Monday 28 November 2011

" Doktor,,! tolong sembuhkan anak saya,,! " ( Bolehkah doktor sembuhkan anak ? Siapa PENYEMBUH YANG SEBENAR ? )

KUNCI...Kori mengunci pintu makam Tok Pulau Manis yang gagal ditemui tiga kaki ekor.

 KUALA TERENGGANU, 29.11.2011: “Tiga lelaki berserban dan berjubah itu merayu sambil menangis teresak-esak kepada saya meminta pertolongan menunjukkan jalan keluar dari kawasan makam Tok Pulau Manis selepas semalaman berlegar-legar kerana tidak nampak pintu keluar,” kata Imam Masjid Pulau Manis di sini, Kori Endut.

Kori, 68, berkata demikian ketika mendedahkan mengenai padah menimpa tiga lelaki berlagak alim yang melakukan upacara pemujaan nombor ekor di kubur ulama terkenal, Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah di Kampung Pulau Manis, Serada, di sini.

Beliau berkata, tiga lelaki berusia 40-an terbabit lengkap berserban dan berjubah bagi mengabui mata orang ramai ketika memuja nombor ekor di kubur ulama yang lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis itu.

Menurutnya, kejadian yang menimpa tiga sahabat itu yang tidak dapat mencari jalan keluar selepas melakukan aktiviti pemujaan, antara padah yang menimpa mereka yang melakukan perbuatan khurafat di kubur berkenaan.

Kori bertanggungjawab menjaga kubur berkenaan yang terletak kira-kira 50 meter dari Masjid Pulau Manis berkata, dia melihat tiga lelaki itu menangis teresak-esak sambil berlegar-legar di sekeliling kawasan makam itu jam 7 pagi.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "

Berita yang penulis paparkan di atas, menunjukkan kepada kita betapa manusia itu tetap sama kemuliaannya walaupun telah meninggal dunia. Nama beliau adalah Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah. Allah menjaga kemuliaan pemilik makam ni, dengan 'menangkap' manusia-manusia yang cuba melakukan perbuatan-perbuatan keji seperti menilik nombor di tempat-tempat ini. Perbuatan khurafat sebegini terus dizahirkan kebejatannya, dengan hilangnya arah penilik nombor itu, untuk mencari pintu makam itu. Walaupun, kawasan makam hsangatlah kecil, namun kuasa Allah mengatasi segalanya. 

Melalui kisah di atas, jelas menunjukkan kepada kita bahawa andai dengan perbuatan keji akan dibalas perbuatan buruk itu oleh Allah, semestinya dengan perbuatan yang baik kita lakukan di sini, pasti akan diganjar lebih oleh Allah. Amalan menziarahi makam-makam orang soleh adalah tradisi ulama sunnah yang telah lama bertapak di muka bumi ini. Ziarah yang dilakukan, bukanlah dengan tujuan menyembah mahupun menilik atau perbuatan buruk yang lain, akan tetapi ziarah tersebut tidak lain tidak bukan ingin menyedekahkan Al Fatihah, selawat dan bacaan-bacaan quran kepada pemilik makam. 

Malah, makam-makam orang soleh inilah Allah menurunkan rahmatnya, sekaligus peratus penerimaan serta pengqabulan doa itu amat tinggi di tempat-tempat ini. Kita hadir menziarahi makam mereka, kerana kita memohon kepada Allah di atas kemuliaan yang telah Allah berikan kepada mereka. Yang mana, dengan kemuliaan anugerah Allah itu, menyebabkan martabat mereka amat tinggi di sisi Allah. Kita bertawassul  (memohon kepada Allah dengan wasilah kemuliaan mereka ) agar doa-doa kita diterima. Jauh sekali kita menyembah mereka. Yang mengabulkan, yang Memberi hanyalah ALLAH TAALA. 

