Assalamualaikum,dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat adik-adik yang masih berkesempatan untuk menjenguk ke dalam blog ini.Moga-moga kalian sentiasa mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah,dengan sebenar-benar taqwa dengan harapan Allah menerima amalan kita..InsyaAllah.Pada kali ini,sengaja saya menulis entri ini,sekadar mengisi kelapangan saya yang telah berada Malaysia.Setakat ini,saya masih lagi menunggu arahan ataupun perintah daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk membenarkan saya dan sahabat al Azhar yang lain untuk pulang kembali ke Mesir.
Sejujurnya saya begitu merindui bumi barakah tersebut,walaupun saya baru sahaja pulang ke Malaysia.Apapun yang pulang tetap akan pulang,walaupun masih ada yang mengambil keputusan untuk menetap di Mesir.Kepulangan ke Malaysia ini,hanyalah sekadar untuk mengisi kekosongan rumah yang semakin sunyi dan juga berkhidmat serba sedikit kepada orang kampung dengan memberi sedikit ceramah kepada mereka perihal Rasulullah S.A.W.Dan kepulangan ke Malaysia ini juga,saya sempat menziarahi Sekolah lama,Maahad Ahmadi Gemencheh.Banyak perubahan walaupun selama 6 bulan baru ditinggalkan.Apapun saya mendoakan agar Maahad Ahmadi terus cemerlang daripada segi syakhsiah dan akhlak serta akademiknya.
Di sini juga,saya teringat akan usrah lama saya iaitu Usrah Ruhul Jadid yang saya ikuti Tamrinnya 2 tahun yang lepas.Namun apakan daya,jiwa saya tidak berapa serasi dengan kehadiran usrah ini yang dibentuk atau di bawah kelolaan guru saya Ustaz Fuad Othman.Walaupun pelbagai latihan dan pendedahan sepanjang Tamrin ini,ternyata saya tidak berminat untuk meneruskannya.Kepada sahabat -sahabat usrah yang terdiri daripada ikhwah dan akhawat,saya telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menyertai usrah ini,dengan sebab-sebab yang tersendiri yang mana tidak perlulah saya nyatakan di sini.Kepada abang-abang dan akak -akak lama yang terlibat dalam Tamrin tersebut,saya berharap antum semua menghormati keputusan saya dan tidak perlulah dihebahkan kepada umum dengan cemuhan ataupun kritikan yang menghina.Saya mempunyai hujah saya,dan antum mempunyai hujah antum,maka harapan saya moga kita saling menghormati dalam hal ini.
Alhamdulillah,tikamana saya hadir ke Maahad Ahmadi,sempat juga berqiamullail dengan adik-adik Maahad dan memberi serba sedikit kalam kepada mereka dengan harapan agar mereka lebih bersemangat untuk menyambung pelajaran di Al Azhar ,Mesir.Hal ini kerana saya melihat,tiada tempat yang paling afdhol dalam menuntut ilmu melainkan Al aZHAR aL Syarif.Di situlah qiblat ilmu,buat pencinta majlis talaqqi bersama para masyaikh.Berada di majlis mereka merupakan satu kemuliaan yang amat besar disisi ahli ilmu.Hidupnya majlis ijazah sanad musalsal,dan itulah satu kemuliaan apabila kita dapat menerima ijazah-ijazah tersebut.Namun,ana lebih mengkhususkan lelaki sahaja,kerana wanita lebih bagus sekiranya mereka menyambung di dalam negeri sahaja.Lebih mudah bersama keluarga,lebih terjaga,dan tidak menjadi masalah kepada keluarga untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka.
Berbicara mengenai majlis ilmu ini,saya masih teringat di kalamana saya menghadiri Majlis Kemuncak Sambutan Mauli Ar Rasul di Masjid Wilayah anjuran Yayasan Sofa,Negeri Sembilan di bawah pengasa Sheikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al Maliki sungguh saya merasa ketenangan yang tidak terkata sewaktu bacaan Maulid Ad Daiba'ie dialunkan.Seperti diri ini nyaman diselubungi cahaya rahmat Allah Taala yang tak mampu ana gambarkan melainkan ahli zauq sahaja yang memahaminya.Inilah yang menjadi tariq(jalan) saya dalam berdakwah.Saya lebih suka menggunakan pendekatan para masyaikh dan ulama' dalam menyampaikan dakwah.Suka berada dalam majlis mereka,berkumpul bersama mereka dan makan bersama mereka.
Dan saya masih teringat sewaktu saya makan bersama Sheikh Yusuf Bakhur Al Hasani,beliau suka bergurau dengan kami sehingga saya merasa beliau adalah ayah saya,yang sangat saya rindui untuk berjumpa dengannya.Moga Allah memanjangkan umur beliau dan memberkati kehidupan beliau.
Jadi sekarang ini,saya mengambil jalan untuk berceramah di kampung saya,khusus dalam memperkenalkan Rasulullah kepada masyarakat,menghidupkan qasidah,puji-pujian terhadapnya,moga-moga bercambah kasih sayang mereka kepada Rasulullah.Sesungguhnya apabila kita mengasihi seseorang,maka sering kita teringat akan dirinya dan teringin sangat melihat wajahnya serta menyimpan sesuatu yang berkaitan dengannya sama ada bunga mawar dan sebagainya, tidak kira cinta manusia atau cinta Rasulullah..kerana itulah fitrah insan yang berkasih.Maka buat diri ini begitu mengharapkan ingin bertemu dengannya(Rasulullah) secara jaga,moga dimakbulkan oleh Allah. Ameen
Akhirnya,mari perbanyakkan selawat terhadap junjungan besar Rasulullah S.A.W. di setiap detik kita,moga Rasulullah berkenan untuk memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak.Dan saya memohon maaf kepada sahabat-sahabat atau adik-adik sekiranya ada sebarang kesalahan dan kesilapan dari diri saya.Untuk makluman sahabat,tidaklah saya meletakkan sebarang benda di dalam blog ini,sama ada gambar atau tazkirah,melainkan saya merasakan perkara itu semua itu penting dalam melaksanakan serta membantu dakwah saya dan kehidupan saya sebagai seorang pendakwah.Moga Allah membantu perjalanan mujahadah saya dalam menjadikan ulama' sebagai teras kejayaan ummah.Wallahu a'lam.
Saturday, 19 February 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saturday, 19 February 2011
SALAM PERTEMUAN

Followers
Labels
- Adaptasi buku"Wahai Puteriku" oleh Ali Tanthawi (1)
- bersambung.... (3)
- Hayyu Sabi' (1)
- kaherah (1)
- Lambat post... (1)
- MESIR. (1)
- sambungan... (1)
- UTUSAN MALAYSIA. (1)
No comments:
Post a Comment