Wednesday, 16 January 2013

Coming soon, 24 to 26 January.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
 
" BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA, DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG "
 
Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar sidang pembaca sekalian, semoga kalian semua berada di dalam payungan rahmat Allah Taala, Alhamdulillah, penulis telah selesai menghadapi imtihan fasa 1. Begitu juga rakan-rakan, kebanyakannya telah selesai menghadapi peperiksaan. Semoga Allah mengurniakan kejayaan dan kecemerlangan kepada seluruh sahabat, dengan berkat doa kalian semua, insyaAllah.
 
Buat masa ini, sudah semakin kurang bentuk-bentuk penulisan ilmiah yang saya cuba muatkan di laman blog ini. Kebanyakannya adalah perkongsian ilmiah yang saya ketengahkan melalui blog ini, yang saya copy daripada sumber-sumber yang lain. Walau apapun, niat saya hanya ingin berkongsi bahan ilmiah, sebagai salah satu langkah dalam memastikan medan dakwah secara 'kitabah' ini sentiasa berterusan, walaupun pemilik blog ini sudah pergi menemui Ilahi.
 
Semoga amal yang saya usahakan ini, mendapat pandangan dan rahmat daripada Allah Taala. 
 
Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, insyaAllah pada tarikh 24 hingga 26 januari, akan diadakan program bahasa arab bersama student medik tahun 1 kaherah. Seramai 35 orang peserta yang akan terlibat di dalam program ini. InsyaAllah program ini akan dijalankan di Rumah Negeri Sembilan Kaherah. Semoga program berjalan dengan lancar serta mendapat keberkatan daripada Allah Taala. InsyaAllah, program ini juga akan dihadiri oleh beberapa orang fasilitator baru yang cuba saya serapkan di dalam IFHAM, insyaAllah. kihkih. Antaranya ialah, Nurul Madiha, Izzati izzudin, effa fatiha, husna, dan atikah. Mereka adalah student medik tahun 1 kaherah. Semoga dengan kehadiran mereka, bakal melicinkan lagi perjalanan program nanti insyaAllah.
 
just information, tq.
 
No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...