Saturday, 4 August 2012

Adik-adik juga para sahabat.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "

Adik-adik, sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Moga-moga kalian senantiasa berada di bawah payungan rahmat Allah. Setelah sekian lama saya tidak mengeluarkan sebarang artikel, maka dengan anugerah masa yang diberikan ini, sekadar sedikit sebanyak perkongsian bicara yang ingin saya kongsikan di layar media ini. Dengan harapan Allah mencurahkan keberkatan kepada kita, tambahan lagi dengan nikmat Ramadhan yang kita kecapi sekarang ini.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ' Semoga berjaya ' buat adik-adik yang bakal menghadapi fatrah peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi. Peperiksaan adalah satu medan yang memerlukan persediaan yang sewajarnya bagi memudahkan kita menjawab segala soalan yang diberikan. Oleh hal yang demikian, berilah tumpuan yang secukupnya, agar kita tidak menyesal setelah keputusannya keluar nanti. Selain itu, peliharalah adab-adab ketika kita belajar, dengan mengekalkan wudhu', menutup aurat dan sebagainya. Dengan penjagaan segala adab ini, maka Allah pasti akan menurunkan rahmatnya, juga para malaikat mendampingi di sepanjang kita belajar. Inilah yang ingin kita capai iaitu disamping kita ingin mencapat kejayaan duniawi, kita juga berjaya mencapai kejayaan ukhrawi. Moga-moga dapatlah kita mengamalkannya, insyaAllah.

Keduanya, saya ingin menggunakan ruang yang diberikan ini, untuk memohon maaf kepada sahabat-sahabat yang mungkin pernah terguris perasaan dengan saya. Secara jujurnya, saya sendiri tidak mengetahui, segala perilaku yang telah saya tunjukkan kepada kalian, harap dimaafkan segalanya. Kemudian, kepada para sahabat yang mungkin pernah diumpat, dicela, diperli, dihina, ataupun segala bentuk hinaan, juga saya menyusun sepuluh jari kemaafan kepada kalian, harap dimaafkan segalanya. Saya juga ingin mengingatkan kepada para sahabat yang mungkin saya terlupa akan segala hutang yang mungkin saya terpinjam atau sebagainya, agar dengan segera dan berterus terang untuk menuntutnya daripada saya, moga-moga saya terselamat daripada bebanan itu semua. Selain itu, kepada sahabat-sahabat yang mungkin tidak berpuas hati dengan segala bentuk tindakan saya yang mungkin tidak bijak, saya meminta maaf kerana tidak berjaya memuaskan hati kalian. Mungkin ianya adalah kelemahan yang perlu saya baiki pada masa akan datang. Moga sahabat-sahabat semua, sentiasa berada di dalam keberkatan Allah.

Ketiga, saya mengharapkan doa daripada adik-adk juga sahabat-sahabat sekalian, agar diberikan kejayaan ukhrawi juga duniawi. Semoga segala urusan saya dipermudahkan oleh Allah Taala. Salam Ramadhan Al Mubarak.

ilham_ramadhan

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...