Wednesday, 2 June 2010
PERJUANGAN ITU GERUN DAN MENGERIKAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam ukhwah,salam sejahtera buat teman-teman seislamku. Pada kali ini saya tergerak hati untuk berkongsi bersama teman-teman mengenai satu pengalaman yang tidak akan ku temui dimana-mana melainkan di bumi Sabah Negeri Di Bawah Bayu.Benarlah kata pujangga yang menyatakan bahawa "pengalaman adalah guru yang paling berguna" buat diri kita.
Sesungguhnya memang senang untuk dituturkan oleh kata-kata namun kita tidak mengetahui beratnya bahu yang memikul.Perjalanan di sana telah menemukan kami,dengan satu pondok usang yang terletak berhampiran pantai perairan Sabah.Angin bayu yang bertiup menambahkan lagi rentak sayu yang menyapa lubuk hati sanubari ini.Di dalam pondok usang itu,berdirinya seorang manusia yang tidak pernah mengenal erti penat jemu,memberikan seluruh kekuatan untuk mendidik anak bangsa.Di hadapannya hanyalah sekumpulan pelajar sekolah rendah yang asyik dan tekun menunutut ilmu.
Pelajar-pelajar yang terdiri daripada lelaki dan perempuan itu,menyambut mesra kehadiran kami.Kami berasa sungguh berbangga melihat anak-ank itu belajar dengan penuh kesungguhan.Namun tiada siapa yang tahu,tentang perkara apa yang menyebabkan mereka bersemangat dalam menuntut ilmu.Setelah berbual panjang,barulah kami mengetahui bahawa betapa pengorbanan yang telah dilakukan oleh guru yang sedang mengajar paelajar itu.Kami difahamkan,bahawa palajar-pelajar itu tidak bersemangat ketika belajar di kelas.Hal ini membuatkan si guru ini,terpaksa mencari jalan untuk mengembalikan semangat pelajarnya.
Maka si guru ini dengan segala keperihan dan kepayahan membeli sebuah jip untuk membawa palajar-pelajar ini ke pondok usang di tepi laut,semata-mata ingin melihat anak muridnya itu tekun menuntut ilmu.Dapat kita lihat seorang guru yang sanggup mengorbankan ribuan ringit,hanya untuk memberikan setitis ilmu daripada ilmu-ilmu Allah yang luas ini.Pertemuan kami yang sementara ini,telah memberikan makna yang mendalam buat diri kami.Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat guru-guru yang telah memberikan yunjuk ajar kepadan saya selama ini.Moga cikgu-cikgu semua dirahmati Allah.
Sesungguhnya perjuangan itu gerun dan mengerikan,kerana kita juga akan menjadi guru pada suatu hari nanti.Agak-agaknya,apa yang ingin kita korbankan buat anak murid kita?atau hanya punch card,kemudian mengajar sehingga tamat waktu,kemudian pulang,maka itu semua terpulang ke atas diri kita sendiri.Sekian,ingatlah ALLAH TIDAK MEMANDANG AMALAN YANG BANYAK,TETAPI AMALAN YANG IKHLAS SEDANGKAN IKHLAS ITU RAHSIA ALLAH.WALLAHU A'LAM.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Followers
Labels
- Adaptasi buku"Wahai Puteriku" oleh Ali Tanthawi (1)
- bersambung.... (3)
- Hayyu Sabi' (1)
- kaherah (1)
- Lambat post... (1)
- MESIR. (1)
- sambungan... (1)
- UTUSAN MALAYSIA. (1)
No comments:
Post a Comment