Friday, 1 January 2010

Disebalik penggunaan kalimah "nasib baik"

Bak kata pepatah "terlajak perahu boleh diundur lagi,terlajak kata badan binasa".Pernahkah kita terfikir mengapa Allah menjadikan mulut kita ini hanya satu sahaja?Maha Kuasa Pencipta yang menciptakan seluruh mahkluk daripada sekecil-kecil makhluk hingggalah yang paling besar,setiap suatu penciptaan,pasti ada hikmahnya.Namun dalam seluruh kejadian,Allah telah menetapkan bahawa sebaik-baik kejadian adalah manusia.Allah telah meletakkan martabat yang tinggi bagi makhluk yang bernama manusia.

Namun,sekarang ini betapa ramai dalam kalangan manusia yang sanggup meletakkan diri mereka setaraf dengan binatang.Kita dapat melihat dengan cukup mudah dimana-mana sahaja. Sebagai contoh,kita sering melihat saudara-saudara kita makan dan minum sambil berjalan.Kita melihat perkara itu merupakan satu fenomena biasa sahaja,tapi pernahkah kita melihat apa binatang sekalipun yang makan berjalan?Pernahkah kita melihat binatang minum berjalan?Kalau anda pernah melihatnya,sila tunjukkan kepada saya!!!!!!!

Seperkara lagi,yang perlu kita ambil perhatian ialah kita seringkali menyebut "nasib baik".Mari kita berfikir,adakah segala perkara yang berlaku di dunia kita adalah disebabkan nasib?Adakah di waktu kita terselamat dari kemalangan jalan raya,adalah disebabkan oleh nasib?

Saudara-saudaraku sekalian,perlu kita ketahui bahawa segala perkara yang berlaku di dalam dunia ini adalah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas setiap manusia.Daripada sebesar-besar kenikmatan,hinggalah sebesar-besar musibah semuanya telah ditakdirkan Allah. Jadi,adakah "nasib" dalam hidup kita?Kita terselamat daripada kemalangan,bukan disebabkan "nasib",akan tetapi itu adalah "maunah" atau pertolongan dari Allah.Maka,dimanakah kewajaran menggunakan kalimah "nasib baik"?

Oleh hal yang demikian,marilah sama-sama kita memadamkan perkataan "nasib" ini dalam diari perbualan seharian kita.Sekiranya kita terselamat dari apa-apa musibah,maka ucaplah ALHAMDULILLAH,yakni Allah yang telah menyelamatkan kita,bukan nasib yang menyelamatkan kita.Janganlah kita menganggap perkara ini kecil,daripada sekecil-kecil adab sehinggalah perkara-perkara yang lain.Moga kita kita dirahmati oleh Allah.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...