Tuesday 4 October 2011

"INTRO" - sekadar pemberitahuan

Dengan Nama  Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

"BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG"

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Bersyukur ke hadrat Ilahi, yang telah mengurniakan kesempatan kepada penulis untuk menterjemahkan sepuluh kisah yang sempat penulis dengar syarahnya yang disampaikan oleh Syeikh Nurudin Marbu Al Banjari Al Makki. Sekadar ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat, terjemahan ini juga sekadar ingin mengasah kemahiran pengolahan ayat dalam menjadikan sesuatu cerita di dalam bahasa arab itu dapat difahami dengan jelas apabila diterjemahkan ke dalam bahasa melayu.

Oleh yang demikian, penulis berharap usaha ini menjadi batu loncatan kepada penulis agar dapat menterjemahkan sebuah kitab penuh (full translation) yang lain, yang boleh kita ambil manfaat bersama segala isi kandungannya, insyaAllah. Selain itu, moga-moga sidang pembaca sekalian, dapat mengambil manfaat dan iktibar melalui pembacaan edisi terjemahan yang telah saya bentangkan sebelum ini. Perkara yang sering menjadi penghalang untuk terus menterjemah adalah, disebabkan tiadanya keizinan khusus daripada penulis kitab itu sendiri, mahupun warisnya, yang membenarkan kitabnya diterjemahkan ke dalam bahasa melayu. Walau apapun, penulis berharap usaha penulis ini diredhai Allah Subhanahu wa taala.

InsyaAllah, penulis juga cuba menterjemahkan sebuah kitab penuh iaitu sebuah kitab fiqh yang sempat penulis khatamkan talaqqinya bersama dengan ikhwan dalam umrah ziarah penulis ke Kota Mekah Al Mukarramah di Rumah Kiyai Haji Ahmad Jumhuri. Saya sangat bersyukur kerana Allah telah memakbulkan hajat penulis untuk menziarahi beberapa ulama' Mekah baru-baru ini. Saya juga berterima kasih, kerana niat saya ini sudah pasti tidak akan berjaya tanpa kebersamaan  sahabat saya iaitu Tariq Jafri yang banyak berhubungan dengan masyaikh di Mekah ini. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud ' dan adapun dengan nikmat yang Allah berikan itu, Ceritalah,,!'. Alhamdulillah, antara masyaikh yang sempat penulis dan ikhwan ziarahi ialah:

1. Syeikh Muhammad Amin Al Harari
2. Syaikh Sayyid Hamid Alawi Al Kaf
3. Syeikh Ahmad Abdul Aziz Ar Ruqimi
4. Syeikh Soleh Fulfulani
5. Syeikh Muhammad Ismail Zain
6. Syeikh Sayyid Ahmad Bin Muhammad Alawi Al Maliki
7. Syeikh Idris Al Mandili
8. Syeikh Tariq Sirdar
9. Syeikh Mahlayan
10. Habib Ali Al Aidid
11. Kiyai Haji Ahmad Jumhuri
12. Syeikh Majid Salim Mas'ud Rahmatullah

Sidang pembaca yang dikasihi Allah,

Alhamdulillah, penulis juga sedang bercadang untuk mengarang sebuah buku khusus yang boleh dihasilkan sebagai keluaran khas penulis di bumi Mesir ini. Mohon doa dan sokongan daripada sidang pembaca sekalian, agar buku tersebut dapat penulis terbitkan dalam jangka masa yang akan datang ini.

Wallahu a'lam.

al faqir iLALLAH Al Ghani
bait walidain, hayyu 'asyir
kaherah, Mesir.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...