Bukit di tengah-tengah di antara dua lembah itulah bukit Tur Sina tempat Nabi Musa berbicara dengan Allah Taala. Di situ juga menjadi tempat yang disinggahi oleh Rasulullah ketika malam Israk, dengan Rasulullah bersolat 2 rakaat di situ. Maka, Bukit Tur Sina adalah tempat yang barakah dengan kemuliaan yang telah penulis sebutkan. Penulis tidak berpeluang untuk mendaki bukit tersebut, ekoran kesuntukan masa. InsyaAllah , pada masa akan datang. Di puncak Tur Sina, kedapatan sebuah gereja yang dibina sebahagian penganut kristian. Tur Sina sering didaki oleh pelancong, kerana disebutkan pemandangan rembang matahari terbit adalah paling cantik melalui Tur Sina.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala Puji bagi Allah pemilik sekalian alam, Selawat dan Salam buat junjungan besar Rasulullah S.A.W. , para sahabat, muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian. "BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHAN DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGAN, MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG.
Alhamdulillah, syukur yang teramat sangat penulis panjatkan ke Hadrat Ilahi, kerana telah menyampaikan penulis ke salah seorang nabi-Nya iaitu Nabi Harun Alaihissalam dan Nabi Soleh Alaihissalam di semenanjung sinai baru-baru ini. Sungguh tidak disangka Allah memberikan nikmat untuk berada di hadapan seorang Nabi. Penulis berpesan buat sidang pembaca sekalian untuk meyakini bahawa mereka hidup di dalam kubur mereka dengan hakikat kehidupan yang hanya diketahui oleh Allah Taala sahaja. Mereka tidak mati, mereka tetap hidup. Mereka hanya berpindah dari satu alam menuju ke alam yang lain. Segala salam manusia yang menziarahi, pasti didengari oleh mereka.
Perjalanan penulis dan Ust Fauzi ke Semenanjung Sinai ini, bukan ingin mendaki bukit Tur Sina, akan tetapi dengan niat semata-mata untuk menziarahi Nabi Soleh dan Nabi Harun. Perjalanan pergi hampir memakan masa selama 7 jam, bersamaan kurang lebih 343 km, mohon keberkatan daripada Allah di setiap saat masa yang berjalan..Ameen Ya Allah..
Cuaca di Sinai masih dikira sejuk, disebabkan lokasi yang berbukit-bukit.
Ambil iktibar dan pengajaran...Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment