Friday, 22 July 2011

Puasa adalah "PERISAI"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.

"BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG"      

       "Ramadhan Karim, Allahu Akram!!! ". Kata-kata itu seringkali diucapkan lantas sedikit sebanyak dapat
 memeriahkan keadaan. Namun dalam kemeriahan kita menyambut Ramadhan al-Mubarak, berpuasa menahan lapar dan dahaga, adakah kita terfikir tuntutan itu sahajakah sebenarnya yang perlu dilaksanakan?.

         Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda : "Ramai orang yang berpuasa tetapi sebahagian daripada puasa itu hanya lapar dan dahaga."

Sahabat-sahabat sekalian,

        Puasa yang dilakukan oleh nabi-nabi terdahulu, bukanlah menahan diri dari makan dan minum semata-mata tetapi hendaklah juga berpuasa dari apa-apa yang ditegah oleh syara'. Contohnya mulut bukan sahaja tidak makan dan minum tetapi juga tidak mengeluarkan kata-kata yang buruk, keji dan kotor.

"Puasa itu perisai, maka janganlah orang yang berpuasa itu bercakap kotor dan melakukan perbuatan jahil"

        Dalam perkara ini kita disuruh meninggalkan kata-kata yang tidak berfaedah dan jika kita dimaki atau diajak melakukan pergaduhan disarankan untuk menjawab "aku berpuasa".

       Begitu juga anggota-anggota yang lain seperti telinga, mata, hidung, tangan, kaki dan yang paling penting hati masing-masing turut memainkan peranan dan sama-sama turut berpuasa dari melakukan perkara-perkara yang bukan syari'e.

        Menjenguk kepada Sirah Nabawi apabila berada di dalam bulan Ramadhan, banyak kerja-kerja kebaikan seperti sedekah dan infaq dilakukan. Ibadah-ibadah kepada Allah seperti zikir, qiamullail, doa dan tadarus dilipat gandakan. Perkara-perkara sunat seperti bersahur, tarawih dan solat nafilah tidak pernah ditinggalkan. Ramadhan sentiasa dipenuhi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Maka penuhilah bulan ini dengan ibadah yang dapat meningkatkan taraf keimanan yang membawa keredhaan.

         Hinggalah di akhir Ramadhan , mereka dapat merasakan sesuatu kenikmatan rohani dan kelazatan spiritual yang tidak dapat digambarkan. Dalam keadaan berpuasa, mereka terus tekun dan ikhlas melakukan amalan. Akhirnya mereka menikmati "khashyah" iaitu takut, cinta, dan rindu kepada Allah. Itulah yang membuatkan mereka kian lapar tetapi kian mesra cintanya kepada Allah dan kian bergelora rindunya kepada Allah. Adakah kita juga turut merasakan sepertimana mereka rasakan?. Nah! buktikan, lakukan dari sekarang.

-Menanti Ramadhan di bumi barakah, Mesir.

-Mohon doa daripada sahabat-sahabat, ataupun siapa sahaja yang mengenali diri ini, agar selamat musafir penulis ke Mekah. InsyaAllah 25 Ramadhan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah, untuk melaksanakan ibadah umrah dan menyambut hari raya dengan Rasulullah S.A.W. Moga dipermudahkan..

Min : Afqaral 'abd
'imarah n9, hayyu sabi',
cairo, egypt.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...