Menggunakan wasilah adalah perkara biasa, yang sering kita jumpai dimana-mana. Di dunia ini juga, semuanya bergantung kepada wasilah. Hanya saja kita tidak menyedari perkara tersebut. Sepertimana jika kita berjumpa doktor , dalam keadaan mak kita sakit, pastinya kita akan berkata " Doktor! tolong sembuhkan mak saya,,! " Andai kita perhatikan ayat itu betul-betul, sebenarnya kita telah mensyirikkan Allah. Kenapa,,? Kerana,, Yang Menyembuhkan hanyalah ALLAH, manusia tidak berkuasa untuk menyembuhkan. Doktor tidak berkuasa untuk menyembuhkan. Nah,,! Cuba fahamkan. Jelas kita bertawassul di sana. Kita memohon dengan kepakaran yang ada pada doktor itu, dapat merungkai penyakit si ibu, dan menyarankan ubat-ubat yang selayaknya, sekaligus dengan semua kepakaran itu, ALLAH akan menyembuhkan penyakit si ibu. Itu sahaja.. Perkara yang sangat muda untuk difahami. Segalanya kembali kepada Allah.

Begitu juga yang telah meninggal dunia. Mereka hanya meninggalkan dunia, kemuliaan mereka tetap sama. Mati hanyalah satu fasa perpindahan dari alam dunia ke alam barzakh. Maka, antara saranan apabila menziarahi kubur atau makam, ucapkanlah salam kepada mereka, kerana mereka mendengar salam kita serta membalasnya. Hanya saja manusia tidak mendengarnya. 

Baca, faham, dan sampaikan,,

ilham_sufi
Mahligai 315, jelai 4
9.23 pagi

Sunday 27 November 2011

ilham_copy/paste ; Sharing is caring

Untuk membina sikap positif dalam diri, anda boleh amalkan 10 PETUA  yang disenaraikan dibawah.  Amalkannya setiap masa dan dimana sahaja sehingga ia menjadi tabiat baru anda.  Setiap minggu dari sekarang saya akan bincangkan salah satu dari 10 Petua ini.  Tetap bersama saya.

Petua   1: Jangkakan kejayaan.
Petua   2: Lakunkan watak orang cemerlang.
Petua   3: Ubah penampilan diri.
Petua   4: Berkawan dengan orang berjaya.
Petua   5: Dalami ilmu kecemerlangan.
Petua   6: Fokus kepada apa yang anda mahu.
Petua   7: Kejayaan silam membarai diri.
Petua   8: Saranan diri positif.
Petua   9: Soal diri dengan soalan yang positif.
Petua 10: Pelaziman minda.
Petua  2:  Lakunkan Watak Orang Cemerlang
Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri.  Sebab itulah untuk berjaya kita mesti mempunyai model ikutan (role model) yang boleh ditauladani.  Sebut sahaja tentang 'role model' ini, saya teringat akan sebuah kisah kejayaan yang telah saya baca tidak lama dahulu. 

 Kisahnya bermula sewaktu perang dunia kedua.  Terdapat seorang jeneral tentera Amerika yang begitu dikagumi oleh semua disebabkan kejayaan demi kejayaan yang dibawanya dalam peperangan.  Ketokohan dan keberanian jeneral ini begitu dikagumi juga oleh seorang pemuda berpangkat prebet.  Suatu hari, prebet ini berpeluang bersemuka dengan jeneral lalu dia terus bertanya, "Tuan, pada pandangan tuan adakah saya mampu, satu hari nanti. berjaya seperti tuan".  Lalu, jeneral itu berkata, "Jangan tanya saya soalan bodoh ini".  Prebet tidak berpuas hati lalu terus bertanya sebanyak tiga kali, dan tiga kali juga dia memperolehi jawaban yang serupa.  Lalu prebet bertanya kali ini, "Tuan, tiga kali saya tanya tuan tetapi tuan tetap berikan jawapan yang serupa, kenapa begitu tuan?".  Lalu jeneral berkata, "Kalau kamu mahu jadi seperti saya, kamu mesti berfikir seperti saya, berjalan dan bercakap seperti saya, dan tindakan kamu pastinya juga nanti seperti saya.  Kamu hanya boleh jadi seperti saya sekiranya kamu lalui jalan yang telah saya lalui.  Kalau kamu lalui jalan yang berbeza, kamu akan sampai ke destinasi yang berbeza juga".  Maka, pemuda itu mula faham.  Mulai saat itu dia mula melakunkan setiap watak jeneral dalam kehidupan hariannya.  Iaitu termasuklah cara fikir, cara bercakap dan cara berjalannya.  20 tahun kemudiannya, prebet itu berjaya merealisasikan matlamatnya menjadi seorang jeneral di pasukan tentera Amerika.   

