Wednesday, 2 June 2010

WAJAH-WAJAH INSAN

Ngantuknya adik kita, kesian...takpe bertahanlah.Contohi adik yang disebelah itu...dengan tenang memandang ke hadapan.Huhu..

Inilah gaya seorang bakal pensyarah yang terulung di Tanah Air.Syabas Akhi Rauf.....

Riang sungguh adik-adik kita.........

Kadangkala ku terfikir,adakah aku mampu menjadi orang yang berguna dewasa kelak.Semakin hari,semakin banyak godaan yang mendatang.Ya Allah,jadikanlah aku dalam kalangan orang yang sedikit.......!Ameen Ya Rabb.

Anugerah Ilahi.Akal manusia mampu memikirkan banyak maklumat dalam satu-satu masa.Cuma persoalannya,adakah kita menggunakan akal kita dengan baik? Antara cara untuk mengasah akal agar berfikiran pantas dan mantap adalah seperti adik-adik didalam gambar ini. Mereka sedang mendengar soalan yang sedang diberikan,dan mereka sedang memproses maklumat dengan pantas untuk dilontarkan kesimpulan yang terhasil. Semakin banyak berfikir,semakin panjang umur kita,maknanya lambat tua la adik-adik ni ya......INSYAALLAH..

Al Ustaz Zulkarnain B Itam. Guru Pembangunan Modal Insan Maahad Ahmadi.Seorang guru yang bersemangat waja dalam mendidik anak bangsa.Sukar untuk menemui insan sepertinya.Aktif dalam melaksanakan program bahasa arab di sekolah-sekolah dalam Negeri Sembilan.Beliaulah insan yang telah mendorong diriku,menjadi orang yang berani bertutur di dalam bahasa arab.Sehingga tahap,ku mampu menterjemah ucapannya dihadapan Ketua Penolong Pengarah JHEAINS,pengetua dan guru-guru Maahad Ahmadi.Walaupun ku akui banyak kelemahan,sekurang-kurangnya beliau berjaya memecahkan tembok 'malu tak bertempat' yang bersarang di dalam diriku ini.Moga umurmu berpanjangan...Ku kenangmu dalam doaku..

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...