Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
"BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG"
Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
InsyaAllah, dalam entri kali ini, penulis ingin mengajak sidang pembaca sekalian, untuk sama-sama kita merenung kembali mengenai erti sebenar kehidupan kita di muka bumi ini. Kadang kala, kita merasakan bahawa dunia ini adalah syurga yang menyebabkan kita merasa untuk hidup selama-lamanya, dengan erti kata lain "TIDAK AKAN MATI"
Peringkat kehidupan manusia yang bermula daripada alam rahim, kemudian keluar ke alam dunia, kemudian masuk balik ke alam barzakh....dan dibangkitkan kembali ketika sangkakala ditiup malaikat Israfil..
itulah dia "HARI KIAMAT". Apa yang ingin difokuskan disini, sejauh manakah perjalanan hidup kita didunia, mampu memepertahankan kita di kala kedahsyatan tatkala "HARI KEBANGKITAN" tiba...? Satu keadaan yang langsung tidak mampu digambarkan oleh kemampuan aqal yang terbatas...Sebuah kedahsyatan yang berlaku sedahsyat-dahsyatnya...
Dengan sedikit gambaran yang boleh kita gambarkan...apabila langit-langit jatuh berguguran...bumi menghemburkan seluruh isi-isinya....si ibu lupa akan kandungannya tatkala sedang sarat dengan kandungannya... ( Ya Allah, permudahkanlah urusan kami...kami hambamu yang lemah...bebaskanlah kami dari azab seksa-Mu..Ameen, Ya Allah)
Sidang pembaca sekalian,
Batu nisan yang saya paparkan di atas, bukanlah gambar batu nisan yang saya copy dari mana-mana website yang menjalar di dalam internet, akan tetapi itu adalah gambar batu nisan yang saya tangkap sendiri ketika menziarahi kubur datuk saya di Klang baru-baru ini. Kesempatan berada di Malaysia, cuba penulis manfaatkan sebaiknya dengan perkara yang sungguh memberikan manfaat dan impak yang besar dalam diri penulis. Antaranya, menziarahi datuk penulis yang langsung tidak pernah ditatap wajahnya hatta di alam mimpi.
Beliau adalah antara idola penulis, walaupun beliau telah meninggal dunia sebelum penulis lahir ke dunia lagi. Teknik pentarbiyahan yang cukup mantap dalam mendidik anak-anak dalam menjadikan Islam adalah teras dalam kehidupan. Semua ini terungkai dan penulis sedari semenjak penulis berada di darjah satu ketika di sekolah rendah. Sungguh hebat teknik pengajaran Al Quran oleh ibu penulis sendiri, apabila ketika penulis masih di darjah satu, telah khatam bacaan Al Quran 30 juzuk. Apabila diselidik, cara penerapan Al Quran tersebut, telah diwarisi oleh datuk penulis yang sangat penulis sayang dan rindu iaitu Hj Sayed B. Haji Abdul Razak.
Kemudian, penulis masih ingat lagi bagaimana ibu penulis sering menyuruh penulis untuk membaca buku feqah mahupun tauhid, tikamana penulis meronta-ronta untuk keluar bermain dengan kawan-kawan. Boleh keluar, dengan syarat baca buku feqah dulu..!! kalau tak duduk rumah. Kadangkala sampai menangis-nangis, sebab kena baca 30 minit. Setiap petang cuti sepatutnya keluar pukul 5, tapi bila dah kena cantas 30 minit, tinggal 30 minit lagi, sebab mak dah suruh masuk rumah pukul 6... jd..nangislah kuat-kuat..tapi bila nangis..kena cubit sampai biru-biru...but that is the Good education to train a child..i like it... .
Bukan nak menjual cerita, kerana sekarang ni ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak sehingga guru yang mengajar di sekolah pun langsung tidak dibenarkan menyentuh walau sehelai bulu roma si murid...kesannya..bersepah di akhbar-akhbar...just read it...dan masalah juga bila ibu dan bapa lebih mementingkan akademik daripada agama.. hanya menumpukan kejayaan dan kecemerlangan sijil semata-mata..
Sidang pembaca sekalian..
Hargailah ibu bapa kita selagi mana mereka masih hidup. Sayangi mereka, dan taatilah segala arahan mereka selagi mana tidak menyuruh kepada kebatilan. Dan kepada yang sudah pergi, ziarahlah kubur mereka, mereka mendengar salam kita, mereka tahu kita datang. Hanya makhluk selain manusia saja yang mendengar jawapan salam dari mereka. Sengaja penulis ceritakan kisah di atas, kerana semua wanita akan jadi ibu, dan semua lelaki akan jadi bapa...so, educate your son the best education. That's all.
Dari : Khadim Ilmu wa to libuhu
11.25 malam
'imarah n9, hayyu sabi'
Kaherah , Mesir
No comments:
Post a Comment