Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "
p/s: Dimanakah diri anda di dalam dunia tasawwuf?
Wasiat As Syeikh
Abdus Salam Ibnu Masyis kepada As Syeikh Abul Hasan As Syazuli
1.
“ Wahai
Ali, Allah itu Allah dan manusia itu manusia. Bersihkanlah lidahmu daripada
mengingati dengan berkata-kata tentang mereka dan hatimu daripada condong
kepada hati mereka. Hendaklah engkau memelihara anggota-anggota badanmu (
aljawarih )
2.
“Tunaikanlah
perkara-perkara yang telah difardukan. Dengan itu sempurnalah pemeliharaan
Allah di sisimu. Janganlah engkau memperingatkan mereka melainkan apa yang
telah diwajibkan Allah ke atasmu, dengan itu sempurnalah warakmu…”
3.
Katakanlah
“ Ya Allah, selamatkanlah daku daripada teringat kepada mereka dan daripada
kecondongan hati kepada mereka serta jauhkanlah aku daripada
kejahatan-kejahatan mereka. Dan kayakanlah aku dengan kebaikanMu daripada
kebaikan mereka. Bimbingilah aku dengan kekhususan di kalangan mereka.
Sesungguhnya Engkau adala Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu”
4.
“Larilah
engkau daripada kebaikan manusia melebihi larimu daripada kejahatan mereka.
Sesungguhnya kejahatan mereka itu membahayakan jasmanimu, sedangkan kebaikan
mereka itu membahayakan hatimu. Bahaya jasmani itu lebih ringan daripada bahaya
hati. Kebaikan mereka kepada engkau, jika engkau menyenanginya, menyebabkan
engkau mengharap kepada mereka. Sesungguhnya, musuh yang menyebabkan engkau
lebih dekat kepada Allah, adalah lebih baik daripada seorang kawan yang
menyebabkan engkau terputus daripada Allah”
Coretan hati
yang terkilan…Walaupun tidak dapat menziarahimu,,,. Ana uhibbukum fillah. Semoga Allah membangkitkanmu ( Al Imam
Syazuli ) di tempat yang terpuji. BIHAQQIN NABI WA BISIRRIL FATIHAH..
ilham_original
No comments:
Post a Comment