Friday, 20 August 2010

PENDUDUK GEMPAR JUMPA 'JANIN'

BUTTERWORTH 19 Ogos - Penduduk Kampung Bagan Dalam di sini semalam gempar berikutan penemuan bungkusan kain batik didakwa mengandungi janin yang ditanam oleh pasangan remaja di halaman sebuah rumah di kampung tersebut, baru-baru ini.

Sepasukan anggota polis tiba di kawasan tersebut kira-kira pukul 2.50 petang selepas menerima maklumat daripada orang ramai sebelum melakukan kerja-kerja menggali menggunakan cangkul selama hampir sejam.

Polis kemudiannya menemui kain batik dengan kesan tompokan serta gumpalan darah yang dimasukkan ke dalam sebuah plastik sebelum dipercayai ditanam di halaman sebuah rumah di kampung tersebut.

Utusan Malaysia difahamkan, pada mulanya polis yang menerima maklumat awam bertindak menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang tinggal bersama seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di rumah itu.

Berikutan penahanan itu, polis berjaya menemui kawasan bungkusan tersebut ditanam selepas ditunjukkan oleh lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, belum ada sebarang pengesahan sama ada gumpalan darah yang ditemui adalah janin atau sebaliknya.

Polis kemudiannya membawa remaja perempuan itu ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

"Kita harap semua pihak tidak membuat spekulasi kerana belum ada apa-apa pengesahan. Kita masih siasat," katanya.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...