Tuesday 30 November 2010

MENZIARAHI MAKAM AULIYA' DI BUMI MESIR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah S.A.W.Penutup sekalian nabi,saiyyidul mutawadhi'in,para sahabat,tabi'in,para auliya',ulama' seterusnya muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian.Tiada pembuka bicara yang lebih mulia,melainkan seruan mengajak kepada amar makruf dan nahi mungkar serta menambahkan ketaqwaan kepada Allah dan menjauhkan segala larangan-Nya,moga-moga Allah menempatkan kita di dalam golongan insan yang beruntung. Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Alhamdulillah,pada hari ini kita bersyukur kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk beramal ibadah dan masih memberikan kita keamanan untuk hidup di dunia ini.Kita terkilan dan bersedih dengan saudara seislam kita yang hidup di dalam ketakutan,di Palestin khususnya.Moga kita sentiasa memanjatkan doa pertolongan khusus untuk mereka,di setiap kali seusai solat yang kita laksanakan.Pada kali ini,ana tergerak hati untuk bekongsi dengan muslimin muslimat sekalian,sejumlah makam para sahabat,ahli bait nabi S.A.W.,para auliya',ulama' di sekitar Kaherah Mesir,yang sempat ana ziarahi.Ana hanya mampu menunjukkan sedikit daripada ribuan makam yang terdapat di bumi Mesir ini,insya Allah pada masa akan datang ana cuba bawakan kepada muslimin muslimat sekalian makam-makam yang lain.

Sebelum itu,ana ingin mengingatkan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.Pertama,mungkin ada sebahagian pihak yang tidak menyukai amalan ziarah makam para auliya' ,tawassul dan sebagainya.Akan tetapi,ana lebih cenderung agar kita berlapang dada di dalam permasalahan ini.Ana boleh mengemukakan pandangan ulama' berhubung masalah ini,akan tetapi andai Allah tidak mahu mereka memahami ,maka tiada guna seribu dalil dikeluarkan,mereka tetap menolaknya.Jadi,ana menyeru agar sama-sama berlapang dada atas dasar ISLAM.Tidak mengutuk antara satu sama lain,tidak bermusuh,mendengki dan sebagainya.

Kedua,ana menyeru agar para sahabat sekalian meningkatkan kekuatan dan mujahadah dalam menguasai cabang ilmu khusunya ilmu aqidah(ahli sunnah wal jamaa'h) seterusnya memahami dengan jelas segala jenis permasalahan hukum,seperti hukum mencium makam,tawassul,bersolat di masjid yang terdapat makam di dalanya dan banyak lagi.Namun apa yang pasti,seluruh ulama' ahli sunnah bersepakat keharusan amalan yang ana nyatakan di atas.Buat para muslimin yang tidak memahami kesemua hukum ini,ana ada selitkan sejumlah 'link' yakni blog-blog yang boleh menjelaskan perihal hukum-hukum tersebut di dalam blog ana sendiri..

Mari sama-sama berdoa moga Allah,menghimpunkan kita bersama kekasih-Nya dengan berkat kemuliaan mereka.Ameen,ya Rabb.

Makam wali soghir.Beliau telah diberi gelaran sheikh,disebabkan kehebatan beliau.Nama diberi Sheikh Asyraf Al Husaini.Beliau telah menghafal quran pada usia 3 tahun.Beliau mampu bertutur di dalam bahasa arab fusha dengan baik di waktu itu.Namun,pada umur 9 tahun beliau kembali ke Rahmatullah,atas sebab yang tidak diketahui.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH.....

Ini adalah penjaga makam wali soghir.Disebutkan beliau adalah ayah kepada wali soghir.

Ini adalah makam Sayyidi Abdullah Ibn Abi Jamrah.Seorang ulama' hebat mempunyai sejumlah kitab yang banyak.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH.....

Makam Sayyidi Muhammad Ibn Sayyid An Nas.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH.....

Makam Abu Muhammad Abdullah Ibn Hisham.Beliau merupakan seorang ahli nahu dan juga salah seorang tokoh sufi.Antara kitab beliau yang sering digunakan ialah kitab Qatrunnada (kitab nahu). Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH......

