Thursday, 2 September 2010
RENUNGLAH .....WAHAI MUSLIMAT
Bak kata orang "bila dah sayang, semuanya indah belaka." Dengan perkataan lain, sesuatu yang indah itu tidak dapat diukur dengan satu alat pengukur, seperti kata orang alam ini indah, bergantung kepada rasa dan pandangan masing-masing, bergantung kepada rasa dan pandangan orang yang mengatakannya. Oleh itu sesuatu yang indah, ukurannya terletak kepada orang yang bersangkutan sahaja.
Jika seseorang itu tergoda dengan seorang perempuan dan merasakan bahawa perempuan itu amat cantik tetapi adalah mungkin orang lain tidak merasakan sedemikian. Oleh kerana itu pemuja kecantikan adalah fitnah dan memburunya akan membuka jalan-jalan fitnah yang lain.
Antara para penyair dan para solihin serta muttaqin mereka tidak sependapat dalam memandang dan menilai sesuatu objek yang indah, namun kedua-dua golongan ini bersependapat bahawa keindahan itu adalah sesuatu yang menarik dan disukai. Titis embun yang melekat pada bebungaan, oleh penyair, boleh jadi dianggap sesuatu hal yang indah yang diciptakan sedemikian rupa oleh kuasa langit. Manakala bagi para solihin dan muttaqin melihatnya sebagai airmata yang menangis kerana takutkan Allah.
Para penyair mungkin melihat dedaun yang meliuk-liuk ditiup angin sebagai manifestasi kerinduan dari seseorang yang dilamun cinta. Sementara di mata solihin dan muttaqin memandang akan hal itu sebagai bukti bahawa tumbuhan juga berzikir dan beribadat kepada Khaliqnya. Seperti inilah pandangan dan penilaian seseorang terhadap keindahan bergantung kepada hati orang yang melihat. Menikmati keindahan itupun bergantung penerimaan hati dan perasaan seseorang.
Kita akan membincangkan beberapa fitnah yang berkaitan dengan wanita. Pertamanya kita akan menumpukan perhatian kepada fitnah yang timbul dari keindahan. Berbicara soal keindahan sebenarnya kita tidak dapat menyangkal pengertian keindahan yang terdapat pada diri wanita dan daya tarikan yang ada pada mereka. Mari kita bandingkan pendapat Islam dengan pandangan para penyair tentang keindahan, kerana para penyair banyak mengubah syair tentang keindahan dan kebanyakkannya menyentuh tentang keindahan dan kecantikan wanita.
Ramai penyair yang tertarik dengan suara wanita, terkadang mereka tengggelam memuji dan memuja wanita. Tak payah pergi jauh… lihat sajalah lirik-lirik lagu yang banyak memuja dan memuji kecantikan seseorang wanita. Sedangkan Islam telah menegaskan kepada kita bahawa suara wanita itu adalah aurat yang mesti ditutup dengan diam, kerana suara mereka kunci hati lelaki yang dapat membuka pintu untuk berbagai fitnah.
Kerana sebab yang sama, Allah melarang perempuan melembutkan suara mereka di hadapan lelaki, sebab suara yang demikian akan mengundang reaksi yang tidak di hati lelaki yang mengidap penyakit. Yang dimaksudkan hati yang sakit ini bukanlah kerana urat-urat darah yang tidak berjalan lancar atau radang paru-paru yang selainnya daripada penyakit jasmani (fizikal), akan tetapi ia adalah hati yang dihuni oleh penyakit syahwat, yang apabila ada sedikit sebab sahaja ia pun bergelora dan terangsang ingin menerkam sahaja.
Kalau mata suka memandang kepada sesuatu yang indah dan molek, telinga suka mendengar suara atau bunyi-bunyi yang merdu dan manja serta sedap didengar. Buktinya lihat sahajalah bagaimana perhatian lelaki apabila mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi perempuan.
Ramai lelaki yang menghafal banyak senikata lagu tetapi tidak boleh menghafal bacaan sembahyang. Seorang penyair buta, Basyar bin Baroh bermadah, "Wahai teman, cinta bukan milik sebahagian orang, cinta bukan bagi orang yang celik sahaja. Tapi juga ia dimiliki oleh orang yang dapat mendengar kerana telinga lebih dahulu mencintai daripada mata."
