Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
"
BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN
MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA,
MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "
" Assalamualaikum sahabat dan adik-adik sekalian. Semoga Syawal kali ini, adalah Syawal yang terindah dalam kehidupan kita. Setelah mana, dengan jayanya kita menyempurnakan puasa Ramadhan berserta ibadah-ibadah yang lain, harapnya kita semua dapat kembali kepada fitrah asal kita yag suci daripada dosa.
Alhamdulillah, kali ini saya diberi nikmat kerajinan untuk kembali menghidupkan laman penailham ini, setelah sekian lama menyepi. :p . Seperti yang sedia maklum, tahun ini, sudah berapa ramai dalam kalangan sahabat-sahabat mahupun junior2, yang telah melangsungkan perkahwinan. Semoga Allah merahmati setiap pasangan dengan kebahagiaan yg tak berpenghujung.
Sungguh kita sedia maklum bahawa setiap pernikahan itu, membawa erti yang amat besar dalam meniti kehidupan baru, kerna itulah pasangan yang akan bersama kita ke akhir hayat. Tanggungjawab yang amat besar perlulah siap sedia dipikul oleh setiap suami dalam menjadi nakhoda rumahtangga masing-masing.
Hensem mahupun cantik, bukanlah isu utama, akan tetapi kebahagiaan dan keharmonian yang ingin dikecapi itulah menjadi perkara pokok yang paling utama untuk diperoleh. Sekian saja entri kali ini. Ringkas sungguh nampaknye, tapi x mengapalah. Sekadar memberi nyawa pada laman ini yang menagih tenaga-tenaga tambahan untuk dihidupkan. :) "
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment