"BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHAN DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGAN, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG"
Para ikhwan wal akhawat yang dirahmati Allah sekalian,
Kehidupan di dunia ini, kadangkala amat sukar untuk kita redahi arusnya yang sering kali membadai jiwa-jiwa kita yang sering lalai ini. Rebah, tersungkur, adalah adat sebuah kehidupan. Beruntung bagi mereka yang bangkit, dan merugilah bagi mereka yang membiarkan dirinya dibawa arus. Sama-sama berdoa dengan berkat kemuliaan Rasulullah dan kesemua orang-orang yang soleh, agar Allah menjadikan kita orang yang kuat jiwa, kuat iman, kuat hati kita dalam menghabiskan sisa kehidupan kita di dunia. Kadang kala penulis merasakan, di akhir zaman ini, mati adalah lebih baik dan merupakan satu rahmat berbanding terus hidup di dalam sampah dosa. Zahirnya ulama', batinnya sufaha', juhala' wa al syayatin minal ins. Amat sukar untuk kita kawal diri kita, dalam tempoh remaja ini dalam ketaatan kepada Allah.
Maka, antara perkara yang paling diperlukan dalam menempuhi fatrah yang dahsyat ini ( waktu remaja) adalah tindakan yang bijak dalam memilih kawan. Kawan yang baik sangat penting dalam membantu memperbetulkan setiap tindak-tanduk kita. Tidak ada seorang pun dalam kalangan manusia yang tidak memerlukan kawan dalam hidup. Kawan sangat penting untuk membantu kita, menolong kita andai terdapat sebarang kesusahan. Jadi, pilihlah kawan yang selayaknya, yang boleh membimbing kita sama ada, secara nasihat, teguran mahupun tingkah laku.
Jalan-jalan di petrosains, KLCC. Poning tengok benda alah tu, tak dapek-dapek
nak susun. Ntah camno ntah..