Sunday, 1 August 2010

BERSYUKURLAH ATAS SEGALANYA

UMUMNYA kia semua bekerja untuk mencari rezeki.Hanya segelintir orang yang bekerja kerana mencari kepuasan,sekadar memenuhi masa lapang ataupun cuma suka-suka.Sudah tentu,apabila bekerja bersungguh-sungguh dan sepenuh hati,kita mengharapkan juga imbalan setimpal dengan tenaga yang dicurahkan.Tetapi, kadang kala kita lihat justeru sebaliknya.Orang yang kelihatannya bekerja sambil lewa mendapat rezeki yang mencurah-curah.Sementara yang bekerja kuat,rezekinya masih sempit dan tidak bertuah.
Apakah Tuhan tersalah memberi rezeki?Subhanallah!jangan sampai pernah terfikir begini.

Itu secebis ujian Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang dikasihi-Nya sahaja,selain hikmah yang tersembunyi di sebaliknya yang tidak kita mampu tafsirkan maknanya.Bukankah setiap orang yang beriman akan diuji untuk membuktikan dalam tidaknya iman yang diucapakannya itu?Firman Allah mengingatkan,”Janganlah kamu layangkan kedua-dua matamu kepada perhiasan yang Kami berikan kepada bermacam-macam orang di antara mereka sebagai bunga kehidupan di dunia supaya Kami uji mereka dengannya.” (THAHA:131)

Cubaan dan ujian yang dating dalam bentuknya yang berlainan tetapi dengan tujuan yang sama,iaitu supaya kita bersabar dan menginsafi kekuasaan Tuhan di atas segalanya.Kita tidak perlu emepertikai setiap keputusan-Nya kerana sebagai Pencipta,Dia berhak menentukan Kehendak-Nya.Yang pasti Dia Maha Pengasih dan Adil.Tiada seorang hamba-Nya pun yang kan dirugikan-Nya.Firman-Nya lagi sebagai peringatan,”Jangan kamu iri hati kerana Allah melebihkan setengah kamu daripada yang lain,” (AN NISA’:32)

Akhirnya,sebagai mukmin kita hanya wajib bersyukur dengan segala anugerah-Nya.Junjungan kita,Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada kita semua supaya sentiasa bersabar apabila ditimpa kesusahan,dan jangan sekali-kali merasa kecewa apabila yang dihasratkan tidak tercapai.Mari kita renungkan sabda Rasulullah ini “Bersyukurlah kita terhadap segala apa yang kita perolehi kerana di dunia ini sudah cukup bagi kita seandainya kita dapat menghilangkan kelaparan,menutupi badan,mempunyai rumah yang baik dan mempunyai kenderaan yang boleh digunakan.Bersyukurlah..”(Riwayat Bukhori dan Muslim)

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...