Saturday, 12 March 2011

PEGAWAI IMEGRESEN VATICAN CITY, TABIK HORMAT KEPADA SHEIKH FADHIL AL JAILANI

Sheikh Fadhil (berjubah hijau),Ustaz Nasir Othman, Sheikh Rohimudin Al Bentani.Di Masjid Bahau Negeri Sembilan.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Perbanyakkanlah selawat dan salam ke Hadrat Rasulullah S.A.W. di setiap waktu dan ketika, moga-moga berkenan Rasulullah untuk memberikan kita syafaat di akhirat kelak. Sesungguhnya kita beruntung kerana diberikan peluang untuk menjadi umat Rasulullah S.A.W. , maka seharusnya kita menyatakan kesyukuran itu dengan memperbanyakkan selawat ke atas beliau. Sebagaimana kalam Sheikh Fadhil Al Jailani, kita menghadiahkan selawat kepada Rasulullah, kerana lafaz selawat itu sendiri menunjukkan kita meminta kepada Allah untuk mengurniakan selawat dan salam terhadap Rasulullah S.A.W. Sekiranya kita teliti lafaz selawat itu sendiri tertera ‘ALLAHUMMA SOLLI......’. Oleh itu saya mengajak sidang pembaca sekalian untuk:

‘BERTAQWA KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA DENGAN MELAKSANAKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA, MOGA-MOGA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG BERUNTUNG’

Alhamdulillah, baru-baru ini saya sempat menghadiri Majlis Sambutan Maulid Ar Rasul yang telah diadakan di Masjid Bahau Negeri Sembilan. Majlis ini diadakan atas inisiatif Ustaz Nasir Bin Othman, selaku Imam satu di Masjid itu, untuk mengambil kesempatan di atas keberadaan Sheikh Fadhil Al Jailani di Malaysia. Alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah, kerana memberikan kesempatan kepada saya dan beberapa orang sahabat iaitu Tariq Jafri dan Nuaim, untuk bermesra dengan beliau di Markas Dar Al Hasani di Bangi, sewaktu beliau (Sheikh Fadhil) baru-baru sampai di Malaysia. Sesungguhnya, rahmat Allah turun mencurah-curah andainya kita bersama dengan kekasih-Nya. Lebih-lebih lagi berkumpul bersama Ahli Bait, Rasulillah S.A.W. Maka saya menyeru sidang pembaca sekalian agar meningkatkan himmah untuk bersama di dalam majlis-majlis mereka.

Alhamdulillah, sewaktu majlis maulid tersebut, hadirnya juga seorang tokoh sufi dari Indonesia iaitu Sheikh Rohimudin Al Bentani salah seorang murid kepada Habib Yusuf Bakhur Al Hasani. Maka, dalam entri ini saya ingin berkongsi dengan sahabat yang mungkin tidak dapat hadir di dalam majlis tersebut, perihal latar belakang dan kesungguhan Sheikh Fadhil Al Jailani dalam memberikan sumbangan di dalam pembangunan umat Islam.

Sebagaimana yang disyarahkan oleh Sheikh Rohimudin, ayahnya bernama Sheikh Faiq dan datuknya bernama Sheikh Siddiq Al Jailani merupakan seorang Qutub (tahap wali yang tertinggi) di zamannya. Sheikh Fadhil Al Jailani merupakan keturunan Nabi S.A.W. mengikut nasab keturunan Saidina Hasan, iaitu generasi yang ke-39 sebelum sampai ke Saidina Hasan. Bertitik tolak dari itu juga , beliau merupakan generasi yang ke-25 sebelum sampai nasabnya kepada Sultan Al Auliya’ Sheikh Abdul Qadir Al Jailani.Menurut Sheikh Rohimudin, semenjak tahun 1977 lagi, Sheikh Fadhil menyibukkan diri dalam menemukan manuskrip-manuskrip lama atau karya-karya milik Sheikh Abdul Qadir Al Jailani di serata dunia. Beliau juga difahamkan telah menjelajah lebih daripada 25 buah negara, semata-mata untuk mendapatkan karya-karya milik Sheikh Abdul Qadir.

Belaiau juga menyatakan, hasil daripada jelajah tersebut, beliau(Sheikh Fadhil) telah menemukan hampir 6000 manuskrip atau karya milik Sheikh Abdul Qadir Jailani, dan daripada jumlah tersebut beberaoa karya telah ditahqiq (disemak) kemudian telah dicetak seperti Tafsir Al Jailani, maulid Abdul Qadir Jailani dan banyak lagi. Hal ini sekaligus menggoncangkan dunia Islam pada abad ini, apabila sebuah buku yang dianggap tidak pernah wujud di muka bumi ini, telah diterbitkan iaitu kitab Tafsir Al Jailani. Untuk pengetahuan pembaca, tafsir Al Jailani ini ditemukan oleh Sheikh Fadhil , semasa jelajahnya. Maka, hatta ulamak besar sekalipun seperti Mufti Mesir iaitu Sheikh Dr Ali Jum’ah, tidak mengetahui kewujudan tafsir ini.

