Wednesday, 22 June 2011

MENDEKATI MASJID SAYYIDI AHMAD BADAWI, DI TONTO MESIR.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

"BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG"

Alhamdulillah, fatrah imtihan masih belum berakhir dengan berbaki hampir 6 madah lagi. Moga Allah permudahkan. Entri pada kali ini, berkisar tentang sebuah masjid yang menempatkan makam seorang wali qutub yang bernama Sayyidi Ahmad Badawi. Lokasi makam beliau terletak di muhafazoh Tonto, Mesir. Perjalanan dari Kaherah, mengambil masa hampir 2 jam dengan menaiki tramco atau istilah mudahnya van.

Kebiasaan perjalanan penulis ke Tonto, penulis dan sahabat-sahabat akan menaiki Tramco bermula daripada perhentian di hayyu sabi' yang berdekatan dengan restoran arabiata (maaf, lupa ambik gambar) . Disini, kami akan menaiki tramco yang akan menuju ke 'abud atau ramsis. Pejalanan ke 'abud, akan dikenakan bayaran sebanyak 2 geneh rubu' dengan mengambil masa hampir satu jam. Kemudian, setelah sampai di 'abud, penulis akan terus mengambil tramco menuju ke Tonto, dengan jumlah bayaran sebanyak 8 geneh (tanya pelajar mesir ye, apa geneh tu) .
Kemudian , apabila sampai di Tonto tramco akan berhenti di sebuah tempat perhentian yang bernama "ma'rod". Melalui perhentian ini, penulis dan para sahabat akan terus menuju ke rumah ikhwan di Tonto iaitu ustaz hafizi, ustaz qusyairi ,ustaz jo, ustaz nazri di "saveber". Di sinilah tempat berehat sementara sekiranya berkunjung ke Tonto.

Gambar di atas adalah sebuah maktabah yang terletak di Tonto yang bernama maktabah qirbah. Maktabah ini, banyak menempatkan kiatb-kitab yang kebanyakannya tidak terdapat di Kaherah, seperti kitab-kitab karangan Sheikh Abdullah Siddiq Al Ghumari dan beberapa kitab yang lain.

Gambare di atas adalah gambar melalui pandangan hadapan dari pintu masuk ke dalam masjid.

Pagar besi, yang menutupi ruang luar tingkap masjid Sayyidi Ahmad Badawi.

Menara masjid Sayyidi Ahmad Badawi.

Itulah pintu masuk ke dalam ruang masjid Sayyidi Ahmad Badawi.

Seni bina yang menarik

Itu adalah qubah yang makam Sayyidi Ahmad Badawi. Di sebelah makam beliau, ditempatkan kesan tapak kaki Rasulullah yang mulia. Makam beliau sering dipenuhi dengan manusia yang ingin bertawassul dengan kemuliaan beliau yang tinggi di sisi Allah. Hadrah zikir sering dilangsungkan di sekitar Makam beliau. Sesiapa yang menziarahi mesir, maka sewajibnya untuk menziarahi makam beliau ini. Boleh dikira, tidak beradab bagi sesiapa yang tidak menziarahi beliau apabila berada di bumi Mesir.

Ramai orang arab yang berehat di halaman luar masjid.

Moga Allah memuliakan kita semua dengan kemuliaan Sayyidi Ahmad Badawi.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...