Monday 2 August 2010

USTAZ ZULKARNAIN (AYAHANDA),PENDIDIK TERBILANG

Ustaz Zulkarnain Bin Itam.Moga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya yang berpanjangan buat insan yang istimewa ini.Jadikanlah beliau orang yang sentiasa tabah dan cekal dalam menempuhi kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan.Ya Allah,kuatkanlah semangatnya dalam memperjuangkan bahasa kalam-Mu yang mulia.

Inilah antara hasil yang aku dapat tunjukkan apabila bersama beliau.Alhamdulillah aku mampu bertutur dalam bahasa arab di hadapan Guru Penolong Kanan SMKA TUN SAKARAN SABAH,guru-guru dan juga semua peserta kem bahasa arab ini.Namun aku masih lagi memerlukan tunjuk ajar selama-lamanya...

Inilah antara latihan yang telah beliau titipkan buat diriku.Apabila tiba majlis penutup setiap program KEMBAQ,aku dikehendaki menterjemah ucapan bahasa arab beliau.Pada mulanya,memang kekok,gagap,takut...namun alah bisa tegal biasa.Kini...InsyaAllah aku mampu menterjemah,walaupun aku yakin banyak kelemahannya.Doakanlah kecemerlangan buatku..........!

Bersama beliau umpama kami berada di maktab perguruan.Beliau banyak mengajar tentang teknik-teknik mengajar yang baik.Lihatlah gambar itu,beliau sedang memerhatikn cara aku mengajar,dan beliau akan memberikan komentar yang amat berguna apabila selesai mengajar.

Banyak kenangan suka dan duka sepanjang bersama beliau.Pelbagai nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan.Ada kala kami seperti kawan dan sahabat,dan ada waktu kami menjaga adab kami sebagai seorang anak murid.

Haha..inilah lembunya..!Huh..besar.

Aku dan ayahanda sedang berada di luar kandang lembu.Aku diarahkan oleh beliau untuk menterjemah kata-katanya yang ditutur di dalam bahasa arab.Inilah antara latihan yang telah beliau berikan kepada ku,dalam menguasai bahasa arab.Dari sini aku dapat mengetahui,bahawa kemahiran menterjemah itu berbeza dengan kemahiran untuk bertutur dalam bahasa arab.

2 comments:

  1. terharu bace entri ni..moga ayahanda sihat selalu.. banyak jasa yang ayahanda titipkan buat anak2 muridnya...

    ReplyDelete
  2. assalam...sy juga salah seorang bekas pelajar ayahanda ust zulkarnain tp x lama...bagaimana sy boleh menghubungi ayahanda ust?? tlg contact sy 011-12373885 dan sy berharap sangat dapat bantuan dari anda....terima kasih.. wassalam

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...