Jadi fitnah yang ditimbulkan oleh suara itu tidak terbatas hanya pada suara penyanyi perempuan sahaja tetapi ianya juga boleh timbul daripada suara semua perempuan. Sehingga ketika di dalam solat pun wanita tidak boleh mengangkat suara sekiranya imam (imam lelaki) tersalah bacaannya tetapi disuruh menepuk tangan sahaja. Suara wanita itu ditakuti menganggu kekhusyukan orang lain.
Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan fitnah suara wanita ini dengan sabdanya :
"Sesiapa yang duduk mendengar suara perempuan menyanyi, pada hari Kiamat kelak telinganya disumbat dengan ini (benda cair)."
Kerana biasanya lagu itu akan menggerakkan nafsu yang ada dalam hati seseorang dan ini akan menghalang seseorang itu daripada mengingati Allah dan bersembahyang. Kemudian membuatkan seseorang itu suka kepada perkara-perkara yang haram. Bersenda gurau dengan perempuan adalah satu sebab paling kuat untuk mendengar suara mereka, suara yang menjadi pesona luar biasa bagi lelaki.
Kerana tertariknya mereka kepada suara perempuan maka mereka memandangnya sebagai satu perkara yang harus dipuja. Apakah hal ini bukan fitnah namanya? Kebanyakan wanita setiap kali bercakap akan diikuti dengan senyuman. Ini adat mereka. Dengan cara begini barangkali mereka merasa harga diri mereka terjaga. Ini juga fitnah yang dahsyat.
Sekarang kita berpindah dari fitnah suara dan perkataan kepada fitnah mata dan pandangan, dari fitnah yang boleh bercakap kepada fitnah bisu. Adakalanya kebisuan itu lebih bermakna daripada ratusan kata-kata. Ada sesetengah perempuan gemar bercakap dengan lelaki, mereka tidak merasakan ianya satu kesalahan. Di samping bercakap dengan mulut, mereka juga bercakap dengan pandangan dan isyarat mata.
Ada juga wanita yang tidak gemar bercakap dengan lelaki, cukup dengan pandangan mata mereka sahaja. Rupa-rupanya kepandaian bercakap dengan mata ini adalah sifat yang dimiliki oleh semua perempuan. Tidak ada pengecualian antara mereka yang pemalu atau yang tidak. Hubungan antara mata dan hati adalah hubungan yang tidak dapat disembunyikan. Apa yang terdetik dalam hati akan kelihatan di mata.
Di dalam Al Quran telah digambarkan bahawa selamanya hati dengan mata mempunyai hubungan rapat. Allah mengatakan bahawa setiap yang tersembunyi di relung hati dan yang terkandung pada mata adalah jelas dengan ilmuNya. Firman Allah yang bermaksud :
"Allah mengetahui pengkhianatan mata dan apa yang terselindung di dalam hati."
Yang menjadi fitnah itu bukanlah kerana mata perempuan itu indah dan mempesonakan sahaja, bukan pula perempuan itu mempunyai bulu mata yang panjang dan alis yang lentik sehingga mudah menerobos ke dalam tanpa izin, bukan pula kerana anak mata hitam berkilat atau kerana kebiru-biruan.
Yang sebenarnya fitnah itu adalah kemampuan wanita itu menggunakan matanya dalam menyatakan keinginan hatinya, melontarkan pandangan yang lembut, seolah-olah ia mengajak dan memanggil lelaki. Agar tidak terpengaruh oleh kecantikan dan pesona mata perempuan. Islam menyuruh supaya jangan memandang mereka dengan arahan supaya kaum muslimin dan muslimat agar menundukkan pandangan mereka.
Kerana memandang sesuatu yang menarik hati akan mudah jatuh cinta kepadanya. Demikian juga kaum wanita diperintah agar tidak memandang kaum lelaki dan mengelakkan diri daripada dipandang oleh lelaki. Oleh kerana itu, dia sendiri merupakan fitnah yang berganda. Pertamanya, kecantikannya akan menggoda hati lelaki dan yang kedua, pandangan matanya mengisyaratkan apa yang diingini hatinya.
