Sunday, 24 October 2010

Manusia Akhir Zaman

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Bersyukur ke Hadrat Allah Taala yang masih mengurniakan jutaan nikmat yang tak mampu dihitung satu persatu nikmat tersebut.Namun,kita meyakini bahawa semua nikmat itu pasti akan dihitung oleh Allah di akhirat kelak.

Alhamdulillah,pada hari ini,masyarakat Islam khususnya,sering dikejutkan dengan pelbagai bala dan musibah yang diturunkan ke atas umat Islam.Semakin hari ,semakin banyak fitnah yang tersebar di muka bumi.Allahu Akbar..moga Allah melindungi kita daripada semua bala tersebut sekaligus tergolong dalam kalangan manusia yang beruntung.

Sepanjang perjalanan hidup di Mesir,banyak perkara yang dipelajari daripada para masyaikh, mahupun sahabat dan juga abang-abang lama,yang lebih berpengalaman tentang selok-belok kehidupan di Mesir.Dari segi kehidupan dan juga pembelajaran,semuanya dikongsi bersama agar lebih mematangkan diri.

Pelbagai perkara yang boleh kita lihat dan nilai,apabila berada di sini.Ada golongan yang kuat persatuannya,ada yang rajin menghadiri talaqqi dan ada juga berehat saja.Tidak kisah apa yang mereka lakukan,yang penting kita tidak perlu bersangka buruk atau menilai tanpa usul periksa.Namun istilah yang lebih sinonim apabila berada di mesir ini ialah PMRAM.

Bagi pandangan sudut saya dalam persatuan PMRAM ini ialah ia merupakan satu persatuan yang sangat bagus dan merupakan penggerak kepada pemahaman Islam yang sebenar.Ahli-ahli yang bijak pandai serta berketrampilan.Kami menyanjung tinggi persatuan yang diiktraf oleh kerajaan Mesir ini.Moga Allah mengekalkan dan mnguatkan persatuan ini selama-lamanya.

Maka tidak hairanlah,apabila saya sampai kesini,ada suara-suara yang menyeru saya untuk mendaftar sebagai ahli dalam persatuan ini.Saya berterima kasih kerana ada yang mengsyorkan saya untuk mendaftar,namun itu buka bermakna saya ingin berkecimpung di dalam dunia PMRAM.Setiap manusia berhak menentukan hala tuju kehidupan masing-masing selagi mana tidak terpesong daripada landasan syariat.Maka tidak ada seorang pun yang berhak mempertikaikan keputusan seseorang itu.

Saya sedikit terkilan dengan sikap sebilangan manusia yang mengatakan bahawa golongan yang tidak berkecimpung di dalam PMRAM ini tergolong dalam golongan 'syaitan bisu'..Apa makna semua ini? apa rasional dan dalil oleh celaan yang dilontarkan ini..? Moga Allah membuka basirah golongan seperti ini.

Jangan kerana mulut badan binasa.Awas dan fikir setipa perkataan yang ingin kita lontarkan.Adakah mereka berfikir,tanpa menyertai PMRAM,kita sudah menjadi pengkhianat agama..? adakah sudah bermakna kita sudah menjual agama..?..sehingga digelar sebagai syaitan...atau mereka menganggap kita adalah pembela kerajaan yang zalim..? Baiklah..sekiranya benar dakwaan tersebut..saya harap ada yang menyatakan bukti terhadap dakwaan tersebut..Moga ALLAH membuka basirah mereka dalam permasalahan ini.

Sebagaimana kata-kata Al Imam As Syafie..'lidahmu jangan bercakap tentang keburukan orang,kerana orang lain juga mempunyai lidah..(untuk bercakap atau menilai).Ini adalah kata-kata Imam Syafie...siapa kita?..dan siapa Imam Syafie...beliau mempunyai mazhabnya yang tersendiri.Mempunyai jutaan murid di seluruh pelosok dunia.Menceritakan keburukan orangpun Imam Syafi'e melarangnya..tidak kisahlah keburukan Perdana Menteri atau sesiapa sahaja,yang penting dia beragama Islam,Imam Syafi'e tetap melarangnya..

Saya juga teringat di waktu saya meminta ijazah hizb An Nasr daripada Sheikh Yusri Al Hasani,beliau berpesan."jangan dibacakan hizib ini,terhadap muslim yang lain walaupun ke atas seorang yang zalim" Saya bertanya kembali.."mengapa..?" ,Sheikh menjawab.."kerana doa yang kita berikan terhadap orang tersebut,akan kembali terhadap diri kita sendiri".Jelas..seorang muslim terhadap muslim yang lain..mempunyai hak-hak yang perlu dijaga.Jangan sesekali kita menimbulkan permusuhan sesama Islam,yang akhirnya melemahkan Kekuatan Islam itu sendiri.

Jadi,moga kita dapat berlapang dada dalam permasalahan umat islam ini,dan sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk menegur sesama muslim itu.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...