Hal ini kerana, kebanyakan karya-karya milik Sheikh Abdul Qadir disimpan di negara-negara Eropah seperti Jerman, Belanda hatta Vatican city, di Itali. Disebutkan ketika Sheikh Fadhil pergi ke Vatican city, di Itali, ketika tiba di imegresen, pegawai di situ telah bertanya ‘untuk apa kamu datang ke sini?’ Maka Sheikh Fadhil menyatakan ‘aku adalah cucu kepada Sheikh Abdul Qadir Al Jailani dan aku ingin melihat karya-karya beliau di perpustakaan di sini” serentak itu pegawai-pegawai di situ, mengangkat tangan menabik hormat terhadap Shiekh Fadhil sambil memuji-muji Sheikh Abdul Qadir Al Jailani dengan menyebut ‘the great philosophy of Islam’. Maka sebak di lubuk hati sanubari Sheikh Fadhil, kerana orang yang telah meninggalkan kita lebih 1000 tahun, namun namanya masih segar di ingatan, lebih-lebih lagi namanya di ingati oleh orang-orang bukan Islam. Maka kita, yang beragama Islam selayaknya lebih mengenali siapa sebenarnya Sheikh Abdul Qadir Al Jailani.

Setelah beliau masuk ke perpustakaan di sana (Vatican City), maka tertera ukiran khas yang tertulis di dalam bahasa Itali, iaitu (terjemahan) Abdul Qadir Al Jailani,syeikhul islam wal muslimin,THE GREAT PHILOSOPHY OF ISLAM. Terus Sheikh Fadhil, sujud syukur kepada ALLAH, di atas penemuan itu. Setelah diteliti, Sheikh Abdul Qadir Al Jailani bukan sahaja masyhur dalam kalangan ahli sufi sebagai seorang wali agung, penghulu segala wali di zamannya, malah beliau menguasai 13 bidang ilmu yang lain merangkumi ilmu teknologi, astronomi dan banyak lagi yang hanya menunggu masa untuk diterbitkan. Moga Allah mempermudahkan urusan beliau.

Hal ini jelas menunjukkan beliau begitu disegani oleh golongan barat, dan hal ini juga menunjukkan betapa mereka (orang barat) memang sudah mengetahui kebenaran Islam, namun mereka tetap berdegil untuk menerima Islam sebagai sistem hidup seharian mereka. Sebenarnya ada lagi kisah yang ingin dikongsi bersama sidang pembaca sekalian. InsyaAllah akan dikisahkan dalam entri yang akan datang.

Jadi beberapa isi penting yang boleh kita fikir dan renung:

1. Seorang wali dan sufi, diangkat martabatnya oleh Allah sehingga masyhur dalam kalangan orang bukan Islam, apatah lagi orang Islam. Sheikh Abdul Qadir, merupakan ‘matahari’ dalam dunia sufi, malah tokoh falsafah di kaca mata barat, jadi bagaimana manusia zaman sekarang menolak mentah-mentah zikir-zikir tariqat, majlis zikir berdiri, maulid, dan menuduh yang bukan-bukan terhadap ulama’ tasawuf, menolak tawassul dan sebagainya.

2. Mungkin kita mudah mempercayai kata-kata sebahagian mufti atau bekas mufti atau guru-guru kita sendiri yang ada sebahagian mereka menolak tariqat, tasawuf ,hizib-hizib. Jadi, sekarang ini, saya sudah menjelaskan kepada sidang pembaca tentang keilmuan yang ada pada Sheikh Abdul Qadir sendiri. Siapa guru kita,(yang berkata sekian-sekian) berbanding Sheikh Abdul Qadir..? Siapa Mufti itu, berbanding Sheikh Abdul Qadir..? Bukan niat saya untuk menghina golongan-golongan tersebut, akan tetapi saya mengajak sidang pembaca untuk mengkaji dan menggunakan ilmu dengan sebenar-benar pengamalan dan sebenar-benar pemahaman.

3. Tak malukah kita, apabila orang kafir menghormati Sheikh Abdul Qadir, akan tetapi orang Islam sendiri menghina beliau secara majazi. Sebahagian ulama’ moden zaman sekarang banyak menghentam dan memfitnah golongan sufi, adakah mereka tidak tahu bahawa Sheikh Abdul Qadir itu, umpama ‘matahari’ di dalam ilmu tasawwuf..? Maka, apabila mereka menghina tasawuf bererti mereka menghina tokoh tasawuf itu sendiri.

4. Saya menyarankan kepada sidang pembaca untuk mendalami ilmu daripada para masyaikh dengan menghadiri majlis ilmu mereka, baru kita dapat memahami dengan jelas, apa itu tawassul, apa itu hizib, apa manfaat daripada ziarah makam dan sebagainya. Jangan kita mudah termakan fitnah-fitnah yang dilontarkan oleh mana-mana pihak, sebelum kita mengkaji terlebih dahulu, fitnah-fitnah tersebut.

Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...