Saturday 31 July 2010

SOALT DHUHA

Sebuah hadis Qudsi daripa Abu Darda dan Abu Zar daripada Rasulullah s.a.w. daripada Allah Azza Wa Jalla yang berfirman: “Wahai anak Adam rukuklah sebanyak empat rakaat kepada-Ku pada awal siang,pasti Aku akan mencukupkanmu pada akhir siang itu” (Riwayat Tirmizi)

Dalam sebuah lagi Hadis qudsi Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa Allah berfirman:”Wahai anak Adam,janganlah kamu lemah terhadapku daripada mengerjakan empat rakaat pada awal siangmu,kerana aku kan mencukupkanmu pada akhir hari itu.” (Riwayat Abu Daud)

Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah berpesan kepadanya mengenai tiga perkara,iaitu berpuasa sunat tiga hari setiap bulan,menunaikan sembahyang sunat Dhuha dua rakaat dan menunaikan sembahyang sunat witir sebelum tidur.(Riwayat Muslim)
Hadis-hadis di atas menunjukkan anjuran mengerjakan solat sunat Dhuha yang hukumnya sunat muakkad,iaitu sunat yang sangat dituntut.Menurut Imam Syafi’e,sekurang-kurangnya solat Dhuha ialah dua rakaat,dan sebaiknya lapan rakaat.Boleh juga dikerjakan 12 rakaat,empat dan enam rakaat.Waktunya adalah ketika matahari naik sehingga matahari tergelincir.Dhuha bererti waktu matahari naik.

Ia dikerjakan dengan tujuan semoga Allah memudahkan kita mendapat rezeki dan melapangkannya.Caranya yang paling ringkas ialah seperti solat-solat sunat yang lain,iaitu membaca surah Al Fatihah dan sebarang surah yang lain seperti al-Kafirun,al-Ikhlas dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...