Dalil-dalil sunnah
Gambar :Sheikh Muhammad Fuad di makam Sayyidah Ruqayyah,di Mesir.Walaupun ana telah menziarahi makam ini,namun ana berdoa agar dapat menziarahi makam ini bersama para Auliya' dan Ulama'.
1.Diriwayatkan daripada Saidina Uthman Bin Hanif bahawa ada seorang lelaki buta pergi menemui Nabi S.A.W lalu dia berkata kepada baginda."Berdoalah kepada Allah supaya menyembuhkan mataku"lalu Rasulullah S.A.W. bersabda:"Sekiranya engkau mahu engkau pintalah doa dan sekiranya engkau mahu,engkau bersabarlah kerana itu adalah lebih baik bagi kamu"Lelaki tersebut berkata:"saya ingin berdoa"Kemudian Rasulullah memerintahkannya supaya berwudhu' lalu dia berwdhu' dengan baik dan berdoa dengan doa ini:(mafhumnya)"Ya Allah sesungguhnya hambaMu memohon kepadamu dan menghadap kepadaMu dengan NabiMu Saidina Muhammad,Nabi Pembawa Rahmat.Wahai Nabi Muhammad,sesungguhnya hamba menghadap kepada tuhanku dengan keberkatanMu supaya ditunaikan hajatku ini.Ya Allah! Jadikan baginda memberi syafaat kepadaku"
[Dikeluarkan oleh Imam Tirmizi dalam sunan beliau juz 5 m/s 569,kata beliau hadis ini adalah Hasan lagi Sahih,An Nasa'ie dalam Kubra,juz 6 m/s 169,Ibnu Majah dalam sunan beliau juz 1 m/s 441,Al Hakim dalam Mustadrak pada dua tempat juz 1 m/s 45,juz 1 m/s 707,dll]
Hadis ini telah disahihkan olah Al Hakim,At Tirmizi dan tidak diketahui seorang pun yang mendhoifkannya sehinggalah pada zaman moden ini.
Tidak ada sesiapun yang mengkritik sanad atau matan hadis ini.Dan hadis ini merupakan dalil bahwa sunat mengamalkan doa tersebut kerana ia dalah antara doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah kepada salah seorang sahabat baginda.Allah telah menzahirkan mukjizat nabi-Nya dengan memakbulkan permintaan si buta tersebut pada waktu itu juga.Pada hakikatnya kita tidak perlu menyebutkan secara khusus kisah hadis yang berlaku pada zaman Saidina Uthman Bin Affan r.a ini sehingga ia menjadi dalil ke atas keharusan berdoa dengan doa ini selepas kewafatan Rasulullah.Kerana apabila Rasulullah mengajar sahabat beginda doa tersebut dan dinaqalkan kepada kita dengan sanad yang sahih,maka demikian itu menunjukkan bahawa sunat mengamalkan doa tersebut pada setiap waktu sehinggalah ke hari kiamat.Tambahan pula tidak ada dalil yang mengkhususkan doa ini untuk sahabat itu sahaja dan ianya tidak terbatas pada waktu hidup Baginda Rasulullah sahaja.Asal pada semua hukum dan syariah adalah umum dan mutlaq(tidak terbatas)melainkan ada dalil yang mengkhususkan ataupun yang membataskannya.
Kata As Syaukani:"Di dalam hadis ini terdapat dalil boleh bertawassul kepada Allah dengan Rasulullah serta meyakini bahwa yang membuat dan yang memberi bekas itu adalah Allah Taala dan Dia lah Yang Maha Memberi dan yang menegah apa sahaja yang dikehendaki dan apa yang tidak dikehendaki,tidak akan sekali-kali berlaku.
Segala puji bagi Allah,Selawat dan Salam buat junjungan besar Rasulullah S.A.W.,para sahabat,tabi’in seterusnya muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian.Tiada lafaz yang mampu daku ucapkan utuk melafazkan lafaz cintaku kepadaMu melainkan aku tersangat merinduiMu wahai Rasulullah.
