Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah Taala kerana masih lagi memanjangkan umur kita sehingga ke hari ini. Tanpa kita duga, telah tibanya tahun baru bagi kita umat islam iaitu 1434 hijrah. Semoga diri kita mempunyai azam dan kekuatn yang padu dalam menghadapi baki hayat yang akan dilalui.
Di mesir, jadual hidup masih lagi berjalan seperti biasa. Bermula dikala pagi hari dengan waktu subuh yang agak awal, diiringi dengan musim sejuk yang bakal menjengah. Memang betul-betul menguji kekuatan diri untuk solat subuh berjemaah khususnya ^_^.... Moga terus diberikan kekuatan dalam melalui kehidupan ini, insyaAllah.
Masih lagi teringat serba sedikit perjalanan hidup ketika pulang bercuti di Malaysia. Bergelumang dalam arena berprogram di bawah sebuah consultant kecil yang bernama IFHAM ENTERPRISE. Agak menyeronokkan dalam mengisi masa terluang. Kalau diikutkan, pulang bercuti diwaktu itu, adalah satu tindakan yang tidak bijak, kerana meninggalkan talaqqi ilmu di bumi Mesir. Namun, disebabkan tahap kenakalan yang agak tinggi, tetap dengan pendirian untuk pulang bertemu keluarga, ^_^..
Berbalik kepada program, sejarah asal penubuhan IFHAM ENTERPRISE tidak lain tidak bukan untuk membina tapak awal apabila tamat sesi pembelajaran di Al Azhar, apabila setibanya di Malaysia nanti. Niat di hati, ingin membina sedikit ranglkaian yang memudahkan segala urusan nanti. Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan itu disamping bantuan daripada guru saya iaitu Ustaz Zulqarnain Ibnu Itam.
InsyaAllah, ini adalah permulaan awal sebelum membina rangkaian yang lebih besar. Klu kita lihat kepada penjenamaan, apabila disebut ENTERPRISE, kebiasaannya yang terlintas di fikiran ialah, kedai runcit mungkin atau yang sewaktu dengannya. Jadi, sebab itulah saya mengharapkan doa daripada sahabat-sahabat sekalian agar saya dapat membina satu lagi 'language empire' yang bernama IFHAM GLOBAL SDN BHD insyaAllah. Setakat ini, saya lihat sambutan daripada sekolah-sekolah amat memberangsangkan kerana mereka amat dahagakan sesuatu yang baru dan lebih-lebih lagi persembahan dalam menyampaikan ilmu itu sangat menarik. Oleh itu saya melihat itu adalah satu peluang yang amat baik, untuk saya bergerak dalam memenuhi kehendak mereka, selagi mana saya mampu. Lebih-lebih lagi jenama IFHAM itu sendiri adalah sangat istimewa lagi bermakna dalam hidup saya, bahkan pembakar semangat saya agar terus menyala sehingga ke akhir hayat ^_^ ..
Demikianlah sedikit celoteh dari saya, sekadar mengisi kesunyian laman blog ini. Da'watuku lana.. ^_^
ilham_original
No comments:
Post a Comment