Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "
Gambar selingan
sky bridge
take a rest
Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak yang dirahmati Allah sekalian,
Untuk pertamanya, saya ingin mengucapkan 'SELAMAT BERSUA KEMBALI' di dalam laman ilmu penailham. Setelah sekian lama menyepi, kali ini terdetik di hati saya untuk melakarkan serba sedikit coretan nasihat khusus kepada adik-adik mahupun abang-abang yang mengenali diri saya.
Kadang-kala, sukar untuk kita menyatakan betapa indahnya sebuah persahabatan itu. Keindahan persahabatan bukanlah sesuatu yang boleh diungkapkan, kerana ianya perlulah dirasa dan dinikmati saat-saat terindah itu. Bergelak ketawa, bersenda gurau itu umpama warna-warni yang tercoret di dalam sesebuah lukisan. Terlalu indah. Namun, kadangkala persahabatan itu, mudah sahaja dihancurkan, mudah sahaja persaudaraan itu, dimusnahkan andai tidak diiringi dengan sifat toleransi, bertolak ansur, tidak berkira dan sebagainya.
Dulu, dia adalah insan yang rapat, saling mengenali, tolong-menolong. Namun, sekarang dia umpama musuh, yang amat dibenci. Tidak tahu dimanakah puncanya. Ya Allah, seandainya permusuhan itu berpunca daripada sikap hamba-Mu yang lemah ini, maka perbaikilah diri hamba, agar menjadi insan yang sentiasa menghubungkan silaturrahim.
Saya amat bersyukur, kerana Allah telah menetapkan saya, di dalam manhaj ilmu turath yang telah membawa saya untuk mengenali ramai dalam kalangan masyaikh yang hebat dan faqih. Semua yang saya dapat pada hari ini, adalah hasil tunjuk ajar, bimbingan, dorongan, nasihat daripada seorang sahabat yang akan saya ingat sumbangannya kepada saya sampai bila-bila. Dialah yang membawa saya, kepada ramai masyaikh. Di sana, ada harapan yag beliau inginkan, namun tidak tahu apakah puncanya, diri ini seolah-olah merasakan 'aku bukanlah manusia yang diharapkan di dalam bidang itu'. Hal itu menyebabkan, saya berniat untuk menuntut ilmu turath di Bumi Kinanah itu, adalah semata-mata untuk diri saya, bakal isteri , keluarga dan kaum kerabat terdekat sahaja. Ya Allah, seandainya niat yang ku panjatkan itu salah, maka lorongkanlah ke arah niat yang betul. Engkau sahajalah Ya Allah, yang lebih Mengetahui.
Di kesempatan ini, saya ingin menyatakan bahawa, insyaAllah, laman penailham ini, akan diuruskan oleh seorang admin yang telah bersetuju untuk mengendalikan laman ini, agar sentiasa terbugar dengan haruman ilmu dan dakwah. Moga-moga kita dapat bersama-sama mengambil manfaat. Sebagai panduan untuk membezakan penulisan saya dan admin adalah, setiap penulisan saya, akan saya akhiri di akhirnya dengan ayat ilham_original. Semoga Allah merahmati kita semua, insyaAllah.
ilham_original
No comments:
Post a Comment