Perempuan juga memiliki kuasa sakti yang menggoncang perasaan lelaki dengan hanya melepaskan pandangan ke arah lelaki. Dengan matanya perempuan boleh menundukkan lelaki dan jatuh cinta kepadanya. Tidak ada hati lelaki yang tidak luluh apabila perempuan memandangnya dengan mata yang bercahaya penuh kerinduan atau dengan mata yang digenangi air mata. Sepasang mata perempuan adalah fitnah.
Adakalanya ia menggunakan dengan pandangan yang lembut dan jernih, adakalanya dengan lelehan air mata. Dengan kedua-dua cara ini mereka boleh mencapai hasrat mereka. Kata orang fitnah yang timbul dari mata dan suara sama-sama merbahaya kerana perempuan tahu mereka memiliki kedua-dua senjata ini. Mereka kadang-kadang memakainya tidak kepada yang disuruh iaitu suami mereka, tetapi menggunakanya untuk lelaki lain.
Oleh itu Islam melarang mereka memandang benda-benda haram seperti wanita memandang lelaki ajnabi dan juga sebaliknya kerana pandangan itu lamanya cuma satu atau dua saat tetapi kesannya kekal di dalam hati sepanjang hayat.
Salah satu yang menarik perhatian lelaki pada diri seorang perempuan ialah dandanan rambutnya. Perempuan tahu akan hal ini. Oleh kerana itu perempuan berusaha menyisir dan membentuk rambut mereka supaya menjadi lebih menarik minat dan perhatian kaum lelaki. Selalunya wanita itu berhias adalah bertujuan untuk mempamerkan kecantikannya terutamanya kepada lain jantina dan ia merasa megah apabila dipuji oleh kaum lain daripada jantina akan kecantikannya itu.
Apabila suara wanita yang lembut dan intonasi yang sedap didengar mampu menggetarkan hati lelaki, mata yang dicelak dapat menundukkan hati lelaki maka rambut yang cantik dapat menawan mata lelaki... TAPI AWAS!!! Semua ini membebankan kerana terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menjaganya.
Sesungguhnya tempat operasi kecantikan, salun-salun itu tidak sesuai untuk masyarakat Islam kerana dari tempat inilah boleh dijadikan sebab kepada kerosakan akhlak kerana ia bukanlah budaya kita melainkan dari Barat jua datangnya.
Oleh sebab itu Islam mewajibkan kaum wanita memakai hijab… menutup aurat. Dengan menutup aurat maka kaum wanita akan terpelihara daripada dosa dan noda serta fitnah, juga ia meletakkan wanita pada tempat yang selamat dari penglihatan kaum lelaki yang ada penyakit di dalam hatinya.
1400 tahun yang lalu Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
"Ada dua golongan yang bakal menghuni neraka di mana belum pernah aku melihatnya, iaitu golongan yang memiliki cambuk seperti ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya dan wanita yang berpakaian tetapi telanjang, memereng-merengkan kepalanya seperti bonggol unta. Mereka ini tidak masuk syurga, tidak mencium bau syurga dan sesungguhnya bau syurga itu boleh dicium dari jarak yang sangat jauh."
Sesungguhnya kita sebagai wanita muslimah yang menpunyai agama dan maruah diri, janganlah kita melakukan sesuatu untuk memuaskan nafsu semata-mata, tetapi ingatlah bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara sedang yang kekal hanyalah Allah dan kehidupan yang kekal adalah kehidupan akhirat yang mana telah dijanjikan oleh Allah SWT kenikmatan syurga yang tiada tolok bandingnya bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Insya Allah.
Wallahu ta'la a'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Followers
Labels
- Adaptasi buku"Wahai Puteriku" oleh Ali Tanthawi (1)
- bersambung.... (3)
- Hayyu Sabi' (1)
- kaherah (1)
- Lambat post... (1)
- MESIR. (1)
- sambungan... (1)
- UTUSAN MALAYSIA. (1)
No comments:
Post a Comment