Cuba anda lihat senario berikut pula, katakanlah anda sebagai seorang pelajar, telah dipilih untuk berlakun dalam sebuah filem tempatan.  Kisahnya berkisar kehidupan pelajar-pelajar sekolah dan anda telah dipilih sebagai pelakun utama.  Bayarannya cukum lumayan iaitu RM10,000 dan nama anda juga akan dikenali ramai setelah filem ini ditayangkan.  Anda dikehendaki melakunkan watak pelajar cemerlang.  Syarat untuk anda kekal sebagai  pelakun cuma dua iaitu, yang pertama anda mestilah menjaga disiplin dan masa anda.  Apabila pergambaran bermula jam 5 petang maka anda mesti berada dilokasi sebelum masa tersebut.  Yang keduanya pula, anda mesti menghayati watak pelajar cemerlang sepenuhnya.  Sekiranya pengarah tidak berpuas hati dengan anda, dia akan gugurkan nama anda dari senarai pelakun pada bila-bila masa.  Pengarah tidak risau sebab anda pelakun baru, satu ditolak berpuluh yang akan memohon untuk berlakun.
   
Kalau anda berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda?  Saya yakin anda akan mula meneliti  dan memahami plot filem tersebut bersungguh-sungguh.  Anda mula menghafal skrip yang diberikan ayat demi ayat biarpun ketebalannya ratusan muka surat.  Anda akan mula menjiwai dan menghayati watak pelajar cemerlang yang diberikan kepada anda.  Anda akan tiru gaya, percakapan dan cara hidup mereka.  Pendek kata anda mahu penonton lihat betapa realistiknya lakunan anda.  Anda mahu dikenali selepas usaha anda ini.  Anda mahukan ganjaran wang RM10,000 yang dijanjikan kepada anda. 

Tidakkah anda terfikir betapa beruntungnya kalau anda lakunkan perkara yang serupa setiap hari dalam hidup anda.  Kenapa mesti anda bersungguh-sungguh dalam lakunan filem?  Tidakkah anda sedar bahawa kita semuanya pelakun di pentas dunia atau di pentas kehidupan.  Kenapa tidak lakunkan watak orang cemerlang itu hari ini.  Anggapkan seolah-olah anda berhadapan dengan kamera.  Kalau anda seorang pelajar, anda bertindak seperti pelajar cemerlang di sekolah anda.  Mengurus masa, menglibatkan diri secara aktif, berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang.  

Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti anda akan perolehi apa yang diperolehi oleh pelajar cemerlang lainnya.  Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakun itu hari ini maka Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda.  Orang lainlah nanti yang akan berjaya.  Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulamak, peguam dan sebagainya.  Orang lain yang akan dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai orang yang membawa perubahan dalam masyarakat.  Orang lain yang akan memperolehi pendapatan bukan sekadar RM10,000 tetapi mungkin lebih tiap-tiap bulan.
Anda tidak punya pilihan lain.  Untuk berjaya anda mesti mula berlakun hari ini.  Hayati watak orang cemerlang.  Fikir seperti mana mereka berfikir, bercakap, bergaya dan bertindak seperti mereka. 

