Saturday, 6 November 2010

ALEX atau MAKAM

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Semulia-mulia selawat buat junjungan besar,Saiyyidul Mutawadhi'in Rasulillah S.A.W,para Sahabat,Tabi'Tabi'in,Tabi' Tabi' Tabi'in seterusnya para ulama',auliya',shuhada', dan pemimpin Islam keseluruhannya.Moga Allah meneguhkan hati pemimpin Islam dalam melaksanakan sistem hidup Islam dalam seluruh kehidupan manusia.

Alhamdulillah,hari ini kita beruntung kerana masih diberikan kesihatan dan kelapangan dalam mengisi saki baki kehidupan yang amat singkat waktunya.Maka,beruntunglah bagi mereka yang Allah pancarkan nur hidayahnya buat hamba-hamba-Nya yang terpilih dalam menempuhi saki baki kehidupan ini. Tidak dilupakan juga,ingin saya berpesan buat diri saya dan seluruh muslimin muslimat,agar meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya,moga Allah menempatkan kita dalam kalangan manusia yang beruntung.

Masih belum terubat kesedihan di hati,dikala lawatan ke Iskandariah.Tatkala menikmati keindahan bumi Alex, pantai,istana lama..tiada seorang insan yang mampu menyampaikan insan yang kerdil ini,di hadapan dua insan pilihan Allah iaitu Sayyidul Muddah Al Imam Busairi dan juga Al Imam Abu Al Abbas Al Mursi.Dua tokoh yang sangat masyhur di dalam dunia syiir dan sufi.Seandainya manusia itu tahu keutamaan dalam menziarahi makam auliya' ini,sudah tentu mereka akan lupa segala keindahan dan kenangan manis yang pernah tercatat dalam diari kehidupan mereka.

Andai dibuka hijab,sudah pasti mereka akan menangis andai mereka tidak lagi berpeluang untuk menziarahi makam-makam ini pada suatu hari nanti. Bukan itu sahaja,malah makam Al Imam Al Syafie yang wafat pada tahun 204 hijrah juga,tidak termasuk di dalam jadual yang perlu diutamakan sebagai tempat yang paling utama yang perlu diziarahi.Walaupun lokasinya yang amat dekat,akan tetapi andai Allah telah menutup hati mereka,sudah pasti mereka tidak akan nampak hakikat yang telah Allah tetapkan. Adakah wajar bagi seorang yang bermazhab Syafi'e,mempelajari ilmu yang diasaskan oleh Imam Syafi'e,menggunakan kata-kata Imam Syafi'e,akan tetapi apabila berada di bumi beliau dimakamkan,langsung tidak diutamakan untuk menziarahi makamnya.

Sekiranya kita menggunakan akal yang sejahtera,adakah itu ciri pelajar yang beradab? Di manakah keberkatan yang ingin kita capai apabila kita menuntut ilmu-ilmu ini? Sukar untuk menjelaskan perkara ini,buat mereka yang sepatutnya 'arif dalam hal ini. Walau apapun kita sentiasa berbaik sangka ,tanpa melontarkan sebarang pandangan negatif .

Tak sanggup untuk meneruskan kata-kata,di kala menceritakan perihal perkara yang amat menyedihkan ini.Tiada apa yang menjadi pengubat melainkan selawat dan munajat kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam,agar mengumpulkan hamba-hambanya yang mencintai dengan sepenuh kecintaan terhadap insan yang Allah angkat martabat mereka yang terdiri daripada para Ulama'Auliya',yang merupakan pasak bumi keseluruhannya.Ya Rabb....

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...