DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.SEAFDHOL SELAWAT BUAT JUNJUNGAN BESAR RASULULLAH S.A.W.,PARA SAHABAT DAN SELURUH MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH.
Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya,moga tergolong dalam kalangan orang yang beruntung.Pesanan yang mudah dilafazkan,namun sukar untuk dipratikkan,itulah dia TAQWA.Mari sama-sama kita berdoa kepada Allah ,Tuhan Pemilik sekalian alam agar mencurahkan rahmatnya untuk kita terus mengamalkan TAQWA itu,di dalam setiap degupan jantung,juga denyutan nadi,segalanya berdasarkan landasan TAQWA kepada Allah.
Setelah membaca beberapa buku yang berkaitan dengan permasalahan yang sering menjadi perbahasan dalam kalangan ulama',ana terpanggil untuk menunjukkan kepada muslimin muslimat sekalian tiga dalil daripada Al Quran,berkaitan permasalahan tawassul.Ana yakin,terdapat sebahagian sahabat kita yang telah ma'lum perihal permasalahan ini,namun sengaja ana bentangkan dalil-dalil ini buat muslimin muslimat sekalian,agar sekurang-kurangnya kita mempunyai hujah untuk mempertahankan pendirian kita.
Dan sengaja ana membawakan dalil-dalil daripada Al Quran terlebih dahulu,sebelum ana membentangkan beberapa dalil sunnah (hadis) dalam pembentangan yang akan datang.Hal ini kerana,Al Quran adalah satu-satunya sumber utama segala perkara,baik aqidah,ibadah dan sebagainya.Ianya adalah qat'ie(muktamad),untuk kita jadikan dalil atau bukti dalam apa-apa permasalahan .
Oleh yang demikian,huraian yang lebih lamjut adalah seperti dibawah:
Soalan:
"Adakah harus bertawassul dengan Nabi S.A.W ketika berdoa,selepas kewafatan baginda S.A.W ?"
Jawapan:
Sesungguhnya keempat-empat mazhab telah bermuafakat secara qat'ie (muktamad) bahawa boleh kita bertawassul dengan nabi S.A.W,sama ada ketika hidup baginda ataupun selepas baginda wafat.Tetapi Ibnu Taimiyyah telah berpendapat sebaliknya,beliau berpegang dengan pendapat yang ganjil iaitu beliau menyalahi ijma' ulama muktabar.Oleh itu pendapatya tidak boleh diterima.
Kita menyeru seluruh umat islam supaya berpegang dengan apa yang telah disepakati oleh para ulama' muktabar.
Seterusnya,kami bawakan beberapa dalil daripada Al Quran dan yang mana ia merupakan sandaran bagi ijma' ulama mazhab yang empat tersebut.
PERTAMA:
Mafhum Surah Al Maidah :35
"Wahai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kepada Allah dan tuntutlah wasilah (perantaraan) kepadaNya"
KEDUA:
Mafhum Surah Al Isra' :57
"Mereka-mereka yang menyeru (berdoa) itu mencari wasilah (perantaraan kepada tuhan mereka),manakah yang paling dekat dan mengharapkan kurnia-Nya dan takut kepada siksaan-Nya.Sesungguhnya siksaan Tuhan engkau itu adalah ditakuti."
KETIGA:
Mafhum Surah An Nisa' :41
"Sekiranya mereka itu menzalimi diri mereka,lalu mereka pergi menemui engkau (wahai nabi).Kemudian mereka meminta ampun kepada Allah dan Rasul pula meminta ampun untuk mereka,nescaya mereka akan dapati Allah itu Maha Penerima Taubat Dan Maha Mengasihani.
Ketiga-tiga dalil di atas,dapat kita fahami tentang keharusan menjadikan Rasulullah sebagai wasilah untuk kita mendapatkan keampunan daripada Allah.Dengan kata lain,kita memohon kepada Allah dengan kemuliaan Rasulullah ,untuk mendapatkan keampunan ataupun apa sahaja yang kita hajati daripada Allah.Inilah yang disepakati oleh ulama',kerana kita bukan meminta Rasulullah mengampunkan kita,kerana yang mengampunkan kita adalah Allah,itulah perkara yang kita perlu jelas mengenainya. Jadi,demikianlah penerangan ringkas yang ana ingin bawakan buat muslimin muslimat sekalian. Moga Allah memberikan kita kefahaman dalam permasalahan ini.
