 tahun.Al Syeikh Ibn 'Ataillah al Sakandari telah meriwayatkan bahawa beliau pernah mempelajari atau mengambil hadith daripadanya.

2. Abu al 'Abbas al Mursi. Gurunya ini banyak menunjukkan jalan rohani kepadanya.

3. Al Faqih Nasiruddin Ibn al Munir al Jarawi al Judhami al Iskandari (w683H). Gurunya ini adalah seorang imam yang hebat dalam fiqh dan bahasa arab serta merupakan 'allamah al iskandari di zamannya. Beliau meninggal dunia di Iskandariah pada tahun 683H.

4. Al Syeikh al Muhyi al Maruni. Beliau merupakan guru kepada al Syeikh Ibn 'Ataillah al Sakandari dalam bidang ilmu nahu.

5. Al Syeikh al Imam al Hafiz Syarafudin Abu Muhammad Abd al Mu'min Ibn Khalaf Ibn Abi al Hasan al Dimyati (613H-705H) yang disifatkan oleh al Imam al Suyuti sebagai seorang imam yang sangat 'alim,hafiz,hujjah, dan faqih. Beliau terkenal sebagai syeikh Al Muhaddithin.

Tuesday 6 April 2010

MENELUSURI BIOGRAFI SAYYIDUL MUDDAH IMAM AL BUSAIRI RADHIALLAHU 'ANHU

TEMPAT LAHIR
Nama beliau adalah Al Imam,al 'Alim, Sayyid al Muddah,Abu Abdullah Syarafuddin Muhammad ibn Sa'id ibn Hammad ibn Muhsan ibn Abdullah ibn Sofhaji ibn Hilal ibn Hilal ai Sonhaji al Busairi al Syazuli radhiallahu 'anhu.

Imam al Busairi telah dilahirkan di daerah Dalas,Mesir pada awal bulan syawal tahun 608 Hijrah bersamaan 1212 Masihi. Beliau masyhur dengan panggilan al busairi kerana beliau dibesarkan di Bushir. Keluarganya berasal dari keturunan yang cukup mulia di negera maghribi.

PERJALANAN HIDUP
Sejak kecil lagi Imam Busairi telah dibimbing oleh ayahnya sendiri dalam bidang bahasa arab dan pelbagai disiplin ilmu pengetahuan,sehingga beliau menjadi seorang yang amat 'alim.Beliau telah menghafaz Al Quran,matan-matan ilmu,ahli khat yang mahir,Hadith nabi dan berguru dengan ulama' ulama' yang terkenal dan hebat di zamannya.

Imam al Busairi amat mahir serta pakar dalm ilmu syair dan balaghah sehigga dapt mengalahkan para tokoh syair yang terhebat dan pakar pada zamannya.

Imam al Busairi turut manyambung pengajiannya di Jami' al Azhar. Di sana beliau menuntut pelbagai ilmu islam,terutamanya dalam bidang kesusasteraan dan Ilmu Hisab. Kehebatannya dalam penulisan dan syair-syairnya menyebabkan beliau amat disanjungai oleh masyarakat dan disayangi para pegawai serta pemerintah negeri.

Penyair yang hebat ini pernah dilantik menjadi pegawai tinggi dalam Kementerian Percukaian di daerah Biblis,semasa pemerintahan Kerajaan Mamalik. Selepas itu,Imam alBusairi mengundurkan diri daripada jawatan tersebut dan mengambil keputusan mengosongkan diri dari perkara-perkara yang melibatkan seperti pangkat,kakayaan ,kemegahan,kemewahan dan hal-hal keduniaan.

Pada permulaannya,Imam al Busairi amat dekat dan mendapat kedudukan yang istimewa daripada raja-raja dan mendapat sambutan yang baik dari kalangan mereka. Beliau banyak mengarang syair-syair memuji raja dan para pemerintah.Tapi,tidak lama kemudian Imam al Busairi memutuskan hubungan dengan dunia mereka dan menceburi dalam dunia tasawwuf di bawah bimbingan guru tarbiahnya Sayyid Abu 'Abbas al Mursi. Di bawah pentarbiahan gurunya ini,Imam al Busairi telah mendpat ilmu yang sungguh bermanfaat. Ini kerana Sayyid Abu Abbas banyak mengajarnya jalan untuk mengenal Allah.

Ali al Mubarak dalm tulisannya,bahawa Imam al Busairi dan Ibnu 'Atoillah al Sakandari kedua-duanya adalah merupakan anak murid Sayyid Abu Abbas al Mursi. Allah telah mengurniakan kepada Imam al Busairi lidah yang fasih dalam memuji nabi,manakala Syiekh Ibnu 'Atoillah al Sakandari pula diberi Allah kelebihan menjadi ahli hikmah yang luas ilmunya untuk mengajar manusia mengenal Pencipta mereka.

Kecintaan Imam al Busairi terhadap Rasulullah tersangatlah tinggi dan hebat. Beliau sentiasa memuji dan tidak pernah lupa mengingati Rasulullah dalam setiap masa,detik dan waktu. Ini menyebabkan beliau sering bermimpi melihat nabi dalam tidurnya.

SEJARAH QASIDAH AL BURDAH
IMAM AL BUSAIRI RADHIALLAHU 'ANHU

Pada permulaannya,Imam al Busairi telah ditimpa penyakit lumpuh separuh badan. Pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilakukan untuk mengubatinya,tetapi penyakitnya masih juga tidak sembuh. Para tabib yang pakar dan doktor yang hebat-hebat juga telah berputus asa merawatinya.

Dalam keadaan lumpuh separuh badan itu,timbul ilham di fikiran Imam al Busairi untuk menulis sebuah qasidah memuji Rasulullah .Walaupun badannya masih lagi lemah,namun di sudut hatinya masih mekar bersemangat lagi berkobar kobar dalam melakarkan sebuah qasidah yang teristimewanya untuk nabi.

