Monday, 28 November 2011

" Doktor,,! tolong sembuhkan anak saya,,! " ( Bolehkah doktor sembuhkan anak ? Siapa PENYEMBUH YANG SEBENAR ? )

KUNCI...Kori mengunci pintu makam Tok Pulau Manis yang gagal ditemui tiga kaki ekor.

 KUALA TERENGGANU, 29.11.2011: “Tiga lelaki berserban dan berjubah itu merayu sambil menangis teresak-esak kepada saya meminta pertolongan menunjukkan jalan keluar dari kawasan makam Tok Pulau Manis selepas semalaman berlegar-legar kerana tidak nampak pintu keluar,” kata Imam Masjid Pulau Manis di sini, Kori Endut.

Kori, 68, berkata demikian ketika mendedahkan mengenai padah menimpa tiga lelaki berlagak alim yang melakukan upacara pemujaan nombor ekor di kubur ulama terkenal, Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah di Kampung Pulau Manis, Serada, di sini.

Beliau berkata, tiga lelaki berusia 40-an terbabit lengkap berserban dan berjubah bagi mengabui mata orang ramai ketika memuja nombor ekor di kubur ulama yang lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis itu.

Menurutnya, kejadian yang menimpa tiga sahabat itu yang tidak dapat mencari jalan keluar selepas melakukan aktiviti pemujaan, antara padah yang menimpa mereka yang melakukan perbuatan khurafat di kubur berkenaan.

Kori bertanggungjawab menjaga kubur berkenaan yang terletak kira-kira 50 meter dari Masjid Pulau Manis berkata, dia melihat tiga lelaki itu menangis teresak-esak sambil berlegar-legar di sekeliling kawasan makam itu jam 7 pagi.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "

Berita yang penulis paparkan di atas, menunjukkan kepada kita betapa manusia itu tetap sama kemuliaannya walaupun telah meninggal dunia. Nama beliau adalah Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah. Allah menjaga kemuliaan pemilik makam ni, dengan 'menangkap' manusia-manusia yang cuba melakukan perbuatan-perbuatan keji seperti menilik nombor di tempat-tempat ini. Perbuatan khurafat sebegini terus dizahirkan kebejatannya, dengan hilangnya arah penilik nombor itu, untuk mencari pintu makam itu. Walaupun, kawasan makam hsangatlah kecil, namun kuasa Allah mengatasi segalanya. 

Melalui kisah di atas, jelas menunjukkan kepada kita bahawa andai dengan perbuatan keji akan dibalas perbuatan buruk itu oleh Allah, semestinya dengan perbuatan yang baik kita lakukan di sini, pasti akan diganjar lebih oleh Allah. Amalan menziarahi makam-makam orang soleh adalah tradisi ulama sunnah yang telah lama bertapak di muka bumi ini. Ziarah yang dilakukan, bukanlah dengan tujuan menyembah mahupun menilik atau perbuatan buruk yang lain, akan tetapi ziarah tersebut tidak lain tidak bukan ingin menyedekahkan Al Fatihah, selawat dan bacaan-bacaan quran kepada pemilik makam. 

Malah, makam-makam orang soleh inilah Allah menurunkan rahmatnya, sekaligus peratus penerimaan serta pengqabulan doa itu amat tinggi di tempat-tempat ini. Kita hadir menziarahi makam mereka, kerana kita memohon kepada Allah di atas kemuliaan yang telah Allah berikan kepada mereka. Yang mana, dengan kemuliaan anugerah Allah itu, menyebabkan martabat mereka amat tinggi di sisi Allah. Kita bertawassul  (memohon kepada Allah dengan wasilah kemuliaan mereka ) agar doa-doa kita diterima. Jauh sekali kita menyembah mereka. Yang mengabulkan, yang Memberi hanyalah ALLAH TAALA. 

Menggunakan wasilah adalah perkara biasa, yang sering kita jumpai dimana-mana. Di dunia ini juga, semuanya bergantung kepada wasilah. Hanya saja kita tidak menyedari perkara tersebut. Sepertimana jika kita berjumpa doktor , dalam keadaan mak kita sakit, pastinya kita akan berkata " Doktor! tolong sembuhkan mak saya,,! " Andai kita perhatikan ayat itu betul-betul, sebenarnya kita telah mensyirikkan Allah. Kenapa,,? Kerana,, Yang Menyembuhkan hanyalah ALLAH, manusia tidak berkuasa untuk menyembuhkan. Doktor tidak berkuasa untuk menyembuhkan. Nah,,! Cuba fahamkan. Jelas kita bertawassul di sana. Kita memohon dengan kepakaran yang ada pada doktor itu, dapat merungkai penyakit si ibu, dan menyarankan ubat-ubat yang selayaknya, sekaligus dengan semua kepakaran itu, ALLAH akan menyembuhkan penyakit si ibu. Itu sahaja.. Perkara yang sangat muda untuk difahami. Segalanya kembali kepada Allah.

Begitu juga yang telah meninggal dunia. Mereka hanya meninggalkan dunia, kemuliaan mereka tetap sama. Mati hanyalah satu fasa perpindahan dari alam dunia ke alam barzakh. Maka, antara saranan apabila menziarahi kubur atau makam, ucapkanlah salam kepada mereka, kerana mereka mendengar salam kita serta membalasnya. Hanya saja manusia tidak mendengarnya. 

Baca, faham, dan sampaikan,,

ilham_sufi
Mahligai 315, jelai 4
9.23 pagi

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...