Di kesempatan ini,sama-sama kita renung sejarah di sebalik peristiwa Hari 'Asyura,iaitu dikala mana mana Allah menyelamatkan Nabi Musa daripada Fir'aun dan bala tenteranya. Disebabkan perkara yang menggembirakan inilah kita digalakkan untuk berpuasa pada hari tersebut. Pada hari tersebut juga,berlakunya sebuah titik hitam dalam sejarah umat Islam,dikala mana Sayyiduna Hussin dipenggal kepalanya,di sebalik peristiwa Karbala.Maka,pada hari Asyura menghimpunkan kegembiraan dan kesedihan,yang perlu kita mengambil iktibar dalam kehidupan kita.
Di Hari Asyura juga,kita digalakkan untuk mengambil ijazah sanad musalsal Hari Asyura. Sebagaimana mafhum hadis tersebut:
Rasulullah bersabda"Berpuasa pada hari Asyura,aku mengharapkan Allah mengampunkan dosa tahun yang lepas" (au kama Qol)
Kalau kita teliti hadis tersebut,beberapa iktibar yang kita boleh dapati iaitu doa seorang Rasul,Sayyidul Mursalin,ma'sum daripada sebarang dosa,dan juga satu-satunya nabi yang boleh memberi syafaat buat sekalian umat di mahsyar kelak,adakah Allah akan mengabaikan permintaan seorang hamba yang paling dikasihi-Nya?Kita mampu berfikir untuk menilai perkara tersebut,tanpa perlu ana syarahkan lagi.Maka tidak teringinkah kita,agar bersambung tasalsul(riwayat sanad) daripada diri kita hinggalah kepada Rasulullah? Jadi ,rebutlah peluang ini andai mempunyai peluang untuk mendapatkannya.
Alhamdulillah,ana sering terbayang dikala kemeriahan sambutan Hari Asyura di Yayasan Sofa yang diijazahkan oleh Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki dan kini keberadaan ana di Mesir, Allah memberikan nikmat untuk ana mendengar ijazah Hari Asyura daripada empat orang syeikh iaitu Sheikh Mahmud Said Mahmud (pakar dalam ilmu hadis) di rumah beliau,Dr Rifaat Fauzi di surau berdekatan rumah beliau,Sheikh Yusri A Hasani dan juga Sheikh Usamah Al Azhari di Masjid Al Azhar As Syarif. Kesemuanya juga mengijazahkan ijazah 'ammah buat seluruh azhari yang sempat hadir dalam majlis beliau. Semoga Allah menjadikan kehidupan ana selari sebagaimana jalan yang telah Allah tetapkan buat ulama' tersebut.
Untuk penutupnya,ana ingin bawakan beberapa lagi makam yang boleh kita ketahui keadaanya..InsyaAllah..
Inilah Makam Sayyidi Ahmad Badawi yang terletak di Tonto.Sekiranya menaiki bas,kita perlu berhenti di di sebuah tempat yang bernama 'awal bahr'.Makam beliau sering dikunjungi ribuan manusia,untuk mengambil keberkatan dan berdoa di tempat yang berkat itu.
Kesan tapak kaki Rasulullah yang ada di dalam ruang makam Sayyidi Ahmad Badawi.Moga kita dikurniakan nikmat untuk bertemu dengan Rasulullah.
Makam Syeikh Kholil Khatib,Makam beliau juga terletak di Tonto.Ketika ini sedang dijalankan pengajian selepas solat jumaat oleh anak beliau yang bernama Syeikh Mahmud,Beliau juga adalah syeikh umum Tariqat Khotibiyyah Syazuliyyah yang telah dibentuk oleh Syeikh Kholil Khatib sendiri.
Demikianlah dua makam utama yang terletak di tonto.Adapun ada beberapa makam yang tak dapat ana paparkan seperti:
1.Syeikh Zaki Ibrahim dan keluarganya
2.Al Imam Hasan Al Banna
3.Al Imam Abu Zar Al Ghifari
4.Al Imam As Syafie
5.Syeikh Zakaria Al Ansori
6.Sayyidah Fatimah (al 'aina)
Moga Allah mengumpulkan kita bersama kekasihnya di hari akhirat kelak.Ameen Ya Rabb.Jadikanlah setiap saat kita dengan berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. Wallahu Taala A'lam.
No comments:
Post a Comment