Dengan hati yang dipenuhi dengan kedalaman kasih sayang serta diiringi kerinduan yang tinggi terhadap Rasulullah,beliau pun melakarkan qasidahnya satu rangkap demi satu rangkap sehingga selesai 161 bait syair. Semas menulis qasidah tersebut,beliau berharap serta berdoa semoga dengan keberkatan memuji nabi,penyakitnya yang sukar untuk diubati itu,mudah-mudahan akan disembuhkan oleh Allah Taala.

Sebaik sahaja beliau selesai menulis qasidah itu,Imam al Busairi terus tertidur dan bermimpi melihat Rasulullah. Di dalam mimpinya,beliau melihat Rasulullah datang menziarahinya dan mnyapu tangannya yang mulia ke atas Ima al Busairi serta menyelimuti seluruh badannya dengan sehelai selendang (burdah).

Sebaik sahaja badan Imam al Busairi selesai diselimuti,lantas beliau terjaga dari tidurnya.Imam al Busairi mendapati penyakit lumpuhnya telah sembuh seperti biasa dengan keberkatan burdah yang diselimutkan oleh Rasulullah. Untuk mengenag peristiwa itu yang menjadi kenagan indah di dalam hidupnya,lalu Imam al Busairi menamakan qasidah yang dikarangnya itu dengan nama al burdah yaang bermakna selendang.

Telah berkata Syeikh Hasan al 'Adawi di dalam kitabnya,A Nafahat al Syazuliah fi Syarhi al Burdah Busairiah:
Disebutkan bahawa Imam al Busairi tidak pernah memberitahu mimpinya itu kepada sesiapa pun. Sehinggalah pada suatu hari,beliau keluar dari rumahnya. Di dalam perjalanannya,datang seorang lelaki yang soleh menemuinya dan berkata padanya,Wahai Syeikh! Bawakanlah kepadaku qasidah al Burdah yang telah engkau karangkan untuk Rasulullah.Imam al Busairi amat terkejut dengan kata-kata lelaki soleh tersebut lantas beliau pun bertanya,"Dari manakah engkau mengetahui Qasidah al Burdah yang telah aku karang ini? Aku tidak pernah menceritakan atau memberitahu kepada sesiapa pun sebelum ini!.

Berkata lelaki soleh tersebut,"Demi Allah! Sesungguhnya malam tadi aku telah bermimpi melihat Rasulullah didendangkan dan dialunkan dengan qasidah yang cukup indah dan hebat. Aku melihat wajah Rasulullah begitu gembira dan menyukai qasidah tersebut. Selepas itu Rasulullah memakaikan pakaiannya kepada orang yang mengarang qasidah tersebut. Maka aku dpati engkaulah orangnya dalam mimpiku ini".

Diriwayatkan lagi,ketika Imam al Busairi menulis qasidah al Burdah ini,beliau telah membacakan syair di bait ke-51 yang bermaksud"KEMUNCAK PENGETAHUAN MEREKA TENTANG DIRINYA,MEREKA HANYA MENGATAKAN BAHAWA RASULULLAH ITU MANUSIA BIASA"

Lidah Imam al Busairi kelu dan tidak dapt menyambung syair berikutnya kerana berasa tidak beradab dalam mengungkapkan kalimah itu untuk nabi.

MAka malamnya,Imam al Busairi bermimpi bertemu Rasulullah. Lalu Nabi menyambung akan bait qasidah itu dengan kalimah yang bermaksud"SESUNGGUHNYA BAGINDA ADALAH MERUPAKAN SEBAIK-BAIK SEMUA CIPTAAN ALLAH"

ITULAH KEMULIAAN ORANG-ORANG YANG MENCINTAI ALLAH DAN RASULNYA

Monday 5 April 2010

BILA KITA INGIN SEDAR???????????

Salam ilmu dari hamba yang hina di hadapan Allah Taala,ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. Sahabat-sahabat sekalian kita sering dipaparkan dengan pelbagai gejala sosial yang semakin meruncing. Tak perlu kita sebut satu persatu,kerana kita telah "masak" dengan seluruh gejala sosial yang telah berlaku sekarang ini.

Namun sampai bilakah kita ingin mentohmah,menghina golongan yang telah keterlanjuran ini?Adakah kita sudah cukup sempurna berbanding manusia-manusia yang lain? Sahabat-sahabat sekalian,mari sama-sama kita menghitung diri kita sejauh mana kita telah bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah Taala ke atas diri kita. Adakah kita telah mensyukuri semua nikmat yang telah diberikan. Kalaulah kita mencelup jari kita kita ke dalam air yang panas,terus terangkat jari,inikan pula panas api neraka!!!!!!!! Sekiranya kita berfikiran waras ,sudah tentu kita aka gerun dengan ancaman-ancaman ini.Kalaulah dengan panas mentari pun tidak mampu kita tahan,inikan pula panasnya di padang mahsyar!!!!!!!!

Kita tidak perlu menilai manusia yang lain,sedangkan,dalam diri kita terkandung seribu satu keaiban yang tidak pernah kita renungi..Anda menuding satu jari terhadap orang lain,tetapi anda lupa bahawa empat jari lagi menunjuk ke arah diri anda. Mari kita renung,manusia berasal dari setitis air yang hina. Anda perlu sentiasa merenung asal-usul diri agar anda tidak langsung merasa bangga dengan dunia yang anda miliki.Oleh hal yang demikian,jadikanlah muhasabah sebagai satu program wajib dalam kehidupan seharian kita,agar ia menjadi penyegar ibadah,penguat amalan dalam kehidupan seharian. Wal 'afwu minkum.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...