Friday, 4 March 2011

Sekitar isu "PERSANDINGAN"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

"BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA,DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHAN DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA,MOGA TERMASUK DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG"

Alhamdulillah,dan sama-sama kita perbanyakkan dalam menyebutnya,kerana disitu terdapat banyak faedah di antaranya sebagai salah satu tanda untuk kita menzahirkan kesyukuran dan terima kasih kita kepada Allah yang sering mengurniakan kita kesenangan dan kemewahan dalam meneruskan kehidupan kita.Tidak kira kita seorang pelajar,guru,pekerja kilang semuanya Allah telah tetapkan rezekinya,maka seharusnya kita menghargai atau mensyukuri nikmat rezeki tersebut dengan memperbanyakkan mengucapkan "Alhamdulillah".

Pada kali ini saya masih lagi ingin membincangkan perihal isu 'bersanding' yang telah saya kupas serba sedikit pada entri yang lalu.Namun,walaupun saya telah mengkritik dengan menyatakan tiada faedahnya bersanding itu atau dengan bahasa kasarnya,bid'ah dholalah,namun itu tidak bermaksud saya tidak melakukan 'follow up' atau kajian lanjutan berhubung masalah ini.

Setelah saya membaca kembali entri saya yang lalu,sedikit kemusykilan telah wujud di benak fikiran saya berhubung isu ini iaitu adakah ia benar-benar ditinggalkan oleh para ulama' dan ia memang berkaitan isu lain iaitu 'tasyabbuh' iaitu menyamakan kita dengan adat orang bukan islam.Rentetan daripada perkara tersebut,saya mengambil keputusan untuk berbincang dengan beberapa orang 'alim terutamanya guru saya berhubung masalah ini.Alhamdulillah,semalam saya sempat bersama dengan guru saya,dan kami berbincang sedikit tentang isu ini.

Setelah selesai perbincangan,maka jawapan positif daripada guru saya bagi mereka yang inginkan perkahwinan mereka dihiasi dengan upacara bersanding.Antara sebab yang saya boleh saya nyatakan disini ialah:

1:Bersanding adalah satu 'uruf atau adat yang telah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia.Selagi mana ianya tidak diselangi dengan perkara yang haram seperti pengantin memakai pakaian yang mendedahkan aurat,maka jelaslah ketidak harusannya.

2:Setakat ini,tiada satu penceritaan khusus atau sebarang dalil sejarah yang menyatakan bersanding itu menyamai masyarakat hindu,India dan yang sewaktu dengannya.

3:Kalau kita ingin menyatakan bahawa itu adalah perkara bid'ah,sebenarnya banyak lagi bid'ah -bid'ah yang tidak kita bincangkan isunya.

4:Sebab yang ke-4 ini,sekadar respon daripada seorang bekas mufti iaitu Sheikh Murtadho berhubung isu bersanding.Beliau ditanya,maka dijawab dengan "aku pun bersanding..."Jadi,bukan ana nak tunjukkan taqlid buta tanpa memahami dalil.Tapi,cukup buat orang 'awwam yang susah memahami agama,dapat memahami agama mereka dengan perlakuan atau perbuatan ulama' itu sendiri.Sheikh Murtadho bukanlah calang-calang tokoh dalam dunia sufi.Khalifah Tariqat Ahmadiah,mengetahui dan sudah merasai zouq zikir dan boleh digolongkan sebagai AL 'ARIF BILLAH.

Jadi,demikianlah beberapa sebab yang sempat saya kumpul untuk sama-sama kita kaji semula kesohihannya.Namun guru saya memberitahu,hukum bersanding ini bergantung kepada sejauh mana 'syadidnya' seseorang tersebut. Oleh hal yang demikian,para ahli ilmu sekalian perlulah memperbanyakkan hemah dalam mempertingkatkan penguasaan ilmu dalam diri agar dapat menilai dan mengkaji isu-isu sebegini.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...