Makam Ahli Bait (ahli keluarga nabi). Sheikh Ahmad Al Gharb.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH......

Makam Sheikh Al Islam Taqiyuddin Muhammad Ibn Ali Ibn Wahab.Beliau merupakan pengarang kitab tasawuf yang bertajuk Risalah Qusyairiyah.Salah sorang tokoh sufi di zamannya.Makamnya berdekatan dengan makam Ibn Atoilah Al Sakandari.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH.....

Makam Sheikh Al Islam Ibn Daqiq.Beliau merupakan anak murid kepada Sheikh Izzuddin Abd As Salam.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH.....

Makam anak murid Ibn Atoilah Al Sakandari.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH.....

Inilah makam anak murid kepada Sheikh Abu Al Abbas Al Mursi iaitu Al Imam Ibn Atoilah Al Sakandari.Beliau dibukakan lautan ilmu hikmah oleh Allah melalui kata-katanya yang berhikmah.Beliau telah mengarang sebuah kitab yang masyhur iaitu 'syarah hikam'. Makamnya terletak di Jabal Muqattam.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH.....

Makam Sheikh Izzuddin Abd Salam.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH.....

Makam sahabat nabi Muhammad S.A.W. iaitu 'Uqbah Ibn 'Amir.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH.....

Makam Rabiatul Adawiyah Al Misri. Beliau bukanlah individu yang sebenar yang biasa kita dengar kisahnya di dalam buku-buku. Di sini juga bertempatnya makam Zun Nun Al Misri dan Imam Ahmad Ibn Hanifah.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH.....

Makam Ibn Sirin.Merupakan ulama' yang pakar dalam tafsir mimpi.Disebutkan bahawa,beliau bermimpi bertemu dengan nabi Yusuf.Lalu nabi Yusuf memasukkan jarinya ke dalam mulutnya,terus dimasukkan ke dalam mulut Imam Ibn Sirin.Selepas peristiwa itu,Allah mengurniakan ilmu tafsir mimpi kepada beliau.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH.....

Makam Ummu Kalthum.Ahli bait berketurunan Imam Hussin R.A.H.Makamnya berdekatan dengan makam Imam Syafie.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH.....

Makam Sayyidah Ruqayyah.Beliau merupakan anak kepada Saidina Ali,sahabat Rasululuah serta merupakan salah seorang daripada Khulafa' Ar Rasyidin.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH.....

Makam Sheikh Murtadho Az Zubaidi. Waliyyullah.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH.....

Makam isteri Sheikh Murtadho Az Zubaidi.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH.....

Makam Sayyidah Asma'.Khadim kepada Sayyidah Ruqayyah.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH.....

Disebutkan,dibawahnya terdapat beberapa orang para wali dikebumikan disitu.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH.....

Makam cucu Rasulullah merangkap adik beradik Saidina Hasan dan Saidina Husain. iaitu makam Sayyidah Zainab.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH.....

Makam Sultan Hanafi. Di dalam makam beliau terdapat telaga air.Disebutkan bahawa sesiapa yang minum air itu akan dimakbulkan hajat dengan izin Allah.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH.....

Makam Sheikh Khalil Khatib.Beliau merupakan pembentuk Tariqat Khotibiah Syazuliah.Seorang sufi dan digelar 'Syai'r Ar Rasul'.Disebutkan bahawa beliau mendapat mendapat pentarbiahan daripada Sayyidi Ahmad Badawi,walaupun setelah kewafatan Saiyyidi Ahmad Badawi.Itu adalah di antara karamah beliau.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH.....

Makam Saiyyidi Mujahid.Makam beliau terletak berhadapan dengan makam Sayyidi Ahmad Badawi di Tanta. Beliau merupakan antara anak murid kepada Sayyidi Ahmad Badawi.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH.....

Makam Ahli Bait. Sayyidi Al Baha'i.Terletak di Tanta.Khususan ila sohibil maqom AL FATIHAH.....

Insya Allah,ana akan bawakan makam-makam yang lain pada masa akan datang.Adapun makam Imam Syafie,ana tak sempat untuk tangkap gambarnya,namun apapun tanamkanlah azam untuk berterusan dalam menziarahi makam-makam kekasih Allah ini.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...