Friday, 28 October 2011

Kalam ringkas,,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

“ BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG” .

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurnianya, dapat lagi sama-sama kita menghirup jutaan rasa kenikmatan, yang telah Allah berikan kepada kita pada hari. Sungguh perjalanan itu masih panjang untuk kita lalui, moga-moga dapat kita mengutip sebanyak mungkin bekalan, sebelum kita menghampiri destinasi utama kita iaitu ‘AKHIRAT’. Itulah ‘MISI UTAMA’ selaku kita yang bergelar hamba-sehamba-hambanya kepada Allah Taala.

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Setelah sekian lama, laman penailham sunyi daripada sebarang pengisian, sekadar terdetik untuk menulis beberapa patah perkataan sebagai perkongsian ringkas buat sidang pembaca yang dirahmati Allah.  Alhamdulillah, dengan keberadaan penulis di Malaysia, serba sedikit memberikan ketenangan kepada penulis untuk bersama keluarga teerutamanya ibu yang masih dalam keadaan yang tidak sihat. Sekadar pulang sementara sebelum kembali semula ke Mesir, untuk menghabiskan saki-baki tahun yang masih lagi panjang. Perjalanan untuk mendapatkan syahadah ( sijil ) di Universiti Al Azhar, baru sahaja bermula, namun perjalanan penulis untuk mengutip jutaan mutiara, yaqut, zamrud serta emas yang tak terhitung mahalnya untuk bersama dengan para masyaikh telah lama bermula. Walaupun kepahitan kegagalan masih dirasai, namun penulis berharap kegagalan itu, akan meningkatkan lagi tahap pengusaan ilmu talaqqi bersama masyaikh luar sama ada di Mesir, Mekah mahupun Yaman.

Penulis seakan-akan dapat merasa betapa Allah mempersiapkan diri penulis untuk melalui saat-saat kegagalan ini, apabila Allah dengan ‘berbesar hati’ menerima kunjungan sang pendosa ini menjadi tetamunya, di Mekah Al Mukarramah. Menikmati jutaan rahmat dan kelebihan yang terdapat di Tanah Haram di Mekah. Begitu juga Rasulullah S.A.W. juga ‘berbesar hati’ menerima kunjungan seorang insan selaku umatnya  yang sering bermaksiat kepada Allah,untuk menjadi tetamunya di Masjid Nabawi. Alhamdulillah, di atas segala nikmat yang diberikan ini. Moga-moga Allah memberi peluang kepada penulis, untuk menjadi tetamunya buat kali yang kedua dalam misi haji yang masih belum selesai.

Selain tu juga, walaupun penulis gagal dalam mendapatkan status ‘najah’ dalam kuliah usuludin tahun 1 ini, akan tetapi penulis merasakan bahawa penulis berjaya dalam menuntut ilmu dengan para masyaikh serta menerima ijazah-ijazah mereka. Begitu juga penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada seorang insan yang sedia memberi kata semangat dan motivasi, tatkala terjahan kegagalan datang menerpa. “DUGAAN KEGAGALAN SETELAH BERUSAHA” . Barakallahu fik.

InsyaAllah, pada tahun 2012, penulis  merancang ingin berkunjung ke Yaman, dalam misi ziarah ilmu dengan para masyaikh di sana. Moga Allah memudahkan urusan penulis untuk sampai kesana, doa kalian amat membantu , InsyaAllah.

Secara jelasnya sekarang ini, penulis tidak berapa keinginan untuk menulis artikel atau petikan, khusunya berhubung kait dengan masalah tauhid mahupun tasawuf, namun insyaAllah,  dalam proses untuk menyiapkan sebuah buku ringkas yang bertajuk (الهدف المنشود من الأحاديث المتلقاة عند الشيخ محمود  ( . Hadis yang cuba saya susun di dalam kitab ini adalah, hadis-hadis yang disarankan oleh Syeikh kami, iaitu syeikh Mahmud untuk dihafal melalui kitab Bulughul Murom, karangan Al Imam Ibnu Hajar Al ‘Asqolani. Sokongan dan cadangan daripada sahabat-sahabat, adik-adik, amat diperlukan dalam usaha menghasilkan kitab ini. Moga-moga terdapat disana keberkatan dan rahmat yang tersirat, disebalik susunan hadis ini, insyaAllah.

Akhir kalam, ribuan kemaafan andai terdapat kekurangan dan kesilapan sepanjang penulis mengendalikan laman penailham ini. Moga ianya menjadi salah satu medium yang terbaik untuk kita berdakwah kepada sahabat-sahabat insyaAllah.

Wallahu a’lam…

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...