Lama kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian anda.  Ia akan menjadi sikap baru anda.  Anda akan dapati mereka disekeliling anda menyedari yang anda kini bersikap positif.  Setiap kebaikan yang bakal anda perolehi hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda tidak mahu lagi kembali kepada sikap negatif anda sekarang.  Anda mula memikirkan untuk hidup dalam kelompok dan persekitaran baru.  Apa anda tunggu lagi?  Lakunkanlah watak orang cemerlang itu sekarang dengan memerhatikan model ikutan anda.
'Act As If....'

Friday 25 November 2011

Perutusan yang x berapa nak berutus,,

' BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG"

' awal muharram detik permulaan, perkiraan tahun islam hijrah, perpindahan nabi dan umat islam, dari kota mekah ke kota madinah ' 

" Demikianlah lagu yang sering kedengaran di corong-corong radio, mahupun di kaca tv dalam memperingati Hari Sambutan Maal Hijrah . "
" Sebagaimana hadis Rasulullah yang bermaksud ' Tiada lagi hijrah selepas pembukaan Kota Mekah, melainkan jihad dan niat ( au kama qol )"

" Andai tahun yang lalu, punya banyak kekurangan dan kesalahan , minimumkanlah pada tahun yang akan tiba. Transformasi ke arah kebaikan, sangat memerlukan ruang dan masa. Berubah menjadi baik, tidak akan berlaku dengan sekelip mata,, qolilan qolila,,syuwaiyah,,syuwaiyah,, insyaAllah "

" Semakin bertambah tahun, semakin dekatlah manusia itu kepada kematian. Jadi renunglah, sejauh mana ibadah kita, khidmat kita kepada masyarakat, taat kita kepada kedua ibu bapa, dan jangan lupa urusan dunia. Beribadahlah seumpama kita akan mati esok hari, dan bekerjalah seumpama kita akan hidup selamanya "

" Renung-renungkan dan selamat beramal ,,,,,
 
ilham_limited idea,
Mahligai 315, Jelai 4,
2.45 pagi .

Saturday 19 November 2011

Tahajjud Dari Perspektif Perubatan

" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG  "

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Sekadar perkongsian, bukan karya penulis kerana penulis bukan ahli sains. Mungkin disana terdapat banyak manfaat yang dapat diambil. Baca dan amal,,,Barakallahu fikum,,

        Solat tahajud ialah ibadah yang dilakukan pada malam hari, kebiasaannya pada waktu tengah  malam dan selepasnya disebalik ibadah ringkas  ini, tersembunyi rahsia-rahsia besar yang kebanyakkannya tidak diketahui oleh orang ramai. Setelah kajian demi kajian yang dilakukan oleh saintis-saintis moden Islam, rahsia-rahsia disebalik suruhan Allah dapat disingkap sedikit demi sedikit. Sebenarnya semua suruhan Allah itu banyak mempunyai khazanah yang berharga dan salah satu daripada khazanah Allah itu ialah tahajjud.

TIDUR & SOLAT TAHAJJUD

        Seandainya kita menyelak beberapa muka daripada buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tingkatan empat, kita akan dapati bahawa di antara cara-cara beristirehat ialah tidur, berjalan-jalan, menonton televisyen dan sebagainya. Akan tetapi mungkin terlupa bahawa solat tahajjud juga salah satu daripada cara beristirehat.
        Sebelum ini kita dimaklumkan bahawa tidur yang kamil ialah antara 6 hingga 8 jam. Jika direnung daripada pendapat tersebut seorang yang tidur pada jam 9 malam akan sempurna tidurnya jika dia bangun pada jam 5 pagi. Jadi bilakah masanya nak menunaikan solat tahajud ?! Sekiranya pendapat ini terus dipegang oleh setiap muslim, alamatnya sunyi sepilah malam lantaran tiada sesiapa pun yang bangun bertahajud
        Sebenarnya pendapat ini telah disangkal oleh saintis barat iaitu Dr. Ray Meddis. Dia mengatakan waktu tidur yang sempurna hanyalah sekadar 3 hingga 5 jam sehari.
        Waktu tidur yang singkat bukan sahaja berfaedah untuk beristirehat bahkan juga menjimatkan masa kita untuk melakukan kerja-kerja lain. Masa seseorang mendapat ‘deep sleep’ ialah sekitar 3 hingga 4 jam sahaja. Jadi seseorang yang tidur selama 7 hingga 8 jam hanyalah menghabiskan masa antara 2 hingga 4 jam dengan berkhayal, tidur ayam dan sebagainya.
 