Daku sentiasa berdoa kepada kepada Allah dan berselawat kepadaMu agar engkau sentiasa bersamaku di setiap ketika.Kerna aku yakin dengan perihal itu,berdalilkan kisah sufi unggul,Sheikh Abu Al Abbas Al Mursi yang menyatakan bahawa”aku tidak pernah terhijab daripada Rasulullah selama 40 tahun”.Daku meyakini kewalian beliau,maka aku juga meyakini kata-kata beliau sebagaimana aku meyakini hadisMu,wahai Rasulullah.
Dan tidaklah aku melazimi untuk melazimi menziarahi makam Imam Syafi’e setiap petang Jumaat melainkan kecintaan daku terhadap Ahli BaitMu dan aku juga yakin bahawa dirimu juga hadirmu di sana.Kata-kata ini bukanlah kata-kata kosong melainkan kisah-kisah sufi yang dinaqalkan sehingga ke hari ini.Sepertimana yang diceritakan oleh Syeikh Nuruddin sendiri di dalam majlis Tafaqquh beliau yang menyatakan galakan untuk melazimi diri dalam menziarahi makam Imam Syafie setiap petang Jumaat.
Buat diri ini dengan sepenuh keyakinan mempercayai segala kisah ataupun mimpi para Auliya’,pasak Allah di muka bumi ini.Maka dengan itu,aku memohon kepada Allah dengan kemuliaan Rasulullah untuk mendapat bimbingan daripada Mu sentiasa.Hadirlah selalu dalam hidupku.Perihal batu yang menyebutkan bahawa tapak kakimu berada di makam Imam Syafi’e,menyatakan bahwa pendapat itu lemah.Sebagaimana pendapat Syeikh Fadhil Al Jailani (keturunan Syeikh Abdul Qadir Jailani) yang menyatakan riwayat itu lemah.Seorang syeikh yang mengalir di dalamtubuhnya darah kewalian ,maka tidaklah beliau bercakap tanpa sandaran yang kukuh.Sebagaimana sabdamu, “ulama’ itu pewaris nabi”.Beliau adalah pewarismu,yang berjalan berlandaskan manhajMu.Namun cukuplah buat diriku seorang pendosa ,meyakini atas dasar kasih sayang kepadamu,bahawa tapak kakimu memang berada disitu.Kerana dengan keyakinan itu,tidak sama sekali merosakkan aqidahku.
Wahai Rasulullah,peredaran zaman terlalu meruntun kekuatan rohani yang amat kuat untuk menangkis segala tipu daya,Pelbagai jenis ujian dan mehnah yang terpaksa ditempuhi dengan jiwa yang terseksa.Sukar untuk untuk memelihara kesucian hati ini agar ia terus terang benderang.Hati manusia semakin hancur,busuk dipalit dosa-dosa besar.Wahai Rasulullah ,dunia akhir zaman ini begitu menyanjung tinggi wanita-wanita.Itulah fitnah yang sering menjadi bidikan panah yang paling tepat buat syaitan untuk membinasakan musuhnya.
Ya Allah,dengan kemuliaan yang engkau berikan kepada Rasulullah S.A.W. ,ampunilah dosaku,dosa kedua ibubapaku sebagaimana mereka menjagaku sedari kecil.Lindungilah aku daripada terpedaya daripada semua fitnah ini,seandainya mati itu lebih baik berbanding terus hidup di dalam dosa ,maka matikanlah aku.Seandainya hidup itu lebih layak bagiku lorongkanlah aku ke jalan yang diredhoimu.Layarkanlah bahtera kehidupanku bersama orang yang mengamalkan sunnahmu dan mencintaimu.Moga-moga dapat aku bertemu dengan-Mu dalam keadaan sejahtera.
No comments:
Post a Comment