KEBAIKAN TAHAJUD

        Setiap ibadah yang digalakkan dalam Islam mempunyai 1001 macam hikmah yang tersendiri. Begitu juga dengan solat tahajud. Tahajud berupaya meneguhkan iman seseorang, membentuk peribadi yang tegas, alternatif beristirehat, senaman, ketenangan jiwa dan dapat merasai nikmat menghirup gas oksigen malam.

MENEGUHKAN IMAN

        Ketika berdiri menunaikan tahajjud perkataan yang mula-mula sekali diucapkan ialah Allahuakbar, diikuti dengan doa iftitah dan surah Al-fatihah, setiap kalimah yang diucapkan ini, sekiranya dihayati dan difahami akan setiap maknanya akan memantapkan lagi tauhid kepada Allah S.W.T. Contohnya apabila kita melafazkan kalimah Allahuakbar, tauhid kita kepada Allah akan menebal melahirkan rasa bahawa Allah itu bersifat Maha Besar.
        Iman yang teguh akan melahirkan muslim yang berperibadi mulia kerana kepercayaan kita kepada Allah, Rasul, Malaikat, Kitab, hari kiamat, dan qada & qadar akan melahirkan muslim yang bersifat terpuji.

SENAMAN & ISTIREHAT

        Di samping tidur dan bersenam, tahajjud juga merupakan cara bersenam dan beristirehat. Setiap gerakan dalam solat tahajud mempunyai rahsia yang berupaya menggantikan senaman dalam kehidupan seharian kita.
        Secara kasarnya semasa berdiri tegak dan mengangkat takbir; secara tidak langsung rongga toraks di dalam peparu kita di besarkan isipadunya. Isipadu rongga toraks yang tinggi membenarkan lebih banyak udara yang masuk ke dalam peparu dan lebih banyak oksigen diserap ke dalam badan. Sebagai mana yang kita maklumi udara sejuk pada waktu malam, menjadi lebih tumpat daripada udara pada waktu siang harinya. Ini menyebabkan udara lebih tepu di permukaan bumi. Nikmat menghirup oksigen ini hanya dapat dirasai oleh mereka yang bertahajjud sahaja.
        Didalam keadaan sujud , seluruh berat dan daya badan dipindahkan sepenuhnya pada otot tangan, kaki, dada, perut, leher dan jari kaki.
        Proses ini berulang-ulang sehingga berapa rakaat kita mengerjakan tahajjud.Selepas oksigen disedut, ia akan diedarkanke seluruh badan dengan lancarnya kerana pergerakan otot semasa rukuk dan sujud.
        Selain itu, dalam solat juga duduk antara dua sujud & tahiyyat dapat melibatkan pergerakan daripada tumit, pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain.
        Berbagai cara yang dilakukan oleh manusia bagi menghilangkan perasaan ‘stress’kerana perasaan ini boleh menyebabkan seseorang itu menjadi gila. Ada yang menenangkan hati dengan menonton tv, ada juga yang mendengar radio dan sebagainya. Islam telah meletakkan panduan untuk menenangkan hati. Allah berfirman di dalam  Al-Quran ‘adalah dengan mengingati Allah dapat menenangkan hati.
        Tahajjud dapat mengubati keadaan ini kerana semasa bertahajjud , kita sentiasa mengingati Allah. Segala kekusutan di dunia dapat dilupakan buat sementara. InsyaAllah akan menjadi tenang. 

Wallahu a'lam.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...